Jom Jadi Tokoh Maal Hijrah!

[tokoh maal hijrah untuk diri sendiri dulu…] 😉

Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita. Bersediakah kita?

Kehadiran bulan muharram adalah ‘sign’ kepada kita untuk memperbaharui dan mempertingkatkan iman dan amal. Turun naik iman, jatuh bangun amal setahun yang berlalu menjadi I’tibar [pengajaran] buat kita dalam memandu kehidupan dua tiga  mahupun berpuluh tahun yang akan datang, inshaallah. Terdapat beberapa golongan alim ulama’ yang begitu ghairah [bersemangat] dalam beramal di bulan ini. Tetapi sebilangan golongan lain juga tidak kurang hebatnya kurang atau tidak sedar kelebihan yang ada dibulan ini. Bahkan ada yang masih tidak sedar bilakah bulan muharram itu tiba. [oh, aku kah? Nauzubillah]

Terdapat beberapa perkara yang perlu dikongsikan. Can I get your attention? Syukran😉

Jom jadi Tokoh Maal Hijrah!🙂

  • Melakukan perubahan ke ARAH KEBAIKAN

Dalam erti kata lain, HIJRAH. Banyak orang kurang mengerti apa maksud dan fungsi HIJRAH yang sebenarnya. Yang lebih sinonim dengan kita adalah penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan dakwah dan membina satu tamadun Islam. [itu kita tahu kan?… alhamdulillah…]

Hijrah yang sebenar dan yang bersesuaian dengan fitrah kehidupan kita sekarang adalah berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia daripada tidak pakai stoking kepada memakai stoking, daripada sukar tidur kepada kurang tidur [ops] dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Senang dan ringkas untuk difahami, buanglah sifat-sifat kita yang buruk tu, dan gantikan dengan yang lebih baik. Buat pelan-pelan. Mungkin kita tak pernah bangun malam untuk solat dan berzikir, cuba bangun sekali dalam sebulan untuk solat 2 rakaat atau mungkin sekali dalam 2minggu, yang penting ada usaha untuk bangun. Nikmat! Hanya kita sahaja dengan Allah pada masa itu… indah!

Mungkin kita selalu duduk waktu pagi kat masjid time tunggu next class mula. Cuba kite torai pegi ambil wudu’, dan solat sunat 2 rakaat untuk tahiyyatul masjid dan 2 rakaat lagi untuk solat dhuha. Kalau tak buat tiap2 hari pun, torai buat setakat yang kite mampu. Pelan-pelan… [perlahan-perlahan] barulah boleh jadi tokoh maal Hijrah. [tokoh untuk diri sendiri sahaja kan lebih bagus😉 ]

Oh! Nikmatnya penghijrahan itu! Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat, inshaallah..

Sabda Nabi saw :

“Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

[ops, nanti kejap]

 saya bimbang pula kalau tidak bagi hadith pasal niat…

 niat ini penting walaupun dalam sekecil-kecil perkara kebaikan yg dilakukan… dalam konteks berhijrah kepada kebaikan, niat yang membezakan antara adat dan ibadah… kalau kita niat memakai stoking kerana allah taa’la, maka kita akan dapat pahala kerana allah taala, kalau kita tidak berniat atau pun tidak mempunyai apa-apa tujuan dalam membuat sesuatu, maka kita akan dapat apa yang kita buat sahaja…

sabda rasulullah S.A.W :

daripada umar al-khattab;

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.

Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

  • Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar.

 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.

(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata :

aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata :

“Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra :

“Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

Jom puasa! Bukan untuk bubur, tapi untuk subur, suburkan iman!😉

  • Doa awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ;60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Sini saya sertakan doa awal tahun yg kita boleh sama2 baca selepas maghrib 1muharam… [formal pula…😉 dalam bab ibadah mesti kena formal, lillahi taala…]

Dah lengkap nak jadi tokoh maal hijrah untuk diri sendiri?? He. He. Belum lagi, istiqamah dan istimrar dalam amalan sangat perlu, jangan pada awal bulan sahaja berkobar-kobar, biar sampai ke penghujung tahun dan selanjutnya sehingga nyawa kita yg terakhir. Barulah dapat pahala berganda daripada Allah S.W.T…[ berbaloi-baloi dalam membuat amalan…😉 ]

Salam hijrah dari saya…😉

kullu a’m wa antum bikhair…

Rujukan : kitab riyadussolihin.

p/s : saya bukan orang alim, mahupun mufti [lagi la tidak] saya menulis  melalui pembacaan, apa-apa yg diragui atau kesalah fahaman sila rujuk kepada mereka yang lebih arjah [layak] untuk dirujuk… kerjasama anda amat saya hargai😉

One thought on “Jom Jadi Tokoh Maal Hijrah!

  1. salam…
    syukran atas maklumat dan semangat untuk memperbaharui amal dan iman pada tahun baru ini…
    salam maal hijrah!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s