Hamba yang sebenar

وَعَنَتِ الوُجُوْهُ لِلْحَيِّ القَيُّوْمِ

“dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada ALLAH Yang Tetap Hidup, lagi Yang Tetap Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya.”

Rumput masih basah, ada lopak-lopak air pada jalan itu, angin lembut menampar-nampar pipi, pokok-pokok beriringan menari-nari didalam tasbih memuji-NYA, matahati mula berundur memberi jalan kepada sinaran bulan, bumi tetap berputar didalam orbitnya demi menjalankan kecintaannya terhadap Sang Pencipta, awan-awan mengukir senyum, kekal dengan posisinya yang tidak jatuh ke bumi, burung-burung terbang sekawan, mencari makan dibumi ALLAH.

Semua makhluk menuturkan kecintaan mereka terhadap Sang Pencipta dengan pelbagai bentuk perbuatan. Tiada satu pun yang songsang dari perintah-NYA. Kecintaan kepada Al-Haqq ‘Azza Wa jalla itu punya syarat. Dan diantara syaratnya adalah keredhaan-Nya pada dirimu. Engkau meredhakan DIA sebagai tuhanmu, dan DIA akan meredhakan mu sebagai hamba-NYA.

Kecintaan itu memerlukan keikhlasan, keikhlasan yang kosong daripada virus, virus Riya’ yang boleh mendorong kepada syirik jika tidak dibendung. Kecintaan sebegitu akan lahir daripada keredhaan, dan akan melahirkan kesungguhan, kesungguhan dalam menerima tanggungjawab, dalam memperjuangkan dakwah dan kalimah Lailaha Illallah, meredhakan ALLAH sebagai tuhan, Islam sebagai agama, dan Rasulullah S.A.W sebagai Nabi sekalian Ummah.

Indahnya kecintaan itu pabila sepenuh kebergantungan diletakkan kepada ALLAH. Pabila sukar menghampiri, dituturkan lafaz syukur. Pabila senang yang bertandang, bibir tidak kering dengan lafaz hamdallah. Alhamdulillah.

Kecintaan itu akan tercemar pabila menjadi aasiman atau kafura.

Aku tidak mahu menjadi orang yang bergelumang dosa, yang kufur dengan nikmat-NYA pabila dunia diletakkan kedua-dua belah tangan. Aku juga tidak mahu menjadi munafiq, yang mengaku kedua-dua matanya melihat apa yang tidak dilihatnya, yang berkata apa yang tidak dilakukannya, dan yang berjanji apa yang tidak ditepatinya. Sungguh aku tidak mahu!

Sesungguhnya aku amat takut pada neraka-MU, neraka yang dinyalakan 1000tahun berwarna merah, 1000tahun berwarna putih dan 1000tahun berwarna hitam [1]. Sungguh aku takutkan pada seringan-ringan siksaan neraka. Sesungguhnya seringan-ringan siksaan dalam neraka itu ialah memakai terompah dari api mendidih benak di kepala kerana panasnya [2].

“Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh dari panasnya api neraka di akhirat. Kalau sebahagian kecil jatuh ke dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” –HR Muslim

Mu’min impian semua Muslim. Yang Meletakkan ALLAH di hati, dan akhirat dikedua-dua belah tangannya, yang menggunakan sebaik-baik senjata iaitu bersabar dan doa. Sesungguhnya ALLAH mengasihi hambanya yang mu’min dan yang berusaha. Berusaha dengan bermujahadah!

“Sesungguhnya sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya iaitu ketika ia sujud, oleh itu perbanyakkanlah doa.” –HR Muslim

Ya Allah Ya Tuhan, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih, dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau mengasihi aku, maka Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang  mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMU. Amin.

Sungguh, aku tidak mahu apa-apa, kerana aku hanya mahu kedekatan bersama cinta-MU ya ALLAH…

aku mahu menjadi Hamba yang sebenar…

=(

“Allah tidak Melihat kepada tubuh kalian, dan tidak pula melihat kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian.” –HR Muslim.

[1] HR Muslim

[2] HR. Muslim

Ladang Akhirat

“dunia adalah ladang akhirat. barangsiapa yang menanam kebaikan, maka ia akan menuai kebahagiaan. dan barangsiapa yang menanam keburukan, maka ia akan menuai penyesalan.”

~Hadith

jika maut menjemput, tiada apa yang menghalang

jika sesudah itu baru engkau tersedar

kesedaran itu sudah tidak berguna lagi.

Ya ALLAH bangunkanlah kami dari tidur yang melalaikan

dan daripada kebodohan yang tidak mengenal-MU. amin.

  • 10.30am/27feb10/14rabiulawal1431H
  • after jenazah management
  • IIUM, gombak

He always be there

Manusia sering sibuk

sehingga terlalu letih untuk mengingati NYA

Manusia juga sering senang

lalu menghabiskan seluruh waktunya dengan bersenang lenang

Hinggakan Akhirnya

DIA yang menegur kita

Gunakanlah waktumu untuk mengingati KU

kerana kau tak pernah tahu

Bilakah masanya kau akan kembali kepada KU

  • 12.15am/26feb10/13rabiulawal1431h
  • Ameenah, IIUM gombak
  • He Always be there~

fatwa hati

meniti hari, kehidupan semakin sukar, bukan semudah A.B.C, dan tidak juga selancar alif, baa, taa. hati ini selalu mengeluh susah, mengeluh sukar, padahal kemampuan ada, cuma tidak digunakan pada tahap yang maksimum, dan  cuma perlu menanam keyakinan yang tinggi, pada ALLAH dan diri sendiri. kadang-kala, terkeluar dari mulut, ya allah, sukarnya, ya allah susahnya, mampukah aku mengharungi semua ini?. mulut terus dan terus mengomel tanpa sedar itu adalah sebuah rungutan. astaghfirullah, allah tak suka hambanya merungut, apa lagi hambanya yang mengeluh. apa yang penting adalah usaha dan gerak kerja. bukan natijahnya.

aku selalu tanam dalam diri, yang keyakinan terhadap ALLAH itu akan disusuli dengan keyakinan dalam diri sendiri. cipta dan bina keyakinan yang tinggi terhadap kekuasaan ALLAH, DIA telah menciptakan manusia daripada sebaik-baik penciptaan, menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi ini, sehinggakan Harut dan Marut sendiri tidak sanggup menggantikan tempat dan posisi manusia sebagai khalifah. gunung ganang, angin, tanah dan semua makhluk yang lain merendahkan martabat mereka dan menyerahkan tugas khalifah kepada manusia. begitu tinggikan darjat manusia? lalu apa yang aku gusarkan. kerana aku ada ALLAH.

aku selalu mengingatkan pada diri bahawa keyakinan terhadap ALLAH dan keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri lebih penting dan lebih utama berbanding pandangan dan persepsi orang. biarlah seribu orang sekalipun yang mengeji atau mencaci, biarlah seribu orang sekalipun memandang serong kepada aku, tetapi apa yang aku perlu dahulukan adalah pandangan allah terhadap aku.  bagaimana solatku, ibadahku seharian, kebajikanku dalam rutin harian, sehinggakan mampukah aku menghulurkan seteguk air kepada makcik pencuci bilik air, atau mampukah aku mengucapkan salam kepada makcik yang bertugas menyapu sampah, atau aku hanya diam tanpa senyum.sedangkan benda yang remeh dan dianggap mudah itulah yang menentukan tahap keimananku.

lalu tarbiyah sedikit demi sedikit mengetuk pintu hati, menyiram hati yang kadangkalanya gersang. dan ketika kegersangan itu melanda, aku tidak mampu untuk memperbanyakkan nawafil, aku lemah untuk memeprbanyakkan zikir. sampai masa aku berasa yang sedikit itu mencukupi. padahal, allah lebih menyukai hambanya yang istiqamah. dan ketika hati subur ditarbiyyah, aku mampu tersenyum dalam solakut, tersenyum mengiyakan setiap bait-bait ayat al-quran yang dituturkan. aku asyik dalam sujudku, rasa rendah dalam ruku’ku, tawaduk dalam toma’ninahku. dan aku sedar, aku manusia, adakalanya futur, adakalanya subur. ternyata iman itu perlu dibaja,bukan dibiar.

pandangan mata mungkin akan selalu menipu, pandangan akal  mungkin juga akan selalu tersalah, pandangan nafsu pula selalu melulu, tetapi pandangan dari hati yang bersih itulah yang hakiki mintalah fatwa daripada naluri hati, mintalah pandangan dari ALLAH untuk melalui dan mengharungi kehidupan yang tidak semudah yang disangkakan, dan tidak selancar yang diharapkan.

4.13pm/25feb10/12rabiulawal1431.

gombak,iium.

dalam cinta ada cinta

Cinta itu konsenterasi, bila mana hati tertumpu pada yang satu, tenaga berpadu menjadi satu, naluri menjadi tepu, menjadi satu perhatian, perhatian yang jitu terhadap Pemilik cinta.

Cinta itu keyakinan, bila mana yang susah itu datang, kesabaran yang dipupuk, dan bila mana yang senang itu hadir, syukur datang bertalu-talu.  hilang gusar, hilang resah, kerana yakin ADA yang memelihara.

Cinta itu kesungguhan, kesungguhan meraih cinta nya, kesungguhan menyaingi pencinta nya dalam beribadah, kesungguhan menyuci hati dari lembah hitam, kesungguhan dalam keperitan bermujahadah.

cinta itu kemanisan, susah, sukar, musibah, dugaan itu perit, tapi janjinya yang membuatkan ia manis, seperti manisnya madu melebihi kemasaman cuka, manisnya gula mengatasi kemasinan garam. yang akhirnya, apa yang akan ditemui hanyalah kemanisan selepas merempuh kekangan dan kesukaran. kemanisan dalam keimanan. keperitan dalam kebahagiaan.

  • dalam cinta ada cinta
  • dalam duka ada suka
  • dalam pahit ada manis
  • dan dalam jiwa ada DIA
  • kelas adab, halaqah, experimental hall
  • 11pm/24feb/10

HARI Yang PASTI tiba

Tenang melihat hujan renyai-renyai yang turun membasahi bumi Gombak. Ada percikan airnya di jendela, satu satu titiknya aku beningkan di hujung telunjukku, lalu hilang berbekas dijariku. ada lambaian pokok mengucap tasbih, dan rumput riang mengujar tahmid, disitu langit mendung lembut berkata-kata, menundukkan pandangannya kerana cintanya kepada Rabb, dan bukit bukau setia di posisinya, sentiasa damai dan tidak goyah dengan sisipan angin, dan angin yang masih setia, menebarkan sayangnya pada manusia, hamba tuhannya.

Sunyi, tapi bukan sepi. Semuanya bagai berkata-kata, bertasbih dan bertahmid tiada henti. Memandang kesemuanya buat aku hampir lupa pada lelah dunia yang menyesakkan, tenang dan damai serta indah kerana ALLAH itu Indah dan menyukai keindahan. Ketika memandang kesemuanya, juga buat aku takut, buat lidahku kelu, dan hanya hati yang mampu  berkata-kata. Mungkinkah ada hari esok untukku, hari untuk kita semua. Mungkinkah juga dapat aku perhatikan titisan hujan ini pada hari esok? Pada jam yang seterusnya?. Tentunya, Tiada tarikh yang muktamad bagi kesudahan dunia yang sementara ini, yang tahu, hanyalah YANG MAHA TAHU. Dan kita yang tidak tahu, janganlah bertaklid buta pada mana-mana perancangan zionis yang membutakan mata, akal dan hati kita. Biarlah berapa banyak filem barat seperti 2012 mahupun the end of day yang setiap hari bertandang hampir semua pawagan di dunia dipamerkan, tapi jangan sesekali kita tetapkan waktunya. Kerana kita tidak pernah tahu, apa yang ALLAH TAHU.

Rupanya semakin sedar aku dari lamunan yang aku kini berada di akhir zaman. Di akhir zaman yang sudah terbukti sebahagian besar ungkapan rasulullah mengenainya.

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak”

(Hadis riwayat Thabrani)

baik muda atau yang dah berusia, masing-masing telah tertulis tarikh kematiannya di Luh mahfuz. Cuma cepat atau lambat bukan ukurannya. Yang penting hanyalah persediaan menuju kepadanya. Dan aku bila? Dan kita bila?. Soalan yang akan terjawab bila tiba waktunya.

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Gempa bumi, itu tanda allah sayang. Allah mahu memperlihatkan hambanya tentang kekuasaannya. Tentang penciptaannya yang kita sering lupa. Allah mahu beri hambanya peluang untuk memperbaiki diri selagi ada waktu yang diberi. Allah mahu menyatukan hambanya dalam kasih sayang dan mahabbah dengan saling membantu. Dan ALLAH juga mahu kita bersedia untuk menghadapi Hari yang akan TIBA.

Dan Pada hari datangnya sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Rabb, yang merupakan kejadian yang luar biasa, yang dengannya diketahui bahwa kehancuran telah semakin dekat, dan kiamat semakin menghampiri. Maka tidak bermanfaat keimanan dari satu jiwa yang sebelumnya tidak beriman atau yang belum membuahkan kebaikan dalam keimanannya, tidak juga bermanfaat keimanan seorang yang kafir apabila dia hendak beriman. Dan Tidak pula bermanfaat bagi seorang mukmin yang kurang beramal untuk semakin bertambah keimanannya setelah itu. Namun yang bermanfaat bagi manusia adalah keimanan yang dia miliki sebelum itu serta kebaikan yang dia miliki yang diharapkan (bermanfaat) sebelum datangnya Hari yang dijanjikan.


يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لاَ يَنفَعُ نَفْسًا إِيْمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيْمَانِهَا خَيْرًا قُلِ انتَظِرُواْ إِنَّا مُنتَظِرُوْنَ
“Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Rabb-mu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah oleh kalian sesungguhnya kamipun menunggu (pula)’.” (Al-An’am: 158

“Tidak bermanfaatnya keimanan seseorang di kala terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, karena telah masuk ke dalam hati mereka perasaan takut yang melenyapkan setiap syahwat hawa nafsunya dan melemahkan setiap kekuatan dari kekuatan tubuhnya. Sehingga, manusia seluruhnya beriman karena mereka yakin akan dekatnya hari kiamat. Seperti keadaan orang yang mendekati kematian, yang memutuskannya dari berbagai dorongan melakukan perbuatan maksiat serta melemahkan tubuh-tubuh mereka. Barangsiapa bertaubat dalam keadaan seperti ini tidaklah diterima taubatnya, seperti tidak diterimanya taubat orang yang mendekati kematian.”

–          Al-Qurthubi

Pukullah jiwa dari terlalu lena dengan buaian dunia, rentaplah hatimu dari terlalu asyik membilang harta duniawi, sisihkanlah ketulan daging merahmu daripada cinta dunia yang bukan putih warnanya tapi hitam. Pakaikanlah ia dengan pakaian taqwa, yang merasai dan menikmati Iman dan Ihsan, yang sepenuhnya berharap keredhaan ALLAH, yang sepenuhnya menanti janji ALLAH dan seluruhnya mengotakan tanggungjawabnya sebagai Hamba. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, dengan pembersihan hatimu dan ketulusan cintamu kepada TUHAN mu…

Enam satu minit petang

Dua puluh satu februari dua ribu sepuluh

Gombak

Simple But Meaningful

Usai Solat Maghrib, rentak bertukar laju, berburu menuju ke main auditorium untuk memenuhi satu aktiviti atau motivational talk didalam study circle silibus. pada mulanya, pesimis, tiada langsung rentak positif atau hanya sekadar samar-samar. jiwa terasa dipenuhi magnet-magnet hasutan menghilangkan keikhlasan hati. bukan mudah pada jalan mujahadah. bukan senang pada titik perjuangan. lantas istighfar terpaut pada ruang-ruang hitam yang makin bercambah dalam gumpalan daging merah. mohon diberi kekuatan dan keikhlasan.

“dont judge a book by its cover”, erm, benar. belum dengar  belum tahu apa yang nak disampaikan. saya tidak mahu menjadi Kisra, Raja Parsi yang begitu sombong dan angkuh, mengoyakkan warkah utusan daripada rasulullah yang mengajak kepada kebenaran dan kedamaian sebelum membacanya dan sebelum mendengarnya dari utusan rasulullah. lalu allah telah mengoyakkan kerajaannya melalui pemberontakan anaknya sendiri. saya juga tidak mahu menjadi seperti abdullah bin ubai, yang dalam baiknya pada luaran, rupanya munafiq isinya. nauzubillah. ikhlaskan hati dalam menerima ilmu inshaallah allah akan bukakan jalan untuk menerima ilmu.

Simple But meaningful tema yang dipamerkan. saya kira talk yang agak menarik, penuh dengan gelak tawa siswi-siswi yang daripada pelbagai latar belakang. sangat menarik. kekadang, perkara yang simple (mudah) itu yang kita lupakan. bila masuk tandas, main redah je dengan kaki kanan, dan tanpa sebarang doa memohon perlindungan. dan tanpa sedar syaitan turut sama ikut menemani kita dalam tandas yang sememangnya rumah ‘dia’. kita juga sering alpa, masuk bilik atau rumah tanpa menuturkan bismillahir rahmanir rahim, dan tanpa mengungkapkan salam. ustaz selalu berpesan, dunia ini bukan hanya ada manusia, bukan hanya ada kita, tetapi Jin-Jin dan syaitan-syaitan berkali-kali ganda dengan bilangan manusia. yang lagi menggerunkan, mereka semua boleh melihat kita, tapi kita sedikit pon tidak boleh melihat mereka. bagaimana kita hendak meloloskan diri daripada termakan hasutan mereka jika kita tiada pelindung?. begitu banyak perkara yang mudah, yang kita tak endahkan untuk melakukan. apabila sebelum tidur, main tidur je, tanpa mengambil wudu’. sunnah rasulullah itu terlalu indah untuk diamalkan. ambil wudu’ sebelum tidur, baca surah-surah lazim seperti tiga Qul.,tidur diatas rusuk kanan, berpangkukan tangan dipipi. indahnya sunnah nabi S.A.W. 🙂

hati kita ada tiga jenis atau lebih mudah dikelaskan kepada tiga peringkat. peringkat pertama adalah pure heart (hati yang bersih) pure heart seperti segelas cawan yang berisi air jernih. jika terisi gula, masih nampak gulanya, jika dimasukkan straw, masih jelas bayangnya. begitu juga dengan hati yang bersih, jika terlanjur berbuat dosa, masih sedar dan jelas dan segera menutur istighfar dan memohon ampun. yang kedua adalah Sick heart (hati yang sakit). hati yang sakit adalah seperti gelas yang berisi air ‘teh krisantimum’ yang warnanya agak kuning, dan tidak jernih. tetapi masih boleh menampakkan isi gula dan bayangan straw walaupon agak samar. bermakna, hati yang sakit ini mampu lagi menyedari dosa yang dilakukan  dan merasa bersalah walaupon sering mengulanginya. hati yang sakit juga masih sedar keperluan untuk bertaubat walaupon sering tersasar. dan yang ketiga adalah dying heart (hati yang mati). hati yang mati adalah seperti gelas yang berisi air cincau yang apabila dimasukkan gula ataupun straw, langsung tidak menampakkan bayang straw dan gula. bermakna, hati yang mati ini sudah terbiasa melakukan dosa, sehinggakan pabila melakukan dosa, tidak merasa bersalah, malah berasa bangga bila melakukannya. nauzubillah.

disentuh mengenai Mindset. ye, manusia selalu mudah bersangka-sangka, sama ada yang buruk atau yang baik. mesti ada sangkaan. mengapa itu, mengapa ini. ada sahaja yang terkeluar dari mulut, mahupun sekadar mulut hati. begitu juga pemikiran kita. mudah sahaja berfikiran negatif dan positifnya amat sedikit. dan minda kita sebenarnya terbahagi kepada dua, concious mind (minda yang sedar) and sub-concious mind (minda yang separuh sedar). minda yang sedar atau concious mind adalah kapten atau general kepada soldier (askar) iaitu sub-concious mind. concious mind hanya menguasai 5% daripada keseluruhan minda, dan selebihnya dikawal oleh sub-concious mind iaitu 95%. faham tak? erm

begini, minda yang sedar akan memberikan arahan, dan sub-concious mind akan mengikuti arahan, tetapi kebanyakan arahan, sub-concious mind hanya akan ikut arahan yang negatif jika arahannye dalam bentuk negatif. faham tak?

ok. contohnya.

concious mind : saya tak nak bangun lewat esok

maka sub-concious mind akan mengikuti arahan dengan …

sub-concious mind : saya tak nak bangun lewat esok.

jadi, saya bangun lewat esok.

dan lagi satu contoh.

concious mind : saya akan bangun awal esok.

subconcious mind : saya akan bangun awal esok.

jadi, kerana tiada perkataan negatif, jadi sub-concious mind akan membantu anggota lain untuk bangun awal… dengan izin ALLAH. bestkan?

jadi kesimpulannya. “say only positive words” 🙂

dan ada beberapa video yang ditayangkan, dan yang paling menarik perhatian saya adalah video dimana azan dikumandangkan di masjidil haram. dari mula azan, dengan lafaz allahu akbar, allahu akbar, cahaya lampu di masjidil haram seperti biasa, tetapi sampai sahaja pada lafaz asyhadu anna muhammadarrasulullah, cahaya di masjidil haram bagai naik melambung keatas. subhanallah. tak pandai saya nak gambarkan, tapi amat menakjubkan. saya akan cuba cari sumber video, tetapi sementara tunggu saya jumpa video tu, tolonglah tanyakan kat pakcik google ye. 🙂

sebenarnya, banyak lagi yang dikongsikan. rasanya, 2jam itu cukup padat dengan pengisian yang simple tapi penuh makna. terima kasih kepada Kak Mastura dan Kak zulaikha sebagai instructor dan facilitator.

pesan saya : dan berkenaan agenda aluminati, saya tidak cukup ilmu lagi untuk di kongsikan. inshaallah, bila pembacaan dah banyak dan ilmu pun dah kukuh, inshaallah saya akan kongsi ya. agenda iluminati, memang menggerunkan, tetapi itu memang benar dan bukan rekaan. sungguh saya cakap.

status : alhamdulillah, allah telah memberi perlindungan daripada anjing yang sebenarnya sedang melihat kami semalam. nasihat saya, atau nasihat kami [farah, saya, aishah, hazirah dan asma] bila terlihat anjing, atau anjing lihat kamu, jangan lari. tapi kalau dia memang macam nak kejar, apalagi, cabut..! 🙂

H.O.P.E

Yang ditanggung, berselindung.

yang dipamer, nampak terang.

Masuk ni, dah 3 kali dalam semester nie. kelam, lalu keringat turun berduyun-duyun membasahi. tambah pula, terjadi bila time lecture. tumpuan hilang seketika. yang tinggal, hanya ada hari esok.

apa yang ditanggung, di harap bukan macam dulu. tidak seperti dulu dan tidak serupa dulu.

Hope~

p/s : Aluminati, antara sedar atau tidak.

KasiH K.I.T.A ~~

Status Pertama 🙂

Ainaa dah pandai panggil ayah, emak dan kakak!

suka! ~

.Abang belum lagi. hihi cuba lagi ye ainaa ;P

Status Kedua

Ainaa Dah Mula belajar jadi Muslimah 😉

Tengok tu. dah Pakai tudung, tapi nampak Jambul cket sebab tudung besau sangat… hehe 🙂

sweet! ~


Status Ketiga

Ainaa dah mula belajar ambil wudu’ dan Solat…

bila kakak ambil wudu’, ainaa ikut sekali sampai basah lenjun Baju… hihi ;P

ini semua keje kakak dia la! lalala 🙂

*Gambar tak sempat di candid kan sebab tengah basah… ;P

Status KeemPat

hihi Shopping Time. Beli Barang Dapur dan Barang abang chik.

Barang kakak tak beli tau! hihi ;P


Status Kelima

Lepas shopping, abang chik ngadu Lapar. hihi

singgah makan malam kat restoran KITA~ 😛


Sweet!

kakak tak payah makan pon takpe,

kenyang tengok muka KITA semua!

indah!

subhanallah!

Ya ALLAH, sebagaimana KAU membahagiakan kami di dunia, bahagiakanlah kami di syurgaMU YA ALLAH.

Status Keenam

Assignment Assignment Assignment

Belum siap Ma~


Status Ketujuh

Apa pun dugaan, lalui dengan tenang, kerana ALLAH itu MAHA PENYAYANG. ALLAH sangat Menakjubkan!


Status kelapan

Sampai GOMBAK 11Pagi/16Feb10/3Rabiul awal 1431H