Malulah pada YANG MAHA TAHU!

kita muslimah hebat, jangan hanya duduk dan tengok sahaja ok? semangat2!😉

Suasana bingit juga. Tapi aku masih berlapang dada. Dalam kepekatan malam aku pulang. Pulang bersama niat mahu merehatkan diri. Ada yang bersuara, ada juga yang bergelak ketawa. Aku, aku yang sibuk memulakan tugas membasuh baju dibawah sinaran cahaya bulan purnama, dan mereka yang sibuk bercengkarama di bawah sinaran lampu panjang yang panas! Oh!

Sejenak aku memulas tombol paip sehingga hujung. Tanda aku menguatkan aliran air. Deras air mengalir, deras lagi suara mereka berkumandang! Tiada niat untuk bertelagah Cuma memulakan taktik pendakwah muda yang kurang idea kretif. Noktah!

Aku dengar mereka memekik gembira. Cukup gembirakah mereka bila ADA yang mencatit? Aku juga takut jika aku turut dicatit. Kalau yang dicatit itu bersih, aku redha. Tapi Jika yang dicatit itu hampa, aku pasrah. Aku daie yang masih LEMAH dan tidak akan terus LEMAH!

Suasana senyap seketika. Kepekatan malam tidak dihiraukan mereka yang belum menjalankan tanggungjawab seorang hamba. Aku termenung. Paip Air yang dipulas laju tadi, aku hentikan. Dan hentikan. Dan hentikan…

***

“tepon nantilah, kakak ni ade la, nanti ayang mesej lagi…bye…”

Sebenarnya, malu untuk aku nak tuliskan lima huruf diatas. Tapi, apa yang aku gambarkan ini, bukan pada remaja lain, tetapi pada remaja kita sendiri. remaja islam. remaja yang sedang hangat dalam dunianya sendiri.

“Kakak ni ade…” kakak ni memang ade, tapi tak selalu ade untuk mengawasi kamu. sebenarnya kakak yang ade ni tidak ditugaskan pun untuk mengawasi kamu. tetapi, entah aura mana yang membuatkan kamu berasa janggal untuk memulakan maksiat melalui lisan kamu itu.

Kamu segan mahu berbual mesra dengan pasangan yang haram bagi kamu itu didepan kakak yang kamu sangka sentiasa ada bagi mengawasi kamu.Kamu malu untuk menyatakan dengan zahir yang kamu juga telah melibatkan kakak ini berada didalam situasi selemah-lemah iman. Selemah-lemah iman yang sampai tiada daya menegur kamu tentang maksiat yang kamu lakukan itu.

Tetapi kakak tak pasti kamu merasakan ihsan ALLAH atau tidak. Kakak tak pasti kemana hilangnya perasaan malu kamu kepada ALLAH sehinggakan kamu meletakkan kakak sebagai papan tanda hijab malu kamu itu. Salah, memang salah. Kamu malu dengan kakak yang tidak selalu ada mengawasi perbuatan kamu. tetapi kamu tak malu dengan ALLAH yang 24jam mengawasi kamu. DIA tidak TIDUR, dan TIDAK leka, dan TIDAK LALAI seperti kakak yang kamu malu untuk berbuat maksiat ini. Mengapakah kamu tidak meletakkan malu dan segan kamu itu pada tempat-nya? Pada sebenar-benar tempatnya… MALU. MALU. MALU. Malulah sebagai hamba dik.

***

Pernah terjadi perbualan antara kita. Perbualan yang akak tak jangka kamu akan mulakan. Perbualan yang mungkin juga telah mencuit hati kamu. naluri kamu.

Akak, akak tengah bercinta ye?”

Perasaan terkejut diadun dengan tenang nya mulut bertanya. “kenapa tanya?”

“Oh, takdela, saya selalu jugak tengok kakak senyum-senyum bila baca mesej. Mesti tengah bercinta kan?.”

“Haah…” [selamber je mengaku…]

“dengan Sape?”

Ramai, tak larat nak sebut!”

Riak mukanya terkejut. Mungkin dia percaya!

Biar betul kak, sape?”

Hmm kak myra, kak ila, kak wan, kak siti, kak nurul dan ramai lagi. Kakak memang tengah bercinta dengan diorang. Tu yang bila bace mesej senyum-senyum… 😉

Dia hairan campur pelik.

Aku membiarkan dia bersama kehairanannya.

[budak ni masih tak kenal erti cinta…]

“Adik, bercinta itu suatu perasaan yang mulia. Selagi kita salurkan pada orang yang berhak, dan kita pun berhak terhadapnya, barulah kita kenal erti cinta sebenar. Bukan sekadar dibutakan cinta, dipekakkan hati dan ditulikan jiwa.”

Dia menggeleng, tanda tidak mengerti.

“adik pernah bercinta?”

Dia senyap

Dia angguk

“Lepas tu putus ke?”

Dia angguk

“Banyak kali jugak kak, diorang tak setia, ade perempuan lain.”

“Ape perasaan kamu?”

“Kecewa kak, time tu sedih sangat sampai tak boleh nak makan.”

“habis sekarang? Bercinta lagi?”

Dia senyap…

“Adik, begitulah kalau bercinta sebelum sampai waktunya. Bercinta tanpa syariat, bercinta tanpa akad.

Senyap.

“Tapi, lain pula kalau kita bercinta dengan sahabat. Kasih mereka tidak pernah putus. Sayang mereka membawa kebaikan. Cinta mereka membawa kepada cinta ALLAH. Cinta allah yang takkan buat kite kecewa. Takkan buat kita merana.”

“Hati kita ini terlalu kecil untuk meletakkan segala cinta yang ada didunia ini pada satu masa. Tetapi hati kita ini akan menjadi terlalu besar pabila cinta Allah meresap kedalam jiwa.”

“kakak tahu kamu tahu pasal semua yang kakak cakap ni. Cuma, naluri remaja yang mendorong kita untuk kebaikan atau keburukan. Jangan disalahkan naluri itu, kerana akal kita yang mengawasi dan memberi arahan kepada naluri. Jangan jadikan naluri dan jiwa kita sempit untuk berfikir disebabkan kelemahan akal yang mungkin kita ciptakan sendiri. Berfikirlah untuk jangka masa panjang, jangan di cetekkan pemikiran akal yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita.”

Senyap…

[Kakak harap, kamu faham, walaupun kamu membenci kakak!]

Pada diri : kekadang aku terlampau cetek idea untuk memahamkan orang lain apa yang aku faham. Mungkin kerana perhubungan ku dengan PEMILIK HATI  masih belum kukuh. Dan saatnya mula rapuh dalam mengajak kepada kebaikan.

” sungguh, hati itu mempunyai  keinginan yang besar yang tidak boleh dihentikan kecuali bila ALLAH sahaja yang diinginkan. hati juga memiliki kepapaan yang tidak mungkin  dicukupi kecuali dengan cinta kepada ALLAH, sentiasa berzikir dan ikhlas kepada-NYA. andai seluruh dunia ini diberikan untuk mencukupi kepapaan itu, nescaya kepapan itu takkan  pernah tercukupi juga.”

-Ibnul Qayyim

2 thoughts on “Malulah pada YANG MAHA TAHU!

  1. salam…
    bukan mudah nak menerangkan kepada semua apa yang kita faham dan apa yang kita hadam.
    semuanya memerlukan kepada ilmu, kefahaman dan teknik yang mendalam.
    pendahwah muda, dalam diri kamu ada suatu yang unik, yang dapat menyampaikan sesuatu yang boleh diterima pakai oleh fikiran.
    teruskan pena kamu dalam bidang dakwah.
    tajamkan pena kamu dan asah dengan asahan islam.
    pasti kamu memberi manfaat pada ummah kelak…
    syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s