:: Hadiah Pemberian ILAHI ::

Sujudku panjangkan tanda kesyukuran kepada ilahi… semakin lama, semakin kurasakan hadiah pemberian ALLAH itu semakin berharga buat diri yang pernah jahil ini… hadiah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun intan permata, iaitu hadiah nikmat iman, islam dan persaudaraan…

Pulang dari kuliah sirah, bibirku sentiasa menguntum senyum, senyum pada siapa?? Entahla… hakikatnya aku sahaja yang merasakan betapa aku bahagia, dikelilingi oleh insan2 yang aku sayang… insan2 yang baru aku kenali beberapa bulan, dan paling utama insan2 yang membimbing aku sejak beberapa tahun dahulu… saat ini, aku rasakan sangat bahagia, sungguh MAHA HEBAT hadiah dari ILAHI mengurniakan aku ramai saudara, memberikan aku nikmat kemanisan persaudaraan itu, kerana kita memegang panji2 yang sama, sebagaimana sahabat2 Rasulullah memegang panji2 yang diamanahkan Allah dan Rasul-NYA…

Bibirku tidak berhenti mengukir senyum, kadang2 tawaku terpecah dek usikan2 dan gurauan dalam perjalanan pulang ke mahallah… aku rasakan sungguh bahagia, tiada lagi nada resah, tiada lagi buaian gundah, kerana iman dan islam sudah bersatu membentuk tali persaudaraan yang satu, membuahkan bibit2 cinta yang menggunung terhadap RABB dan Rasul-NYA… sungguh, halaqah, usrah mahupun jemaah itu tidak membebankan, biarpun dilanda onar diperingkat permulaan… sungguh aku katakan, persaudaraan begini yang aku impikan semenjak dahulu, persaudaraan yang dinaungi rasa Bertuhan, persaudaraan yang belum dicalar oleh sebarang noda… ~ah, masih tersenyum…🙂

Sungguh kurasakan persaudaraan ini telah membuahkan bibit2 cinta yang menggunung terhadap ILAHI, sangat2 selesa tatkala menerima ujian kerana diri terasa diperhatikan dan dijaga… sungguh aku katakan, pada mereka yang mempunyai jemaah, mempunyai halaqah, teruskan dengan niat yang ikhlas, walaupun kadang2 terasa terbeban, terasa terikat, terasa menyusahkan… bersabarlah, ikhlaskan niat, sesungguhnya semua itu akan membuahkan hasil yang tidak akan kering, tidak akan hilang umpama air sungai  yang mengalir… mengalir dan terus mengalir… bagi siapa yang masih mencari sinar tarbiyah, pilihlah sesuatu yang sesuai dengan nalurimu, sesuai dengan fitrahmu, asalkan ia tidak melalaikan, asalkan ia tidak menjauhkanmu dengan penciptamu, sungguh perkara sebegitu amatlah perlu dijauhi… dakwah adalah aliran tarbiyyah, adalah bunga yang sering mengembangkan kelopak2 perjuangan mereka yang mengaku beriman, dakwah adalah akar tunjang kepada tarbiyyah, sebagaimana tarbiyyah sangat memerlukan keluasan dakwah itu, begitulah air sungai  yang memerlukan tebing2 yang mengalirkannya…

dakwah itu ada peringkat dan marhalahnya… sebagaimana yang dilakukan Rasulullah selepas termeterainya perjanjian hudaibiyah, rasulullah bangkit memulakan satu era baru, era yang menggamit setiap kalbu yang mendengar ungkapan Islam… era kebangkitan ISLAM!!” sebaimana yang dikongsikan ustaz kuliah sirah, dakwah rasulullah ketika pembukaan era yang baru itu terbahagi kepada dua, aktiviti penyebaran dakwah dan juga aktiviti ketenteraan… apa yang amat mengkagumkan aku bahawa, janji ALLAH itu sungguh benar, kepada hamba2  nya… sebagaimana yang kita lihat dalam perjanjian hudaibiyah yang pada luarannya hanya memihak kepada kaum musyrikin, akhirnya membuahkan hasil dan kemenangan kepada perjuangan Dakwah nabi S.A.W… sungguh, ISLAM pada ketika itu sungguh Gah dan terpancar cahaya iman disetiap wajah yang memperjuangkannya…

Sebagaimana saidina Ali memegang panji ISLAM ketika peperangan khaibar, begitu jugalah kita perlu mempertahankan panji2 yang sudah sekian lama berada ditangan kita, panji yang dinaungi kalimah Lailaha illallah, muhammadur rasulullah… sanggupkah kita membiarkan panji itu dipijak oleh musuh2 islam?? Sanggupkah kita membiarkan panji itu dibakar dihadapan mata?? Tentu sekali tidak bagi mereka yang mengaku beriman dengan ALLAH dan Rasul-Nya…

Sungguh, adakah kita tidak mahu tergolong dalam 7 golongan yang dijanjikan syurga, iaitu pemuda2 yang saling mengasihi, bertemu dan berpisah kerana Allah?? Sungguh, marilah kita merapatkan jurang yang telah dipisahkan atas nama jemaah, marilah kita berpihak pada yang satu, janganlah kita mencalari hadiah pemberian daripada ILAHI, kerana sungguh, bukan semua orang yang merasainya…

Aku juga pernah hanyut, pernah tersungkur saat diri tidak menghiraukan NYA, saat cinta duniawi melebihi rasa takutku kepada kematian, rasa takutku kepada seksaan-Nya… sungguh aku tidak mahu ditakuk lama, aku tidak mahu kakiku disaluti lumpur yang tidak bisa aku menggerakkan langkahku kehadapan… langkah mendekati kekasih-KU, sungguh aku sangat mencintai-MU, tumbuhkanlah rasa cintaku kepada-MU, sedalam2 nya, agar dapat ku hunus pedang cintaku terhadap cinta duniawi yang takkan kunjung kekal… amin…

7 thoughts on “:: Hadiah Pemberian ILAHI ::

  1. cinta itu kalau disandarkan hanya kerana allah, bibit percintaan dengan penciptaannya akan tumbuh umpama ranting2 yang membuahkan beberapa ranting lain, menjalar ke pelusuk bumi…

    • salam…
      ya, memang benar, jika cinta itu sepenuhnya diiringi rasa bertuhan, dipauti, kasih rasulullah… indahnya tidak tergambar, setiap hari pasti akan dilamun cinta, cinta pada Khaliq…

  2. alhamdulillah, kita dikurniakan perasaan yg sama. =)
    indah kan?kan3?
    manusia yg dijanjikan berlindung dibwh ‘arash Allah ialah yg bertemu dn berpisah krnNya..
    jumpa gembira, berpisah juga gembira~

    • alhamdulillah…
      betul tu dhiah… tu yang kita, bile berjumpe, asyik senyum dan gelak je kan dhiah??🙂
      lagi2 nak pergi jamuan raya kan??🙂
      jumpa nanti dhiah…
      luv U dhiah…🙂

  3. betul tu… bila hati dah diikat dgn kasih sayang, akan wujud perasaan bahagia… bahagia kerana bercinta kerana allah, dan berpisah juga kerana allah…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s