Ada K.E.K.U.A.T.A.N pada yang .M.E.M.B.E.R.I

Abu hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

“Allah berfirman; ‘berinfaklah, nescaya AKU akan memberi nafkah kepadamu.’Rasulullah kemudian berkata; ‘Tangan ALLAH sentiasa berisi penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang dan malam. Apakah kalian mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh Allah sejak DIA menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di tangan-NYA tidak akan pernah habis. Singgahsana-NYA ada di atas air, dan ditangan-NYA ada timbangan.” (Riwayat al- Bukhari)

Kita selalu memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, Bagaimana untuk memuaskan hati kita untuk memiliki sesuatu yang diimpi. Berbanding dari memikirkan bagaimana cara untuk sentiasa memberi.

Orang yang Berjaya dalam kehidupan adalah orang yang banyak memberi

Bagaimana pula boleh berjaya sedangkan kita perlu memberi apa yang kita ada? Bukan lagi mengurangkan potensi untuk berjaya?. Ini adalah persepsi manusia normal yang melebihkan kepentingan diri daripada kepentingan orang lain. [aku juga kadang-kadang tidak lari dari virus persepsi ini, nauzubillah.] memberi bukan hanya dilihat dari sudut  material bahkan dari sudut ilmu, iman dan taqwa. memberi adalah satu subjek dalam kehidupan yang subjektif. Sunnatullah, orang yang Berjaya pada tahap biasa-biasa sahaja adalah orang yang membawa hanya dirinya seorang sahaja untuk Berjaya. Tetapi orang-orang lain yang Berjaya pada tahap luar biasa adalah orang yang membawa orang-orang lain Berjaya bersamanya.

“no man becomes rich unless he enriches others”

Persoalannya, Bagaimana membawa orang lain Berjaya bersama kita? Seterusnya kita Berjaya dengan kejayaan yang luar biasa dengan izin Allah. Adalah dengan cara yang terbaik iaitu…

M.E.M.B.E.R.I

Banyak cara untuk memberi, memberi ilmu, memberi salam, memberi senyuman, memberi pertolongan, memberi nasihat, memberi tunjuk ajar dan banyak lagi adik beradik M.E.M.B.E.R.I yang lain. Bukan dengan hanya memberi material sahaja. [kalau ada, dan kalau mampu, memberi material pun tiada salahnya, asalkan ikhlas.]

Kalau mungkin kita akan kekurangan pabila kita memberi, yakinlah Allah akan memberi lebih dari apa yang kita berikan kepada orang lain. [tak percaya? Cubalah]

Memberi dalam persahabatan, banyak cara untuk memberi, memberi senyuman, memberi hadiah, memberi sesuatu yang disukai temannya, memberi nasihat dan dorongan dan seterusnya banyak lagi cara boleh kita lakukan dalam meng’istiqamah’kan budaya memberi. Yang penting, IKHLAS LILLAHI TAALA.

Yang penting?

I.K.H.L.A.S

“Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”

Rasulullah S.A.W adalah suri teladan yang menggambarkan bagaimana perihal memberi amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Rasulullah memberi tanpa takut kekurangan, tanpa takut kekosongan. Malah memberi sepenuh hati apa yang ada ditangan baginda. Baginda memberi bukan sahaja ketika waktu senang bahkan ketika waktu susah.

Abu hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda;

“tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turunnya dua malaikat yang satunya berdoa, ‘Ya Allah berilah ganti kepada orang yang membelanjakan [iaitu menderma atau mensedekahkan] hartanya’, sedangkan malaikat kedua berdoa, ‘Ya Allah binasakanlah harta orang yang Bakhil’ “ (riwayat al-Bukhari)

Memberi adalah B.E.K.A.L kita menuju negeri A.K.H.I.R.A.T

Rasulullah bersabda:

“apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan.” (riwayat Muslim)

Amal Jariah berpunca dari tangan yang memberi. Tangan yang memberi sesuatu yang menyenangkan orang lain, tangan yang menolong orang lain dikala susah dan senang, tangan yang sentiasa berada diatas tatkala diperlukan.

Memberilah apa yang kamu terdaya, memberi walau sedikit, dengan ikhlas pahalanya akan lebih berguna daripada memberi untuk menunjuk [dalam keadaan tidak ikhlas]

Contohnya, kita memberi Al-Quran ataupun buku-buku ilmiah, mahupun barang-barang untuk digunakan kepada kawan dan teman kita. Setiap saat dan detik, teman dan kawan kita menggunakan, membaca apa yang kita berikan, itu adalah sebaik-baik dana untuk memberatkan timbangan amalan baik kita disana nanti. Tetapi dengan syarat…

[ I.K.H.L.A.S ]

Ilmu yang bermanfaat adalah penyuluh kegelapan di kala di alam barzakh. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diajarkan kepada orang lain. Mengajar itu memberi Ilmu, memberi bakti dan tenaga demi kepentingan orang lain. Bayangkanlah jika kita tidak lokek dalam berkongsi ilmu dengan teman dan sahabat kita, tidak kira betapa ramainya teman kita, sentiasa akan menyalurkan doa untuk kebaikan kita didunia akhirat. Tambahan pula, ilmu yang kita kongsikan itu tidak akan hilang selagi mana ia disampaikan, selagi itu ia akan sampai manfaatnya kepada kita. [subhanallah]

Rasulullah pernah bersabda;

“sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat” (Riwayat al-Bukhari)

Doa daripada anak yang soleh adalah bekal buat ibu bapa yang berasal dari keringatibu bapa yang membesarkan anak-anaknya mengikut acuan islam. Bilamana anak-anak yang diriba itu membesar dengansihat dalam naungan ilahi, maka akan menjadi bekalan manfaat buat ibu bapa selagi mana anak yang soleh itu mendoakan mereka dan melakukan kebaikan.

AMAL JARIAH

ILMU YANG BERMANFAAT

DOA

Ketiga-tiga perbuatan dan amalan ini adalah akar kepada sifat memberi, memberi untuk kebaikan. Memberi demi kehidupan.

Tuhan itu al-Wahhab [maha Pemberi]

Allah itu memberi kita pelbagai nikmat tanpa meminta balasan. Usahlah mahu membalasnya, malah mengira nikmat yang diberikan juga tidak terhitung bayaknya. Subhanallah! Kita meminjam terlalu banyak daripada Allah, tiada satu pun yang menjadi milik kekal kita. Adakah kita wajar kedekut dan tidak memberi apa yang dipinjamkan Allah kepada kita?

Rasulullah S.A.W Bersabda;

“sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain” (Riwayat al-Baihaqi dan Al-Tabrani)

Janganlah beralasan jika tidak mahu memberi, Bukankah kekuatan amal itu juga diukur dari keupayaan memberi?

Wallahu a’lam…

4 thoughts on “Ada K.E.K.U.A.T.A.N pada yang .M.E.M.B.E.R.I

  1. salam intan…
    perfect!😉
    terima kasih atas entry yg sangat bermanfaat ni…
    menulis la lagi, dan teruskan…😉
    piyah akan selalu menyokong!🙂

  2. “لا يحب أحدكم حتى يحب أخيه ما يحب لنفسه”

    mabruk alaik, bagaimana mencintai dan mengasihi saudara sendiri adalah dengan sifat memberi, memberi apa yang disayangi, memberi apa yang dicintai…

  3. berilah kekuatan kepada kami Ya Allah, untuk sentiasa memberi apa yang KAU pinjamkan kepada kami, berikanlah upaya kepada kami, untuk sentiasa memberi apa yang kami syukuri ya ALLAH, berikanlah manfaat kepada mereka yang memberi juga kepada mereka yang menerima… ameen…

    syukran Intan…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s