Malulah pada YANG MAHA TAHU!

kita muslimah hebat, jangan hanya duduk dan tengok sahaja ok? semangat2! 😉

Suasana bingit juga. Tapi aku masih berlapang dada. Dalam kepekatan malam aku pulang. Pulang bersama niat mahu merehatkan diri. Ada yang bersuara, ada juga yang bergelak ketawa. Aku, aku yang sibuk memulakan tugas membasuh baju dibawah sinaran cahaya bulan purnama, dan mereka yang sibuk bercengkarama di bawah sinaran lampu panjang yang panas! Oh!

Sejenak aku memulas tombol paip sehingga hujung. Tanda aku menguatkan aliran air. Deras air mengalir, deras lagi suara mereka berkumandang! Tiada niat untuk bertelagah Cuma memulakan taktik pendakwah muda yang kurang idea kretif. Noktah!

Aku dengar mereka memekik gembira. Cukup gembirakah mereka bila ADA yang mencatit? Aku juga takut jika aku turut dicatit. Kalau yang dicatit itu bersih, aku redha. Tapi Jika yang dicatit itu hampa, aku pasrah. Aku daie yang masih LEMAH dan tidak akan terus LEMAH!

Suasana senyap seketika. Kepekatan malam tidak dihiraukan mereka yang belum menjalankan tanggungjawab seorang hamba. Aku termenung. Paip Air yang dipulas laju tadi, aku hentikan. Dan hentikan. Dan hentikan…

***

“tepon nantilah, kakak ni ade la, nanti ayang mesej lagi…bye…”

Sebenarnya, malu untuk aku nak tuliskan lima huruf diatas. Tapi, apa yang aku gambarkan ini, bukan pada remaja lain, tetapi pada remaja kita sendiri. remaja islam. remaja yang sedang hangat dalam dunianya sendiri.

“Kakak ni ade…” kakak ni memang ade, tapi tak selalu ade untuk mengawasi kamu. sebenarnya kakak yang ade ni tidak ditugaskan pun untuk mengawasi kamu. tetapi, entah aura mana yang membuatkan kamu berasa janggal untuk memulakan maksiat melalui lisan kamu itu.

Kamu segan mahu berbual mesra dengan pasangan yang haram bagi kamu itu didepan kakak yang kamu sangka sentiasa ada bagi mengawasi kamu.Kamu malu untuk menyatakan dengan zahir yang kamu juga telah melibatkan kakak ini berada didalam situasi selemah-lemah iman. Selemah-lemah iman yang sampai tiada daya menegur kamu tentang maksiat yang kamu lakukan itu.

Tetapi kakak tak pasti kamu merasakan ihsan ALLAH atau tidak. Kakak tak pasti kemana hilangnya perasaan malu kamu kepada ALLAH sehinggakan kamu meletakkan kakak sebagai papan tanda hijab malu kamu itu. Salah, memang salah. Kamu malu dengan kakak yang tidak selalu ada mengawasi perbuatan kamu. tetapi kamu tak malu dengan ALLAH yang 24jam mengawasi kamu. DIA tidak TIDUR, dan TIDAK leka, dan TIDAK LALAI seperti kakak yang kamu malu untuk berbuat maksiat ini. Mengapakah kamu tidak meletakkan malu dan segan kamu itu pada tempat-nya? Pada sebenar-benar tempatnya… MALU. MALU. MALU. Malulah sebagai hamba dik.

***

Pernah terjadi perbualan antara kita. Perbualan yang akak tak jangka kamu akan mulakan. Perbualan yang mungkin juga telah mencuit hati kamu. naluri kamu.

Akak, akak tengah bercinta ye?”

Perasaan terkejut diadun dengan tenang nya mulut bertanya. “kenapa tanya?”

“Oh, takdela, saya selalu jugak tengok kakak senyum-senyum bila baca mesej. Mesti tengah bercinta kan?.”

“Haah…” [selamber je mengaku…]

“dengan Sape?”

Ramai, tak larat nak sebut!”

Riak mukanya terkejut. Mungkin dia percaya!

Biar betul kak, sape?”

Hmm kak myra, kak ila, kak wan, kak siti, kak nurul dan ramai lagi. Kakak memang tengah bercinta dengan diorang. Tu yang bila bace mesej senyum-senyum… 😉

Dia hairan campur pelik.

Aku membiarkan dia bersama kehairanannya.

[budak ni masih tak kenal erti cinta…]

“Adik, bercinta itu suatu perasaan yang mulia. Selagi kita salurkan pada orang yang berhak, dan kita pun berhak terhadapnya, barulah kita kenal erti cinta sebenar. Bukan sekadar dibutakan cinta, dipekakkan hati dan ditulikan jiwa.”

Dia menggeleng, tanda tidak mengerti.

“adik pernah bercinta?”

Dia senyap

Dia angguk

“Lepas tu putus ke?”

Dia angguk

“Banyak kali jugak kak, diorang tak setia, ade perempuan lain.”

“Ape perasaan kamu?”

“Kecewa kak, time tu sedih sangat sampai tak boleh nak makan.”

“habis sekarang? Bercinta lagi?”

Dia senyap…

“Adik, begitulah kalau bercinta sebelum sampai waktunya. Bercinta tanpa syariat, bercinta tanpa akad.

Senyap.

“Tapi, lain pula kalau kita bercinta dengan sahabat. Kasih mereka tidak pernah putus. Sayang mereka membawa kebaikan. Cinta mereka membawa kepada cinta ALLAH. Cinta allah yang takkan buat kite kecewa. Takkan buat kita merana.”

“Hati kita ini terlalu kecil untuk meletakkan segala cinta yang ada didunia ini pada satu masa. Tetapi hati kita ini akan menjadi terlalu besar pabila cinta Allah meresap kedalam jiwa.”

“kakak tahu kamu tahu pasal semua yang kakak cakap ni. Cuma, naluri remaja yang mendorong kita untuk kebaikan atau keburukan. Jangan disalahkan naluri itu, kerana akal kita yang mengawasi dan memberi arahan kepada naluri. Jangan jadikan naluri dan jiwa kita sempit untuk berfikir disebabkan kelemahan akal yang mungkin kita ciptakan sendiri. Berfikirlah untuk jangka masa panjang, jangan di cetekkan pemikiran akal yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita.”

Senyap…

[Kakak harap, kamu faham, walaupun kamu membenci kakak!]

Pada diri : kekadang aku terlampau cetek idea untuk memahamkan orang lain apa yang aku faham. Mungkin kerana perhubungan ku dengan PEMILIK HATI  masih belum kukuh. Dan saatnya mula rapuh dalam mengajak kepada kebaikan.

” sungguh, hati itu mempunyai  keinginan yang besar yang tidak boleh dihentikan kecuali bila ALLAH sahaja yang diinginkan. hati juga memiliki kepapaan yang tidak mungkin  dicukupi kecuali dengan cinta kepada ALLAH, sentiasa berzikir dan ikhlas kepada-NYA. andai seluruh dunia ini diberikan untuk mencukupi kepapaan itu, nescaya kepapan itu takkan  pernah tercukupi juga.”

-Ibnul Qayyim

Advertisements

Awas![S.M.B] Syndrom Membaca Buku ~

[banyak tak buku saya?? ] 🙂

Sesetengah orang yang mahukan ketenangan mereka akan pergi ke SPA, disitulah tempat mereka merehatkan diri. Sebahagian orang pula, bila mereka mahukan kepuasan, mereka akan berjam-jam berpeluh peluh di gym-gym mahupun dipusat-pusat earobik yang berdekatan… [apa-apalah]. Adapun segelintir orang pabila rasa kekosongan, mereka akan mendengar music, pasanglah lagu apa-apa pun, mereka pasti rasa terisi…

Ada sebilangan orang pula, makan bola, tidur bola, mandi bola, bangun bola, dan sampai ke tandas pun bola. Itu cara mereka.

saya?

Kalaulah saya hidup didalam negeri buku. Semuanya yang saya Nampak adalah buku, setiap yang disekeliling saya adalah buku.  jam buku, meja buku, almari buku, alkisahnya, saya boleh lihat buku dimana-mana sahaja. kalau nak baca tinggal ambil sahaja tanpa membeli… Waaaaaaah! [ada sesiapa nak pinjam buku saya?]

Tidur buku, makan buku, minum buku, tapi bangun tidur mestilah mandi dulu.. 🙂

Saya tak jemu pergi ke kedai buku, walaupun kekadang saya tidak membeli satu buku pun. Boleh dikatakan setiap hari saya berulang-alik pergi ke tempat dimana ada menjual buku. Biarlah orang kata saya takde kerja lain asyik menatap buku yang sama, padahal isinya tidak berubah walaupun saya pergi berkali-kali. Biar juga orang kata saya ni macam ulat buku [walaupun hakikatnya tidak! hehe], ye! Saya memang ulat buku, tapi saya tak makan kertas pada buku tu, saya hadam kan isinya, Biar kekal dengan saya sampai saya tiada nanti. Bila saya lihat buku-buku tarbiyyah, buku-buku agama, buku-buku sirah, hati saya rasa puas walaupun saya tidak membeli semuanya. biarlah duit di poket tak banyak mana, tapi saya akan usahakan sampai jadi milik saya.

Buku I : eh, dia ni kan semalam dah datang. Tapi tak beli pun apa-apa. Aku yang cantik ini pun tidak dibelinya. [sambil menjuihkan mulut kearah saya… eah, buku pun ada mulut kah? 🙂 ]

Buku II : haahla. Puas aku cuba tarik perhatian dia supaya membeli aku, tapi tak dipandang. Aku dah rimas berhimpit di tempat nie, macam-macam perangai ada, selamat belum terkepak kulit ku lagi. Kalau dah terkepak atau terkoyak nanti pasti aku akan di ‘reject’.

Buku I : haha kalau kau di ‘reject’ pasti dia akan membeli aku kan? hehe

Buku III : kamu berdua ni. Kesitu pula, biar siapa pun yang akan membeli kaum kita, kita tetap akan jadi khidmat dan manfaat mereka baik di dunia atau pun diakhirat. Kita mesti mengikhlaskan diri dalam apa jua sekalipun. Biar siapa pun tuan kita kelak. Kita mesti memberi sepenuh khidmat kepada mereka.

Buku II : Oh, buku III sudah dibeli, dia sudah mendapat tuan baru… 😦

[buku III adalah buku novel sejarah islam Sultan Muhammad Al-Fateh] 🙂

[apa-apalah]

Kalaulah saya boleh berkata-kata dengan buku, saya akan katakan pada mereka. “wahai cik-cik buku sekalian, jikalau sudah ditentukan rezeki dari ALLAH untuk saya, saya akan membeli kamu semua dengan cash!” [waah, begitu pula ye? 🙂 ]

Lalu gembiralah semua cik-cik buku yang ada… dan saya terus menyambung ucapan saya…

“maka, berdoalah kalian kepada ALLAH, supaya saya mampu membeli kalian semua suatu hari kelak…”

[hehe, angan-angan semata-mata…]

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan – al-‘alaaq : 1

p/s : sebelum membaca buku, niatkanlah lillahi taa’la, baca lafaz basmallah, supaya tak sia-sia kita membaca…

Posted in Uncategorized

takkan SENYUM je?

HARAP MAKLUM. Memberi SALAM pada yang berhak sahaja.

Dia tengok aku, aku tengok dia, dia pandang aku, aku pandang dia…

Dia senyum

Aku senyum

Jadi?

[on your mark, get set… GO!]

Assalamualaikum…

Adus, aku kalah, lambat sangat nak bagi salam…

Waalaikumussalam…

Oh, aku kalah, dia dapat pahala sunat memberi salam, pahala mengikut sunnah, pahala mendahulukan perkara kebaikan, oh sangat beruntung!

Aku, dapat juga, pahala wajib menjawab salam… [ALLAH kan MAHA ADIL]

***

Oh, terserempak lagi…

[hei, tak payahla bagi salam, bukan kau kenal pun, nanti orang ingat kau saje nak tarik perhatian]

[wahai hamba, berilah salam, sesungguhnya salam itu adalah penghubung bagi penghuni syurga]

…err… assalamualaikum… [terlepas juga]

Waalaikumussalam warahmatullah… seorang ukhti menyahut lembut… senyuman berbalas…

[ha, kan mudah… susah sangat ke?…]

Huh… lega…

***

… kalau kita mengikut sunnah, inshaallah, pasti ada hamba ALLAH yang terlorong kepada hidayah…

Sekali lagi…

Dah dekat dah ni…

… er …

Assalamualaikum… [lalu melepaskan suara]

Waalaikumussalam… sis, nak tanye, toilet kat area sini kat mana?

[lalu terjadilah perbualan singkat, dan seterusnya perkenalan, dan ajakan…]

Terima kasih ye sis…

Malam ni ade kuliah sirah, jemputlah datang ye…

Inshaallah…

… malamnye …

Datang juga! Alhamdulillah…

[kan terlorong pada hidayah… bukankah memberi salam itu adalah sunnah?]

***

Dari Abu Umamah yaitu Shudai bin ‘Ajlan al-Bahili r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya seutama-utama manusia dengan Allah – yakni yang lebih berhak mendekat kepada Allah – ialah orang yang memulai memberikan salam di kalangan mereka itu.”

p/s : saje nak menulis… jika ada manfaatnya, harap lakukan dan sebarkan, jika tiadmanfaatnya, harap senyum dan tinggalkan…

[bukankah senyum itu juga sunnah?]

selamat beramal!

assalamualaikum…

[jawab jangan tak jawab..]

bile nak abes entry ni…

[dah abes dah ni…] 🙂

…Antara kita & bonggol unta…

HARAP MAAF, penggunaan Bahasa Melayu yang agak tunggang langgang, harap dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. .terima kasih.

Hei!

Kau suke la tengok aku kene bakar?

Ape pasal pulak? Aku kan dah tutup kau, aku dah bagi kau pakai yang cantik-cantik lagi!

Kau ingat aku suka yang cantik-cantik je ke? Kalau cantik je, tapi terdedah! Jarang! Nak buat apa? Aku jugak yang kene bakar, yang kene gantung kat sana nanti!

Ala, aku kan dah tutup, jadila…

Kau bukan tutup, kau hanya bungkus aku je! Dahla kau biarkan aku bersanggul tinggi macam BONGGOL UNTA! Kau mesti BERTANGGUNGJAWAB!

***

Kamu jage apa yang kamu sayang, kamu sorok ape yang kamu suke, kamu simpan apa yang kamu idam. Pandainye kamu menjage barang… Kalaulah ade laptop, PDA, mahupun MP5, pandai pula kamu simpan didalam beg ataupun kamu tutup rapi didalam almari. Kenapa pula RAMBUT yang berada di atas kepala kamu itu kamu tidak tutup dengan rapi, tidak simpan dengan kemas, tidak sorok dengan selamat? Adakah kamu tidak sayang pada rambut kamu? kamu tahu kamu dah libatkan ramai orang? Silap-silap boleh berjemaah masuk ke N****A! nauzubillah…

Kamu tak kesiankan kaum adam yang berhari-hari beristighfar bile Nampak ikal mayang nye rambut kamu?

Kamu tak kesiankan ke kaum kamu sendiri yang tiada daya menegur kamu secara berdepan?

Kamu. kamu. kamu. kamu.

***

Bonggol di atas kepala kamu tu saya tengok makin hari makin tinggi, makin lama makin nak tunjuk. Saya tak nak samekan bonggol itu dengan bonggol unta, tapi kamu yang buat saya rasa macam nak menyamakannya… [apa-apalah]

Kenapa pulak nak sama macam bonggol unta? Kau mengeji aku ye? Aku ni pun makhluk tuhan!

Kamu cakap kamu makhluk ALLAH? Tapi kamu tak ikut pun apa yang ALLAH suruh? Saya bukan nak mengeji kamu, saya Cuma bercakap pasal bonggol yang ade di sebalik rambut kamu tu…kamu rase di keji?

Apa masalahnye dengan rambut aku kalau aku sanggul tinggi-tinggi? Rambut aku, aku punye pasal lah!

Oh, rambut kamu ke? Bila masa pula kamu tanam sampai tumbuh begitu panjang?

Mana ade aku tanam la, ni tuhan bagi, natural la…

ALLAH bagi? Kalau ALLAH bagi Kenapa kamu cakap itu rambut kamu?

Dah ade atas kepala aku, rambut aku la!

Kamu tak malu ke? ALLAH Cuma pinjamkan saja, kenapa kamu tak jage elok-elok, tak tutup dengan betul, tu bukan kamu punya. Kamu tak malu ke bile nak berhadapan dengan ALLAH nanti?

Senyap…

Same juga bila saya nak pinjam laptop kamu, tibe-tibe saya tercalarkan skrin laptop kamu? apa kamu akan buat?

Ai, marahla! Suka-suka hati calarkan laptop orang…

Oh, yang kamu tu suka-suka hati mendedahkan rambut yang ALLAH bagi pinjam tu?

Diam…

***

Kamu sedar tak ada sebuah hadith berkatakan tentang segolongan wanita yang dari kaum kita…?

“Sabda Rasulullah s.a.w. �Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun�” (riwayat Muslim)

***

RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh ALLAH SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.

Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Saya tak nak mengulas panjang sebab saya TAHU kamu sudah TAHU!

***

Bukankah perempuan itu adalah hiasan dunia, tetapi mereka juga adalah fitnah terbesar dunia…

p/s : bagi yang tidak puas hati, marahla saya, saya tak kesah sebab saya tak nak berjemaah dengan kamu ke neraka!

kaki … menyebuk lagi!

menyebuk lagi nih… Peace!

Oh stoking, oh stoking, mari beli stoking, kalau dah terlambat tak dapat…

oh stoking oh stoking, mari beli stoking kalau dah terlambat tak dapat pegi … Camping tu…

[nyanyi dengan rentak hai ubat citer P. Ramlee]

Awas! Penggunaan Bahasa R.O.J.A.K. yang melampau…! Harap tinggalkan jika tidak serasi dengan anda… 😉

sangatlah bagus jika setiap camping atau aktiviti perkemahan mahupun peringkat university atau sekolah mewajibkan pesertanya memakai stoking!

sangatlah kurang eloknye kerana peserta-peserta yang diwajibkan memakai stoking itu memakai stoking hanyalah kerana mahu mengikut PERATURAN camping! [tapi saya tak cakap semua peserta]

Situasi 1

Peserta A : aku takde stoking la, macam mane ye?

Peserta B : pinjamlah kakak bilik ko punye, aku memang dah bawak lame, tapi tak pernah pakai pun…

Peserta A : seganlah wei, hmm sok teman aku pergo J.J ye, nak beli stoking… nanti kalau takde, tak boleh ikut lak camping tu…

Peserta B : yela, nanti aku temankan kau…

Oh, sebab nak pergi camping ye baru nak pakai stoking… [niat salah tu] hem hem macam mane nak cari idea kreatif ni? Help me Ya ALLAH…

Situasi 2

Aku yang hari tu sibuk-sibuk terdengar cerita dunia, ditanya lagi. Soalan suspen ni…

Kak, kenapa akak pakai stoking 2 lapis ye? Kan dah ade 1 lapis, jadila…

Tup! Aku yang sedang memakai stoking ni tenang dan meneruskan gaya memakai stoking dengan memusing-musingkan hujung stoking secara lambat-lambat untuk mencari idea kreatif lagi! woha! 🙂

Nak jage keselamatan… [nada bersahaja tapi cukup menjaga tone suara… ehem ehem…]

Keselamatan ape kak? Bukan ade duri pun jalan nak ke kelas nanti… lawaklah akak ni… hehe [memang bersahaja dia gelak, tapi aku tak kesah, yang penting aku selamat…]

Soalan cepu emas tadi aku tinggalkan tanpa jawapan lengkap sebab nak mengejar duduk di soff malaikat kat kelas nanti… [sure tak dapat markah penuh nanti] [apa-apalah…]

Situasi 3

kak, kenapa akak pakai stoking 2 lapis tadi ye? Selamat tak ke kelas tadi?

Soalan itu diulang lagi, tapi kini aku sudah bersedia [I’m ready!]

Akak nak jage keselamatan… jawabku bersahaja

Keselamatan ape kak? Soalan yang same [dub dab… dub dab…]

Keselamatan nak masuk pintu nanti… jawabku tenang

Pintu ape kak? Soalnya bernada kepelikkan… [oh, sungguh bahasa melayuku tak teratur, harap maaf…]

Pintu SYURGA! Titik. 2 perkataan dah menerangkan maksud sebenar bagi yang memahami…

Dia pelik! Aku lagi pelik! Dia tidak faham! Aku lagi la kurang faham! [noktah]

Aku menyambung lagi bagi melengkapkan jawapan teka silang kata tadi…

Yela, elok dah bertudung, pakai baju kurung, tak ketat, hormat ibu bapa, hormat lecturer, sayang kawan-kawan, solat tak tinggal, study dan exam asyik dapat 4flat, jadi dean’s list, tup tup, tinggal kaki je yang nak melangkah ke dalam syurga ni bersuara “si polan binti si polan ini tidak menutupku dengan sepatutnya, stoking yang dipakainye jarang sehingga aku dilihat dan dipandang oleh mereka yang tidak sepatutnya…” ha! Kan satu kerugian B.E.S.A.R! itu kalau jarang, kalau tak pakai langsung macam mane pulak ye?

Senyap!

Diam!

Aku pun mendiamkan diri…

Tapi kan kak, kain kite kan dah labuh, kite dah tutup yang atas, takkan la kaki pun orang nak tengok? Tak Nampak punyela…

[eish eish eish]

Macam ni, kalau hujan, kite pakai payung tak?

Pakaila kak, nanti basah kepala…

Aik, kenapa pakai pulak? Kan kite dah pakai tudung? Kan dah tutup kepala?

Memanglah dah tutup kepala kak, tapi badan yang lain nanti basah pulak, lagipun hujan sekarang kan lebat, tu yang kena pakai payung…

[Oh nak tutup badan yang lain ye?]

Begitu juga dengan kaki dik, perempuan dijadikan Allah adalah untuk menutupi keseluruhan badannya kecuali tapak tangan dan muka sahaja.

Maksudnye kak?

Kaki juga adalah sebahagian daripada anggota badan, kaki mempunyai hak yang same seperti mana kita menutupi tangan, badan dan yang lain-lain… takkan nak pilih kasih kot?

Hmm…

Lantas aku potong hmm die [apa-apalah]

Same juga macam apabila ibu bapa ada yang pilih kasih terhadap anak-anaknye, mesti kite rase cemburu dan nak minta perhatian yang same… betul tak?

Betul… tapi

Aku potong lagi tapi dia… hehe [takde kasi can]

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” [Yasin : 65]

Diam!

Senyap!

Akak bukan nak memaksa, bukan jugak nak menyuruh memakai stoking, akak takde hak, kerana yang lebih berhak adalah diri adik sendiri, memakai stoking kerana ALLAH, bukan kerana camping… [nada bersahaja, tapi penuh makna gitu]

Kalau nak pegi camping pun kena pakai stoking, ni lagi la nak masuk syurga? Mana lagi hebat, camping ke syurga?

Aku meninggalkan kisah stoking dan dia bersama-sama khayalan sendiri memikirkan kisah stoking, camping dan syarat kemasukan untuk kaki ke syurga!

p/s : islam syumul, padat dan mudah, takkanlah stoking 5ringgit pun nak berkire jike dibandingkan chicken chop 5 ringgit di Ameenah ? kalau boleh makan chicken chop hari-hari, kenapa tidak, beli stoking 5ringgit untuk dipakai berbulan-bulan? Oh…

… Senja yang Damai …

Senja itu

sungguh damai

sungguh tenang

sungguh indah

tiada lelah

tiada resah

tiada gelisah

Senja itu

aku teringat

ada wajah suci

yang masih berusaha

yang masih tekun berusaha!

sehingga keletihan…



aku,

merenung di jendela,

merenung keheningan

menyingkap kedamaian

disebalik putih-putihnya awan

awan ILAHI

aku terkesima

terpesona

melihat kalimah itu

ada lafzu jalalah

di langit ALLAH

subhanallah!

alhamdulillah!

aku sedar

aku insaf

aku renung

aku fikir

adakah petang ini lagi dihari esokku

semoga kita bertemu lagi

wahai senja yang damai…

“Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan

beramallah seolah-olah esok kamu akan MATI”

p/s : buat pencinta-pencinta senja yang damai, marilah datang ke Ameenah H4.5, sama-sama merenungi, dan berjumpa dengan senja yang damai! 😉







Posted in Uncategorized

… menyibukkah aku? …

menyibuk tak saye? nak enter frem… hehe [apa-apalah]

Aku sibuk-sibuk dengar dia yang sedang sibuk bercerita tentang hal dunia, bukan dia, mereka! bukan aku memasang telinga, Cuma aku terdengar sahaja, mereka yang sibuk-sibuk tercerita tentang hal dunia, cerita tentang hal dunia dan isinya, oh aku pun sibuk-sibuk terdengar! [apa-apalah…]

Cantik! Cantik bahasanya, bukan bahasa tulisan aku ini, tapi bahasa yang aku sibuk-sibuk terdengar tadi, bukan dengar, terdengar! Mereka bercerita pasal indahnya dunia dan isinya, indahnya bila ada pasangan bagai laila dan majnun, bagai shah rukh khan dan kajol, bagai dan bagai-bagai lagi. aku mula rimas, tapi aku sibuk-sibuk terdengar lagi. indahnya bila dijemput pasangan, [kalau muhrim tak kesah, tapi tidak!] keluar pergi makan, pergi tengok wayang dan bla bla bla… balek pukul 12 malam, pak guard sound dan bla bla bla… dapat letter, bukan love letter tapi surat compound dan bla bla bla… kan indah tu! [oh ni bukan apa-apa lagi]

Ni bukan masyarakat lain, ni masyarakat kita sendiri, masyarakat islam! Apa perlu buat? Takkan nak tunggu dan terdengar lagi?

Puas belajar tentang cinta tapi tak reti nak mengajarkannya. Mula nak masuk jarum, nanti dikatakan menyebuk, tak up to date la dan bla bla bla…

Ops! tetiba aku yang sibuk-sibuk terdengar tadi ditanya. “kak, kalau kita menonton wayang haram ke? Bukan buat ape-ape pun, ada ke ade sorang pak cik guard cakap kiteorang pegi buat maksiat pastu haramla dan bla bla bla…”

Oh! Masuk jarum, cepat ambil benang…[apa-apalah]

Sebelum tu berfikir kejap sambil cari alasan nak pegi toilet. [taktik lama tapi berkesan untuk pendakwah muda seperti aku yang susah nak cari idea kreatif, ambil masa untuk berfikir…]. Kalau dicakap dari sudut hukum-hakam aku bukan mufti, mahupun mujtahid yang boleh mengqiyaskan hukum. kalau ditimbulkan soal dakwah, tarbiyyah, peranan khalifah, kita daie dan seterusnya, confirm menguapla mereka yang aku sibuk-sibuk terdengar cerita dunia tadi. Idea! Idea kreatif! Buat suntikan berdos-dos! [apa-apalah]

Keluar dari toilet, dengan muka yang tenang dan agak selamber sambil berkata. “nak tak kalau kita tibe-tibe meninggal dalam toilet, maksud akak bile ajal kita dalam toilet?”

“taknaklah akak, kalau nak meninggal, biarla dalam rumah sendiri, dengan family sendiri…” jawab mereka.

Kakak ala-ala pendakwah muda ini pun menyambungkan ucapannya ala-ala pensyarah gitu.  😉

“tapi itupun kalau kita tahu ajal kite bile dan dimana, tapi kan kite tak tau, itu kan urusan ALLAH, jadi macam mane ye?” aku pulak yang menyoal mereka ala-ala inspektor sahab…

“kite janganlah pergi toilet selalu, kalau duduk kat toilet janganlah lame-lame, buat apa yang perlu je” meluncur keluar idea bernas dari mereka-mereka itu.

Nah!

Mengena!

“ha, sama macam tengok wayang. Kita kan tak tahu bile kita akan meninggal, Tup tup time kite tengah tengok wayang tadi, kite meninggal. Meninggal dalam panggung wayang plak tu, bukan dalam rumah sendiri. Best ke? Bila si polan bin atau binti si polan, meninggal pada tanggal 31 julai 2009, di panggung wayang grand cinema mid valley mega mall pada pukul 9malam tengah menonton filem stuart little 10 …” aku bercakap sambil membesarkan suara.

“eih taknakla”

“bukan akak nak cakap menonton wayang tu haram, bukan juga akak memhalalkan, tetapi cara kita mati ditentukan daripada cara kita hidup seharian. Kalau kita selalu pergi menonton wayang, serasi dengan panggung wayang tu, kenapa pula kita nak menyalahkan kalau kita meninggal dalam panggung wayang tu? lancar aku keluarkan tanpa ada skrip.

“tapi kan kak, kita kan muda lagi, masa mudala nak tengok wayang, nak enjoy-enjoy, nanti bile umur kite dah 60, 70 barulah kite duduk rumah je…”

[Nak kene cucuk jarum lagi nih…]

“soalnya, kite tahu ke bile kite meninggal? Muda ke tua ke, bile malaikat maut datang menjemput, tiada siapa yang boleh nak halang. Imam shafi’I meninggal dunia umur 51 tahun, imam nawawi lagi muda daripada itu. Soal mati atau lambat sekarang ni dah tidak penting lagi, apa yang lebih utama apakah kita mati dalam keadaan baik atau mati masa kat dalam panggung wayang tadi. Maksud akak dalam keadaan yang tidak baik atau kurang baik…” [kan dah panjang ceramah ni… huhu]

Tunduk…

Senyap…

[aku silap kah? Atau ada yang tercucuk jarum kah?]

Last kopek [chance]

“ada dua lori, satu lori bawak emas, satu lori bawak sampah. Tibe-tibe lori yang pertama ni berlanggar dan semua emas-emas yang ada berselerak. Lori kedua juga berlanggar dan kesemua sampah sarap berselerak…”

“Maksudnye kak?”

“sama juga dengan manusia, kalau kita bawa amalan-amalan yang baik, selalu pergi ke masjid, selalu baca al-Quran, inshaallah kita akan mati dengan cara yang kita bawa semasa kita hidup, dan sebaliknya, kalau kita selalu pergi tengok wayang, selalu bawak motor, jalan sana, jalan sini sampai tengah malam extra lanjut sampai nak subuh, dengan cara itu jugalah kemungkinan kita akan mati, takkanlah lori sampah nak mengeluarkan emas pula?”

diam…

“tapi itu semua terjadi dengan izin ALLAH juga. buatlah amalan selagi sempat…”

Aku tidak akhiri perbualan itu dengan lafaz tasbih kifarah, tetapi aku meninggalkan mereka yang sibuk-sibuk bercerita tadi termanggu-manggu dengan alasan nak makan nasi impit dan kuah kari kat dapur!

Oh! Aku tidak mahu menjadi lori sampah. A.k.a seperti lori sampah!

pada diri : “jadikanlah kematian itu seperti di pelupuk kedua belah mata kamu! ingatilah kematian selalu, ziarahilah perkuburan selalu nescaya hati kamu akan subur hidup mekar!…”

p/s : janganlah jage tepi kain orang, apatah lagi menyebuk dengan hal orang, tapi kalau nak jage jugak ‘orang tu’ jage keseluruhannya, jaga makannya, pakainya, perangainya, perbuatannya dan bla bla bla…