Jatuh dan Bangun

herm..

baru selesai habes baca satu buku, buku Novel Hulagu Khan saya khatamkan dalam masa dua hari. membaca, buat saya tak senang duduk, erm maksud saya, tak senang nak buat kerja lain. selalu saja ‘curi-curi’ masa untuk habeskan bacaan. antara waktunya adalah waktu tengah makan. hehe :)

Hulagu Khan, bagi sahabat-sahabat yang belum pernah mendengar namanya, ataupun, tidak jelas siapa orangnya, cukuplah saya katakan dia adalah ketua tentera Monggol yang menumpaskan Khilafah Bani Abbasiyyah di Baghdad. tanpa mengorbankan banyak nyawa tenteranya, dia berjaya menakhluk Baghdad dengan mudah.

bila fikir-fikirkan semula, sebab utama kejatuhan Khilafah Islamiyyah bukanlah disebabkan serangan dan keganasan tentera kafir semata, tapi hakikatnya, penyebab utamanya adalah masalah dalaman dalam sesebuah khilafah, juga perpecahan dan tiada kesatuan.

ingatkah kita apabila Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah tiga doa untuk keselamatan umatnya. dua daripadanya diterima dan dikabulkan oleh Allah iaitu keselamatan untuk umatnya dari Musim susah yang berpanjangan dan dari bencana alam seperti banjir besar yang menimpa umat Nabi Nuh.

hanya satu sahaja doa Rasulullah yang tidak dimakbulkan oleh Allah, iaitu keselamatan umatnya dari permusuhan dan peperangan sesama saudara seIslam.

Allahu Akbar,

kalau kita singkap semula sejarah silam, bagaimana khilafah Islamiyyah bangun dan jatuh, bagaimana persengketaan yang berlaku sesama saudara Islam, semuanya ada kaitan dengan kesatuan dan perpaduan.

Baghdad tumbang kerana adanya persengketaan dan dendam dalam kalangan menterinya. Namun tenteranya bangun kembali di Ain Jalut disebabkan kesatuan dan perpaduan yang tercipta.

kerana mereka disatukan dengan Kalimah Tauhid, La ilaha Illallah..

Dalam konteks kehidupan sekarang, kebanyakan yang namanya Islam tidak lagi bersatu, masing-masing mengejar dunia sendiri, disebabkan itu ramai tertindas dan terseksa.

yang lemah terus terlantar, yang kaya dan kuat terus bersandar, bersandar dengan kemewahannya. yang namanya Muslim itu sekadar tinggal nama. kesatuan tiada.

masing-masing bersifat ananiyyah atau nafsi-nafsi. lebih jelas dikatakan individualistik semakin bermaharajalela tanpa kita sedari. manakah perginya ikatan persaudaraan?

Allahu akbar,

saya teremosi pula dalam bab ini. mana taknya, apabila menutup sahaja buku novel yang telah saya khatam, terus menitis air mata. nostalgia kegemilangan Baghdad dan kerajaan Islam tinggal kenangan.

Hulagu Khan dengan keazamannya berjaya menumpaskan Baghdad yang telah berdiri selama 50o tahun. orang tua dan pemuda dibunuh, kanak-kanak dilambung dan ditujah dengan tombak, wanita diperkosa dengan rakusnya. kekejaman tentera Monggol yang dipimpin Hulagu Khan digeruni ramai. yang lemah, terus berpaling tadah, dan yang punya semangat terus mahu berjihad.

tengok, saya emosi lagi..

herm, sampai saya terfikir, kalaulah Hidayah itu sampai ke sanubari Hulagu Khan, Islam pasti akan bertambah kuat.

tapi, saya tersedar kembali, yang hidayah itu hanyalah Milik mutlak Allah. tidak semua yang kafir mendapat cahaya hidayah sebagaimana yang diterima Umar Al-Khattab, begitu juga dengan Ikrimah dan Sahabat-sahabat Nabi yang lain.

sampai ke hujung nyawa, Hulagu Khan tetap tidak menukar agamanya, walau dia tahu, Islam pasti akan menang kerana Tuhannya memeliharanya.

lalu, dia menutur “aku tidak akan berjaya menawan Mekah dan Madinah kerana ia dijaga oleh Tuhan mereka yang tidak boleh dikalahkan dengan sesiapa.”

dia sedar hakikat itu, tetapi, ternyata Hidayah Allah tidak menjengah di hatinya. lalu, matilah dia dalam kekafiran.

Allahu akbar,

jatuh bangun Islam itu sememangnya ada kaitan dengan kita, umatnya. Islam tertegak atas kalimah Tauhid, mengesakan Allah dan bersatu padu dalam meninggikan kalimah Ilahiyyah.

jika bukan kita yang merapatkan perpaduan, menyebarkan kebenaran, melaksanakan tuntutan dengan kesabaran, mengajak kepada kebenaran,  menghindar dari kesesatan, siapa lagi?

Subhanallah,

bukan semua orang bertuah kerana memiliki nikmat Islam dan Iman, bagi kita yang secara ‘automatik‘ telah Islam, hargailah setiap nafas dengan hidup berpandukan Islam. moga Allah beri kemenangan kepada kita Dunia dan Akhirat.

amin..

p’/s : maaf, teremosi pula.. :)

*Baghdad : Pusat utama pemerintahan Khilafah Bani Abbassiyyah.

*Ain Jalut : Wilayah berdekatan dengan Hittin dan Yarmouk.

solat jangan bermusim.

 

“siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu selama dia sudah cukup usianya (baligh),  sila duduk..”

Sultan Muhammad Al-Fateh bersuara, memandang satu demi satu wajah para tenteranya meminta jawapan dari mereka untuk dipilihnya sebagai Imam untuk mengimami solat Jumaat di Masjid Aya Sophia. Aya Sophia, yang dahulunya adalah sebuah gereja yang tersergam di tengah kota Konstantinople, kini berubah wajah menjadi sebuah Masjid selepas kemenangan Islam bertapak di daerah kebanggaan kerajaan Rom.

“pilihlah dan carilah orang yang lebih bertaqa antara kamu bagi dijadikan imam.” nasihat Syeikh Syamsudin al-Wali diambil kira. Baginda masih mencari jalan bagi memilih Imam.

Tentera-tenteranya masih tegap berdiri. tandanya, solat yang lima belum pernah ditinggalkan.

“siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk.”

baginda masih bersuara.

Hampir separuh antara tenteranya tunduk duduk. penyelesaian masih belum didapati, Imam pertama di Masjid Aya Sophia masih belum ‘dijumpai’.

“siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk.” soalan seterusnya, dan mungkin soalan terakhir diutarakan baginda sultan.

semua yang berdiri, telah duduk kecuali seorang. beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. benar, semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud.

“Tuanku yang paling layak menjadi imam.” Syeikh Syamsudin al-Wali bersuara. keputusan telah dicapai.

hari itu, hari pertama tertegaknya ibadah solat Jumaat di Masjid Aya Sophia. hasil dari didikan IQ, EQ, dan SQ, Islam telah berjaya menapak di daerah yang dibanggakan kerajaan Rom. subhanallah.

***

SOLAT JANGAN BERMUSIM.

ternyata SOLAT yang menjadi salah satu ukuran KEJAYAAN Islam bertapak di kota Konstantinople. sepuluh kali percubaan menakhluki kota Konstantinople tidak berjaya, hanya yang ke-sebelas mendapat keizinan Allah bagi menakhluki kota bersejarah itu. kerana apa? satu sebabnya adalah kerana SQSpiritual.

bayangkan sahaja hampir puluhan ribu tentera Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib, dan kesemuanya CEMERLANG dalam melaksanakan ibadah solat fardhu, memang pantas dan selayaknya kejayaan yang disebutkan dalam Hadith Baginda S.A.W menjadi milik Sultan Muhammad  dan tenteranya. mereka bukan hanya solat ketika musim berperang, tetapi semenjak mereka akil baligh, solat menjadi satu tiang dari tiang-tiang agama yang membina jasad dan roh mereka.

kerana itu, KEJAYAAN yang diizinkan Allah menjadi MILIK mereka.

Musim peperiksaan, musim pelajar bertungkus lumus ‘berperang’ menghafal dan mengingati nota-nota pelajaran. dan musim ini juga yang telah membuatkan pelajar-pelajar ‘mula’ sedar akan kepentingan solat dan mula bertawajuh kepada Allah. itu sememangnya baik dan amat dituntut.

namun, adakah solat sekadar mengikut musim?

tidak, ibadah itu tidak bermusim, meskipun kita benar-benar berjaya dengan cemerlang atas dasar solat yang bermusim itu, namun apakah ertinya solat kita di mata Allah. dan apa pula ertinya kejayaan yang kita cari?.

Solat itu adalah penghubung antara Hamba dan Tuhannya. tunaikanlah solat jangan mengira ‘musim’, Istiqomah dan berterusanlah dalam membina kecemerlangan yang engkau impi.

tunaikanlah ibadah seikhlas hati. nescaya kejayaan dan kecemerlangan akan mengiringi.

bagi yang tidak pernah, atau belum pernah menunaikan sembahyang, mulakanlah bukan kerana apa, tetapi kerana Allah semata, sesungguhnya Allah melihat pada Usaha mu.  bagi yang bersembahyang mengikut musim, berterusanlah dalam melakukan ibadah solat, kerana itu salah satu caranya kita mempersembahkan kehambaan kita pada al-Kholik. jika tidak kita bersembahyang dan beribadah, dengan apakah lagi kita mahu mempersembahkan janji kita pada Allah? dan untuk apakah kita hidup di dunia ini?.

moga Allah menjadi tujuan kita semata, moga kejayaan dan kecemerlangan akhirat menjadi misi utama.

Wallahu Waliyyut Taufiq.

SALAM KECEMERLANGAN LUARAN DAN DALAMAN :)

‘marilah menuju kejayaan’

jangan calari cinta

cinta

Cinta itu letaknya bukan pada harta, bukan jua pada kuasa, tidak pula pada rupa. Tapi letaknya pada hati, jika kaya hati itu dengan cinta, maka tiada apa yang bisa mematahkan kasih itu walau dengan segunung intan permata.

***

Fatimah tertunduk diam. Umar Abdul Aziz memulakan percakapan. Khalifah yang selama ini sedar bahawa kehidupan Sang isteri mulai berubah. Tidak lagi diserikan dengan khadam yang ramai, tidak pula didamping emas dan zamrud, dan hidup mereka seperti orang biasa, malah lebih biasa dari yang biasa.

Umar sedar, dirinya seharusnya lebih miskin dari yang miskin, lebih papa dari yang papa, masakan seorang khalifah duduk bersenang lenang diatas timbunan emas sedangkan rakyat sendiri terbiar melayari bahtera kemiskinan.

Tidak, Umar tidak akan sesekali mengambil sesuatu yang bukan dari haknya. Beliau tidak akan sesekali mencalari amanah Allah yang terletak di atas bahunya.

Lembut tutur diatur, supaya tiada salah faham antara mereka.

“Wahai isteriku Fatimah, kamu adalah anak kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Kamu mewarisi harta kekayaan yang banyak daripada ayahmu dan kaum kerabatmu. Adakah kamu tahu bahawa semua harta itu dirampas oleh ayahnya daripada rakyat ketika beliau menjadi khalifah?”

Fatimah masih tertunduk..

“saya tahu wahai suamiku…”

Nada suara lembut kelontaran.

“kamu pilih antara dua, samaada melepaskan diriku dan kekal bersama harta itu ataupun melepaskan harta itu dan kekal bersamaku.”

Soalan Sang Khalifah benar-benar mengusik naluri wanita Fatimah. Lantas, jawapan diberikan tanpa ragu..

“saya memilih untuk kekal bersamamu wahai suamiku. Harta itu tidaklah kekal dan tidaklah boleh menjadi bekalan amalanku. Yang wajar saya turuti adalah Khalifah yang adil lagi memegang amanah. Moga saya menjadi isteri yang sentiasa berada disisimu wahai suamiku..”

Segala harta, tanah-tanah, emas dan zamrud, intan permata kesemuanya diserahkan bagi diwakafkan ke Baitulmal. Kesemuanya, tiada satu pun yang tertinggal. Kehidupan mereka menjadi lebih biasa dari orang biasa, sedangkan mereka adalah keluarga Khalifah.

***

Amanah itu jalannya seiring dengan cinta kepada Allah.

Jika cinta kepada Allah, amanah Allah akan dijunjung.

Maka, dirinya terpelihara, keluarganya dijaga..

Dari panasnya bakaran api neraka.

Subhanallah, sedangkan walau sebiji epal pun milik Baitulmal, beliau tidak akan membiarkan ia masuk ke dalam perut anaknya…

Moga kita meneladani sifatnya.

p/s : jangan kerana harta, cinta jadi mangsa.

Keadilan seorang Khalifah [1]

Pada suatu malam, seorang jiran Khalifah Umar Abdul Aziz datang bertandang dan pada ketika itu Umar sedang melakukan tugas-tugas khalifah dengan menggunakan pelita kerajaan. lalu, Umar pun memadamkan pelita itu dan menggunakan pelita yang lain…

lalu berkatalah Jiran Umar Abdul Aziz,

Jiran: “wahai khalifah,mengapa tuan padamkan pelita yang tadi dan menyalakan pelita yang lagi satu”

Khalifah Umar: “Pelita yang tadi kepunyaan kerajaan dan saya hanya gunakan apabila menjalankan urusan rasmi. pelita yang baru dipasangkan ini kepunyaan peribadi dan keluargaku.saya tidak boleh gunakan pelita kerajaan bagi urusan peribadi,kerana itu amanah seorang khalifah.”

lalu, Jiran Khalifah bertanya,

Jiran : “Wahai Khalifah, tuan seorang khalifah yang memegang amanah. bagaimana tuan dapat menjaga amanah itu?”

Umar : “Tuhan melihat apa yang saya lakukan, Malaikat sentiasa mencatat semua amalan saya. takutkan neraka jahannam itu membuatkan saya sangat takut hendak melakukan penyelewangan….”

MashaAllah…

pemimpin yang hebat, melahirkan rakyat yang hebat..
pemimpin yang bertaqwa, membuahkan rakyat yang bertaqwa…
subhanallah.
Umar Abdul Aziz, mengenyangkan perut rakyatnya melebihi perutnya sendiri!


Demi suatu hari Yang telah Dijanji!

Tubuh kecil itu tidak bersalah

sehingga dirinya dibuang bagaikan sampah

apakah ertinya ceritera cinta dan kisah

jika nafsu manusia bertukar menjadi serakah



Tubuh kecil itu tidak berdosa

seringkali jua menanggung hiba

di buang ibu di campak bapa

sehingga terbiar di lorong derita


Tubuh kecil itu tidak mengerti

apakah dia layak diperlaku sebegitu erti

bukankah dia hasil cinta dan pekerti

dari Ibu bapa kandungnya dan bukannya TIRI!


Tubuh kecil itu meminta belas

cinta dan kasih yang dahulunya berbalas

bukannya dia mengharap culas

tetapi hanya memohon sayang yang sudah dirampas!

Zaman Jahiliyah telah berabad ditinggalkan lama

bayi perempuan di tanam hidup didalam pusara

demi menghindarkan noda dan juga cela

bayi yang tidak bersalah menjadi mangsa

namun kini,

Jahiliyyah itu tidak mengenal masa

bayi lelaki atau perempuan tiada beza

di campak dibuang secara percuma

bukankah itu bersama perbuatan jahiliyyah mempunyai beza?

Wahai Ibu Wahai Bapa

didiklah anak-anakmu mengenal pencipta

mengerti antara kepalsuan cinta dan noda

supaya tidak dilahirkan lagi bayi yang tidak berdosa!

Wahai bakal Ibu dan juga Bapa

persiapkanlah dirimu dengan bekal Iman dan Ilmu di dada

agar anak-anakmu kelak tidak terbiar dan akan terjaga

demi mempertahankan nasib generasi pembela Agama

Wahai Insan yang menghampiri dosa

dalam tidak sedar mahupun jaga

hindarilah noda jauhilah zina

ketahuilah

masa kita didunia hanya tinggal sedetik cuma…


Naluri kecilku merintih sedih, setiap hari bilangan bayi dibuang, ditinggalkan, dicampak, semakin bertambah. adakah kita hanya mampu melihat dan sekadar mengira bilangan bayi sahaja? mari kita sama-sama sematkan Agama dari golongan kecil mahupun dewasa, baik mahasiswa mahupun insan biasa, ilmu agama yang ada jangan sesekali hanya ditinggalkan dan dikunci didalam kotak minda, keluarkan ia, bentuklah ilmu itu agar berguna buat ummah. kita pewaris generasi Agama. kita pencorak generasi masa hadapan. aku merayu, kita sama-sama berusaha mengislahkan masyarakat dengan Minda Islam, mencorak minda masyarakat mengenal pencipta, mengenal perjuangan Anbiya’, memahami dan menghayati cara Hidup Islam yang sebenar. biar sedikit-sedikit, namun yang sedikit tetapi berterusan itu yang Allah Redha, biar sekadar mengenalkan mereka pada Alif, baa, taa, biar sekadar hanya mengajar Iqra’, biar sekadar memakai tudung dan menutupkan aurat kanak-kanak. kalau setiap seorang melakukan yang sedikit, jika seribu orang, bagaimanakah hasilnya?

kita sekarang di arena zaman yang menentang Musuh ALLAH yang bukan bermain dengan senjata, bukan juga dengan cemuhan dan kata, tetapi dengan pemikiran dan Minda. pemikiran dijajah sedikit demi sedikit dengan gaya hidup Yahudi, mereka menjajah pemikiran masyarakat kita dari pelbagai bentuk serangan. bayangkanlah, seluruh satelit di cakerawala dikuasai oleh golongan Musuh Allah,  multimedia, elektronik, hiburan, semuanya dibawah pengawasan mereka, dibawah kawalan mereka. jangan kita mudah Alpa, jangan mudah leka, kita sedang berada di akhir zaman, di akhir zaman yang menghampiri Hari yang dijanjikan. kalau dahulu, Baginda S.A.W sudah memberi isyarat bahawa umatnya sedang di akhir zaman, ini lagikan kita yang sudah berabad lama jauh dari zaman Rasulullah. masa kita semakin suntuk, bangunlah rakan, bangunlah teman, bangunlah insan, jangan tertipu dengan mainan dunia, jangan terpedaya dengan godaan dunia. jangan. jangan. jangan. dan aku juga. aku juga sedang berusaha.


p/s : setiap hari, bayi dibuang dan tidak terbela. satu petanda bahawa manusia dan binatang sudah tiada beza.  mungkinkah masih ada hari Esok? Wallahu A’lam. persiapkan diri, demi suatu Hari yang telah di janji.





Bagaikan Air!

Petang yang sunyi, aku kira semuanya sedang menelaah pelajaran. Aku bingkas bangun dari meja, menenyeh-nenyeh mata yang seakan berair, lantas menutup kitab Adab yang sekian lama terbuka. Minta dikuatkan ingatan dan kefahaman. Semua insan ada daya kefahaman, ada daya ingatan, jika ada yang mengingatkan, jika ada yang menyeru. DAKWAH! Aku kira itu satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan kefahaman dan peringatan. DAIE’ dia faham dan dia mengingatkan.

Jendela ku kuakkan biar luas permandangan, memerhatikan alam yang terbentang luas itu kesukaanku. Aku kira sebagai wasilah untuk menyucikan mata dan menyucikan hati. Ada seekor burung,  menjengah dan bertenggek diatas jendela, selalu juga aku perhatikan, tetapi tidak aku menghalaunya, lalu aku  mengujar; “wahai burung, aku cemburukan kau, kau pasti selalu mengingati Tuhanmu, Tuhan Kita”. Lalu burung itu berlalu pergi menjengah rakannya yang memanggil pergi, aku fikir, mungkin menyerunya ke arah kebaikan juga. ‘Kau lebih istimewa, kerana ALLAH melebihkan manusia sebagai Khalifah, sekali kau menyeru manusia ke arah kebaikan, pahala Allah itu tidak terkira nilainya buatmu…’

Ya. Aku mengangguk faham.

Aku tergambar bagaimana teguhnya Umar menyampaikan agamanya, agama Islam. ketika dia memasuki Palestin untuk menakhluki negeri itu, beliau bertemu dengan seorang nenek yang sudah sangat tua. Begitu lanjut usia nenek itu sehingga dikisahkan kulit keriputnya menutupi kedua kelopak matanya. Ketika Umar mengajak dan menyerunya kepada Islam, nenek itu membuka kedua matanya dan bertanya hairan mengapa Khalifah itu tetap berharap dirinya masuk Islam. apa untungnya pada Umar? Khalifah Umar lantas menjawab sambil menengadahkan kedua tangannya, “Ya Allah SWT, saksikanlah, aku telah menyampaikan Islam.” Lalu, Umar berlalu pergi meninggalkan nenek itu.

Umar begitu teguh menyampaikan Islam. tapi aku?

Islam itu ibarat air yang harus terus menerus mengalir, mengalir bersama Dakwah dengan keteguhan dan ketabahan. Sebagaimana telah mengalirnya Islam melalui peperangan Badar. 313 orang Sahabat yang menyamai bilangan Rasul bergerak ke hadapan menentang 1000 orang tentera musyrikin tanpa gentar, tanpa ada ketakutan. Betapa peperangan Badar amat penting bagi Islam disisi Rasulullah dan Sahabatnya sehinggakan Baginda S.A.W telah berdoa kepada ALLAH; “Wahai ALLAH, Kalau pasukan (kaum Muslimin) ini binasa hari ini, Engkau tidak akan disembah lagi (oleh manusia). Wahai Allah, Jika Engkau mengkehendaki, engkau tidak disembah lagi selepas ini.”

Badar,  merupakan survival, cabaran dalam memastikan Islam tetap mengalir dimuka bumi Allah ini, Pengorbanan Rasulullah dan Sahabat dalam peperangan ini memberikan ruang kepada Islam untuk terus berkembang sehingga membolehkan kita yang Jauhnya beribu batu dari medan pertempuran turut sama mengecapi nikmat Islam. sekiranya Badar menjadi titik akhir untuk Islam, adakah kita sekarang mengecapi Nikmat Islam?. Syukur lah!

Islam terus menerus mengalir dibawah penguasaan Khalifah ar-Rasyidin meskipun seluruh Ummah menangisi pemergian Rasulullah yang tercinta. Dari Khalifah Abu Bakar, kepada Umar, Uthman, Ali R.A, Islam tersebar ke segenap penjuru dunia, biarpun kedua tenaga penguasaan terbesar didunia Rom dan Parsi juga telah berjaya dialirkan arus Islam kedalamnya. Sungguh! Kita pernah menguasai dua per tiga dunia!

Zaman berganti zaman, Era, berganti Era, Kerajaan berganti kerajaan, Dari Bani Umaiyah di damaskus, berterusan menembusi kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad, Islam tetap teguh mengalir didalam jiwa Umatnya. Biarpun perpecahan demi perpecahan melanda kerajaan-kerajaan Islam Idrisi, Aghlabi, Tuluni, Ikhdisi, Hamdani hingga ke kerajaan fatimiyyah, islam masih teguh dengan penjagaan ALLAH biarpun sedikit perpecahan. Islam terus menerus berkembang semula sekitar 1800 M, melalui pemerintahan Kerajaan Safawi di Parsi, Mughal di India dan Uthmaniah di Turki. Dan seterusnya cebisan-cebisan Dakwah Islam itu masih dapat kita hidu sehingga hari ini. Syukur!

Dakwah terus tersebar jika ada yang menyebarkannya. Islam terus terpahat dihati manusia jika ada yang memahatkannya. Hari ini, siapakah yang perlu memikul tanggungjawab ini untuk menyebarkan dan memahatkan Islam dalam Hati manusia? Bayangkan sahaja jika tiada pengorbanan dan perjuangan mereka yang terdahulu, adakah kita dapat mengecapi Nikmat Islam? Allahu A’lam.

Langit itu kadangkalanya cerah, kekadang gelap, mendung, begitu juga dengan kehidupan, adakalanya jatuh, dan bangun kembali. Begitu juga aku, aku terlalu mahu meneruskan perjuangan Rasulullah, perjuangan Sahabat-Sahabat dan mereka yang terdahulu dalam menyebarkan Islam, dalam menabur Dakwah Islam di muka bumi Allah. Dan aku harus mempunyai kefahaman untuk saling mengingatkan, saling memberikan. Bantulah aku Ya Allah…

Aku sedang belajar. Dan terus selamanya masih belajar. Bantulah aku Ya Allah!

UIA, Gombak

3.13PM/22mac10/7RabiulAwal1431H

Sebenar-Benar Cinta

Wardah Sufi [Part 4]

***

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan ALLAH melalui kehidupan Rasul-NYA.

Pagi itu, walaupun Langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap…

Pagi itu… Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah…

“Wahai Umatku .. kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH dan cinta kasih-NYA. Maka taati dan bertaqwalah kepada-NYA. Ku wariskan dua perkara pada kalian, AL-Quran dan Sunnahku. Barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku…”

Khutbah singkat itu di akhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap seluruh sahabatnya satu persatu. Seramai 124 ribu orang sahabat yang sama bilangannya dengan bilangan Nabi dan Rasul telah berjaya dikumpulkan dengan izin ALLAH pada Hajjatul Wada’.

“Allah sudah menawarkan kepada seorang hamba-NYA bagi memilih hidup bahagia di sisi-NYA.”

Abu bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Menangis teresak-esak hingga air mata membasahi janggutnya.

Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.

Usman menghela nafas panjang.

Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang dan saatnya sudah tiba …

“…Pada hari ini Aku sudah sempurnakan bagi Kamu agama kamu dan Aku sudah melengkapkan nikmat-KU atas kamu, dan Aku redha bagi kamu bahawa Islam itu agamamu…” AL-Maidah : 3

“Rasulullah akan pergi meninggalkan kita semua…”

Keluh hati semua sahabat kala itu…

Manusia yang tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia…

“Ada seorang hamba yang diberi dua pilihan oleh ALLAH, apakah dia mahu dikurniakan perhiasan dunia menurut kemahuannya, ataupun ingin mendapatkan apa yang ada di sisi ALLAH. Dia memilih apa yang ada di sisi ALLAH…”

Abu Bakar menangis apabila mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W itu lalu berkata.

“Wahai Rasulullah, kami sanggup menebus tuan dengan ayah dan ibu kami.”

Tanda-tanda itu semakin kuat…

Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu…

Matahari kian meninggi, tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-Tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

“Maaflah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.

Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah.

“siapakah itu wahai anakku?”

“tak tahulah wahai ayahku, orang sepertinya itu baru sekali ini anakanda melihatnya.” Tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut.” Kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih ALLAH dan Penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan ALLAH?” tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” Kata Jibril.

Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan Khawatir wahai Rasul ALLAH. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : “kuharamkan syurga bagi siapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.” Kata Jibril.

Detik-Detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan Ruh Rasulullah ditarik. Kelihatan seluruh tubuh Rasululah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakitnya Sakaratul Maut ini.” Perlahan Rasulullah Mengaduh.

Fatimah memejamkan mata, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam, dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau memalingkan wajahmu Jibril?” tanya rasulullah kepada Malaikat pengantar wahyu itu.

“siapakah yang sanggup, melihat Kekasih ALLAH direnggut ajal.” Kata Jibril.

Sebentar kemudian kedengaran Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya ALLAH, Dahsyatnya nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu.

Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum.”

[Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.]

Di luar pintu tangis mulai kedengaran bersahutan. Sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya. Dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummati … Ummati … Ummati …”

Dan Berakhirlah kehidupan manusia mulia yang memberi sinaran itu.

“Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad Wa Barik wa sallim alaih.”

***

Wardah menarik nafasnya dalam-dalam. Kerna tahu, perjuangan Rasulullah perlu diteruskan. Perjuangan yang  Masih berbaki.

Air matanya di seka.

‘aku merinduimu wahai Kekasih ALLAH…’

***

“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka ALLAH akan berselawat kepada nya sebanyak Sepuluh kali” Hadith Soheh – Bukhari.

Bersambung…

MenyamBung Perjuangan Rasulullah

“Assalamualaikum.” Sapa marjan dengan ceria, sambil menguakkan pintu untuk fadhilah masuk.

“Waalaikumussalam…” jawab fadhilah dengan nada yang amat penat.

“Kenapa nie dilah? Ada masalah?” Ramah marjan bertanya.

“Erm … dilah, dilah rasa …” perlahan fadhilah berkata.

“Rasa apa sahabat ku cik dilah ..?” Tanya marjan.

“Mar, Dilah rasa nak resign je dari jadi vice president SAHABAT.” Jawab fadhilah sambil meletakkan fail-fail persatuan diatas meja.

“Kenapa nie sayang? Ada masalah dengan ikhwah lain ke?” Tanya marjan sambil mendudukkan fadhilah yang masih berdiri di sisi meja belajar.

“Tak, tak ade masalah ape-ape, Cuma masalah dalaman je. Dilah rasa, dilah tak layak dan tak cukup sempurna nak pikul tanggungjawab tue…” berkerut-kerut fadhilah berkata, berkaca-kaca matanya.

Suasana senyap. Marjan bingkas bangun mengambil segelas air lalu menghulurkan kepada fadhilah yang masih muram dan gusar.

“Selawat dan minum dulu ye. Air yassin tu, mar baru buat tadi.” Ujar marjan.

Marjan faham benar dengan gelodak perasaan yang melanda teman sebiliknya fadhilah. Dia juga pernah berada pada situasi yang sama. Situasi di mana meletakkan dirinya berada di bawah, dan merasakan diri tidak layak untuk memikul tanggungjawab yang berat. Dia sedar, dengan memberi nasihat yang panjang lebar, tidak akan membuatkan sahabatnya tenang. Lalu, dia mengambil inisiatif lain, memandangkan sahabatnya itu memang penggemar kisah-kisah nabi dan para sahabat.

“Terima kasih mar, baru lega sedikit.” Ujar fadhilah sambil melunjurkan kakinya kehadapan.

“Sama-sama. Dilah, dilah, nak dengar tak kisah amirul mu’minin dan di zaman pemerintahannya.?”

“Boleh juga”. Sahut fadhilah riang sambil bangun duduk di hadapan marjan.

Umar al-Khatab adalah khalifah kedua selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau adalah pemimpin yang berjiwa rakyat, dan merendah diri. Sehinggakan ada utusan daripada parsi yang mahu bertemu dengan umar al-Khattab tergamam melihat peribadi umar alkhattab yang berbeza dengan pemimpin negaranya.

“Saya mahu bertemu dengan khalifah kamu umar al-khattab.” Ujar utusan dari parsi.

“Saya adalah Umar Al-Khattab. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” jawab Umar.

Utusan dari Parsi itu tergamam lalu memohon maaf kerana tidak mengenali amirul mu’minin yang itu.

“Maaf wahai khalifah umar Al-Khattab. Saya sangkakan kamu adalah orang biasa. Kamu dengan sahabat-sahabat kamu tiada bezanya, berserban putih, dan berpakaian biasa sebagaimana sahabat-sahabat kamu. jauh bezanya dengan raja kami di Parsi. Beliau memakai makhkota yang bertatahkan emas dan intan berlian.” Kata Utusan itu.

“Tidak mengapa wahai utusan raja Parsi. Kami adalah saudara islam, sama sahaja di mata ALLAH, yang membezakan kami hanyalah Taqwa disisi Tuhan kami.” Ujar Umar al-Khattab.

Melihat kepada peribadi Khalifah itu, utusan parsi itu tersenyum lalu menyuarakan hasratnya untuk memeluk islam.

“Waah. Subhanallah. Hebatnya umar al-khattab. Begitu mencontohi peribadi rasulullah. Sehinggakan ada yang terdorong ke jalan yang benar. Sambung lagi Mar. suka dilah dengar.” Sampuk dilah.

“Ye sayang. Mar sambung ye. Tapi kalau ye pon, janganlah tak berkelip mata tu! Hehe”

Kedua-duanya serentak tertawa.

Pada suatu Malam, seperti kebiasaaannya. Khalifah Umar al-khattab akan keluar menjalankan tanggungjawabnya untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya.

“hendak ke mana wahai suamiku?” Tanya Ummi Kalsum apabila melihat suaminya bersiap hendak keluar rumah.

“seperti biasa keluar menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah” jawab Umar al-Khattab.

Sebagai isteri yang solehah, ummi kalsum tidak membantah kehendak suaminya. Tambahan pula sebagai khalifah, suaminya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada umat islam. Kerana itu dia tidak pernah bersungut walaupun suaminya sering keluar malam. Ummi kalsum adalah anak perempuan Fatimah dan Saidina Ali.

Dan dalam kegelapan malam itu, Khalifah Umar Al-Khattab terus berjalan dari lorong ke lorong disekitar kota madinah. Selepas memastikan kota itu dalam keadaan baik, beliau terus berjalan sehingga tiba di luar kota. Tiba-tiba kelihatan unggun api di kejauhan. Umar al-Khattab menghampirinya bagi mengetahui siapa yang bermalam disitu.

“Siapa. Siapa? Lepas tu apa mar? suspen la…” Tanya fadhilah kelihatan tidak sabar mendengar.

“Lepas TWO,  THREE! Hehe sabar dilah, mar sambung ye.”

Rupanya, didapati ada sebuah khemah usang disitu. Diluar khemah itu duduk seorang lelaki sambil menghadap unggun api. Selepas mengucapkan salam, Umar Al-Khattab terus bertanya.

“saya tidak pernah melihat ada orang tinggal di kawasan ini. Adakah kamu sedang bermusafir?”

“benar wahai tuan, saya tinggal di gurun yang gersang. Datang ke sini mahu mengadu kesusahan saya pada Amirul Mu’minin Umar al-Khattab.” Jawab Musafir itu.

“datanglah ke Masjid Nabi. Kamu pasti menemui Umar disana.” Balas Umar al-khattab.

Tiba-tiba, kedengaran suara perempuan mengerang menahan kesakitan dari dalam khemah itu. Umar al-Khattab lantas bertanya siapa perempuan itu dan apa yang telah terjadi kepadanya.

“dia isteri saya yang sedang sarat mengandung, dia hendak melahirkan anak kami.” Wajah lelaki itu Nampak cemas.

“siapakah yang bakal menaymbut kelahiran bayi itu?” Umar al-khattab juga mula cemas.

“kami Musafir, tiada siapa yang kami kenal disini. Demi ALLAH, saya amat risaukan isteri saya.” kata lelaki itu sambil mengeluh.

“Lepas tu Mar? siapa yang jadi bidan isteri dia?” Tanya fadhilah lagi sambil mengubah posisi tempat duduk.

“jeng jeng jeng. Ni yang nak cerita nie…” seloroh Marjan.

“kamu tunggu di sini, saya carikan bidan.” Ujar Umar al-Khattab.

Umar al-Khattab segera pulang kerumahnya lalu mengejutkan Ummi Kalsum yang sedang lena tidur.

“tuhan membuka pintu kebajikan kepada kamu. segeralah bersiap dan jangan sia-siakan peluang ini. Semoga tuhan merahmati kita.” Kata Umar

“wahai suamiku, mengapa kelihatan cemas dan tergopoh gapah? Apa yang berlaku? Membuat kebajikan bagaikmanakah yang dimaksudkan?” Ummi kalsum meminta penjelasan.

“diluar sana ada seorang wanita yang hendak bersalin tetapi tidak ada siapa yang membantu kerana mereka musafir. Bersiaplah segera, kita ke sana.” Jawab Umar.

Tanpa banyak bersoal lagi, Ummi kalsum bersiap lalu mengikut suaminya meredah kegelapan malam menuju ke khemah itu. Sementara menunggu isterinya ummi kalsum bersiap tadi, Umar al-Khattab sempat mengambil sedikit makanan bagi diberikan kepada musafir itu.

Setibanya mereka di khemah itu. Ummi kalsum terus menjalankan tugasnya menyambut kelahiran bayi itu. Umar al-khattab pula menjerang air serta memasak sedikit tepung, tiba-tiba kedengaran suara bayi dari dalam khemah itu.

“syukur pada tuhan kerana isteri saya selamat melahirkan. Terima kasih kepada tuan yang baik hati mencarikan seorang bidan.” Kata suami wanita itu.

Ummi kalsum pun keluar dari khemah itu dan berkata kepada suaminya.

“wahai suamiku Amirul Mu’minin Umar al-Khattab, bersyukurlah kerana perempuan itu selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat.”

Barulah musafir itu tahu bahawa lelaki yang sedang membantunya itu adalah khalifah Umar al-Khattab dan isterinya. Dia berasa amat terharu dan berterima kasih kepada khalifah Umar al-Khattab.

“saya sudah sediakan air dan makanan untuk kamu berdua. Kami juga hendak pulang ke rumah. Selepas isteri kamu sihat, datanglah berjumpa saya. Kamu pasti mendapat bantuan,” kata Khalifah Umar al-khattab.

“Subhanallah, indahnya pekerti pemimpin islam dahulukan mar?. semuanya mengikut sunnah nabi.”

“Ye, betul tu dilah. Dilah perasan tak ada satu dialog umar kepada isterinya, yang kita sama-sama boleh ambil pengajaran dalam situasi kita sekarang ni?.” Tanya marjan

“Yang mana mar? dilah tak bape nak perasan la.” Jawab fadhilah sambil menggaru-garu kepala.

Yang nie. “tuhan membuka pintu kebajikan kepada kamu. segeralah bersiap dan jangan sia-siakan peluang ini. Semoga tuhan merahmati kita”

“Maksud mar?.” gusar fadhilah, sambil berkerut-kerut dahinya memikirkan dialog itu.

“Macam ni sahabatku yang tersayang cik dilah. ALLAH telah membukakan pintu kebajikan kepada kita untuk menjawat jawatan dalam sesebuah organisasi. Apabila, allah telah menetapkan kita dengan tanggungjawab tertentu, pasti ada hikmah disebalik ketentuan ALLAH itu. Kita sebagai manusia sememangnya tidak lari daripada masalah. Dan yang paling penting kita jangan menganggap tanggungjawab yang diberikan itu sebagai bebanan, tetapi adalah sebagai hadiah atau pintu kebajikan dari ALLAH. Jadi…” marjan berhenti panjang…

“segeralah bersiap sedia dan jangan sia-siakan peluang ini. Semoga tuhan merahmati kita” sahut fadhilah sambil berdiri bagai mahu memberikan pidato.

“ha, pandai dilah. Kawan mar seorang ni memang bijak!.” Marjan tersenyum gembira.

“terima kasih mar, terima kasih kerana menyedarkan dilah. Dilah dah bersemangat semula untuk meneruskan perjuangan rasulullah. Terima kasih ye mar!” ujar fadhilah girang.

“sama-sama dilah, mar Cuma bercerita, tapi ALLAH yang membukakan hati-hati kita untuk sentiasa menerima nasihat dan dorongan. apa gunanya kawan jika tidak saling menguatkan kan dilah?” kata marjan.

“Dilah, cerita lagi boleh?” minta Fadhilah.

boleh sayang, tapi nanti-nanti ye, dah larut malam ni, nanti tak terbangun untuk qiyam. Hari esok kan ada lagi.” Ujar marjan sambil mengenyitkan mata.

“yelah, betul jugak, dilah pun dah ngantuk ni. Selamat malam ye mar, semoga kita benar-benar menjadi penyambung perjuangan Rasulullah.” Ujar fadhilah sambil menenyeh-nenyeh mata yang mengantuk.

“ye dilah, inshaallah, amin.” Kata marjan sambil menepuk-nepuk bantal dan melabuhkan baringan diatas katil.

***

p/s : cerita diolah daripada Novel sejarah Islam, Umar al-khattab; Abdul Latip Talib dan Ar-Raheeq al-Makhtum dari safiyurr

Pemimpin, Tentera dan Rakyat yang Baik!

“Hari ini adalah hari kemenangan kepada kami, umat Nabi Muhammad S.A.W. kamu sudah menjadi hina dengan kekalahan ini. Sesungguhnya apabila datangnya yang hak, lenyaplah yang batil. Apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran. Apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman. Sesungguhnya kami datang kepada kamu membawa yang hak. Kami datang membawa cahaya kebenaran dan kami menegakkan keadilan. Percayalah tiada siapa yang dianiaya pada hari yang mulia ini.

-Sultan Muhammad Al-Fateh

Selasa, 29 Mei 1453

Pada tanggal ini, ISTANBUL yang dahulu dikenali sebagai Kota Konstantinople yang dikuasai kerajaan Rom Berjaya ditakhluki oleh Tentera Islam Turki di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh di zaman kerajaan Uthmaniah. Setelah 53 hari tentera Islam mengepung dan bertarung nyawa dengan tentera Rom akhirnya mendapat kemenangan yang besar daripada Allah Yang Esa. Laungan takbir ALLAHU AKBAR bergema di Masjid Aya Sophia yang dahulunya merupakan Gereja terbesar Aya Sophia milik kerajaan Rom.

Usaha penakhlukan kerajaan Islam terhadap Kota Konstantinople semenjak zaman pemerintahan Para Sahabat dan Tabiin membuahkan hasil dan kemenangan yang nyata terhadap Umat Islam. Khalifah Harun Ar-Rasyid, sultan Sulaiman Abdul Malik, Muawiyah, Saidina Ali, Sultan Beyazid, dan Sultan Murad, kesemua pemimpin dan khalifah ini, tidak Berjaya menakhluk Kota Konstantinople yang menjadi kebanggaan penganut agama kristian Orthodox itu. Dengan izin ALLAH, Kota Konstantinople Berjaya dibuka sebagai Negara Islam oleh Pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

“sesungguhnya Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan Rakyat yang baik.”

-Nabi Muhammad S.A.W

Selepas lebih 800 tahun Hadith ini diucapkan oleh Rasulullah S.A.W terbukti kebenarannya dengan kemenangan tentera islam menawan konstantinople. Sejarah membuktikan, kekuatan ImanKunci segala kejayaan. Kekuatan iman membuahkan keberanian, keikhlasan, istiqamah ketaqwaan dan kekuatan semangat yang tinggi dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Sirah juga menerangkan keikhlasan dalam perjuangan, keyakinan yang teguh kepada ALLAH, KETEGASAN MENURUTI Jalan SUNNAH membuahkan kejayaan yang besar terhadap umat Islam seluruhnya.

PEMIMPIN YANG BAIK


Sultan Muhammad Al-Fateh adalah lelaki biasa, dan juga berjalan dan hidup sama seperti manusia biasa, apa yang membezakannya adalah ketaqwaan dan kepercayaannya yang tinggi terhadap kekuasaan dan ketentuan ALLAH. Beliau adalah insan yang terpilih dalam tugas membebaskan kota konstantinople daripada kezaliman kerajaan Rom. Pada usianya 19 tahun, beliau sudah menaiki takhta tampuk pemerintahan kerajaan Uthmaniah yang didalamnya sebanyak 40 buah Negara yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Ketika usianya mencecah 21 tahun, beliau telah Berjaya menakhluki Kota Konstantinopel yang menjadi kebanggaan seluruh penganut agama Kristian dan seluruh kerajaan Eropah.

“… kalaulah dunia ini adalah sebuah Negara, maka konstantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya.”

-Napoleon Bonapart

Apakah rahsia kejayaan seorang muslim yang bernama Muhammad Al-Fateh? Bagaimanakah seorang yang masih boleh digelar remaja mampu menakhluk kota konstantinople yang sudah beratus-ratus tahun dipertahankan oleh kerajaan Rom. Tentulah Kekuatan Iman yang menjadi jawapannya.

TENTERA YANG BAIK

Pelbagai usaha dilakukan oleh tentera Islam dalam peristiwa penakhlukan Kota konstantinople. Gema Takbir berkumandang di selang-selikan dengan bedilan meriam ciptaan Urban, seorang lelaki yang berbangsa yunani yang telah memeluk islam. Laungan takbir serentak yang telah menggerunkan setiap hati Paderi-Paderi Kristian dan Pengikutnya, suara-suara zikir yang bergema tidak henti-henti di setiap perkemahan tentera islam sepanjang malam, siangnya dihiasi dengan ibadah puasa walaupun dalam keadaan bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk berperang. Semua usaha ini adalah buah-buah hasil dari kekuatan iman yang teguh dalam setiap hati dan jiwa tentera Islam pada masa itu.

Setelah berhari-hari pasukan tentera laut Islam yang berusaha menembusi Tanduk Emas; pangkalan masuk ke konstantinople yang telah dikawal rapi dengan Rantai Besi yang besarnya 3kali rantai besi besar biasa menemui Ilham dan petunjuk dari ALLAH melalui Sultan Muhammad Al-Fateh melalui mimpinya. ALLAH memberi petunjuk supaya melakukan perbuatan yang belum pernah terjadi dalam sejarah dunia pada ketika itu. Petunjuk yang membawa kepada kemenangan yang nyata.


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal-hal yang ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh sudah menukar darat  menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dalam usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

-Ahli Sejarah Byzantine

Sebelum menjelang malam, keseluruhan tentera Islam bermunajat dan beribadah memohon pertolongan daripada ALLAH. Dan ketika usai sembahyang isyak, sebanyak 70 Buah kapal perangpelabuhan Tanduk Emas yang merupakan pintu masuk ke Kota Konstantinople. Pertolongan ALLAH hadir pada waktu malam ketika mereka berusaha memindahkan kapal-kapal perang ke Tanduk Emas. Ribut kencang hadir meluncurkan kapal-kapal perang tentera islam di atas daratan Semenanjung Fera. Menjelang pagi kesemua 70 kapal perang telah Berjaya dipindahkan ke Tanduk Emas. Bukan satu tetapi 70 kapal perang! merentasi puncak gunung dan daratan demi menembusi

Dari penguasaan tentera Islam di Pelabuhan Tanduk Emas bermulalah Penakhlukan keseluruhan Kota Konstantinople pada pagi selasa itu. Maharaja Konstantine telah mati akibat bertarung dengan Sultan Muhammad Al-Fateh diikuti Panglima Perang Rom; Ardogan juga mati di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kematian seorang demi seorang maharaja dan juga panglima perang tentera Rom telah melemahkan semangat Tentera Rom keseluruhannya dan telah menyebabkan mereka menyerah kalah kepada tentera Islam.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Setelah kemenangan yang besar itu di rai dengan Tahmid dan Takbir, Tentera Islam dan Sultan Muhammad Al-Fateh masuk kedalam kota Konstantinople dan bersujud syukur diatas kemenangan dan pertolongan yang dikurniakan ALLAH. Ternyata, jika berharap pada KEKUASAAN ALLAH kita tidak akan Hampa, tidak akan sesekali Hampa.

RAKYAT YANG BAIK

Persiapan penakhlukan konstantinople bukan sekadar persiapan ketenteraan sahaja. Sultan Muhammad Al-Fateh begitu menitikberatkan Akhlak dan perilaku rakyatnya dalam misi menyempurnakan hadith Rasulullah. Sultan Muhammad Al-Fateh pula mempunyai agenda yang tersendiri dengan keluar menyamar sebagai peminta sedekah yang bisu dan pekak untuk menyelidik keadaan rakyatnya. Ternyata, peminta sedekah yang buta dan pekak itu dimuliakan, dihormati dan diberi pertolongan. Si kaya yang tidak takbur dan sombong, dan si miskin yang tidak kedekut menyumbangkan pertolongan. Ternyata dengan izin ALLAH Sultan Muhammad Al-Fateh Berjaya mendidik Rakyatnya mengikuti sunnah Rasulullah dalam melakukan kebaikan.

Ternyata kekuatan Iman adalah Kunci segala kebaikan. Kekuatan iman yang menjadi imuniti kekebalan terhadap orang islam yang beriman. Kekuatan iman yang tidak rapuh diduga dengan harta benda, tidak lemah diuji dengan sengketa, tidak ragu pabila diberi kesusahan dan ujian.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”  – al-Hujurat : 15

Baitul Maqdis pernah ditawan ketika pemerintahan Umar AL-khattab yang juga pemimpin yang baik, mempunyai tentera dan Rakyat yang baik. Soalnya, Adakah pemimpin, tentera dan rakyat islam pada zaman dan generasi kini sudah mencapai tahap ‘BAIK’ untuk kembali menakhluki semula BAITUL MAQDIS?

[jujur, tiada niat menimbulkan kontrovesi politik, Cuma membangkitkan muhasabah diri…]

p/s : Entry kali ini seratus peratus di RINGKASKAN menggunakan olahan sendiri dari sumber rujukan NOVEL SEJARAH ISLAM, SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PENAKHLUK KONSTANTINOPLE, KARYA ABDUL LATIF TALIB.

p/s/s : dan novel sejarah islam ini telah pun dihadiahkan daripada teman, sahabat dan saudara saya yang tersayang; Wan Nor Farahin binti Wan Muhammad Ghazali. Terima kasih Farah! Sangat Hargai! :)

Belajarlah mengenali Sejarah dan Sirah Dunia Islam, kalau sejarah negara Barat seperti Alexander The Great dan sejarah melayu seperti Parameswara dan kesultanan Melaka pun boleh kamu kuasai, mengapa tidak sejarah ISLAM? Tiada Rugi mempelajarinya, malah kamu akan menjadi insan dan Muslim yang betul-betul HEBAT dan BAIK.


:: Pahlawan ISLAM Abu Ubaidah Al-Jarrah ::

hijrah1430

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedangang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kehebatannya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarrah yang dijuluki dengan nama Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, beliau disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.

Abu Ubaidah termasuk orang yang masuk Islam dari sejak awal, beliau memeluk Islam selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra memeluk Islam. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Shiddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah s.a.w. untuk menyatakan dua kalimah syahadat di hadapan Baginda.

Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Agama Islam. Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyertai perjuangan Rasulullah s.a.w..

Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.. Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Badar. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah s.a.w..

Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika dalam peperangan Badar Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22.

Sifat Mulia
Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak ternilai.

Dalam riwayat yang lain Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”. Suatu ketika datang sebuah delegasi dari kaum Kristian menemui Rasulullah s.a.w.. Mereka mengatakan, “Ya Abul Qassim! Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan, kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi.” Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka, “Datanglah ke sini petang nanti, saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang gagah dan jujur.”

Dalam kaitan ini, Saidina Umar bin Al-Khattab ra mengatakan, “Saya berangkat tergesa-gesa untuk menunaikan solat Zohor, sama sekali bukan kerana ingin ditunjuk sebagai delegasi. Setelah Rasulullah selesai mengimami solat Zohor bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun beliau masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarrah, lalu beliau memanggilnya sambil bersabda, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kes yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun berangkat bersama mereka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda lagi.
“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.

Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja. Lalu Saidina Umar bertanya kepadanya:

“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.

Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Sepeninggalan Rasulullah s.a.w., Umar bin Al-Khattab ra mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Tsaqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.’ Lalu Abu Ubaidah menjawab: Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah s.a.w. menjadi imam kita di waktu solat (iaitu Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra), oleh sebab itu kita patut menjadikannya imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w.:.

Peperangan Yang Disertai.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra ikut serta dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu memperolehi kemenangan besar dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berjaya menakluk semua negeri tersebut.

Ketika wabak penyakit Taun bermaharajalela di negari Syam, Khalifah Umar bin Al-Khattab ra mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi,

“Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”
Setelah Umar ra membaca surat itu, beliau menangis, sehingga para hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”

Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Menjelang kematian Abu Ubaidah ra, beliau berpesan kepada tenteranya, Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, “Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”. Assalamualaikum”.

Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.

“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Kematiannya
Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam, kerana diserang penyakit taun. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun. Beliau di kebumikan di Urdun (Jordan).

Sumber : Kitab Sirah Rasulullah, 75 gambaran kehidupan sahabat, 10 sahabat yang dijanjikan syurga.