:: Penangan Nur ISLAM ::

Kejatuhan kota damsyik, tumbangnya  kerajaan parsi, tertakhluknya kerajaan rom dan parsi dari segenap ruang dengan cahaya iman dan islam, membuktikan bahawa kerajaan ALLAH lah yang akan kekal kukuh selamanya. Perjuangan para Mujahid dan Para Syahidin sangat2 menyentuh gentarnya sekeping hati, menggamit minda yang mahu berfikir, sesungguhnya kejayaan Para Sahabat dan Rasulullah adalah kunci kejayaan kita pada masa ini…

Penyair sufi :

“Orang yang hebat adalah orang yang berfikir, mengetahui dan menghayati kehebatan orang2 yang terdahulu”

ISLAM dan IMAN

Nikmat Islam dan Iman yang dikecapi oleh para sahabat yang terdahulu sangat2 perlu kita hayati. Bagaimana islam dapat melembutkan sekeping Hati Singa iaitu Umar al-khattab yang hanya mendengar dan membaca sepotong ayat dari surah Toha dan terdetik hatinya untuk memeluk islam.

Mari kita imbau kembali, bagaimana islam Berjaya melunturkan hati seorang pahlawan terulung Umar al-khattab…

Umar al-Khattab dilahirkan 42tahun sebelum hijrah. Usianya 12tahun lebih muda daripada Rasulullah S.A.W.  Beliau berketurunan Bani Adi, dan merupakan orang Quraisy yang paling kuat menentang nabi Muhammad S.A.W dan ajarannya. Pada Zaman Jahiliahnya, Umar al-khattab cukup terkenal dengan sikap keras hatinya dan kejam sehingga sanggup menanan hidup2 anak perempuannya sendiri. Suatu ketika Umar dicabar oleh Abu Lahab untuk membunuh anak perempuannya sendiri. Umar al-khattab yang rasa tercabar dan malu oulang kerumah dan berkata kepada isterinya; “ucapkanlah selamat tinggal kepada anak perempuan kita kerana aku mahu menguburkannya”. Umar al-khattab tidak menghiraukan rayuan isterinya lantas mengheret anak perempuannya yang baru pandai berjalan itu kesuatu kawasan yang jauh daripadda rumahnya.  Ketika beliau menggali lubang, debu2 pasir terkena pada jubahnya, dan anak perempuannya datang menyapu debu2 yang terkena pada baju ayahnya. Apabila lubang itu siap digali, Umar berehat seketika untuk menghilangkan penat. Anak perempuannya datang kepadanya lalu menyapu pasir yang melekat pada janggut ayahnya. Terdetik juga rasa kashian di hati Umar kepada anaknya itu. Tetapi ego kejahilan ditambah pula sorakan orang ramai termasuk abu lahab dan abu jahal menyemarakkan perasaannya untuk membunuh anaknya itu. Tanpa rasa kasihan, Umar mengangkat anaknya lalu dihumbankan ke dalam lubang yang baru digalinya itu. Dia menimbus lubang itu dengan pasir. Orang ramai bertepuk tangan memuji keberanian Umar, namun dihati Umar tak siapa pun tahu. Dalam perjalanan pulang kerumah, umar tidak berasa tenang kerana wajahnya anak perempuannya yang comel itu terbayang diruangan matanya. Tiba-tiba Umar menangis dan pada malam hari, Umar tidak dapat melelapkan mata hingga pagi. Dizaman jahiliahnya, banyak kisah2 yang menyentuh hati dimana Umar juga sanggup menyeksa hambanya Labinah kerana labinah telah memeluk islam. Tangan dan kaki labinah diikat lalu dijemur dibawah terik matahari. Begitulah perbuatan Umar dizaman Jahiliahnya.

Keislaman Umar Al-khatab

Rasulullah S.A.W pernah berdoa :

“wahai tuhan kami, kuatkanlah agama Islam dengan Umar Al-khattab”

*sambungan entry ini akan di edit tidak lama lagi…

One thought on “:: Penangan Nur ISLAM ::

  1. salam penulis
    saya teringin nak tahu bagaimana keislaman umar secara mendalam…
    harap penulis dapat menceritakannya…
    tq :)perkongsian yang sangat saya hargai…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s