Agenda KITA

140812010/0823pm

Alhamdulillah, selesai mendengar sesi kuliah dan perkongsian dari ustaz Syaa’ri. Beliau membincangkan mengenai agenda-agenda, perancangan, propaganda, rancangan rahsia, dan kesemuanya yang berkaitan dengan Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. semuanya disingkap satu demi satu, sedikit demi sedikit saya menjadi tahu, sedikit demi sedikit saya menjadi takut, sedikit demi sedikit saya menjadi gementar.

herm

Ustaz ada menyebutkan bahawa ada riwayat yang menyatakan, apabila Baginda Rasulullah SAW menceritakan tentang Perihal Dajjal kepada Para Sahabat RA, ada ketika, Baginda bercerita dari waktu Zuhur, membawa kepada waktu Asar, dan terus bersambung semula pada malamnya. Baginda juga apabila memberitahu mengenai Dajjal, daripada keadaan Baginda duduk bercerita, sehingga Baginda berdiri, dan ada ketikanya Baginda mengetuk-ngetukkan tongkat Baginda yang menunjukkan kepada kita betapa penting dan seriusnya perihal Fitnah Dajjal yang akan melanda pada Umat akhir zaman. iaitu KITA.

Dalam satu Riwayat Hadith Soheh, daripada Fatimah bint Qais ada menceritakan bahawa, Baginda pernah menceritakan secara langsung kepadanya dan Para Sahabat R.A berkenaan dengan seorang lelaki Nasrani yang mendatangi Rasulullah, lalu menyatakan keislamannya seterusnya menceritakan kepada Baginda tentang pertemuannya dengan Dajjal di sebuah pulau.  Lelaki tersebut bernama Tamim Ad-Dari. Hadithnya panjang, dan saya tidak sempat menyalin kesemuanya, tetapi, apa yang saya dapat rakamkan dalam ingatan bahawa Dajjal itu telah wujud sejak zaman Baginda, iaitu ketika Tamim Ad-Dari dalam pelayarannya bersama 30 orang lelaki, mereka telah dipukul ombak dan ribut yang besar, lalu mereka telah terdampar di sebuah pulau yang asing, di mana, di situlah beliau telah menjumpai Dajjal. Dajjal yang pada ketika itu digari dan dirantai dengan kuat serta dipasung tubuhnya menyoal beberapa soalan kepada Tamim Ad-Dari. lalu, persoalan demi persoalan dijawab dan akhirnya, Dajjal berkata bahawa dia akan muncul tidak lama lagi. tidak lama lagi…

Dalam Riwayat Hadith soheh yang lain, Baginda juga ada menyatakan bahawa, jikalau pada ketika Dajjal muncul mengancam umatnya, dan pada ketika itu Baginda masih hidup, Baginda sendiri yang akan melawan dan berperang dengan Dajjal itu. tetapi, Baginda juga ada berpesan bahawa umatnya lah yang akan melawan dan berperang dengan Dajjal setelah kewafatan Baginda.

Baginda juga ada berpesan dan meminta kepada kita umatnya, bahawa sentiasa berdoa meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah untuk dijauhkan dan dilindungi dari Fitnah Dajjal. Baginda sendiri yang mengajarkan doa meminta perlindungan itu, dan seharusnya, kita perlu sentiasa berdoa dengan doa yang diajari Baginda.

“Allahumma Inna Naudzubika min Fitnatil Masihid Dajjal”

Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. amin.

sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak, tuan dan puan sekalian, kita sama-sama sentiasa berdoa, untuk diberikan perlindungan dari Fitnah terbesar dunia ini. semoga Allah, memberikan pertolongan dan perlindungan kepada hamba-hamba-Nya. amin.

sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, kita sama-samalah bersedia dan saling membantu dalam perjuangan melawan dan menghadapi Dajjal dan Proksi-proksinya. kita perlu saling tarik menarik sahabat-sahabat ke Majlis-Majlis Ilmu, kuliah, taa’lim dan pelbagai lagi tempat dan program yang membincangkan mengenai hal ini supaya kita akan lebih bersedia, untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat penting ini kepada masyarakat khususnya kepada keluarga dan saudara terdekat kita.

sama-samalah kita tarik menarik untuk ke Jalan Kebenaran.

~Dont be scared but be PREPARED!~

wallahu a’lam.