::Stop and Reflect::

 

 

Kehidupan yang Mencabar

                Dalam kita mencari rezeki, dalam kita menuntut ilmu, pasti kita akan diuji dengan ujian yang buruk, ataupun baik…kehidupan ini  memang adil, kerana Pencipta nya adalah ALLAH YANG MAHA ADIL…kerana apa kita diberikan ujian, berat ataupun ringan?? ALLAH ada jawapannya…

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” ~al-mulk :2

Untuk jadi lebih baik lahiriah, dan zahiriah, untuk mempertingkatkan iman dan amal…

Kehidupan dan ujian memang mengajar aku erti kesabaran dan keyakinan yang teguh terhadap ALLAH, ketika aku diberi seorang lagi insan yang perlu aku sayang dan aku cinta, ALLAH mengambil semula saudaraku yang DIA telah pinjamkan,  ketika disaat aku kesakitan, ALLAH beri aku keluarga dan teman yang membantu, Disaat aku lemah tidak berdaya, ALLAH beri aku janji-NYA dalam kalam ilahi… yang pasti, AKU HANYA PERLU YAKIN DENGAN-NYA, dengan HIKMAH yang tersembunyi…

catur

Kehidupan ini juga dapat diibaratkan seperti permainan catur, satu langkah kita melangkah, menentukan langkah seterusnya, baik yang pertama, baik lah yang seterusnya, amal baik yang dilakukan, balasan baiklah yang di janjikan. Apabila dah ‘CHECKMATE’ taubat pun tidak berguna, amalan baik yang dilakuka pun tidak memberi apa2 natijah. Wasilahnya hanya kita SEDAR dan TIDAK LALAI, yang kita hanya DIPINJAMKAN RUH DAN JASAD untuk berpijak dibumi yang fana ini…

“Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.” ~al-faathir :5

STOP dan REFLECT…

Bagaimana kita nak harungi kehidupan ni?? Adalah dengan salah satu cara, STOP dan REFLECT, dalam bahasa melayu, berhenti dan bertindak balas, itu caranya yang aku dapat kesan melalui pembacan dan pemerhatian.

Bagaimana nak STOP? Ketika kita ditimpa musibah ataupun ujian, apa yang penting kita perlu memberhentikan segala emosi2 marah, benci, dan sebagainya, kita juga perlu berhenti untuk memerhatikan keadaan sekitar, masa lalu, dan kemungkinan dimasa hadapan. PASTI kita akan Berjaya memikirkan HIKMAH yang tersembunyi, juga MESEJ yang ALLAH nak sampaikan kepada kita… malah, ujian yang datang dari Allah menunjukkan betapa ambil beratnya ALLAH terhadap kita, betapa DIA sentiasa memerhatikan tingkah laku kita, dan memberikan peluang kepada kita untuk memperbaiki diri…

Bagaimana dengan REFLECT?? Untuk STOP, memang mudah, aku akui dan aku sedang belajar, tetapi untuk REFLECT memerlukan kekuatan minda dan jasad untuk bertindak balas, bertindak balas dalam erti kita menyelami maksud, mesej dan hikmah yang tersembunyi disebalik ujian dan musibah, bertindak balas terhadap persekitaran, bertindakbalas disebalik kelemahan diri dan keegoan, bertindak balas dengan melakukan kebaikan dan banyak lagi langkah lain yang mudah untuk disebutkan, tetapi sukar untuk diamalkan…

 

SIRAH BAGINDA S.A.W

seperti contoh dizaman RASULULLAH S.A.W, dan Baginda sendiri yang ditimpa pelbagai ujian yang memerlukan kesabaran. Sebagai contoh, ketika tercetusnya perjanjian Hudaibiah antara Muslimin dan Kaum musyrikin, ketika itu, para sahabat memang amat tidak bersetuju dengan persetujuan Baginda terhadap isi perjanjian Hudaibiah yang dari luaran Nampak sangat memihak kepada kaum musyrikin, tetapi pada zahirnya hanya ALLAH, dan Rasulnya yang lebih mengetahui. Ketika para sahabat amat bersedih, Rasulullah menyuruh sahabat2nya bertahallul dan bercukur selepas menunaikan umrah di baitullah, namun tiada seorang sahabat pun yang mengikuti suruhan baginda lantas menunjukkan ketidak setujunya keatas isi perjanjian hudaibiah yang dipersetujui baginda. Namun baginda memulakan langkah ‘stop’ dengan masuk berjumpa dengan ummul mu’minin ummu salamah dan bertanyakan pendapatnya berkenaan dengan hal tersebut. Menjawablah Ummu salamah dengan meminta Baginda sendiri yang memulakan Tahallul dan bercukur, dan pasti para sahabat akan mengikuti langkah baginda. Ternyata tindakbalas yang Baginda lakukan dengan memulakan bertahallul dan bercukur membuahkan hasil kerana para sahabat turut mengikuti langkah dan perbuatan baginda, kerana tidak sampai hati dan rasa serba salah kerana baginda sendiri yang memulakan tahallul. Ternyata JANJI ALLAH itu pasti kerana perjanjian hudaibiah membuahkan kejayaan yang sangat2 besar jika kita kaji sejarahnya. Lantas, para sahabat pun meminta maaf kepada Rasulullah S.A.W.

“Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” ~al baqarah : 32

bagaimana kita nak mengaplikasikan dalam kehidupan kita sekarang??

Nak diberi contoh

ali (bukan nama sebenar) terjatuh ditepi jalan kerana tersadung kayu yang panjang. Dan akibatnya, kakinya terseliuh, dan lututnya mengalami pendarahan yang agak banyak. Seterusnya, dia sukar untuk berjalan dalam tempoh seminggu, dan luka dilututnya memerlukan masa seminggu untuk pulih.

Bagaimana Ali STOP?? Adalah dengan berhenti memaki kayu atau batu, berhenti menyalahkan diri dan menyesali perbuatan kerana lalu di jalan itu, berhenti memikirkan kemungkinan2 jika, dan jikalau…

Bagaimana pula dengan REFLECT?? Adalah dengan mula memikirkan hikmah yang tersembunyi “Ya ALLAH, sungguh aku tidak pernah bersyukur semasa aku sihat, dan aku tidak menghargaimu semasa kaki aku tidak sakit untuk berjalan”, ali juga mula bertindak balas dengan persekitaran dengan mengalihkan sebarang kayu atau objek yang menghalangi perjalanan, supaya kejadian tersebut tidak berlaku kepada orang lain.

bumi-2

Itu adalah sedikit, pengalaman, dan ilmu yang aku rasa patut dikongsikan untuk kita menjalani hari2 kita sebagai HAMBA-NYA… untuk kita tidak sentiasa mengeluh dan berputus asa, untuk kita sentiasa bersyukur dan tidak kufur nikmat, dan untuk kita belajar memperbaiki diri. Itu sebaik2 muslim, kerana muslim yang sentiasa melapangkan dada dalam setiap apa yang menimpa…

“Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.” ~al-aaraf : 199

Wassalam…

p/s : betulkan diri ini andai aku tersalah…sirah baginda S.A.W, boleh semak di www.kuliahsirah.wordpress.com

“ballighu anni walau ayah” ~sampaikanlah walau sepotong ayat…

Advertisements

:: “Aku Juga Seorang Hamba” ~S.A.W. ::

Assalamu’alaikum wrh.

adakah kita benar mengenali rasulullah S.A.W, benarkah kita mengikuti sunnah nya??… ketahuilah bahawa Baginda S.A.W adalah sebaik2 Qudwah hasanah…(Sallahu Alaihi Wa sallam…)

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”

Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”

“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita… adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi S.A.W…

Wassalam…

:: Apabila Rasulullah bertamu ke rumah kita ::

salam alayk…

renungan analogi bersama…

Apabila Rasulullah bertamu ke rumah kita…
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…

Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita,Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum… Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruang
tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum…
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita
terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum… … .
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia
menginap di rumah kita ? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum… … ..
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.

Beliau tentu tersenyum… … ..
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Beliau tentu tersenyum… … ..
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al
Qur’an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum… … .
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ… … ..
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita… …Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita ? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau
berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah… … …
Masihkah beliau tersenyum ? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir… … ..
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah… … ..

Wallahua’allam.
buat renungan bersama…

:: tak dapat isi, air rebusan mencukupi ::

petikan emel~
Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: “Mana emak? ” “Mak pergi menoreh,” jawabnya. “Mana bapak?” “Bapak pergi kerja…” “Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. “Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan. “Awak ada berapa orang adik-beradik? ” “Sepuluh.” “Adik ni yang ke berapa?” “Saya yang kelapan.” “Mana abang-abang kamu pergi?” “Tolong emak menoreh.” “Adik puasa hari ini?” “Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?” “Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”. “Bapak kerja apa?” “Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “. Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. “Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..” Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.” Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?” “Cuma RM3.00 sehari.” “Ayahnya bekerja macam mana” “Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.” Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

:: Fitnah, Percubaan Dan Kesabaran ::

Salamun alayk…

“ahabbul kalam ilallah, subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil a’zim“.

Apabila dilanda ujian dan menanggung beban yang berat.

ada sebahagian orang selalu berkata “hih penatla, susahla, malaslah, tak laratlah,” dah tak mampu nak kendong beban yang ditanggung, ada sebahagian lagi kadang-kadang berkata “penatla, tapi takpe, dah siap nanti rehat puas2! tak laratla, kalau berhenti separuh jalan pun takpe kan, janji ada usaha…” mungkin dah cukup dengan apa yg dicapai atau yg dilakukan. ada sebahagian mereka yang jarang-jarang berkata “alhamdulillah, takpelah, buat sehabis baik, isbatkan niat lillahi taa’la, pasti dapat ganjaran…” menganggap ujian yang datang sebagai percubaan dari ilahi. (aku di dalam golongan yg mana?? kita??) tanya pada diri sendiri??

berapa orang sahaja yang sepenuhnya memahami dan menghayati  kalam mulia ini; “allah tidak membebankan seseorang melainkan berdasarkan kemampuannya…” seberat mana bebanan dan ujian yang kitalalui, kita perlu terima dengan hati yang terbuka dan menganggap itu adalah hadiah daripada ALLAH,  kita semua nak ke jika ALLAH tidak mengendahkan kita?? hanya beri kesenangan tanpa perlu diuji?? tentu sekali tidak. kita perlu menganggap segala ujian yang datang menimpa adalah sebagai peluang untuk kita belajar, mempelajari dan mematangkan diri.

mari kita imbas kisah Al-Ifk (fitnah) yang telah melanda ummul mu’minin kita iaitu saidatina aishah R.A. bagaimana beliau mengharui tohmahan dan fitnah yang melandanya  dan mencemarkan namanya.

Cerita Fitnah حديث الإفكHadeeth al-Ifk) merupakan sebuah peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., iaitu pada bulan Syaaban 5H, yang melibatkan isteri baginda sendiri, Aisyah. Cerita yang tersebar luas ini diterukkan lagi dengan ketiadaan bukti yang memihak kepada Aisyah lalu menggemparkan seluruh bandar Madinah hingga baginda sendiri pasrah kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran. Cerita yang menyedihkan ini menyebabkan turunnya ayat 11-20 Surah An-Nur.

Perang Bani Mustalaq

Peperangan Bani Mustalaq berlaku pada Isnin, 2 Syaaban, 5 Hijrah. Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustalaq.

Dalam riwayat Imam Muslim, dijelaskan serangan terhadap Bani al-Mustaliq dibuat tanpa amaran. Perkara itu kerana Rasulullah sudah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka. Bani itu dianggap berperang dengan orang Islam sejak membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud. Mereka yang diserang secara mengejut, kebingungan dan tidak mampu melawan dalam tempoh masa yang agak lama.

Daripada peperangan ini, dicatatkan rampasan perang yang diperoleh ialah 1,000 unta dan 5,000 biri-biri. Kira-kira 200 orang ditawan dan ada pendapat yang menyatakan 700 orang.

Dalam peperangan kali ini, Aisyah dan Ummu Salamah telah dibawa bersama Rasulullah ke peperangan Banu al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutan undi, ini adalah kebiasaan Rasulullah (s.a.w) terhadap isteri-isterinya. [1] Yang menjadi masalah kini ialah penglibatan kaum Munafik dalam peperangan tersebut yang menyertai peperangan dalam keadaan berat hati serta sering menjadi batu api dalam tentera Muslimin.

“Setiap kali Rasulullah ingin berjalan jauh, baginda akan membuat undian di kalangan isteri-isteri baginda dan akan membawa bersamanya sesiapa yang undinya dicabut” -saidatina aishah

Kepulangan yang tidak menggembirakan

Semasa perjalanan pulang, mereka telah singgah di beberapa tempat persinggahan untuk berehat. Ketika itu, Aisyah telah keluar dari kawasan rombongan untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang diperbuat dari Jas Azfar telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh.

*pada post seterusnya akan dikisah kan sambungan peristiwa ifk ini… 🙂

wassalam…