Indahnya..

indahnya Ramadhan,

hati TENANG, gelisah tidak bertandang.

indahnya Ramadhan,

saudara dan tetangga saling menghulur SENYUMAN dan PEMBERIAN,

indahnya Ramadhan,

Yang bernama SABAR akan teruji,

indahnya Ramadhan,

bukti Umat Islam KUAT luaran dan dalaman,

Indahnya Ramadhan,

peluang keemasan buat yang merindu keTAQWAan.

Ramadhan

“jangan biarkan Ianya berlalu sahaja.”

plz intan..

terbaik.

Allahu Allah.

malam yang syahdu. entah, air mata berdetak detak mengalir. mungkin kerana tersentuh dengan Halaqah Sentuhan Qalbu, jadi, jiwa yang kosong dan kering telah disirami dengan air madu yang manis lagi meninggalkan kesan.

Rindukah kita pada Rasulullah? Rindukah kita jika tidak membaca Al-Quran? Rindukah kita jika tidak mengalirkan air mata?

Allah, hati manusia tidak lari dari kekosongan, tidak lari dari kealpaan. jiwa hamba kan sering begitu, perlukan dorongan atau dikatakan pushing factor untuk sentiasa memperbaiki diri. 

aku bukanlah hamba yang terbaik, tetapi tidak salah mengimpi kan? aku bukanlah umat yang terbaik, tetapi tidak salah mencitakannya kan?

“berkata banyak akan membuahkan angan-angan. tetapi, melakukannya akan melahirkan impian demi impian.”

moga sentiasa menjadi yang TERBAIK.

atau,

moga sentiasa melakukan yang TERBAIK.

Ramadhan 17

harap tidak di takuk lama.