Oh adik-adik akak!

Oh adik akak!

First2 balik, rumah takla tonggang langgang, sebab mak memang sangat rajin, tambah pula ada ‘assistant’ baru, ainaa la orangnya, bila mak menyapu, dah simpan penyapu, ainaa pula ambil penyapu, dok menyapu walaupun ketinggian tak sampai paras penyapu tu. Ape pun, kakak tau ainaa memang rajin! Hehe😉 kakak pun suka la, sebab kakak dah tak payah sapu rumah… hehe

Oh adik-adik akak!

Kadang-kadang kakak nangis, adik bukan degil, bukan keras kepala, kakak faham, naluri remaja, bila kita larang, makin buat, bila kita suruh, buat dek je. Tapi kakak tak putus asa. Kakak jarang ajak adik dengan angah baca ma’thurat tiap kali pagi dan petang, kakak juga jarang ajak adik-adik baca yasin setiap malam lepas maghrib. Kakak tau, kalau kakak selalu ajak, adik-adik rimas, sebab kakak pun pernah seumur dengan adik-adik. Kakak puas fikir macam mana nak lembutkan hati adik-adik lelaki kakak ni, supaya dengar cakap kakak. Tapi bile kakak fikir balik, hidayah tu milik ALLAH, kakak tak boleh paksa, tapi kakak selalu berdoa. [menangis]

Oh adik-adik akak!

Selang seminggu, petang tu, kakak ada terdengar sesuatu, datang dari bilik adik. Kakak dengar ayat yang kakak selalu baca dan dengar. Kakak intip dari celah pintu, rupanya adik akak tengah baca ma’thurat lepas solat asar. Kakak senyum, air mata kakak tumpah, kakak terus sujud. Gembira!

Oh adik akak!

Bila malam jumaat, kakak di ajak baca yasin sama, angah suruh kakak cekkan tajwidnya, kakak terharu, kakak simpan air mata kakak untuk sebelah malam, tanda syukur!

Oh adik akak!

kakak tak kisah kalau dipanggil ‘batu api’, sebab kakak sedar kakak asyik mengadu. Kakak tau adik-adik akak tak suka kakak mengadu, tapi kakak nak adik-adik tau, kakak mengadu untuk kebaikan, kakak sayangkan adik-adik akak, kakak taknak adik-adik akak jadi ‘jahil’ macam kakak dulu. [menangis]

oh adik akak!

Selang 2 hari, sebelum tidur, kakak dapat mesej, kakak terkejut, adik kakak yang hantar, adik kakak cakap, [terima kasih sebab ambil berat, angah minta maaf sebab selalu cakap kasar dekat kakak, tak dengar cakap kakak, angah akan cuba berubah, tapi slow-slow, sebab susah nak jadi baik.] kakak gembira, tidur sambil tersenyum.😉

Oh adik akak!

Kakak tau, perit dan indahnya seusia dengan adik-adik. Kakak tau susahnya nak jadi ‘orang baik’. Susahnya nak mempengaruhi kawan-kawan supaya buat baik, sebab silap-silap haribulan kita pula dipengaruhi. Kakak tau kakak juga perlu buat sesuatu untuk adik-adik. Kakak perlu kreatif.

Oh adik akak!

Dalam bab cinta, kakak tak pernah fail, kakak juga tak pernah dapat A, sebab kakak tak pernah bercinta, bercinta dengan manusia. kakak pernah kenal cinta monyet, cinta yang takde pernghujung, cinta yang selalu buat kita sedih, kecewa. Puas kakak cuba kenalkan adik dengan cinta yang tak pernah buat kita kecewa, tak pernah buat kita menderita, tetapi selalu buat kita bahagia.

Adik pernah Tanya, [cinta apa kak?]

Kakak jawab, [cinta pada yang telah mencipta kita la. Kan DIA dah hadiahkan kita banyak hadiah, indahkan?]

adik garu kepala, adik diam. Kakak tau adik tak faham lagi, tapi kakak yakin adik akan faham nanti. inshaALLAH

Oh adik-adik akak!

Kakak harap kasih kita berkekalan, walaupun dalam keadaan sentiasa bergelora. Namun kakak tau kita ni macam air, takkan putus, sebab kita satu darah. Kakak harap sangatm adik sentiasa dengar cakap mak dan ayah, jangan tinggikan suara sebab keredhaan ibu bapa, adalah keredhaan ALLAH. Kakak juga redha kalau adik-adik akak tak dengar cakap kakak, sebab kakak pun ada silap juga. Tapi kakak harap kita akan selalu berada dalam ‘keluarga bahagia’ sampai ke syurga!.

p/s : dakwah bilhal, dakwah dengan perbuatan. Selamat beramal.😉

3 thoughts on “Oh adik-adik akak!

  1. salam
    kita sama, bukan tak mampu mendidik adik2, tapi mungkin kita perlu lebih kreative.
    betul kata awak, kita mesti lebih kreatif.🙂
    sama2 mendoakan ye…😉

  2. nak jugak jadik adik intan! hihi😉 [tak sedar lagi tue ni… ] huhu

    anyway, intan sudah jadi kakak yg terbaik untuk adik2 sebab intan adalah intan!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s