:: Pahlawan ISLAM Abu Ubaidah Al-Jarrah ::

hijrah1430

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedangang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kehebatannya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarrah yang dijuluki dengan nama Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, beliau disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.

Abu Ubaidah termasuk orang yang masuk Islam dari sejak awal, beliau memeluk Islam selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra memeluk Islam. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Shiddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah s.a.w. untuk menyatakan dua kalimah syahadat di hadapan Baginda.

Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Agama Islam. Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyertai perjuangan Rasulullah s.a.w..

Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.. Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Badar. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah s.a.w..

Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika dalam peperangan Badar Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22.

Sifat Mulia
Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak ternilai.

Dalam riwayat yang lain Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda s.a.w.

Rasulullah s.a.w. memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”. Suatu ketika datang sebuah delegasi dari kaum Kristian menemui Rasulullah s.a.w.. Mereka mengatakan, “Ya Abul Qassim! Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan, kerana kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi.” Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka, “Datanglah ke sini petang nanti, saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang gagah dan jujur.”

Dalam kaitan ini, Saidina Umar bin Al-Khattab ra mengatakan, “Saya berangkat tergesa-gesa untuk menunaikan solat Zohor, sama sekali bukan kerana ingin ditunjuk sebagai delegasi. Setelah Rasulullah selesai mengimami solat Zohor bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun beliau masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarrah, lalu beliau memanggilnya sambil bersabda, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kes yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun berangkat bersama mereka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda lagi.
“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.

Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja. Lalu Saidina Umar bertanya kepadanya:

“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.

Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Sepeninggalan Rasulullah s.a.w., Umar bin Al-Khattab ra mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Tsaqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.’ Lalu Abu Ubaidah menjawab: Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah s.a.w. menjadi imam kita di waktu solat (iaitu Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra), oleh sebab itu kita patut menjadikannya imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w.:.

Peperangan Yang Disertai.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra ikut serta dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu memperolehi kemenangan besar dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berjaya menakluk semua negeri tersebut.

Ketika wabak penyakit Taun bermaharajalela di negari Syam, Khalifah Umar bin Al-Khattab ra mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi,

“Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”
Setelah Umar ra membaca surat itu, beliau menangis, sehingga para hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”

Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Menjelang kematian Abu Ubaidah ra, beliau berpesan kepada tenteranya, Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, “Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”. Assalamualaikum”.

Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.

“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Kematiannya
Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam, kerana diserang penyakit taun. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun. Beliau di kebumikan di Urdun (Jordan).

Sumber : Kitab Sirah Rasulullah, 75 gambaran kehidupan sahabat, 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Advertisements

:: Lautan ILAHI ::

Menyelam Di LAUTAN ILAHI

kadang-kadang LEMAS

kadang-kadang TENANG

TIMBUL, TENGGELAM, TIDAK HANYUT

kaki tidak cecah rumput laut

tangan tidak sampai tebing daratan

terkapai-kapai mencari PAUTAN

padahal sudah ada di depan MATA!!

haus. haus bertelagah dengan nasib

kerana nasib tidak pernah WUJUD!!

yang wujud hanyalah TAKDIR

TAKDIR dari ILAHI…

Subhanallah…

:: Bertakhtalah di KERAJAAN HATI ::

HATI, kenapa kau perlu takut kalau itu yang engkau lakukan, kenapa perlu kau bimbang kalau itu yang kau harapkan, kenapa perlu kau ragu, kalau itu yang menjadi pilihan. tawakallah kerana kau ada YANG ESA, berserahlah kerana ketentuan di Tangan-NYA, berdoalah kerana tempat mengadu ada pada-NYA

mahu atau tidak, kau perlu melakukannya, hendak atau tidak engkau perlu mengharunginya, apa yang penting, katakan mahu pada KEBAIKAN, dan katakan TIDAK pada SYAITAN dan KEJAHATAN. sudah kau tahu IMAN mu meningkat dan menurun, sudah kau sedar nafsu mu kekadang ter’kandang’ dan terlepas, sudah kau ingat jiwa mu yang sering lalai, mengapa kau berpaling dari YANG SATU??.

katakan TIDAK pada KEKALAHAN, kekalahan Hati dan Jiwa pada KEJAHATAN, kemusnahan IMAN dan AMAL kerana SYAITAN, kehancuran CINTA dan KASIH kerana NAFSU. oh, andai kau LEMAH, berdekah-dekahlah SYAITAN di kiri dan kanan mu, andai kau LALAI, bersenang-senanglah NAFSU menguasai dirimu, dan andai kau LEKA, bertempiaranlah TOMPOK-TOMPOK HITAM meluaskan kerajaannya dalam hatimu ITU!!

KERAJAAN HATI, disitulah tempat tinggalnya IMAN, jika Baik yang dilakukan, disitu jugalah tempat persinggahan SYAITAN jika Buruk yang kau amalkan, disitu juga takhta Raja Nafsu, jika titahnya kau turutkan… jangan biarkan hatimu dijajah penjajah yang tidak kenal KALAH, yang tidak pernah mengenal erti Putus Asa, pupuklah rasa cinta didalam kerajaan Hatimu, pupuklah rasa sayang di atas takhta hatimu, CINTA hanya kepada-NYA, PEMILIK KERAJAAN HATImu, agar pancaindera mu  bergabung menjadi satu, menjadi satu melawan hawa nafsu, agar rakyat-rakyat didalam kerajaan hatimu berperang melawan tentera SYAITAN, biar SYAHID, asal PUAS, biar TERSUNGKUR, asal MULIA. kelak kau kan TAHU erti KEPUASAN MUJAHADAH itu!! oh.~

Oh, ALLAH MAHA TAHU setiap gerak geri perbuatanmu, MAHA DENGAR setiap Ungkapan Yang engkau tuturkan, MAHA MELIHAT apa yang engkau lakukan… oh kau tidak boleh lari dari DIA, dari BUMI-NYA…

Allah Ta’ala berfirman:

“Dialah yang melihatmu ketika engkau berdiri dan juga gerak tubuhmu di antara orang orang yang bersujud.” (asy-Syu’ara’: 218-219)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Dan Dia adalah besertamu di mana saja engkau semua berada.” (al-Hadid: 4)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Sesungguhnya bagi Allah tidak ada sesuatu yang tersembunyi baik di bumi ataupun di

langit.”(ali-lmran: 5)

Lagi firmannya Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya Tuhanmu itu niscaya tetap mengintipnya.” (al-Fajar: 14)

Juga firmannya Allah Ta’ala:

“Dia Maha Mengetahui akan kekhianatan mata – maksudnya pandangan mata kepada sesuatu yang diiarang atau kerlingan mata sebagai ejekan dan lain-lain perbuatan yang tidak baik – dan apa saja yang tersembunyi dalam hati.” (al-Mu’min: 19)

Panjangkanlah sujudmu, agar engkau tahu esok tiada lagi sempat untuk mu bersujud, banyakkanlah istighfarmu, agar engkau sedar Pedihnya AZAB seksa, alirkanlah air matamu agar ia menjadi penghapus DOSA…

Allah Ta’ala berfirman:

“Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu’min, supaya engkau

semua memperoleh kebahagiaan.” (an-Nur: 31)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Mohon ampunlah kepada Tuhanmu semua dan bertaubatlah kepadaNya.” (Hud: 3)

“Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang nashuha –

yakni yang sebenar-benarnya.” (at-Tahrim: 8 )

Dari Abu Hamzah yaitu Anas bin Malik al-Anshari r.a., pelayan Rasulullah s.a.w., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Niscayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di

suatu tanah yang luas.” (Muttafaq ‘alaih)

Niscayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya ketika ia bertaubat kepadaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau semua yang berada di atas kendaraannya – yang dimaksud ialah untanya – dan berada di suatu tanah yang luas, kemudian menyingkirkan kendaraannya itu dari dirinya, sedangkan di situ ada makanan dan minumannya. Orang tadi lalu berputus-asa. Kemudian ia mendatangi sebuah pohon terus tidur berbaring di bawah naungannya, sedang hatinya sudah berputus asa sama sekali dari kendaraannya tersebut. Tiba-tiba di kala ia berkeadaan sebagaimana di atas itu, kendaraannya itu tampak berdiri di sisinya, lalu ia mengambil ikatnya. Oleh sebab sangat gembiranya maka ia berkata: “Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah TuhanMu”. Ia menjadi salah ucapannya kerana amat gembiranya. ~Riyadussolihin : halaman 18

:: kau adalah diriku sendiri ::

p/s : ALLAH sangat GEMBIRA menyambut kedatangan HAMBANYA yang bertaubat, adakah kita merasa SENANG dan GEMBIRA saat kita mahu bertaubat KEPADA-NYA?? Dan selalukah kita BERTAUBAT?? Atau Jarang-JARANG sekali…?

selidikilah kerajaan HATIMU…

kekuatan-kelemahan-hati

:: Kita, Cinta dan DIA ::

Aku akur… kita sering bertemu, mata berpandangan tidak jemu, lidah tidak pernah kelu, bibir tidak lagi membisu, hakikatnya, kita masih bersatu walau jasad tidak menyatu. Jasad kita jauh, jauh terpisah dek jaraknya meter itu, namun hati kita tidak pernah resah berpisah seperti sepadunya liter air itu.

Aku tahu, kita jauh, jauh berlari, jauh menyendiri, demi mencari Redha Yang Maha Suci. Kita sering mencari, mencari ketenangan yang abadi. Ketenangan yang bukan semua orang dapat rasai, Melainkan mereka yang benar-benar meyakini, meyakini kewujudan ILAHI…

Aku sedar, hakikat penghijrahan, bila senyuman berbalas senyuman, bila sentuhan berbalas kemesraan, sungguh indah persahabatan yang menjadi ikatan, ikatan hati-hati yang dinaungi rasa bertuhan

Pertemuan yang ditakdirkan awal kedewasaan kita dahulu, sungguh membuahkan bibit-bibit cinta dalam sanubari. Senyuman kita berbalas dengan sentuhan, sentuhan kita berbalas dengan pegangan, pegangan erat seorang teman yang tidak mungkin dilepaskan…

Kita makin dewasa, dalam meniti usia, dalam mencari wajah dunia. Bila aku alpa, ada teman yang menyapa, bila aku sengsara, ada teman yang bersedia riba. Sungguh, persahabatan ini indah, sangat indah saat bertambah rasa cinta kepada PENCIPTA…

Kita sering mengalah bila ada yang berbalah, hakikatnya kita tidak pernah kalah saat kita ada ALLAH. Kita tidak pernah menyalah pada mereka yang tidak sefikrah, kerana kita tahu kita hanya ada ALLAH. Kita sering bersama walau jasad berjauhan kerana di atas kita ada Yang Maha Penyayang, di kiri dan kanan kita ada Yang Maha Pengasih… saat kita jatuh, kita masih tersenyum, kerana kita tahu ada yang lebih baik menanti kita. Saat kita senang, duduk bahagia, kita perlu menangis, kerana kita perlu bimbang bahagia itu hanya sementara.

Kita berlainan jemaah, tetapi sefikrah kerana kita punya ALLAH. Kita saling cemburu, saling mendengki kerana kita sedang berlumba meraih cinta Yang ESA. Hakikatnya, Allah yang mengikat hati kita, pabila berpisah tidak gelisah, dan bertemu tidak pernah jemu…

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Ada tujuh macam orang yang akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan melainkan naunganNya – yakni pada hari kiamat, iaitu: imam – pemimpin atau kepala – yang adil, pemuda yang tumbuh – sejak kecil – dalam beribadat kepada Allah Azza wa jalla, seseorang yang hatinya tergantung – sangat memperhatikan – kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun demikian pula, seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: “Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,” – ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang Ielaki, seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu – tidak menampak-nampakkannya, sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehkan airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq

‘alaih)

“Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan karena Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka.” (Muttafaq ‘alaih)

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.” (Riwayat Muslim)

“Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, engkau semua tidak dapat masuk syurga sehingga engkau semua beriman dan engkau semua belum disebut beriman sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Sukakah engkau saya beri petunjuk pada sesuatu yang apabila itu engkau semua lakukan, maka engkau semua dapat salincinta-mencintai? Sebarkanlah ucapan salam antara engkau semua.” (Riwayat Muslim

“Orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu, maka mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para syahid – mati dalam peperangan untuk membela agama Allah.” – Imam Termidzi

Sumber dari – kitab riyadussolihin (taman-taman orang salih)

Salinglah cinta mencintai sesama kita, sesama saudara seislam, kasih mengasihi kerana Yang Esa bukan kerana nafsu semata…

p/s : cinta mencintai sesama perempuan, dan sesama lelaki, bukan sebaliknya…

:: Kunci kebahagiaan ::

Setiap orang tentunya mendambakan kebahagiaan. Kebahagiaan memiliki apa yang dihajati, kebahagiaan menyayangi apa yang di sukai, kebahagiaan mencintai apa yang mencinta… indahkan kebahagiaan?? Dan pastinya penderitaan itu yang membunuh kebahagiaan, penderitaan itu yang memunahkan senyuman yang terukir, namun berapa orang yang meyakini bahawa penderitaan yang mendera itu mungkin akan berubah menjadi kebahagiaan??… siapa tahu? Allahu a’lam…

Kebahagiaan tidak semestinya lahir dari kesenangan dunia, tetapi kebahagiaan sejati adalah kebahagiaan dunia dan di akhirat… sesiapa yang mahu bahagia di dunia, dia pasti akan berusaha memperolehinya, dan natijahnya, dia hanya akan mendapat kebahagiaan dunia, hanya dunia, noktah! Tetapi sesiapa yang mahu mendapat kebahagiaan di akhirat, pasti dia akan memperolehi kedua-duanya, bahagia di dunia dan di akhirat…

Kebahagiaan didunia akhirat pastinya mensyaratkan ketaatan dan ketaqwaan kepada ALLAH sepenuhnya didalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, disyukuri. Apabila diuji, bersabar dalam mengharungi. Dan apabila berbuat dosa, segera beristighfar dan bertaubat kepada-NYA… itulah bahagia yang sebenarnya…

Bahagia… ketuklah seluruh pintu-pintu yang mendorong kepada amal soleh… yang akan menjadi kunci kepada kebahagiaan di-sana. Meskipun dengan mengalihkan dahan pokok, mahupun ranting di tengah jalan, jangan diremehkan amal perbuatan itu kerana mungkin akan menjadi sebab terbukanya pintu kebahagiaan buatmu…

Baginda S.A.W bersabda :

“takutlah kepada neraka, sekalipun hanya (bersedekah) dengan separuh kurma” – muttafaq a’laih

Setiap amal soleh didalam Islam sangat besar nilainya disisi ALLAH, jika dilakukan dengan ikhlas dan hanya untuk meraih keredhaan ALLAH.  Kerana itu, jadikanlah kematian itu berada dihadapan kedua pelupuk mata kita, nescaya kita akan bersegera dalam melakukan amalan soleh dan hidup kita akan menjadi bahagia…

Ingatilah kematian dengan menziarahi kubur, nescaya hati kita akan hidup bagai bunga yang kembang mekar…



:: Hamba Hina ::

Kasih tuhan tiada bertepi

Sayang tuhan janji-NYA pasti..

Di kala ku terkenangkan MU kedamaian menjelma …

Dikala ku teringatkan MU jiwaku bahagia…

Ketika ku di dalam duka,

DIKAU hadir, sebagai penawar…

Ketikaku mengharapkan MU,

DIKAU Hadir, memberi perlindungan…

Rinduku tiada terkira, kepada ALLAH YANG MAHA ESA…

Alangkah indahnya jika ku disisiMU…

Tapi apakan daya, betapa Hinanya diri ini…

Wahai Tuhan, kepada KAU ku sembah

Dan meminta pertolongan…

Berilah hidayah buat ku yang goyah

Sedarkan ku dari lamunan…

Sesungguhnya diriku Insaf…

Deras air mata keinsafan,

Yang mengalir di malam hari…

Inilah dia pelembut jiwa,

Timbul keikhlasan sayunya dijiwa,

Terdengar rintihan, disepertiga malam,

Dari seorang hamba yang dhoif,

Kerna mengenang segala,

Dosa-dosa silam,

Mengharap mendapat ampunan ILAHI…

:: Sirah Junjungan Mendidik HATI ::

khaibar, khaibar, khaibar ya yahud!!

jaisyu muhammad saufa yau’d

khaibar, khaibar, khaibar ya yahud!!

jaisyu muhammad saufa yau’d

biddam,birruh, tafdiiki ya Ghazzah!!

suka menyebut ayat2 ni, penuh semangat, penuh kekuatan melaungkannya tatkala berada di demonstrasi2 atau konvensyen2 serta perhimpunan2 yang menyatakan ketidakpuashatian kita terhadap perbuatan zionis laknatullah kepada saudara2 seislam kita di bumi palestin. hakikatnya, ayat2 ini hanya dilaungkan dengan penuh semangat di bibir sahaja, tidak di hati, hakikatnya, kita mengaku bersaudara hanya di konvensyen2, diperhimpunan2 mahupun tatkala melihat iklan sumbangan ‘donation to palestinian’ di akhbar2 mahupun media masa… khaibar?? apa itu khaibar?? kita laungkan sahajakan tanpa mengetahui sirahnya?? tanpa mengetahui asal usulnya??

KHAIBAR, menyingkap kegemilangan umat islam di bawah pimpinan Rasulullah sallahu alaihi wassalam (minta semua berselawat ke atas nabi) menyingkap kesepaduan antara muhajirin dan ansar, mengenang kehebatan2 Para mujahidin dan para syahidin memperjuangkan Islam di Bumi ALLAH..

Ghazwah khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun ke-7 hijrah. Khaibar merupakan sebuah oasis besar yang didiami oleh Yahudi. Terletak 100 batu di utara Madinah menghala ke Syam. Sebab berlaku peperangan ini adalah Setelah Nabi s.a.w. memperolehi keamanan daripada pihak Quraisy hasil perdamaian yang dicapai di Hudaibiyyah, Baginda memutuskan untuk membersihkan saki baki Yahudi di sekeliling Madinah. Tindakan ini diambil setelah Yahudi dibersihkan daripada Kota Madinah. Yahudi di Khaibar mempunyai kubu-kubu yang kukuh. Di dalamnya terdapat kira-kira 10,000 orang pejuang. Mereka juga mempunyai kemampuan senjata dan peralatan yang besar di samping terkenal sebagai pakar muslihat, permainan kotor dan tipudaya. Oleh itu, masalah ini perlu dibersihkan segera sebelum mereka menjadi punca kekacauan dan kebimbangan orang Islam di ibukota mereka, Madinah. Dengan ini, Rasul s.a.w. bersepakat untuk keluar memerangi mereka pada akhir Muharram. Baginda keluar memerangi mereka dalam satu angkatan seramai 1,600 orang pejuang termasuk 200 orang pahlawan berkuda. Baginda telah mengumumkan panggilan perang kepada para
sahabat yang menyertai Baginda dalam Ghazwah Hudaibiyyah sebelum ini. Baginda berjalan sehingga tiba di pinggir Khaibar lalu berkata kepada para sahabat: “Berhenti!”.

Kemudian Baginda berdoa :


“Ya Allah, Tuhan seluruh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan seluruh
bumi dan apa yang ditanggungnya, Tuhan seluruh syaitan dan apa yang
disesatkan mereka, Tuhan seluruh angin dan apa yang diterbangkannya.
Kami memohon kepada Kamu kebaikan kampung ini, kebaikan penduduknya
dan kebaikan apa yang ada di dalamnya. Kami berlindung dengan Kamu
daripada kejahatannya, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa yang ada
di dalamnya. Maralah kamu semua dengan nama Allah .”

Apabila sampai di Khaibar, Nabi s.a.w. berpengkalan hampir dengan salah satu kubu Khaibar bernama Hisn an-Natoh. Yahudi telah menghimpunkan pejuang-pejuang mereka di dalamnya. Hubab bin al-Munzir mencadangkan agar angkatan tentera Islam berpindah tempat, kerana dia cukup kenal dengan penduduk an-Natoh. Mereka terkenal dengan panahan yang jauh dan tepat apatah lagi kedudukan mereka terletak lebih tinggi daripada kedudukan orang Islam. Oleh itu, anak-anak panah mereka lebih cepat meluncur turun mengenai barisan tentera Islam. Mereka juga boleh menyerang hendap orang Islam pada waktu malam dengan berselindung di celah-celah pokok-pokok kurma yang banyak. Oleh demikian, Rasul s.a.w. bersama tentera Islam mengambil langkah berpindah ke tempat yang lain.

Pasukan Rom yang lebih kuat pun tidak mampu menakhluk benteng Khaibar yang memiliki sistem pertahanan berlapis-lapis yang sangat baik. Sallam anak Misykam yang telah memimpin tentera Yahudi. Perempuan, anak-anak dan harta benda mereka tempatkan di benteng Watih dan Sulaim. Persediaan makanan dikumpulkan di benteng Na’im. Pasukan perang ditumpukan di benteng Natat. Sedangkan Sallam dan tenteranya mara ke barisan hadapan.

Sallam tewas dalam pertempuran itu, tetapi pertahanan Khaibar belum dapat ditembus. Baginda menugaskan Abu Bakar assiddiq untuk memimpin pasukan tentera islam. Namun gagal. Demikian pula Umar. Akhirnya kepemimpinan diserahkan kepada Ali. Di Khaibar inilah nama Ali menjulang. dengan keizinan ALLAH, pintu benteng telah menjadi  perisai melawan tentera yahudi. Ali dan pasukannya juga berhasil menembusi pertahanan lawan. Harith bin Abu Zainab-ketua tentera Yahudi setelah Sallam telah pun tewas. Benteng Na’im jatuh ke tangan pasukan Islam.

Setelah itu benteng demi benteng dikuasai. Seluruhnya melalui pertarungan sengit. Benteng Qamush kemudian jatuh. Demikian juga benteng Zubair setelah dikepung cukup lama. Semula Yahudi bertahan di benteng tersebut. Namun pasukan Islam memotong saluran air yang mengalir menuju benteng tersebut sehingga memaksa pasukan Yahudi keluar dari tempat perlindungannya dan bertempur dengan tentera islam. Benteng Watih dan Sulaim turut jatuh ke tangan tentera Islam.

Pertempuran diteruskan orang Islam terus membuka satu demi satu kubu kecuali dua kubu terakhir. Penduduk kedua kubu tersebut mahu berdamai dengan syarat darah pejuang-pejuang mereka terpelihara dan zuriat mereka dilepaskan (tidak dijadikan tawanan). Mereka juga meletakkan syarat agar mereka dibenarkan keluar dari bumi Khaibar bersama-sama zuriat. Mereka setuju keluar dengan hanya sehelai sepinggang. Baginda s.a.w. berdamai dengan mereka dengan syarat-syarat tersebut. Sekiranya mereka menyembunyikan sesuatu ketika keluar dari kubu tersebut, perlindungan Allah dan rasul-Nya terbatal. Mereka kemudiannya meninggalkan kedua-dua kubu tersebut. Orang Islam mendapati di dalam kedua-dua kubu tersebut terdapat senjata yang banyak dan lembaran lembaran Taurat. Yahudi telah datang menuntut kitab tersebut. Baginda mengarahkan agar ia dipulangkan kepada mereka. Bilangan Yahudi yang terbunuh dalam peperangan ini seramai 93 orang sementara orang Islam yang syahid seramai 15 orang.

Dengan penaklukan tersebut, Islam di Madinah telah menjadi kekuatan utama di jazirah Arab. Ketenangan masyarakat semakin terwujud. ladang-ladang dan kebun-kebun dakwah islam semakin subur. Dengan demikian, Rasulullah S.A.W dapat lebih menumpukan kepada dakwah untuk membangun moraliti masyarakat.

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian…

sirah Rasulullah S.A.W perlu kita fahami, perlu kita hayati satu persatu perca2 aliran dakwah yang baginda sebarkan. bukan sekadar dituturkan, ‘aku cintakan rasulullah’ tetapi kita perlu fahami bagaimana rasulullah membawa risalah ILAHI sehingga sampai kepada kita pada hari ini. ternyata sirah rasulullah betul2 hanya dapat kita hayati jika kita turut berada satu garisan yang sama dengan rasulullah, satu jalan yang sama, satu cara yang sama, iaitu jalan dakwah.

pentingnya sirah junjungan ini adalah untuk mendidik hati-hati kita dalam mengharungi kehidupan kini, bagaimana kesabaran dan ketabahan rasulullah mendidik ummah dari jahiliah kepada ummah yang disegani pada suatu ketika dahulu. semuanya diatas tarbiyyah ALLAH, selama 40 tahun ALLAH mendidik Baginda untuk menjadi rasul, untuk membawa risalah ISLAM sehingga sampai kepada kita hari ini. kalau kita fahami dan mengambil hikmah dari sirah junjungan, pasti kita akan menitiskan air mata, air mata perjuangan…

tarbiyyah ALLAH selama 40 tahun cukup mematangkan Rasulullah, ALLAH telah mentarbiyyah baginda semenjak zaman kecilnya, bermula dari seorang remaja kecil yang lahir tanpa melihat ayahnya, dan hanya selama 6tahun bersama dengan ibunya aminah, baginda dijaga oleh bapa saudara baginda setelah kematian kedua ibu bapa baginda. lihatlah bagaimana ALLAH mendidik baginda dalam menyatupadukan ummah dengan melatih baginda seawal usia remaja dengan mengembala kambing. mengembala kambing bukan kerja yang mudah, tetapi baginda dilatih untuk mengumpulkan kambing-kambingnya setempat, yang banyak kerenahnya, bermacam ragam kambing yang perlu baginda awasi. begitu juga bagaimana baginda menyatupadukan ummah yang dulunya jahiliah tetapi berubah mengenali tarbiyyah…

sahabat2 sekalian, jikalau kita memahami dan menghayati sirah baginda, sirah perjuangan nya, pasti akan membangkitkan perasaan yang sungguh luar biasa, berbeza dengan perasaan kita membaca novel2 cinta, membaca majalah2 gosip, sungguh berbeza! pasti akan mengalirkan air mata dakwah…

untuk pengetahuan kita bersama, setiap penganut agama kristian yang kuat berpegang dengan agamanya akan memakai gelang yang tertulus WWJD (What would jesus do). tujuannya, apabila berlaku kesulitan, apabila berlaku pertelingkahan atau permasalahan mereka pasti menyebut What would jesus do… aku bukan mahu kita semua mencontohi orang kristian, tetapi mengambil nilai pegangan mereka terhadap agama…

saat kita menghadapi kesulitan dalam berdakwah, mahupun menyelesaikan masalah, marilah kita merujuk kepada sirah junjungan S.A.W, dan apa ajaran nabi S.A.W (sunnah)

what would Rasulullah S.A.W do??

marilah kita sama2 menghayati rentetan perjuangan baginda, dalam sirah junjungan supaya kita bukan sekadar berkata “aku mencintai Rasulullah” bahkan kita berjaya merasakan Rasulullah itu sebahagian daripada hidup kita…

kisah perang khaibar diolah dari  SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN, Dr. Mustafa as-Syibaie, novel sejarah islam, abdul latif talib, kuliah sirah

wallahu a’lam…

p/s : sebarang kesalahan maklumat, harap dapat betulkan saya…