:: Neraca Itu… ::

3193026223_92c3f547fa

si dia mengungkap percakapan “janganlah kamu menilai manusia dengan neraca bumi bahkan nilailah manusia dengan neraca langit… wah, aku terpesona, bagaimanakah neraca langit itu, sesuatu yang jarang sekali aku dengar. dia menyambung, “neraca bumi adalah berbeza dengan neraca langit, kerana neraca bumi hanya memandang kepada luaran, rupa paras, kekayaan, ketinggian dan darjat, tetapi neraca langit adalah neraca penilaian ALLAH yang hanya berdasarkan TAQWA hambanya.” HANYA ITU, tiada lagi ketidak adilan, tiada lagi penindasan dan tiada lagi pengejian. aku amat terpesona! subhanallah. benar, neraca langit itulah yang hanya layak kita ambil kira, kerana neraca itu nanti yang menilai kita kelak.

*****************************************

lelaki itu buta dan sangat fakir, ibnu ummi maktum, nama empunya diri, dia datang menemui Rasulullah ketika baginda sedang sangat sibuk melayani sekumpulan perbesar Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada Islam dan mengharapkan keislaman mereka boleh mendatangkan kebaikan kepada Islam ketika zaman susah di Mekah.

lelaki itu buta dan sangat fakir, datang ketika Rasulullah sedang sibuk dengan kelompok elit itu, baginda sibuk bukan untuk kepentingan diri  sendiri, tetapi untuk kepentingan ISLAM. lelaki buta itu datang kepada Rasulullah dan berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bacakanlah dan ajarkanlah kepadaku sebahagian yang diajarkan Allah kepadamu.” lelaki buta itu mengulang lagi, mengulang-ulang perkataan yang sama tanpa mengetahui kesibukan Baginda dalam urusannya. lelaki itu mengulang-ulang lagi, tanpa jemu… baginda tidak senang percakapan da keprihatinannya dipotong oleh lelaki buta itu, sehingga kelihatan wajah masam baginda,sedangkan lelaki itu tidak nampak… Rasulullah berpalng daripada lelaki nuta itu yang menggangu tugas penting Baginda. tugas penting yang diharapkan akn mendatangkan kebaikan yang banyak untuk dakwah dan agamanya…

disinilah ‘langit’ campur tangan, untuk memberikan kata putus dalam hal itu… dan untuk menetapkan neraca yang digunakan untuk menilai… tidak mengendahkan sebarang situasi dan pertimbangan lain… termasuk pertimbangan kepentingan dakwah sebagaimana yang dilihat oleh manusia bahkan sebagaimana yang dilihat oleh Penghulu manusia…

‘kalla’ ayat pertama dan terakhir, ayat kecaman yang keras diberikan peringatan oleh ALLAH untuk kekasihnya S.A.W, kalimah tegahan ini menunjukkan perkara penimbangan neraca langit ini adalah urusan yangbesaryang menjadi asas kepada tertegaknya agama… * boleh rujuk Surah A’basa…

*****************************************

aku bukan bijak mentafsir ayat-ayat RABBI, aku juga bukan handal mengkaji kalamullah, tapi aku dapat sesuatu daripada SURAH A’BASA ini… surah yang mempunyai seribu satu pengajaran… seringkali kita menilai manusia dengan neraca manusia itu sendiri, menilai dengan nafsu, menilai dengan emosi, menilai dengan luaran materi, aku juga kadangkala tidak lari dari neraca manusia… Sirah membuktikan segala, betapa ALLAH mementingkan Taqwa hambanya melebihi segala yang ada di BUMI ini…  neraca yang dimaksudkan adalah neraca ALLAH, neraca yang digunakan untuk menilai kedudukan manusia dan segala keadaan…

neraca langit yang mengutamakan ahli taqwa kekal jika mereka membebaskan diri daripada semua nilai bumi. ini yang dinamakan neraca ALLAH…

aku ingin sekali, berusaha menilai dengan neraca ALLAH, menilai dengan ‘mata’ penilaian ALLAH…

akhirat2

wallahu a’lam…

sumber: asas-asas islam, Dr. Ali Laban (ISMA)


4 thoughts on “:: Neraca Itu… ::

  1. seuntai kata-ata yang dapat menyentuh perasaan setiap insan yang mendegarinya dan membacanya adalah lebih baik dari perkataan yang banyak tetapi tidak bermanfaat…
    tahniah penulis…
    sngat bermanfaat…

    • terima kasih juga…
      teruskan menulis, memperjuangkan kalimah Allah
      agar kita sama2 berjaya mempertahankan panji ISLAM…
      amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s