:: Kerana Iman Kita Bercinta ::

salamun alaykum…

3191172462_96bc4aa8dc

Ucapkanlah walau sekali dalam sehari…

  • ‘Subhanallah wa Bihamdihi’.
  • Saya Sayang ALLAH, Saya Cinta ALLAH.

Aku yang sedang belajar mencintai NYA…

“Belum sempurna iman kalian hingga kalian mencintai saudara kalian seperti halnya kalian mencintai diri kalian sendiri.” ~HR.Bukhari dan Muslim.

Aku  ada mendengar dari ungkapan orang yang a’lim; “Syurga itu Bagi Mereka Yang Saling Mencintai”. Syurga Cinta! Aku mencintaimu, kamu mencintaiku, kita saling mencintai, ganjarannya kelak Syurga Firdausi. Wah! Subhanallah, begitu mudah menjejaki Taman Firdausi, menggapai Syurga Cinta yang diimpikan setiap yang bergelar Da’ie dan Khalifah di muka bumi ini. Hakikatnya, kecintaan sesama orang beriman harus dipupuk, dipraktikkan dan dihayati.

Suka untuk aku kongsikan ilmu yang sekelumit Cuma, bahawa Kecintaan orang beriman kepada saudara-saudaranya yang seiman itu mempunyai dua cabang ;

  • Takhalli yang bermaksud mengosongkan diri.
  • Tahalli yang bermaksud menghiasi diri.

Menurut kefahaman ku; (kamu boleh merujuk dengan lebih lanjut kepada mua’llim dan u’lama’ yang terdekat) yang dimaksudkan dengan Takhalli adalah pengosongan dengan cara menghindari kelakuan dan perilaku yang buruk yang dapat menyakiti orang-orang beriman. Menyakiti yang dapat aku tafsirkan adalah  menyakiti rohani dan jasmani yakni; luaran dan dalaman orang-orang yang beriman.

Takhalli mestilah diseiringkan dengan tiga aspek yang dapat melepaskan belenggu dari hati seorang Muslim (sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

  • Ikhlas dalam perbuatan.
  • Hanya kerana Allah Semata.
  • Memberi nasihat kepada para penguasa.

“Dan tidak akan berpisah dari jemaah, kerana doa mereka mengikuti dari belakang” ~HR. Ahmad dan Ibnu Majah.

Praktikkan… (ilmu tanpa amalan macam pokok tanpa buahnya)

–          Si A : ko tau tak si B malam tadi tidur berdengkur…

–          Si C : eh yeke, ee teruknya…

–          (si B mendengar perbualan mereka)

–          p/s : bukankah ini menyakiti hati dan rohani orang islam tersebut.

 

Tahalli pula adalah menghiasi diri ataupun perhiasan diri. Perhiasan diri merupakan Kewajipan Muslim terhadap Muslim yang lain. Yang dimaksudkan dengan kewajipan adalah Tanggungjawab bagi setiap individu Muslim yang perlu ditunaikan bagi memenuhi Hak individu Muslim yang lainnya.

Antara kewajipan yang dapat dikongsikan adalah memberi Nasihat. Seorang mukmin yang mencintai saudara seiman yang lainnya hendaklah menasihati saudaranya yang seiman. Jika tidak, ini bermaksud, dia sebenarnya telah menipu atau mengkhianati saudaranya itu, dan lebih buruk lagi dia telah mengkhianati  Allah, Rasul dan semua umat Islam. Mengapa? Kerana tentu sekali, kita tidak akan membiarkan orang yang kita cintai jauh dari Rahmat ILAHI dan terdorong melakukan maksiat.

Mari kita selami kisah seorang sahabat yang dicintai Rasulullah S.A.W Jarir Bin Abdullah al-Bajau R.A kerana keteguhannya dalam memberikan nasihat kepada saudaranya.

Jarir bin Abdullah berkata: “aku diutus kepada Rasulullah S.A.W. Saat Baginda melihatku, sebelum aku masuk ke dalam masjid, baginda telah bersabda” :

“ada seorang yang akan masuk melalui pintu ini, dan dia termasuk orang yang beruntung kerana diwajahnya terdapat usapan malaikat”. ~HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim.

Jarir bin Abdullah adalah dikalangan sahabat yang memiliki ketampanan seperti ketampanan Nabi Yusuf A.S. Kemudian Rasulullah mengajak Jarir ke rumahnya dan telah memberikan bantal kepada Jarir untuk tempat duduknya. Namun Jarir menolaknya sebagai bukti kerendahan hatinya kepada ALLAH S.W.T.

Rasulullah S.A.W kagum dengan sikap Jarir bin Abdullah, hingga baginda menyentuh perutnya dengan jarinya dan bersabda ;

“Aku Bersaksi bahawa kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan membuat kerosakan di muka bumi.” ~HR. Bukhari dan Muslim

Kemudian Rasulullah memegang tangan Jarir untuk membai’atnya, Jarir pun membai’at Rasulullah S.A.W untuk bersaksi bahawa Tiada Tuhan Selain Allah, dan Muhammad adalah Utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menasihati setiap orang Muslim.

Jarir bin Abdullah berkata : “Demi Allah, aku selalu memberi nasihat kepada setiap orang Muslim hingga aku meninggal.”

Setiap kali beliau membai’at seseorang, Jarir selalu berkata : “Barang dagangan yang aku beli dari kamu, lebih aku cintai dari sejumlah dirham yang aku bayarkankepadamu. Aku telah membai’at Rasulullah S.A.W untuk memberi nasihat kepada setiap orang. Jika kamu tidak setuju, maka aku akan menyingkirkan kamu hingga tidak berkhianat selama-lamanya.

Dalam sebuah hadith Rasullullah S.A.W telah bersabda :

“Agama adalah nasihat, agama adalah nasihat, agama adalah nasihat. Untuk siapa, wahai Rasulullah? Tanya kami. Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Para pemimpin Islam dan seluruh umat Islam. Jawab Rasul”. ~HR. Muslim.

 wallahu a’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s