kena patuk ular?


Pernah bermimpi kena patuk ular tak?

erm, saya tak pernah. mungkin anda pernah. :)

kalau dulu, orang lama selalu cakap, ‘kalau mimpi kena patuk ular, tandanye ada orang nak datang meminang’.

saya pun tak berapa nak percaya sangat, sebab saya tak pernah mimpi kena patuk ular. ;)

Pagi tadi saya ada dengar dari Ustaz di rancangan Tanyalah Ustaz Tv9, [maaf, saya tak ingat nama ustaz tue ;)], ustaz tue cakap, orang sekarang anggap kalau mimpi kena patuk ular, tandanya ada orang nak masuk meminang. Tetapi hakikatnya, menurut pengalamannya mengubati orang-orang yang sakit terkena sihir atau buatan syaitan ini, kalau ada orang mimpi kena patuk ular, kemungkinan besar dia akan terkena sihir. wallahu a’lam.

Jika ada alamat mimpi sebegitu, cepat-cepatlah merujuk pada mana-mana Ustaz yang lebih a’rif.

Ustaz cakap lagi, sebenarnya, mimpi ini bukan kita boleh suka-suka buat pelbagai tafsiran. mimpi kesemuanya berasal daripada Allah, dan mimpi juga boleh memberikan pelbagai kesan pada orang tertentu di keesokan harinya.

Jadi jangan seronok sangat kalau dapat mimpi kena patuk ular! ;)

dan kalau nak tahu nama ustaz tersebut, esok pagi pukul 7, tontonilah Tanyalah Ustaz di Tv9 dengan tajuk, ‘Jin dan alam ghaib’

p/s : mimpi dah sampai kat mahallah. oh apekah? terlalu bersemangat kah? atau rindukah dengan UIA? huhu ;)

bukan ‘orang minyak’

gambar hiasan dan bukan orang minyak ;)

sekadar hiasan

Petang-petang, kadang-kadang sambil makan lempeng, saya tengok jugak cerita dendam orang minyak tv3 tu. herm, bila tengok punya tengok, tiba-tiba terfikir pulak. “orang minyak ni betul-betul ada ke?”.

dulu,

time sekolah, ada juga tragedi satu musim orang kata, ‘orang minyak’ berlegar-legar nak cari mangsa. lalu kami pun dinasihatkan supaya pagar bilik dengan ayat Al-Quran, lepas tu, pakai baju terbalik, then sampaikan kami tidur berselang-seli sama-sama atas lantai. punya takutnya pada waktu tu. lalu, saya pun terfikir lagi; “betul ke ada orang minyak yang kerjanya adalah merogol, kemudian membunuh mangsa?, ada ke?”.

orang minyak, nama pun orang minyak, satu badan bersalut minyak, lepas tu buat kerja jahat, ni kan terang-terang kerja syaitan. tapi wujud kah?

then, suatu hari, terlalu sangat tertanya-tanya, saya pun tanyalah emak saya dengan persoalan; “Mak, orang minyak ni betul-betul wujud ke ye mak? dia cabul perempuan lepas tu bunuh. betul ade ke ye?”

lalu, dengan pantasnya emak saya menjawab; [macam pengulas bola pulak  ye?]

“herm kak, tak payahlah tanye pasal orang minyak, takde orang minyak pun zaman sekarang ni dah banyak kes cabul lepas tu bunuh. tu kan terang-terang kerja ‘orang minyak’, MANUSIA tak buat kerja macam tue…”

‘orang minyak’ zaman moden.

saya diam.

betul jugak tu.

huhu :)

saya pun memadamkan soalan tu dari ingatan.

tapi betul kah ada orang minyak? huhu


p/s : abaikanlah entry kali nie ye. :)


bukan lempeng terbakar


  • minum petang
  • bumi Puchong
  • 6pm

ehem ehem, makan lempeng cicah kari, favorite! nampak simple, tapi bila ditambah perasa ‘kebahagiaan dan kemesraan’, yang simple dan ikhlas itulah yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati.

Emak selalu berpesan, kalau nak masak ni senang saje, dan bukan hanya memerlukan skill, tapi apa yang penting ikhlas dan sambil memasak berzikir, itulah resepi kelazatan makanan. :)

begitu juga dengan kehidupan, apabila kita ikhlas dan sentiasa mengingati Allah, semua urusan menjadi lancar, orang di sekeliling pun percaya dan menyenangi sikap kita. barulah merasa kelazatan kehidupan. ;)

hidup ini sangat indah, jika segala perencah dan perasa yang perlu ada dicampurkan bersama. begitu juga kebahagiaan, walaupun hidup dalam serba-serbi kekurangan, yang kurang itu jadi indah, jika dikongsi bersama kan?

Selamat menjamu selera dengan resepi kelazatan kehidupan! :)

p/s : pada yang ingin merasa lempeng cicah kari, silalah berkunjung ke teratak rumah saye ye. :)

kalau bukan kerana rotan

“aduh atuk! sakit sakit!” aku mengerang kesakitan. berbirat juga tapak tanganku dek penangan rotan buluh atuk.

“lain kali, sebelum datang mengaji, baca dulu di rumah, jangan nak asyik main basikal je. baca Al-Quran ni penting. ada tertibnya.” separuh lembut separuh keras nada suara atuk. lantas rotan buluh diletakkan di tepi.

“baik tuk.” aku menggangguk tunduk. lantas tangan berkedutnya aku kucup sambil menahan sendu.

“esok datang, jangan tak datang.” tegas atuk.

‘tengoklah’. sambil mengerling pada atuk aku berlalu pergi. lambat dah nak tengok citer…

atuk bukanlah atuk kandungku, lelaki berjasa itu jiran tetanggaku dahulu. sejak dari tadika, setiap petang aku pasti ke rumahnya. mahu ‘berguru’ dengannya walaupun aku ni agak ‘rajin’ lah dahulu. jiwa kanak-kanak sering memberontak, kenapalah pentingnya ‘berguru’ untuk belajar Al-Quran, perlukah aku penat-penat pergi rumah atuk walaupun aku dah tahu membaca Al-Quran. kenapa ya?

suatu hari dalam sejarah.

aku tanya pada atuk.

“atuk, intan dah taknak belajar mengaji dah, intan nak baca sendiri, nak khatam cepat. dengan atuk lambat, satu hari satu muka surat je, macam mana nak habis cepat tuk?.”

waah, masa tu, semua rakan-rakan mengaji tergamam, ada juga yang menaikkan ibu jarinya menghala kepadaku, simbol ‘bagus’ aku kira. ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa keringatku berderu-deru turun, musim dingin, kemarau semua berlalu, tangan sejuk macam beku. argh! aku dah sedia nak menadah tangan menerima penangan ‘rotan buluh’ atuk.

atuk senyap.

aku rasa bersalah.

Papp!

aku terkejut, kus semangat.

rotan buluh bukan mengena pada tanganku, tapi pada tikar mengkuang milik opah.

sekali lagi.

Papp!

aku gementar, nampaknya aku akan terima nasib yang sama macam tikar mengkuang tu. apaaaalah nasib badan

tiba-tiba…

“intan, tahu tak kenapa rotan ni tak pernah rosak walaupun atuk dah dua kali libas tikar ni, tapi rotan ni tak patah pun.” lembut suara atuk. rasa bersalah makin menebal dalam hati. ‘buat apalah aku pergi tanya soalan tu. adus!’

“err.. tak tahulah tuk…” jawapku agak gagap.

“sebab rotan ni kukuh! tahan lasak! sebab pembuatannya pun agak rumit, bagi yang tak sabar, memang takkan dapat hasilkan rotan yang berkualiti.” jawab atuk ringkas.

aku masih terpinga-pinga.

apa kaitannya antara rotan dan aku yang nak berhenti belajar mengaji nih?.

kepala digarukan walaupun tidak gatal. tanda hilang idea. ‘tulah tadi banyak sangat cakap, kan dah kena hadiahnya.’

“rotan ni, dibuat dari belahan buluh yang kemudiannya diraut nipis untuk lebih licin dan mudah dilentur. kemudian setelah diraut, dijemur seketika.” telus atuk berkata. tapi aku masih gusar, gumam, serba tak kena.

“tapi tuk, apa kene mengena mengaji dengan rotan tuk?”

“begitulah juga mengaji cu, mengaji ni kalau nak pandai perlu ada yang mengasah, perlu ada yang meraut, sedikit-sedikit, melalui proses yang lama, baru kukuh ilmunya, tak mudah lupa dan boleh sentiasa digunakan yakni diamalkan.” syarah atuk pendek.

Papp!

terkena batang hidung sendiri.

belahan rautan buluh itu bagai memiat hatiku mengiyakan setiap kata-kata atuk.

ye! aku perlu jadi seperti rotan, perlu sabar untuk kuat, biar aku berguna untuk masyarakat nanti. inshaallah.

“tapi kan atuk, kalau mengaji hari ni habis awal boleh tak? nak tengok citer kat Tv… ngeh ngeh” menyengeh menampakkan gigi kapak dua butir.

***

p/s : ada usaha untuk jadi lebih ‘baik‘, banyak juga usaha yang menjadikan kita kurang ‘baik’. naudzubillah.




kerana cinta itu buta

C.I.N.T.A  K.I.T.A

Sampai bila

Manakah satu arah kita

Yang sebenar-benarnya…


Arahnya hanya satu. Kembali kepada Allah. Itu sahaja. Kerana cinta yang sementara itu, manusia jadi buta, tak mengenal mana satu permata mana satu manikam. Kerana cinta yang sekejap Cuma asyiknya itu, manusia jadi alpa, tak mengerti mana satu yang lebih berharga. Percintaan yang hanya setahun dua nafasnya, nyawa jadi taruhan, seolah-seolah nyawa itu tiada harganya, tiada nilainya.


C.I.N.T.A B.U.T.A


Buta hati, buta jiwa, buta fikiran. Segalanya bukan kabur, tapi BUTA. Langkah hidup yang kiranya masih panjang, tetapi kerana buta, yang panjang sengaja dipendekkan. Kemana perginya akal? Kemana perginya hati? Bukankah letaknya cinta itu dalam hati? Namun, hati dan jiwa juga menjadi mangsa kerana cinta yang bertunjangkan hawa nafsu dan bukan kerana Allah.

C.I.N.T.A G.I.L.A

Kalau bukan kerana cinta, tidak akan gila. Gila untuk memiliki. Gila untuk menguasai. Sehingga sanggup diri dikuasai amarah Syaitan yang tidak lagi asing hingga kini. 18 tahun hidup didunia tidak berguna dek kecewanya dengan kegagalan 2 tahun bercinta. Si wanita mengirim nota, minta biar dilepaskan kerana hati tidak lagi rasa menyinta. Oh, adakah cinta itu hanya bernilai sehelai nota?

Si lelaki tidak mengerti mana salahnya. Tidak memahami mana silapnya. Seharian diri dikurungi jua, tanpa sebarang cahaya, tanpa sebarang perutnya diisi. Kiranya, kekecewaan yang ditanggungi melebihi harga hidup yang dilaluinya selama 18tahun.

lalu, mengambil jalan singkat melarikan diri dari masalah. melarikan diri selamanya.

Ibu yang tidak percaya, menangis hiba saat terpana melihat anaknya yang sudah terjelur lidahnya, tersangkut di palang atap, dililit lehernya dengan kain langsir buatan ibunya. Ibunya tidak menyangka, yang terjerut itu adalah anaknya. Ibunya tidak berdaya, kerana nyawa anaknya sudah tiada. lantas tersimpuh mengenangkan nasib anak yang dahulu 9 bulan dalam kandungannya.

si ayah tergamam hiba, lalu mencari punca, pesanan ringkas di telefon bimbit anaknya dibaca, tahulah dia anaknya begitu kerana kecewa.

dan takdir telah menentukan segala, anaknya pergi buat selamanya.

kerana C.I.N.T.A diturutkan segala

kerana C.I.N.T.A badan binasa…

nota : Al-Fatihah buat Allah Yarham si polan [anak buah jiran saya].

p/s : Kalau Allah sudah menyinta, bukan penduduk langit sahaja yang ikut menyinta, malah seluruh penduduk langit dan bumi turut menyinta. kerana cinta Allah mendahului segala. noktah.

kembali ke asal

6Mei, aku kembali ke kampung halaman semula, mahu mencari semangat yang hilang mungkin? 2 kali berturut hujung minggu aku luangkan buat keluarga, bukan kerana apa, tetapi kerana hati yang mahukan kedamaian, lalu aku kembali ke tempat asalku.

aku mula belajar berdikari, belajar pulang sendiri. masuk kali ini, kali yang kedua aku pulang seorang diri setelah setahun mengembara di bumi Gombak ini. akhirnya aku belajar berani mengatur langkah sendiri. bukan apa, bukan tiada motif, ada, cumanya, biar aku sahajalah yang menyimpannya rapi.

alhamdulillah, perjalanan kali ini berjalan lancar, bermulanya tapak kaki melangkah di perhentian bas berhadapan CELPAD UIA, selang lima minit, bas yang dinanti berkunjung tiba, lafaz syukur tidak berhenti hiba. tiba di terminal putra, kaki bergerak melangkah laju, tiket LRT dibeli tanpa ragu, rupanya, taman-taman indah mula berputik di dalam kalbu. oh! aku ingin pulang!. orang-orangnya tidak ramai seperti selalu, mungkin belum waktu rehat bekerja lagi, terus aku duduk tenang memerhati jendela LRT yang memaparkan seribu warna Alam. subhanallah, semuanya berasal dari Allah. siapakah kita untuk menidakkannya?.

KL central, perhentian kedua sebelum mengorak langkah ke destinasi yang dituju. aku dikejutkan dengan seorang warga yang tidak berapa emas, dalam 40 an mungkin, wanita itu lantas menyapa bahuku. terkejut! ingatkan siapa!. “anak, beg tangan makcik hilang, makcik takde duit nak balik ni nak. boleh beri makcik dalam sepuluh ringgit?” memang fitrah manusia, ada sikap belas, namun tidak aku nafikan, aku ragu saat itu. “makcik boleh lapor kat guard kat situ, cakap beg tangan mak cik hilang. mungkin dia boleh tolong.” aku berlaku jujur melontarkan pandangan. namun, “anak ni, macam taknak tolong makcik je, makcik betul-betul terdesak ni, makcik mintak 10 ringgit saje, takkan takde??.” nadanya sedikit keras. tapi aku tetap berlagak tenang. ” Maaf makcik, saya nak cepat ni, takut terlepas bas, saya pergi dulu. assalamualaikum.” lalu aku segera berlalu pergi.

alhamdulillah! Bas U70 masih berhenti ditepi jalan berdekatan dengan stesen monorail. not dua ringgit 50sen aku keluarkan, lantas mencari tempat duduk. hanya ada dua tempat kosong, tetapi aku memilih untuk berdiri, kerana yang satu itu bersebelahan dengan lelaki asing, dan yang lagi satu bersebelahan dengan lelaki cina. ‘tak apalah, mungkin ada yang akan turun nanti.’ bas mula bergerak, aku bersandar pada cermin tingkap sambil memaut pada besi pemegang. pandanganku terlontar pada jalan-jalan disebelah kiriku. ada sebak juga tatkala terkenang wanita 40 an di KL central tadi, ‘sungguh, aku memang tidak punya not sepuluh ringgit tatkala itu, aku hanya punya wang yang secukupnya untuk tambang bas. maafkan aku makcik!’.

jauh mengelamun memerhatikan alam dan makhluk Allah, belbagai-bagai ragam dan jenisnya. seringkali menerpa di kotak minda, taraf hidup kita sekarang sememangnya kelas pertama. makan, pakai semuanya cukup, tidak miskin dan tidak kaya, sederhana sahaja seperti aku. namun, mentaliti dan sensitiviti masyarakat kita sekarang kurang, dan mungkin di kelas ketiga. tengok kiri sampah, tengok kanan sampah, dalam bas pun punya sampah, itu tandanya masyarakat kita sekarang punya minda kelas ketiga iaitu kurangnya sensitiviti terhadap kebersihan alam. tetapi, saya tak katakan semua, mungkin segelintir sahaja.

melihat pula pada mentaliti kanak-kanak atau remaja sekarang, kurang punya visi dan misi atau matlamat kenapa perlunya pendidikan di sekolah. huuh

“Aisyyiii, ponteng ka?” tegur seorang rakan sekolahnya..

“mana adalah. aku..” jawabnya suram

“alah, takpe, aku faham. kau tak suka cikgu matematik kan?. takpe, aku tak kasi pecah tembelang kau. ok aku chaw dulu!”

lalu rakannya turun di perhentian berhadapan sekolahnya. dan dia menyalin pakaian sekolahnya kepada pakaian biasa.

hmm dimana silapnya pendidikan kita sekarang? dimana kurangnya penekanan terhadap pentingnya pendidikan awal?.

minda kelas pertama Vs Minda kelas ketiga. dimana minda kita terletak?

***

14 Mei, aku pulang lagi. ke tempat asalku.

:)

kerana Nila yang bertitik-titik

  • klang central
  • 1.45PM
  • 2 Mei 2009

“Hai miss. Boleh saya duduk sini?” seorang wanita cina 40-an menyapaku.

Aku terpanalah, tak pernah-pernah ada orang non-muslim mohon izin duduk sebelah aku, walhal, masih banyak tempat duduk di perkarangan tempat menunggu bas. Ibu, ayah ke surau sebentar. Tinggal aku seorang diri menjaga barang.

“boleh, silakan.” Aku melunaskan senyuman semanis mungkin. Kataku bermonolog ‘kita adalah duta Islam. kalau hilang senyuman, hilanglah manis duta Islam itu!’

“aiyya miss, aunty mau tanya boleh kah? Aunty dah lama pening pikir perkara ni. Aunty ingat nak tanya orang Melayu, tapi tak jumpa-jumpa yang sesuai. Aunty risau kalau orang melayu pikir aunty nak sibuk pasal agama mereka. Tapi aunty tetap mau tanya juga..”

Ramah. Mudah di ajak berbual dan berfikiran terbuka kiraku. Dalam hati bagai ada bom yang tinggal 5 minit sahaja untuk meletup. Tertanya-tanya, Soalan apa yang menjadi tanda tanya penganut berbangsa cina ni. Musykil-musykil. Dup dap dub dap… huuu

“boleh aunty, kalau saya punya jawapan, saya akan cuba jawab.” Masih lagi tak lekang dengan senyuman. Duta lah katakan? Huuu

“kenapa ya? Aunty tengok orang Melayu ada macam-macam jenis. Sebenarnya orang melayu ni orang Islam kan? Tetapi, kenapa ya aunty tengok pakaian orang melayu macam-macam? Ada yang pakai tutup di atas kepala tetapi lengan atau tangan mereka tidak ditutup, tambah pula, baju yang ketat. Ada juga, yang pakai tutup atas kepala, tapi bila jalan, nampak kaki, maksud aunty nampak sampai atas betis. Bila aunty tengok adik pula, adik pakai baju kurung, tutup semua, dengan kaki sekali. Sebenarnya Melayu atau Islam ini macam-mana ya? Boleh pakai suka-suka hati ya macam agama aunty juga?”

Mataku tak berkedip, jantung berdegup kencang, keringat mula membasahi di liang-liang roma dahi, tangan ada sedikit sejuk, Cuma tidak menampakkan urat biru. Aduh, bagaimana ya? Ini bukan orang Islam, jauh lagi faham agama Islam. aku duta, takkan mahu bagi tafsiran salah?.

Malu pun ada. Bagaimana masyarakat Islam yang menjadi Duta sendiri kepada Islam telah menjadi hujah mereka yang bukan muslim untuk menimbulkan kemusykilan agama Islam. Malu sungguh. Betapa, mereka yang bukan Islam prihatin juga dengan ‘masalah dalaman’ penganut Islam. masakan air yang keruh tidak kelihatan? Sekali bah terus berubah. Sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Tetapi aku kira, ini bukan setitik lagi, mau bertitik-titik!

“aunty, aunty pernah tak tengok atau ambil setandan pisang?.” Tanyaku beranalogi mungkin?.

“pernahla amoyy. Soli ar, aunty tersasul. Pernah-pernah, belakang rumah aunty ada jiran tanam pokok pisang. Aunty pernah dapat setandan pisang dari jiran itu.” Jawabnya bersahaja.

“aunty, kalau macam tu aunty, dalam banyak-banyak pisang, ada tak pisang yang busuk? Atau semuanya elok?.” Berbahasa basi pula aku ya?

“mestila ada adik, mana ada semuanya yang elok. Dalam banyak-banyak tu adala dua, tiga empat yang busuk. Kenapa adik tanya pasal pisang ya? Aunty kurang faham.” Ujarnya musykil mungkin?

Checkmate!

“bagitu juga dalam agama Islam aunty. Islam adalah pucuk pisang atau jantungnya, dan buah-buahnya adalah penganutnya. Bukan semua penganut agama Islam menjadi buah yang elok dan baik. Jadi, sebagaimana kita ambil buah pisang yang elok, begitu juga kita sebagai manusia melihat kepada benda-benda yang elok. Maka, lihatlah pada bangsa melayu yang beragama Islam yang elok pakaiannya. Maknanya, aunty akan dapat lihat bagaimana ajaran Islam yang sebenarnya.”

“Maksudnya adik?”

“maksudnya, dalam banyak-banyak penganut Islam, bukan semua mengikuti ajaran Islam secara menyeluruh. Sebenarnya, bukan agama Islam yang tidak lengkap, tetapi penganutnya yang memilih-milih hukum yang sesuai dengan kehendak mereka. Islam ini bukan agama yang menyusahkan, bukan juga agama yang leceh. Islam mendidik penganutnya terutama wanita untuk menjaga maruah dengan menutup aurat. Apabila wanita Islam menutup aurat, maka tidak berlakulah kes pencabulan atau sepertinya, kerana lelaki tidak dapat melihat bahagian tubuh wanita secara terus. Tentu agama aunty pun membenci kes-kes pencabulan kan? Kerana ia mengganggu hak asasi manusia dan keselamatan.”

“oh, baru aunty faham kenapa Islam menyuruh pelempuan menutup semua badan. Untuk melindungi.”

Dia senyap, aku pun masih senyap dan tersenyum!

“jadinya, orang melayu Islam yang tutup kepala tetapi pakai baju jarang dan ketat nampak lengan dan betis itu buah pisang yang busuklah ya?”

Gelak kami terhambur!

“begitulah aunty. Jadi jangan makan pisang yang busuk ya!”

*[jangan melihat pada satu aspek yang negatif sahaja. dan jangan menghukum.]

Senyuman masih terukir. Sambil menguntum senyum, aku meminta izin mahu pergi ke platform bas adik yang sudah tiba basnya.

Jumpa lagi!

Ya Allah, Hidayah itu milik-Mu, sampaikanlah hidayah-Mu padanya. Amin ya rabbal alamin.

***

“Kita duta Islam.”

Mana yang baik ambil, mana yang busuk buang!