:: Kisah Luqman yang Bijaksana ::

Assalamualaykum,

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam
al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin
Baa’ura’. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s
belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa
Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala,
berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu
pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai’id bin Amir, ia berkata: ” Telah bercerita
kepada kami, Abu Ja’far, ‘Luqman Al-Habasy’ adalah seorang budak milik
seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada
seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:”Apa yang akan
kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?” Jawab lelaki
itu, “Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu.” “Aku mohon kepadamu
agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!” pinta Luqman. Sikap ini
selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga
datanglah calon pembeli lainnya. “Apa yang hendak kamu lakukan
terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?” kata Luqman. “Kamu
akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku,” jawab lelaki calon
pembelinya itu. “Jika demikian, aku mahu kamu beli!” kata Luqman.

Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke
rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi
pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke
kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah
menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik.
Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini
pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku
kembali ke rumah!”

Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata
kepada Luqman, “Bukalah pintu ini!” Kerana telah menerima pesan dari
majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah
akan dipertanggungjawabk an di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun
menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan
mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi
tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia
tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana
sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: “Aku telah menyiapkan makanan
dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka
pintu ini!” Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri
majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: “Bukalah
pintu ini!” Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang
dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana
pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang
dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah
pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal
perilaku ketiga puterinya.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa
simpatinya datang dan berkata: “Mengapa budak Habasyi ini lebih
mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah,
aku akan bertaubat!” Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun
bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, “Mengapa budak
Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T?
Demi Allah, aku juga akan bertaubat.” Demikianlah si bongsu akhirnya
mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah
mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua
majikannya berkata “Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini
lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku,
aku akan bertaubat juga!” Akhirnya dia pun bertaubat.

Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu
bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa
berkata,”Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan
taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?” Hal tersebut mendorong
mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga
jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.

Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan
tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim
dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga
fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi
terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu
dengan baik.

wallahu a’lam

4 thoughts on “:: Kisah Luqman yang Bijaksana ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s