:: Fitnah, Percubaan Dan Kesabaran ::

Salamun alayk…

“ahabbul kalam ilallah, subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil a’zim“.

Apabila dilanda ujian dan menanggung beban yang berat.

ada sebahagian orang selalu berkata “hih penatla, susahla, malaslah, tak laratlah,” dah tak mampu nak kendong beban yang ditanggung, ada sebahagian lagi kadang-kadang berkata “penatla, tapi takpe, dah siap nanti rehat puas2! tak laratla, kalau berhenti separuh jalan pun takpe kan, janji ada usaha…” mungkin dah cukup dengan apa yg dicapai atau yg dilakukan. ada sebahagian mereka yang jarang-jarang berkata “alhamdulillah, takpelah, buat sehabis baik, isbatkan niat lillahi taa’la, pasti dapat ganjaran…” menganggap ujian yang datang sebagai percubaan dari ilahi. (aku di dalam golongan yg mana?? kita??) tanya pada diri sendiri??

berapa orang sahaja yang sepenuhnya memahami dan menghayati  kalam mulia ini; “allah tidak membebankan seseorang melainkan berdasarkan kemampuannya…” seberat mana bebanan dan ujian yang kitalalui, kita perlu terima dengan hati yang terbuka dan menganggap itu adalah hadiah daripada ALLAH,  kita semua nak ke jika ALLAH tidak mengendahkan kita?? hanya beri kesenangan tanpa perlu diuji?? tentu sekali tidak. kita perlu menganggap segala ujian yang datang menimpa adalah sebagai peluang untuk kita belajar, mempelajari dan mematangkan diri.

mari kita imbas kisah Al-Ifk (fitnah) yang telah melanda ummul mu’minin kita iaitu saidatina aishah R.A. bagaimana beliau mengharui tohmahan dan fitnah yang melandanya  dan mencemarkan namanya.

Cerita Fitnah حديث الإفكHadeeth al-Ifk) merupakan sebuah peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., iaitu pada bulan Syaaban 5H, yang melibatkan isteri baginda sendiri, Aisyah. Cerita yang tersebar luas ini diterukkan lagi dengan ketiadaan bukti yang memihak kepada Aisyah lalu menggemparkan seluruh bandar Madinah hingga baginda sendiri pasrah kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran. Cerita yang menyedihkan ini menyebabkan turunnya ayat 11-20 Surah An-Nur.

Perang Bani Mustalaq

Peperangan Bani Mustalaq berlaku pada Isnin, 2 Syaaban, 5 Hijrah. Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustalaq.

Dalam riwayat Imam Muslim, dijelaskan serangan terhadap Bani al-Mustaliq dibuat tanpa amaran. Perkara itu kerana Rasulullah sudah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka. Bani itu dianggap berperang dengan orang Islam sejak membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud. Mereka yang diserang secara mengejut, kebingungan dan tidak mampu melawan dalam tempoh masa yang agak lama.

Daripada peperangan ini, dicatatkan rampasan perang yang diperoleh ialah 1,000 unta dan 5,000 biri-biri. Kira-kira 200 orang ditawan dan ada pendapat yang menyatakan 700 orang.

Dalam peperangan kali ini, Aisyah dan Ummu Salamah telah dibawa bersama Rasulullah ke peperangan Banu al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutan undi, ini adalah kebiasaan Rasulullah (s.a.w) terhadap isteri-isterinya. [1] Yang menjadi masalah kini ialah penglibatan kaum Munafik dalam peperangan tersebut yang menyertai peperangan dalam keadaan berat hati serta sering menjadi batu api dalam tentera Muslimin.

“Setiap kali Rasulullah ingin berjalan jauh, baginda akan membuat undian di kalangan isteri-isteri baginda dan akan membawa bersamanya sesiapa yang undinya dicabut” -saidatina aishah

Kepulangan yang tidak menggembirakan

Semasa perjalanan pulang, mereka telah singgah di beberapa tempat persinggahan untuk berehat. Ketika itu, Aisyah telah keluar dari kawasan rombongan untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang diperbuat dari Jas Azfar telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh.

*pada post seterusnya akan dikisah kan sambungan peristiwa ifk ini…🙂

wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s