adik akan faham!

Hoho cinta!

Adik pernah tanya, kakak takkan tak ada boypren? Macam tak percaye je… kakak senyum, kakak angguk, kakak jawab, ada! BUAYA FREN!😉 adik buat-buat nak korek rahsia lagi, adik Tanya, takde ke yang nak kat akak?. Kakak jawab, huhu banyak! Sampai tak dan nak submit borang, tarikh dah tamat! Adik tak faham, kakak jelaskan, kakak sedang di lamun cinta, takde siapa yang dapat tandingi cinta DIA, tu yang tarikh tamat, tapi kita boleh share, nak tak? Adik malas nak layan kakak, adik pergi ngadu kat mak.

Kakak cakap kat mak, kalau kakak dah ‘ade’, mak orang pertama kakak bagitahu!😉 mak senyum ada makna. Kakak sedar kakak dah besar panjang. Tapi kakak belum cukup matang. Belum cukup ‘masak’.

Kakak tau adik ada kawan perempuan. Kakak selalu tengok adik mesej. Kakak husnuzzon, mungkin skulmate. Adik kerap tanye, orang perempuan ni selalu merajuk ke? Adik kata leceh la! Kakak jawab, adik nak tak bercinta dengan yang tak pernah buat kita merajuk.adik terus lari bawa diri. Malas nak dengar lecture kakak. Tapi kakak tak putus asa!😉

Kakak jumpe surat dalam purse adik, tulisnye macam ni ‘awak nak clash dengan kite ke?’ kakak tanye adik personally. Adik jawab, malas adik layan perempuan yang macam tu, tak kuasa! Baik adik ikut kakak bercinta dengan yang tak pernah buat kita merajuk. Kakak senyum, adik tanya, siapa kak? Kakak tunjuk kat hati adik. Adik tak faham, kakak cakap, DIA ada kat hati adik, sentiasa ada. Dapat rase tak? Adik keliru, kakak ni memang suka berkias! Kakak senyum, adik akan mula faham.

Adik pernah Tanya, kenapa Allah ciptakan lelaki dan perempuan, sedangkan Allah tak benarkan kita bercinta dengan perempuan sebelum kahwin. Kakak senyum, adik mula faham.

Kakak jawab, perempuan dan lelaki diciptakan untuk saling melengkapi, macam baju, kita mesti pakai baju yang sesuai dengan diri kita. Begitu juga lelaki dan perempuan.lelaki adalah pakaian kepada perempuan dan sebaliknya.

Adik Tanya, apa kene mengena dengan baju dan kahwin dulu baru bercinta? Kakak tunjuk baju kakak dan tanda harga.

Kakak Tanya adik, kalau nak baju kita mesti buat apa dulu? Adik jawab beli dan bayar la. Kakak senyum, adik akan faham.

Kakak jawab, begitu juga lelaki dan perempuan, berkahwin adalah ikatan yang kita beli kerana allah, untuk kita pakai dalam meneruskan kehidupan. Takkan kita tak beli lepas tu terus nak pakai je dik? Tu namanya curi! hehe Adik angguk, adik faham, kakak senyum, Alhamdulillah.

Kakak sedar persoalan ini takkan pernah tamat selagi kita tak melalui alam perkahwinan itu. Kakak juga sedar, kakak harus hati-hati dalam memberi adik pengetahuan tentang bab ni. Tapi kakak tak pernah lagi dapat A dik! Kakak perlu jaga diri kakak untuk bagi contoh kat adik-adik, kalau tak nanti adik akan persoalkan. ‘kakak buat boleh je’. Tu yang kakak takut, KESILAPAN, tapi kakak tak boleh lari. Kakak manusia biasa. Yang buruk dari kakak, tolong buang jauh-jauh.

Dulu kakak pernah jatuh tersungkur, sebab tu kakak taknak adik-adik akak ikut jatuh dalam lubang yang sama. Kakak juga tak nak kita gali jalan sama-sama menuju negeri yang panas membakar. Kakak sangat harap dan kakak sedang usaha nak bina mahligai kita sendiri supaya kita sama-sama dapat tinggal di dalamnya selamanya. Itu janji kakak! Bantulah kakak ye. Kakak yakin suatu hari nanti adik akan faham.

6 thoughts on “adik akan faham!

  1. aslmkm intan..

    dhiah pun skrg cam ade mslh cm intan jugk la..
    hmm..sedih~
    kite tahu psl ni,,tp xreti nk xplain kt adik2
    adik2 dhiah mcm adik intan jugak…
    menjejak remaja..
    adk yg f.2 tu ok la..
    dia suke bc cerpen2 pasl agama, suke bc tazkirah dlm iluvislam tu…lgpun dia skolah agama..

    tp yg f.4 ni cam pyh sket la..
    dhiah da byk kali nasihat n tegur dia..
    dia dengar, angguk tp buat jugak,..
    sbenanye akhlak dia ok je..
    tp dia memg dah bercouple pun..
    dia sndiri bgtau..
    mungkin pengaruh dr kwn..huhu
    pdhl kami abg n kakak dia slalu la bg tzkirah psl couple ni haram dll.
    tp dia mcm dah xbleh elak..
    sbb mgkin bg dia, dia dh syg kt pmpuan tu n pmpuan tu baik…hmmm~
    penah dhiah amek hp dia sbb dia slalu sms ms study kt umah..
    intan rs btol x tndkn dhiah tu ah?
    sbb dia tu memg xleh berenggang lnsung dgn hp tu…
    sblum dtg uia ni, dhiah dah amek lg skali hp tu…
    tp last2 dia dpt balik..
    xtawla nk nasihat mcm mane agi..
    kite syg adik kite tp xtaw mcm mana nk bg dorg fhm ape yg kite buat utk kbaikan dia jugak…

    plis..help me!

    • wkmsalam

      alhamdulillah, kita ada rasa yang sama.
      kita pun sedang mencuba dhiah, sedang berusaha.

      dhiah, remaja ni cepat memberontak, cepat panas, sebab dia baru nak mengenal dunia kehidupan, dhiah tentu faham kan?
      bila kite larang, dia makin buat, bila kita tegur, dia dengar dan masih buat benda yg sama.

      jalannya, kita kena kreatif, kreatif mengikut individu masing2.
      dhiah kenal minat adik dhiah dulu,
      tarik minat adik dhiah bia jadi makwe dia no 2.
      contohnya, adik kite suke membaca, membaca buku komik, biala buku komik tu jadi teman dia, walaupon kite tau komik kurang faedahnya.

      tarik minat dia untuk sentiasa rapat dengan kita, dalam erti kate “UMPAN”, kite bagi umpan, tarik slow2.

      dari situ, cube sentuh hati dia, orang tentu akan dengar nasihat kalau datang dari mereka yang dia hormat dan sayang.
      cube slow2. nak tinggal keburukan memang susah, tapi selagi usaha pasti boleh.

      kite pernah try kol perempuan yang jadi ‘kawan’ adik kite, kite terang kat dia, apa niat berkawan sebenarnye. dia faham, dia mula tarik diri.
      adik kita mula sedar.

      yang penting cuba dhiah, jangan putus asa, kita cuba ye… cara keras tak berkesan, kita tarik dengan lembut k.😉

      tq dhiah, sama2 doa ye.
      🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s