:: Ada tak pada Kita?? ::

Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di
dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya
semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa
bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih
baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia
lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai
kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak
kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu
lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya
dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir
usia diriku kufur dan berbuat buruk.

wallahua’lam

:: Kisah Luqman yang Bijaksana ::

Assalamualaykum,

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam
al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin
Baa’ura’. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s
belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa
Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala,
berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu
pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai’id bin Amir, ia berkata: ” Telah bercerita
kepada kami, Abu Ja’far, ‘Luqman Al-Habasy’ adalah seorang budak milik
seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada
seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:”Apa yang akan
kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?” Jawab lelaki
itu, “Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu.” “Aku mohon kepadamu
agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!” pinta Luqman. Sikap ini
selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga
datanglah calon pembeli lainnya. “Apa yang hendak kamu lakukan
terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?” kata Luqman. “Kamu
akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku,” jawab lelaki calon
pembelinya itu. “Jika demikian, aku mahu kamu beli!” kata Luqman.

Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke
rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi
pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke
kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah
menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik.
Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini
pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku
kembali ke rumah!”

Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata
kepada Luqman, “Bukalah pintu ini!” Kerana telah menerima pesan dari
majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah
akan dipertanggungjawabk an di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun
menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan
mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi
tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia
tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana
sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah menyiapkan makanan
dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka
pintu ini!” Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri
majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: “Bukalah
pintu ini!” Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang
dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana
pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang
dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah
pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal
perilaku ketiga puterinya.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa
simpatinya datang dan berkata: “Mengapa budak Habasyi ini lebih
mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah,
aku akan bertaubat!” Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun
bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, “Mengapa budak
Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T?
Demi Allah, aku juga akan bertaubat.” Demikianlah si bongsu akhirnya
mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah
mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua
majikannya berkata “Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini
lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku,
aku akan bertaubat juga!” Akhirnya dia pun bertaubat.

Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu
bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa
berkata,”Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan
taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?” Hal tersebut mendorong
mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga
jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.

Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan
tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim
dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga
fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi
terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu
dengan baik.

wallahu a’lam

::Suara langkah Gumaisha::

Assalamualaikum…

ucapkanlah sekali walau dalam sehari…

  • subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil a’zim…
  • aku sayang ALLAH!! sayang sangat!!

Ummu Sulaim Binti MiLhan R.A

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud

“Ketika aku masuk ke dalam syurga aku mendengar suara langkah seseorang. Lalu aku berkata : “Siapakah gerangan orang ini? “ mereka menjawab : “ini adalah suara langkah Gumaisha binti Milham Ummu Anas Ibnu Malik “. Rasulullah bersabda lagi yg bermaksud : “ aku sangat menyayanginya, saudara lelakinya telah terbunuh mati syahid bersamaku”.

tertanya2 siapakah dia?? tak kenal maka tak cinta…

Sahabat wanita yg akan kita baca sejarah hidupnya ini adalah salah seorang dari sekelompok kecil wanita yg telah memiliki kebenaran di sebalik penjuru dan memiliki catatan amal soleh yg banyak. Para ahli riwayat hadith telah bermuafakat kalau sahabat ini memiliki kuniyah ; Ummu Sulaim. Tetapi mereka berbeza pendapat dalam laqab, samaada Gumaisya, atau Rumaisya. Adapun yg lain mengatakan Unaifah, dan yg lainnya mengatakan Rumaithah.

Ummu Sulaim adalah ibunda dari seorang sahabat yg bernama Anas Ibnu Malik, pembantu Rasulullah S.A.W. Ummu Sulaim telah memeluk agama Islam tatkala Rasulullah S.A.W masih menetap di Makkah. Ia juga ikut membait Rasulullah S.A.W ketika baru tiba di Madinah. Masuknya Ummu Sulaim dalam agama Islam adalah sebuah pukulan dan paksaan terhadap suaminya Malik Ibn Nadhr yg tidak menghadiri pembaiahan terhadap Rasulullah. Suaminya berkata : “apakah engkau telah menjadi gila?” Ummu Sulaim menjawab : “aku tidak gila tapi aku telah beriman”.

Pada ketika itu juga Ummu Sulaim mengajari anaknya Anas Ibn Malik. Ia berkata : “ucapkanlah ya Anas : La ilaha illa Allah wa Asyhadu anna Muhammadun Rasulullah”. Anas Ibn Malik mengikuti segala arahan ibunya. Hal ini telah menyebabkan suaminya marah terhadapnya. Suaminya berkata : “ janganlah engkau merosakkan masa depan puteraku ini”. Lalu Ummu Sulaim menjawab : “aku tidak merosakkannya”.

Ketika Malik Ibn Nadhr telah putus asa menghadapi sikap Ummu Sulaim yg kukuh untuk memeluk Islam, ia memutuskan untuk meninggalkan Ummu Sulaim dan pergi ke bandar Syam. Apabila Ia tiba, Malik Ibn Nadhr telah dibunuh oleh musuhnya. Ketika khabar meninggalnya Malik Ibn Nadhr meninggal dunia sampai ke Ummu Sulaimia berkata : “Sumpah, saya akan menyusukan Anas Ibn Malik smpai idia memutuskan untuk berhenti sendiri dan saya tidak akan berkahwin lagi sehinggan Anas memerintahkannya”.

Ketika Anas Ibn Malik mulai dewasa, datanglah Abu Thalhah al-Anshar untuk melamar Ummu Sulaim. Ketika itu Abu thalhah masih dalam keadaan musyrik. Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Thalhah. Ketika Abu Thalhah datang untuk kedua kalinya, Ummu Sulaim memperhatikan wajah Abu Thalhah, Ummu Sulaim ingin melihat kalau wajahnya memancarkan kebaikan. Ummu Sulaim berkata : “sesungguhnya tidak layak bagiku untuk berkahwin dengan seorang Musyrik. Wahai Abu Thalhah, tidakkah engkau ketahui kalau tuhan-tuhan kamu itu adalah hasil ukiran dan tempahan seseorang, dan apabila kamu semua menyalakan api disekitarnya, nescaya tuhan-tuhan tersebut akan hangus terbakar. Apakah tuhan-tuhan tersebut akan memberim sebarang faedah?”.

Ummu Sulaim selalu mengulangi jawapan seperti ini setiap kali ditanya oleh Abu Thalhah. Ketika Abu Thalhah pulang, jawapan2 Ummu Sulaim telah mempengaruhi jiwanya. Akhirnya, dia mendapat petunjuk untuk masuk Islam. Dia kembali datang kepada Ummu Sulaim, dan berkata kepadanya : “semua yg telah engkau ucapkan meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwaku”. Abu Thalhah mengisytiharkan keislamannya dihadapan Ummu Sulaim. Ummu Sulaim berkata : “saya terima lamaranmu dan saya tidak meminta mahar kecuali engkau masuk Islam”.

Ummu Sulaim telah sampai pada tigkatan yang sgt tinggi dalam hal kesabaran, kekuatan iman, keyakinan dan bertawakal kepada ALLAH SWT. Sebagai buktinya apa yg diceritakan oleh anaknya, Anas Ibn Malik sbg berikut : “saya memiliki saudara lelaki ; abu umair. Rasulullah SAW memberikannya kuniyah Abu Umair. Suatu hari, Rasulullah menciumnya dan berkata kepadanya : “Ya Abu Umair, apa yg dilakukan oleh Nughair?”.

Suatu ketika, Abu Umair ditimpa sakit manakala Abu Thalhah tidak berada dirumah ketika itu. Ajal telah menjemput anak tersebut (Abu Umair). Ummu Sulaim berkata, “Jangan kamu khabarkan prkara kepergian Abu Umair ini kepada ayahmu”. Abu Thalhah pulang kerumah, sementara Ummu Sulaim menyambutnya dengan mesra seolah-olah tiada perkara yg berlaku pada hati itu. Abu Thalhah bertanya; “apa yg dikerjakan Abu Umair hari ini”. Ummu Sulaim menjawab, “dia baik-baik sahaja seperti biasa”.

Mereka berdua melewati malam tersebut dgn penuh kebahagiaan sebagaimana halnya sepasang suami isteri. Ummu Sulaim berkata kepada Suaminya; “Ya Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu apabila salah satu keluarga diberikan pinjaman, kemuduan mereka menikmati pinjaman itu, dan tatkala mereka diminta untuk memulangkan pinjaman tersebut mereka keberatan untuk mengembalikannya.” Abu Thalhah menjawab; “ keluarga tersebut telah berlaku curang dan tidak adil”. Ummu Sulaim berkata; “Sesungguhnya, puteramu, Abu Umair, adalah titipan dari Allah dan Allah telah mengambil kembali pinjaman tersebut kehadapan-NYA”. Abu Thalhah mengucapkan : “Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiu’n” dan dia bertahmid kpd ALLAH.

Kemudian Abu Thalhah berkata ; “demi ALLAH, aku tidak akan membiarkanmu, wahai Ummu Sulaim untuk mengungguliku dalam hal bersabar”.  Keesokan harinya, Abu Thalhah datang kpd Rasulullah. Ketika Rasulullah melihatnya, beliau bersabda : “semoga ALLAH memberkati malam kamu berdua”. Tidak lama sesudah kejadian itu, Ummu Sulai mengandung anak Abu Thalhah lagi. Sesudah ia melahirkan bayi tersebut, Rasulullah memeluk bayi itu dan memberi nama Abdullah.

Begitulah serba sedikit kisah sahabat wanita ini yg seluruh hidupnya hanya disandarkan kepada ALLAH. Berapa ramai dalam kalangan kaum wanita, aku, kamu, kita, boleh mengungguli sifat sabar dalam diri, konsep bertawakal setiap saat, keimanan yg teguh dan kekuatan hati yg mantap. Semoga dengan kisah ini dapat memberikan sedikit sebanyak anjakan muhasabah diri untuk kita sama-sama memperbaiki diri dalam mencari kehidupan didasari rasa bertuhan… InshaALLAH.

Wassalam…

Rujukan : 70 wanita terbilang di zaman Rasulullah SAW ; Abu Azka Al-Madani

:: Antara Dua Darjat dan bukan filem itu ::

Salamun alaykum…

ucapkan lah sekali dalm sehari…

  • hasbi rabbi jallallah, mafi qolbi ghoirullah…
  • saya CINTA ALLAH…

3034974022_dd3dc8f50b

kehidupan sekarang ni memang mencabar, selalu bermain dengan emosi dan perasaan. kadang2 nak berfikir dengan rasional pun susah. minda pon akan selalu jem bila polis trafik dalam minda tak memainkan peranan.

Minda,akal, kalau dalam bahasa penjajah; [faculty of reasoning] memang canggih. lebih canggih dari external hard disk yang boleh simpan sampai beratus2 GB memory, lebih canggih dari RAM yang boleh mencecah 4-5 GB, lebih bermutu jika dibandingkan dengan note book apple dan lebih bertuah kalau kita gunakan dengan sebaiknya. SUBHANALLAH!!

oleh kerana itulah kita diciptakan menjadi khalifah, oleh kerana a’kal la darjat manusia diangkat tinggi dari sekalian makhluk, oleh kerana akal juga kita dibezakan dengan haiwan. hebat kan?? (apa lagi, ucapkanlah SUBHANALLAH). Sedar atau tidak, kita adalah manusia yang diciptakan dari dua unsur yang sama sekali berbeza , sangat berbeza darjatnya, iaitu dari air mani dan ruh.

kita ini memang sangat HINA!! diciptakan dari air mani yang rendah  darjatnya. sangat rendah…

“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina (air mani)”. ~al-mursaalat : 77

“sekali-kali tidak! Sesungguhnya Kami ciptakan mereka dari apa yang mereka ketahui (air mani)“. ~al-maa’rij : 39

tak percaya lagi??

“Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” ~an-nahl :4

Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! ~yaasiin : 77

ni dah kes berat nie… (pembantah! penentang!)

“Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya – sedang dia bercakap-cakap dengannya: “Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna?” ~al-kahfi : 37

percaya atau tidak, dari situlah kita berasal…

“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” ~al-mu’minuun : 14

Subhanallah…

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”. ~al-insaan :2

SYUKUR atau KUFUR kah kita??

Sedarkah kita darjat kita sangat hina dan rendah di MATA-NYA??  Kita juga dijadikan dari RUH yang ditiupkan oleh ALLAH (ciptaan-NYA). Mulia dikalangan makhluk2-NYA, sangat tinggi darjatnya dibandingkan dengan haiwan. Subhanallah…

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud ~al-hijr : 29

Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam.~al-anbiyaa : 91

dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat. ~at-tahrim : 12

dan jangan lupa, we have an agreement… kita ada PERJANJIAN BESAR!!

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah padahal Rasul menyeru kamu supaya kamu beriman kepada Tuhanmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamu adalah orang-orang yang beriman”. ~al-hadiid :8

[Yang dimaksud dengan perjanjianmu ialah perjanjian ruh Bani Adam sebelum dilahirkan ke dunia bahwa dia mengakui (naik saksi), bahwa Tuhan-nya ialah Allah, seperti tersebut dalam ayat 172 surat Al A´raaf]

Ketauhidan sesuai dengan fitrah manusia…

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” ~al-a’raaf :172

Bukti dan dalil2 dari RABB telah terpateri, perjanjian dengan PENCIPTA kita telah termateri sejak awal lagi, mungkin kita lupa, atau buat2 lupa, namun, kita mesti selalu refresh dan muhasabah diri adakah kita menepati perjanjian itu?? Terlunaskah apa yang dijanji?? Manusia memang terkenal dengan sikap lalainya, lupanya, tangguhnya, (aku tak terkecuali, sangat2 benar aku pun begitu). Tapi tak nakkah kita mencuba untuk berubah?? Sedikit sahaja pun tidak mengapa, daripada tidak pernah berpuasa sunat, kita cuba untuk puasa sunat walau sehari dalam setahun, walau sehari dalam sebulan, dari tidak pernah mengucapkan Alhamdulillah, cuba kita ungkapkan sekali dalam sehari, daripada kurang membaca al-Quran, cuba kita baca dan kaji sepotong ayat walau dalam sehati sahaja, cuba dan cuba, sekali pun cukup untuk permulaannya, pasti kita akan rasa ketenangan yang luar biasa, PASTI!!

Cuba kita sayangkan ALLAH macam mana kita sayangkan harta benda kita, bila hilang gelisah mencari, cuba kita kasihkan ALLAH macam kita kasihkan teman dan keluarga, bila berpisah pasti rindu untuk bertemu, cuba kita sematkan dalam hati nama ILAHI, pupuk dan baja cinta itu saat naik dan turunnya, bila setiap saat kita akan mengingatinya, lebih dari kita mengingati makan dan minum… (aku pun sedang berusaha)

Ruh dan air mani itu telah bersemadi didalam satu jasad, bersatu menguasai jasad, yang mana si mani itu akan mengajak kepada kejahatan dan kesesatan, itu fitrahnya kerana ia hina, dan bila mana ruh itu akan berusaha menjemput kita kearah kebaikan, kemuliaan dan kesucian kerana fitrahnya ia sungguh mulia. Pimpinlah ia dengan sebaik2 mungkin agar tak tersasar, dan tergelincir…

Muhasabah dan selami lah asal usul kita dan keagungan PENCIPTA, pasti suatu hari nanti, kita akan sama2 berjaya menikmati betapa indahnya Pesona CInta Hakiki….

Wallahu a’lam…

“…berpesan2lah dengan kebenaran dan kesabaran…”

1_377905045l

:: Rasa diperhatikan?? ::

Assalamualaikum…

Ucapkanlah walau sehari sekali…

  • Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil a’zim…

 

“kalimatani khofifatani fil lisan, wathaqilatani fil mizan, subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil a’zim” ~HR. muslim

  • Saya sayang ALLAH, saya cinta ALLAH…

Pernah tak kita rasa diperhatikan?? Pernah tak rasa nak buat benda baik sahaja?? Mesti pernah kalau manusia normal… manusia normal akan kembali kepada fitrah, iaitu kebaikan dan terdorong kepada ketaatan…

Kita mesti sering teringatkan ada orang lihat kita bila kita cuba curi2 buah rambutan kat dusun pakcik jiran sebelah,(jangan pandang belakang dan depan) kita mesti rasa ada orang perhatikan kita bila kita makan berdiri, apatah lagi berjalan, kita mesti rasa di jeling bila kita gelak kuat2 sampai tak sedar diri… lepas dari tu, kita mesti rasa takut nak curi rambutan lagi, kita mesti rasa pelik bila kita makan berjalan, dan akan makan bila duduk sahaja, dan kita mesti tutup mulut bila rasa ter’over’ gelak… mesti dan mesti… baik kan perubahan itu??

Macam mana perasaan itu boleh wujud?? Sedangkan kita je yang perasan orang tengok dan perhatikan kita, padahal takde seorang pon yang pedulikan kita??

Cuba kalau kita sandarkan perasaan ‘rasa diperhatikan’ ni kepada PENCIPTA ‘orang2’ tadi tu kan bagus. Cuba untuk lebihkan rasa perhatian itu kepada ALLAH, rasa IHSAN itu kepada-NYA, pasti kita akan jadi orang yang betul2 mendapat PERHATIAN-NYA… tak ke best tu??  Bila perasaan ‘diperhatikan-NYA itu dah wujud, pasti kita akan makan dengan beradab, mandi menutup aurat, gelak dan bergurau dengan kuantiti yang minimum, nak sesuatu pun kita akan minta izin dan semua yang kita lakukan mesti kita lakukan dengan perkara yang baik sebab kita dapat rasa DIA SEDANG PERHATIKAN KITA!!

Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” ~an-nisaa : 1

Bila rasa ‘diperhatikan orang2’ ni salah tempatnya…

  • Labuh sangatlah tudung ni, mesti orang tengok…
  • Nampak gemuk tak pakai baju kurung nie??mesti orang gelak…
  • Songkok aku nie tak up-to date, mesti orang kata aku kolot…
  • Seluar aku ni panjang sangat, nanti orang kata sapu lantai…

Nanti orang tengok, nanti orang kata… nanti dan nanti… sampai bila nak buat perkara baik ni?? Bila asyik fikir kata orang?? Pernah tak kita fikir apa yang ALLAH akan kata?? Suka kah DIA terhadap pemakaian kita?? Suka kah DIA dengan cara kita?? Padahal kita tak sedar tu siapa yang ciptakan tubuh badan kita?? Jangan nak sesuka hati gunakan nikmat yang diberikan-NYA diluar syariah islam… Kita ni meminjam je ye…HARAP MAKLUM!!

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” ~Al-zalzalah :7-8

Bila rasa ‘diperhatikan orang2’ ini dah kena tempatnya, tapi niat pula yang menyimpang sikit… (asyik salah je…)

  • [di masjid] ramainya orang kat masjid, buat solat sunat banyak sikit la, nanti orang tengok kalau tak buat…
  • [tabung masjid] derma banyak sikit la, kalau sikit je derma nanti orang kata kedekut pulak… (orang kata lagi…)
  • [kat kelas, lecture, kuliah dan seangkatan dengannya] pegi kelas awal, baca buku banyak2 la… nanti mesti orang tengok dan puji…

Orang kata yang dipentingkan?? Orang tengok yang diagungkan?? Macam mana pulak dengan Pandangan ALLAH?? Tak RISAU KE?? Dapat 4flat tak keputusan kat SANA nanti?? (rasa diperhatikan tak bila baca post kat blog ni dalam keadaan tidak solat lagi??) tak payah tengok kiri kanan…

Hakikat nya, rasa diperhatikan tu hanya perlu disandarkan kepada YANG MAHA MELIHAT, sebab DIA MAHA MENGETAHUI LUAR dan DALAM HATI KITA, bila kita mengutamakan PANDANGAN-NYA lebih dari PANDANGAN MANUSIA, mesti kita dah tak kesah dah ‘orang2 tadi’ tu nak cakap ape kan?? Apa yang penting, BUKAN KERJASAMA!! Sebab ada benda yang lagi penting iaitu UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH…

“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”. ~Qaaf : 18

 

Wallahu a’lam…

p/s : Rasa ‘diperhatikan’ bila tengah menaip… moga jauh dari Riya’, lagho, dan membuang masa…

:: Kerana Iman Kita Bercinta ::

salamun alaykum…

3191172462_96bc4aa8dc

Ucapkanlah walau sekali dalam sehari…

  • ‘Subhanallah wa Bihamdihi’.
  • Saya Sayang ALLAH, Saya Cinta ALLAH.

Aku yang sedang belajar mencintai NYA…

“Belum sempurna iman kalian hingga kalian mencintai saudara kalian seperti halnya kalian mencintai diri kalian sendiri.” ~HR.Bukhari dan Muslim.

Aku  ada mendengar dari ungkapan orang yang a’lim; “Syurga itu Bagi Mereka Yang Saling Mencintai”. Syurga Cinta! Aku mencintaimu, kamu mencintaiku, kita saling mencintai, ganjarannya kelak Syurga Firdausi. Wah! Subhanallah, begitu mudah menjejaki Taman Firdausi, menggapai Syurga Cinta yang diimpikan setiap yang bergelar Da’ie dan Khalifah di muka bumi ini. Hakikatnya, kecintaan sesama orang beriman harus dipupuk, dipraktikkan dan dihayati.

Suka untuk aku kongsikan ilmu yang sekelumit Cuma, bahawa Kecintaan orang beriman kepada saudara-saudaranya yang seiman itu mempunyai dua cabang ;

  • Takhalli yang bermaksud mengosongkan diri.
  • Tahalli yang bermaksud menghiasi diri.

Menurut kefahaman ku; (kamu boleh merujuk dengan lebih lanjut kepada mua’llim dan u’lama’ yang terdekat) yang dimaksudkan dengan Takhalli adalah pengosongan dengan cara menghindari kelakuan dan perilaku yang buruk yang dapat menyakiti orang-orang beriman. Menyakiti yang dapat aku tafsirkan adalah  menyakiti rohani dan jasmani yakni; luaran dan dalaman orang-orang yang beriman.

Takhalli mestilah diseiringkan dengan tiga aspek yang dapat melepaskan belenggu dari hati seorang Muslim (sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

  • Ikhlas dalam perbuatan.
  • Hanya kerana Allah Semata.
  • Memberi nasihat kepada para penguasa.

“Dan tidak akan berpisah dari jemaah, kerana doa mereka mengikuti dari belakang” ~HR. Ahmad dan Ibnu Majah.

Praktikkan… (ilmu tanpa amalan macam pokok tanpa buahnya)

–          Si A : ko tau tak si B malam tadi tidur berdengkur…

–          Si C : eh yeke, ee teruknya…

–          (si B mendengar perbualan mereka)

–          p/s : bukankah ini menyakiti hati dan rohani orang islam tersebut.

 

Tahalli pula adalah menghiasi diri ataupun perhiasan diri. Perhiasan diri merupakan Kewajipan Muslim terhadap Muslim yang lain. Yang dimaksudkan dengan kewajipan adalah Tanggungjawab bagi setiap individu Muslim yang perlu ditunaikan bagi memenuhi Hak individu Muslim yang lainnya.

Antara kewajipan yang dapat dikongsikan adalah memberi Nasihat. Seorang mukmin yang mencintai saudara seiman yang lainnya hendaklah menasihati saudaranya yang seiman. Jika tidak, ini bermaksud, dia sebenarnya telah menipu atau mengkhianati saudaranya itu, dan lebih buruk lagi dia telah mengkhianati  Allah, Rasul dan semua umat Islam. Mengapa? Kerana tentu sekali, kita tidak akan membiarkan orang yang kita cintai jauh dari Rahmat ILAHI dan terdorong melakukan maksiat.

Mari kita selami kisah seorang sahabat yang dicintai Rasulullah S.A.W Jarir Bin Abdullah al-Bajau R.A kerana keteguhannya dalam memberikan nasihat kepada saudaranya.

Jarir bin Abdullah berkata: “aku diutus kepada Rasulullah S.A.W. Saat Baginda melihatku, sebelum aku masuk ke dalam masjid, baginda telah bersabda” :

“ada seorang yang akan masuk melalui pintu ini, dan dia termasuk orang yang beruntung kerana diwajahnya terdapat usapan malaikat”. ~HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim.

Jarir bin Abdullah adalah dikalangan sahabat yang memiliki ketampanan seperti ketampanan Nabi Yusuf A.S. Kemudian Rasulullah mengajak Jarir ke rumahnya dan telah memberikan bantal kepada Jarir untuk tempat duduknya. Namun Jarir menolaknya sebagai bukti kerendahan hatinya kepada ALLAH S.W.T.

Rasulullah S.A.W kagum dengan sikap Jarir bin Abdullah, hingga baginda menyentuh perutnya dengan jarinya dan bersabda ;

“Aku Bersaksi bahawa kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan membuat kerosakan di muka bumi.” ~HR. Bukhari dan Muslim

Kemudian Rasulullah memegang tangan Jarir untuk membai’atnya, Jarir pun membai’at Rasulullah S.A.W untuk bersaksi bahawa Tiada Tuhan Selain Allah, dan Muhammad adalah Utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menasihati setiap orang Muslim.

Jarir bin Abdullah berkata : “Demi Allah, aku selalu memberi nasihat kepada setiap orang Muslim hingga aku meninggal.”

Setiap kali beliau membai’at seseorang, Jarir selalu berkata : “Barang dagangan yang aku beli dari kamu, lebih aku cintai dari sejumlah dirham yang aku bayarkankepadamu. Aku telah membai’at Rasulullah S.A.W untuk memberi nasihat kepada setiap orang. Jika kamu tidak setuju, maka aku akan menyingkirkan kamu hingga tidak berkhianat selama-lamanya.

Dalam sebuah hadith Rasullullah S.A.W telah bersabda :

“Agama adalah nasihat, agama adalah nasihat, agama adalah nasihat. Untuk siapa, wahai Rasulullah? Tanya kami. Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Para pemimpin Islam dan seluruh umat Islam. Jawab Rasul”. ~HR. Muslim.

 wallahu a’lam…