… silent is better than singing!

oh! aku yang sedang menanti, dan mereka yang sedang menyanyi,sekali sekala terdengar suara garau menyusuli, rupanya, mereka sama-sama menyanyi.

dan di dalam hati, rasa gusar tak berhenti, bukan kerana takut menanti, tapi kerana takut bila disoal nanti.

doa dan doa sama-sama ditetapkan hati dan diberikan hidayah…

cafe aminah

UIAM

10.20 am/23/1/10

Advertisements

virus-bius manja vS topeng malu

cafe,

4.37pm/22 Jan 10

Aku pun pelik tambah malu plus segan bila melihat remaja-remaja perempuan disebelah aku bergelak ketawa plus tersenyum-senyum sambil seorang pekerja lelaki itu menghulurkan air teh ais tanpa perlu dibayar!

oh, sekali-sekala dia belanja katanya.

itu aku tak kisah, sebab melebihkan pemberian dalam berjual beli dituntut dalam islam.

tapi, tambah menghairankan lagi bagi aku, dan tambah mengghairahkan lagi bagi pekerja lelaki tadi adalah…

[jeng jeng jeng]

“time kacih abang! baiklah abang ni…ni yang sayang lebih nih! esok2 belanja lagi ye! daaaaaa”

lalu pekerja lelaki tadi yang dipanggil ‘abang’ itu tersipu-sipu malu yang bukan ala-ala kucing tetapi ala-ala sudah dijangkiti virus, virus-bius manja namanya… [dan apa-apalah]

perihal malu .. mungkin dah semakin pudar dalam diri seorang yang bergelar perempuan! oh!

lalu aku yang terpinga-pinga sambil menyaksikan cerekarama dua benua, bertukar arah pandangan ke televisyen kerana takut dek  panahan syaitan!

[oh, aku harap dia tak mengusik aku dengan bergurau-gurau]

sambil men‘serius’kan muka, lalu aku menulis pesanan makanan dan lalu memberi duit yang cukup tanpa sebarang perkataan yang keluar..

[sungguh aku di bius malu yang teramat!]

kalau dahulu, saidatina aisyah R.A naik ke atas unta milik sahabat nabi ; safwan, tanpa sebarang perkataan dan sambil menundukkan pandangan, kerana aisyah telah tersesat ketika dalam perjalanan pulang dari peperangan bani Mustholiq dan sahabat nabi tersebut berniat ingin memhantar pulang isteri nabi S.A.W, tanpa sebarang niat yang jahat. lalu ketika para Munafiq yang diketuai oleh Abdullah Bin Ubai melihat perbuatan safwan memimpin unta yang ditunggang aisyah, maka berlakulah fitnah terhadap Isteri kesayangan nabi S.A.W. dan telah disucikan dengan wahyu dari Ilahi.

kalau kita lihat dari sudut yang berbeza, walaupun Aisyah menundukkan pandangan, tidak bercakap dengan yang bukan Muhrim, namun fitnah itu tetap melanda pada dirinya, walaupun dia sehabis menjaga batasan pergaulan. namun dek angkara Munafiq, ujian itu melanda aisyah tapi tetap diterima dengan hati yang tabah.

namun, jika perempuan zaman moden sekarang, yang kurang menjaga batasan pergaulan, kurang atau tidak menundukkan pandangan, hilangnya perasaan malu pada yang bukan muhrim, lalu, bila datangnya ujian fitnah itu, kenapa ada yang mengeluh? dan kenapa ujian itu pula yang disesali?

lalu, timbullah peranan munafiq-munafiq dan sahabatnya iaitu syaitan, menambahkan lagi kesesatan.

lalu, perempuan yang dahulu, berada di tahap yang dihormati masyarakat, yang dilindungi oleh kaum lelaki, yang disegani kerana ilmunya telah bertukar menjadi sebaliknya.

lalu, bukan salah ibu yang mengandung,

bukan juga bapa yang membesarkannya.

tapi tidak salahkah apabila perempuan yang bukan ibu itu mengandung dan melahirkan anak yang tidak sah tarafnya?

apakah puncanya?

rupanya dari virus-bius manja plus kurangnya perasaan malu tadi…

jangan biarkan virus ini melanda kita, melanda kaum hawa.

kerana bukankah nabi S.A.W pernah bersabda… “fitnah terbesar adalah dari kalangan perempuan”

jika ketika virus H1N1 menular diseluruh pelusuk negara, majoriti penduduk dunia mengenakan topeng dimuka dan menutupi mulut dan hidungnya. bukankah virus-bius manja plus kurangnya perasaan malu ini lebih bahaya daripada virus H1N1?

jadi tutuplah mulut daripada bercakap yang tidak sepatutnya dengan bukan muhrim, dan pakailah topeng malu dengan sebenar-benar malu, supaya kau takkan malu dikemudian hari!

jadi, tutup muka, dan pakailah topeng!

topeng MALU…


iNSHAALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

//

//

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi

p/s : terpesona dengan lagu maher zain. kalau tak percaye, cuba dengar sekali. bukan hanya terpesona dengan irama lagu dan liriknya, anda pasti terpesona juga dengan kekuasaan kecintaan ALLAH! INSHAALLAH…

bukan begitu, tapi begini ..

Ibadah itu Syumul, Mudah dan Padat

Ibadah adalah kata nama yang meliputi semua perkara yang disukai dan diredhai ALLAH sama ada perkataan mahupun perbuatan, zahir mahupun batin. Oleh itu, sembahyang, zakat, puasa, haji, bercakap benar, melaksanakan amanah, berbakti kepada ibu bapa, mengeratkan silaturrahim, menunaikan janji, menyuruh kepada kebaikan, melarang daripada kejahatan, berjihad menentang golongan Kuffar dan munafiq, berbuat baik kepada jiran, anak yatim, orang miskin, orang yang bermusafir, hamba dan binatang, berdoa, berzikir, mebaca Al-Quran, dan lain-lain adalah ibadah. Begitu juga dengan cintakan ALLAH dan rasul-NYA, takutkan ALLAH, menyerah kepada-NYA, ikhlas dan tunduk kepada-NYA, bersabar terhadap hukum-NYA, syukur dengan pelbagai nikmat-NYA, redha dengan ketentuan-NYA, bertawakal kepada-NYA, mengharapkan rahmat-NYA, gerun dengan azab-NYA dan seumpamanya adalah ibadah kepada ALLAH.”

-Ibnu Taimiyah

Penat? ..

membaca bahan ilmu juga adalah IBADAH! 🙂

**

Sedang Mua’zzin mengalunkan azan, ada mereka yang bertungkus lumus menghabiskan cerita dunia, bercerita tanpa noktah, kerana takut tidak sempat sambung cerita pabila tiba di kelas, dan bila dah sampai kelas, masih menghabiskan cerita-cerita yang tersisa, kerana takut tertonggak cerita hari ini bila ditambah cerita untuk esok hari!

Hayya alas solah…

Lepas ni kite pegi makan kat café nak?

hayya alal falaah…

hmm tak jadilah, kite ke babush jela…

Allahu Akbar Allahu Akbar

Lailaha illallah

eh, dah abes azan? Cepatnye?

Maka mua’zzin pun selesai mengalunkan azan, dan mereka hanya sempat bangun untuk solat jemaah tanpa menjawab azan dan membaca doa selepas azan!

Sedih tak?

Sedih! sebab cerita-cerita tadi masih belum habis! Noktah.

**

Dan mereka yang yang amat rugi pabila meneruskan bacaan Al-Quran apabila datang seorang makcik yang meminta untuk ditunjukkan jalan ke tandas, lalu berlalu pergilah makcik tadi dengan hampa, kerana anak muda yang sedang khusyuk membaca Al-Quran sedar akan kehadiran dia, tapi mengendahkannya.

Lalu apakah erti ibadah membaca Al-Quran tadi pabila ditambah dengan tidak memberi pertolongan kepada yang memerlukan plus menghampakan perasaan seorang hamba ALLAH?

**

“Ibadah yang paling baik [afdhal] ialah beramal berdasarkan keredhaan ALLAH pada setiap waktu mengikut keperluan masa tersebut dan tugasnya. Oleh itu, ibadah yang afdhal pada waktu jihad adalah berjihad. Sekalipun ia mengakibatkan amalan sunat yang tetap seperti sembahyang malam dan berpuasa ditinggalkan. Bahkan, sekalipun sembahyang fardhu yang sempurna sebagaimana sembahyang ketika keadaan aman turut ditinggalkan.”

-Ibnu al-Qayyim; ‘madarij as-salikin’

Meletakkan kepentingan ibadah yang afdhal di atas ibadah yang lain. Apa ertinya?

Apabila mua’zzin memulakan alunan azan, lalu, Al-Quran ditutup rapi, segala wirid dihentikan seketika, segala cerita dilupakan sementara, segala makanan dan minuman di letakkan semula, lalu, ibadah yang afdhal pada ketika itu adalah menjawab Azan dengan jawapan yang sepatutnya…

Dan apabila diminta pertolongan, amalan yang lebih afdhal adalah dengan memberi pertolongan. Selepas itu, jika mahu meneruskan bacaan Al-Quran, teruskanlah… Begitu juga amalan yang paling afdhal ketika membaca Al-Quran ialah menumpukan hati dan keazaman untuk mentadabbur dan memahami Al-Quran, hingga kita benar-benar memahami dan bercakap dengan Al-Quran.

**

Ramai yang beranggapan ibadah itu hanya tunduk bangunnya solat, lapar dan dahaga berpuasa, towaf dan saie menunaikan haji, hulurkan tangan memberi zakat walaupun hanya setahun sekali! Buat Cukup syarat!

Ramai juga beranggapan, [ALLAH tidak membebani hambanya kecuali mengikut kemampuan masing-masing, jadi, kita buat apa yang wajib je, dan tak payah susah-susah buat yang sunat, kan payah!]

bukan begitu..

**

Seorang muslim dan mu’min mampu menjadikan kehidupan dan seluruh waktunya ibadah kepada ALLAH, iaitu selagi dia mencari keredhaan ALLAH. Lelaki yang keletihan bekerja dengan usaha tangannya adalah beribadat kepada ALLAH. Pelajar yang penat mengulangkaji pelajarannya dan penat menaip assignment jika diniatkan kerana ALLAH juga adalah Ibadah, penyelidik yang sibuk dengan uji kaji dan peralatannya adalah ibadah kepada ALLAH, seseorang yang membalas senyuman saudaranya diikuti dengan ucapan salam juga adalah ibadah, wanita yang terpaksa berjaga malam demi keselesaan anak suaminya adalah ibadah kepada ALLAH.

Semuanya adalah ibadah jika ikhlas kerana ALLAH Taala.

Lalu apakah yang lebih indah dari Ibadah kerana ALLAH?

Jadi.

Jom beribadah… Senyum… ^________________^

P/s : menulis Ilmu juga adalah ibadah jika dibandingkan daripada berjam-jam mengadap Laptop menonton filem Korea, mahupun Jepun, mahupun dan mahupun… 😉

Salam beribadah…

Dari Intan syahidah…

Islam itu SYUMUL, MUDAH dan PADAT.

Itulah ISLAM!

Satu Kasih buat ayah ..

Kala ini, jari jemari, bergerak pantas, menyentuh kekunci-kekunci yang kadangkala menjadi tempat tumpahnya perasaan. Bukan aku tak sayang, bukan juga aku tak cinta. Tapi, mungkin aku dibaluti satu perasaan yang menjarakkan hubungan darah dua insan yang akrab taliannya. Satu demi satu huruf, aku eja supaya menjadi satu perkataan, supaya menjadi satu ayat yang bisa aku hadiahi buat dia yang aku sayang. Rupanya dalam diam aku mencintainya, aku mengaguminya walau tanpa patah kata.

Betapa lemahnya aku dalam mempamer erti sayang, betapa kerdilnya aku dalam mengungkap makna cinta, buat insan yang selayaknya menerima imbalan kasih sayang yang telah dicurahkannya. Dahinya yang bersih itu, tidak pernah aku kucup mesra, tidak juga pernah aku pautkan sayang. Lantas walau sepatah perkataan sayang pun tidak pernah aku luahkan, walau sekadar SAYANG! Jahilkah aku?

Kalau aku yang melahirkan mu, aku pasti mengucapkan perasaan bangga. Kerana kau telah menjalankan sepenuh tanggungjawabmu terhadap keluargamu, terhadap mereka yang menjadi tanggunganmu.

Mungkin juga, aku yang tidak berperasaan? Mungkin juga aku yang Ego, atau Malu?. Kala ini, papan kekunci ini yang menjadi saksi, betapa diri ini menangisi keegoan yang aku ciptakan sendiri.

Sungguh, aku tak bisa mengeluarkan perkaaan SAYANG itu dihadapanmu, walau aku tahu, cinta dan sayang ku, tertumpah kepadamu semenjak kelahiranku. Mungkin juga kerana aku hanyalah seorang perempuan yang tidak bisa mengeluarkan diri dari perasaan malu, atau hanya aku yang EGO semata?

Jejak mu sentiasa aku turuti, walau bukan dalam sedar mu yang aku bayangi. mungkin juga aku yang lemah dalam mempamer sendi kasih, atau belum sampai waktunya mencari bukti?.

Kalau aku bisa bertatih semula, aku pasti berlari memelukmu erat, mengucupmu mesra, memanggilmu manja, kerana, kala itu, tiada perasaan malu menyelubungi diri, juga tiada ego yang menguasai diri. Mungkin aku yang tidak mempelajari subjek mempamerkan sayang itu dalam kehidupan ku, atau aku yang mengendahkan.

Duhai AYAH, ketahuilah bahawa diri ini amat mengasihimu, amat mencintaimu, amat menyayangimu, walau tanpa patah kata. dan hanya perlakuan semata aku cuba buktikan kasihku untukmu. Mungkin sahaja ayah yang pergi dahulu, mungkin juga esok, aku yang kembali dahulu. Sungguh, aku tidak mahu terlambat menutur kasih mesra, aku tidak mahu terlewat mempamer cinta abadi.

Lantas, ku gerakkan jari jemari di papan kekunci. Lalu, tertaiplah beberapa ungkapan, yang aku rasakan sebenar-benar ikhlas dari aku yang sudah bergelar 20 tahun bernafas didunia ini.

“assalamualaikum ayah. Dikesempatan ini, kakak memohon ribuan kemaafan diatas semua kesalahan yang kakak dah lakukan dalam sedar ataupun tidak. Kakak dan adik-adik sentiasa sayangkan ayah, sentiasa mendoakan kebaikan untuk ayah didunia dan diakhirat. Semoga ayah sentiasa dalam rahmat allah selalu. Dan sentiasa diberkati-NYA. Sungguh, kakak sangat menyayangi ayah, walau tidak sama kasih yang ayah telah curahkan kepada kami adik beradik. Dan sungguh, kakak sangat bangga dan bahagia, mempunyai ayah, seperti ayah. Selamat hari Lahir ayah, semoga setiap langkah ayah berada didalam keredhaan ALLAH, dan semoga setiap jasa dan kasih yang  telah ayah berikan, mendapat ganjaran yang setimpal disisi ALLAH… kakak sangat sayang ayah!…”

MESSAGE SENT!


MESSAGE DELIVERED!

Lantas air mata laju membasahi pipi, sebagaimana lajunya jari jemari menari-nari di papan kekunci. Mungkin aku yang Nampak kaku dan lemah dalam memberi, atau mungkin aku yang tidak mahu memecahkan apa yang disembunyi.

Sungguh, aku amat menyayangimu AYAH!

SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR

OTHMAN BIN ABDUL RAHIM

Wahai ayahku…

dari anakmu,

NURUL INTAN SYAHIDAH BINTI OTHMAN

MAHALLAH AMEENAH, UIAM

6.45 AM / 19 JANUARI 2010/ 4 SAFAR 1431H

Marjan, percikan sinaran dakwah…


“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”

Bagaikan terngiang-ngiang suara faridah, teman yang dikenalinya semenjak minggu  taa’ruf lagi yang merangkap teman sebiliknya. Marjan melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada faridah  walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Marjan! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Marjan tersentak. Suara lantang faridah membuatkan Marjan berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”

faridah girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Marjan, hampir-hampir sahaja kening halus milik Marjan bercantum.

“faridah …” Marjan cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah, Usrah itulah, usrah inilah.. Lagipun…”


“Er, faridah, kenapa awak tak pakai tudung?”
Segera Marjan mematikan celoteh faridah. faridah terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah, bukan selalu pun..”

Marjan beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Marjan jatuh ke bumi, namun Marjan masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u  kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Farhana; naqibah  halaqahnya. Marjan merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… faridah telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Marjan kembali tenang…

“Marjan, awak marah saya ke?”

Marjan tersentak. Wajah faridah dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, lagi cantik..”

faridah diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Marjan.

“Marjan, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Marjan menghela nafas.

“faridah, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

faridah diam, merenung jauh…

* * *

Usai solat subuh, Marjan duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Marjan”

Terdengar suara Faridah memanggil, Marjan merenung muka faridah, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Marjan bertanya.

“Dah.. er, Marjan, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Marjan tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie.

“Boleh..” Cepat sahaja Marjan melipat telekung, bersedia untuk membantu faridah yang akan ke kelas sebentar lagi.

Marjan mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga Marjan memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Marjan..”

Marjan tersenyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“faridah … labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Marjan terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”

* * *

Hari minggu itu faridah pulang ke kampung meninggalkan Marjan keseorangan… Marjan redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan faridah sudah cukup menghiburkan hati..

1 new message ..

[Marjan, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak]

Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Marjan berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…

* * *

“Assalamualaikum…”

Suara faridah di muka pintu membuatkan langkah Marjan laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…

“faridah …” Air mata Marjan tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke pipi.. Deras ia mengalir lantaran terharu melihat faridah yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Marjan… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Marjan, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, faridah memeluk Marjan erat… Dalam hati kecilnya, marjan bersyukur dan  berdoa..

Semoga kau istiqamah sahabatku!

Dulu, sekarang dan Kisah CILI ..

DULU LAIN ..

dan kisah CILI itu ..

Seingat aku, aku belum di bangku sekolah. Umurku baru mencecah 7tahun. Tragedi merah yang mengerikan tu berlaku ketika waktu tenggelamnya matahari senja.

Budak lelaki baju merah :oi! Tepila, letak beskal kat tengah-tengah  jalan. Apalah bodoh!”

[dan aku yang tak pernah tahu apa itu bodoh] lalu aku membalas..

“Kau la bodoh!”

Lalu, mak yang rupenye sedang memerhatikan aku, keluar dengan membawa sebiji cili, lalu mencili mulutku didepan dia yang tersengih-sengih lalu cabut lari, dan mulutku yang telah kepanasan dan kebakaran meminta dipanggilkan bomba…

Tak cukup lagi tu, dan aku tak boleh masuk rumah sampai azan maghrib habis.

Lalu aku menunggu di luar rumah sambil menjeling kat budak baju merah yang juga dah lari sebab kena tarik telinge dengan mak dia.

[siap kau nanti! Sebab kau lah aku kena marah.]

sempat lagi nak berdendam tu, padahal salah sendiri, sapa suruh ikut cakap budak tu. [jangan tiru aksi ini di rumah nanti] hehe

Lepas azan maghrib dikumandangkan, aku yang tersedu sedan mencangkung diluar rumah dijemput mak untuk masuk ke rumah sambil meletakkan seplastik ais di mulutku.

Mak pun bagi nasihat “kite ni, biar buruk rupa, tapi jangan buruk kata, buruk kata badan yang binasa”

Aku yang terus tersedu sedan menangis, berhenti ,dan bertekad untuk tidak cakap perkataan tu lagi.

Dan sambil mengomel…

[siap kau budak baju merah yang aku dah lupe namenya.]

Sampai sekarang aku tak pernah lagi jumpe budak lelaki baju merah tu, yang aku masih rasa nak cili jugak mulut dia sebab ajar aku cakap perkataan tu!

Dan baru beberapa tahun lepas, mak cakap, budak lelaki yang baju merah tu baru keluar pondok tahfiz kat Kelantan. Lalu aku pun melupakan cita-cita aku untuk mencili mulut dia… hehe

Dan iTula berkatnya aku di CILI, dan dia di TARIK TELINGA. Dan dia telah menjadi penghafaz al-quran, dan aku adalah aku yang sekarang. Fullstop! 🙂

Terima kasih mak sebab mencili kakak… hehe

dan bile kakak ade anak nanti, kalau dia ade buat salah, kakak pun akan cilikan dia! waaah!

Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.

**

SEKARANG LAIN ..

Pernah aku melihat jiran kepada jiran yang berhampiran rumah aku yang hanya membiarkan anaknya menyumpah seranah kawannya yang tak bagi  pinjam kereta control dengan ayat…

“blahlah kau! Kau ingat aku *batak sangat dengan kereta kau tu bangang, dahlah bodoh!”

ibunya yang hanya mampu melihat sambil berkata..

“dahlah tu nak, nanti mak belikan yang lain…”

Lalu anak yang mendengar, tersenyum-senyum kambing dan berharap ibunya membeli satu kereta control untuknya tanpa perlu dimarahi dan dicili!

Oh. iNi bukan kat masyarakat lain. Tapi masyarakat kite…

Aku yang hanya melihat, rasa gatal tangan nak pegi ambil cili dan nak bagi kat mak dia.

[sebab kalau aku yang cilikan nanti, aku pulak yang kena.. huhu]

Tapi itu hanya angan. Dan aku tak pegi ambil cili pun tetapi mendoakan mereka.

“ya ALLAH, sebagaimana kau melembutkan hati ibu nya yang tidak memarahi anaknya, kau lembutkanlah juga hati anaknya untuk sentiasa bercakap kebaikan…” amin

Itu je yang mampu. Hmm

“Sayang anak manja-manjakan, sayang isteri di biar-biarkan…”

[uh, betul ke?]

***

Saidina ALI R.A berkata :

“zaman kamu di didik tidak sama dengan zaman kamu mendidik”

Benar, terserlah kebenaran pada perkataan sahabat nabi S.A.W. ternyata bukan semua perkara yang kita lalui kita boleh dijadikan cara untuk mendidik mereka yang tidak sezaman dengan kita.

Lalu adakah kaedah mencili patut di luputkan?

Tidak, Cuma kita perlu lebih kreatif dalam mendidik anak-anak mahupun adik-adik kita. Mungkin kaedah mencili itu dijadikan sebagai langkah terakir dalam ‘mengajar’ mereka.

Lalu kaedah apa ya yang sesuai?

“melentur buluh biar dari rebungnya.”

Bila dah jadi rebung tak boleh la buat lemang! Yoha! 🙂

Kanak-kanak mudah terpengaruh dalam tempoh tumbesarannya melalui faktor persekitaran. Lihat sahaja berapa banyak filem yang berunsur ganas mahupun yang tidak sepatutnya ditontonkan kepada kanak-kanak sudah ditayangkan dipanggung-panggung kecil mahupun besar. Dan aku taknak menyebut tajuknya kerana kita semua sudah tahu!

Lalu, apakah kita hanya membiarkan kanak-kanak yang baru berusia 7, 8, 9 tahun sudah menonton filem Bohsia, jangan pilih jalan hitam, ataupun filem Rempit? [bukan aku mahu band filem-filem ini, langsung tidak bermaksud.] tapi, cara apakah lagi yang perlu kita lakukan untuk menapis filem-filem ini daripada terus mempengaruhi daya pemikiran kanak-kanak yang hanya baru berusia 7tahun?

Lalu jangan terkejut jika..

“hek eleh ibu, relakslah, tak gempak la marah-marah ni?”

“ingat waa takut ka dengan lu kak?”

“ada aku kesah ke abang?”

Memang panas bila dengar anak-anak kecil berkata begini. Tapi bukankah  lagi panas bile kite jadi bahan bakar kat sana nanti… nauzubillah

lalu, jika memang pun niat kita mahu menonton filem bersama keluarga, pemilihan jenis filem amatlah penting. Kerana bukan kita sahaja yang menonton. Tapi kanak-kanak kecil juga memahaminya.

Lalu, pilihlah, cerite ‘geng pengembaraan Upin dan Ipin’ takpun ‘finding Nemo’ yang aku rasakan sedikit bersesuaian dalam konteks membina daya pemikiran mereka.

Dan nak lagi sesuai, kite selitkan CD2 yang berbentuk doa, atau nasihat, dan juga kisah-kisah nabi.

Lalu, anak-anak dan kanak-kanak membesar dalam persekitaraan yang selamat dan keanak-anakan gitu! 😉

Tiada lah yang dicili 😉

Mahupun yang ditarik telinge!

Jadi…

“melentur buluh biar dari rebungnya.”

Bila dah jadi rebung tak boleh la buat lemang! Yoha! 🙂

* Batak = Jakun, terlalu suke. 🙂