Semangat dalam berjihad!

[semangat]

semangat dalam berjihad, menang atau syahid, yang pasti syahid yang aku impikan. syahid yang dapat menarik 70 ribu orang bergerak bersama menuju ke negeri yang abadi. semangat yang aku bawa cukup dan akan bertambah selagi keyakinan ku tidak pudar pada YANG KEKAL. semangat! SEMANGAT!

Semester baru sudah 2 minggu bermula, sudah menampakkan 10 peratus dari cabarannya, aku tahu ini adalah kemampuanku, selagi keyakinanku terlorong kepada ILAHI. Aku sering meletakkan satu titik lagi, selepas koma itu tertulis, satu titik permulaanku yang aku letak pada graf kehidupan. Aku lihat ada ketidakstabilan dalam graf itu, tapi aku tahu itu normal. Titik itu adalah titik persamaan yang aku letakkan untuk semua yang aku pandang, semua yang aku lihat dan semua yang aku dengar. ‘Baru’ aku bermula dengan satu bukan dengan kosong, kerana aku sudah memulakannya.

POSITIF, positif itu subjektif. Positif dalam menerima, memberi, memerhati dan mendengar. Itu yang aku cuba dan usaha cuba untuk lakukan dalam setiap ruang waktu pembelajaran. Adakala kertas kehidupan itu berbentuk subjektif, ada begitu banyak pilihan yang merapuhkan pandangan mata hati. Dan ada ketikanya kertas kehidupan itu berbentuk objektif, bila aku tick A, aku ragu pada B. [mungkin aku saja yang faham]

Aku suka bandingkan kehidupan di sini seperti lurusnya soff-soff dalam solat, lurus, sama, sekata!. Aku suka lihat pada setiap permulaan kita adalah sama, kerana bagi aku, pada setiap permulaan, bukan A dalam SPM yang membezakan, bukan pointer semester lepas yang menjarakkan kerana Kita baru bermula! Tiada apa yang membezakan…

[Semangat pliz… ]🙂

  • NAHU II, aku pasti semua bersemangat memulakannya kerana diresapi semangat DR. SOLEHAH yang membara bagaikan lilin yang tidak pernah padam. SUKA!
  • SOROF II, dengan DR. FAUZI yang aku kira amat senang berurusan dengannya, Sempoi, Nampak mudah, toleransi, dan dedikasi dalam menyampaikan pelajaran. Namun, aku tahu, pendiriannya tetap, dia mahu beri lebih daripada apa yang kita perlu tahu.  SEMANGAT!
  • ADAB NUSUS, DR. ADLI, bahasanya aku kira sangat menyentuh, penuh maksud tersirat yang setiap hari aku cuba korek apa isinya, aku dapat dan aku akan cuba guna. Beliau memudahkan, walaupun di zamannya sukar. Aku suka pada bahasa jiwanya yang jujur. Jujur dalam memberi. CURIOUS!
  • ULUM HADITH, subjek pagi, semangat pagi, awal kene tetap awal. Aku senang dengan cara dia mengajar, dan aku sedang belajar untuk menguasai apa yang dia kuasai. Beliau hebat dalam mengeluarkan bibit-bibit ungkapan Rasulullah S.A.W yang aku amat sayang. DR.SAYUTHI, yang tidak lekang dari sikapnya yang lawak dan menyenangkan hati. SPIRIT!
  • USUL FIQH, ustazah… sehingga sekarang aku tidak dapat menyebut namamu dengan betul. Aku kira aku tidak perlu state disini kerana aku bimbang tersalah. Tapi, aku kagum dengan penguasaan ilmu USUL yang keluar dari bibirmu. Kadang-kadang timbul rasa bimbang, takut tidak dapat menguasai ilmu yang sepenuhnya dirimu berikan. Satu persatu diperjelaskan, diperkukuhkan. Aku ulang disetiap kali penghujung kelasmu. [ALLAH beri apa yang aku perlu ALLAH hulur apa yang aku mampu] KAGUM!

Masih bersama-sama teman-teman yang sama, teman yang selalu mendorong saat diri murung. Sangat berterima kasih kerana punya teman seakrab dan seindah kalian. Percayalah, tidak putus doaku, untuk kita bersama selagi tidak bercerai nyawaku dari jasadku. Inshaallah…

TAKDIR adalah USAHA. Aku tambahkan ‘aku’ pada ungkapan ini. Takdirku adalah usahaku. Usahaku aku yang merancangnya, selebihnya aku serahkan pada ILAHI yang menetapkan takdirku.

 [Menangis?]

Menangis lagi, menangislah sepuas hatimu kalau itu yang menenangkan hatimu…

Luaran sememangnya nampak kuat, teguh, tabah, tapi itu luaran. Dalamannya, kau selalu menangis, terlalu banyak sebab untuk kau menangis, sehingga tiada sebab untuk kau terbahak-bahak ketawa. Hidupmu memang diiringi kelucuan, tawa dan gelak sama-sama berderai, tapi hati? sememangnya Bukan apa yang digambarkan pada jasad. Bukan dia hipokrit, bukan dia plastik, tetapi itulah dia… [lupakan]

Pada diri : [ hidup di ‘perantauan’ memang mencabar, pada DIA, aku atur syukur, DIA beri apa yang aku mampu, DIA hulur apa yang aku perlu…]

Addunya sijnul mu’minin, la raahah lana hatta nalqo rabbana…

Dunia adalah penjara orang yang beriman, tiada kerehatan untuk kita sehingga kita bertemu dengan TUHAN  kita…

SEMANGAT! SEMANGAT!😉

sape nak ikut pergi berjihad?? JOM!

6 thoughts on “Semangat dalam berjihad!

    • wkmsalam…
      silalah muslimah…
      kita kan samae2 muslimah, tiada halangan dalam berdakwah, tiada sekata dalam meng’copy’ hehe😉
      syukran, datang lagi!😉

  1. salam! nak ikut gak!🙂
    dah lame tak bace entry intan…
    besh sangat! rasa semangat walaupon saya masih bercuti lagi! [jangan jelez] huhu😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s