Pemimpin, Tentera dan Rakyat yang Baik!

“Hari ini adalah hari kemenangan kepada kami, umat Nabi Muhammad S.A.W. kamu sudah menjadi hina dengan kekalahan ini. Sesungguhnya apabila datangnya yang hak, lenyaplah yang batil. Apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran. Apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman. Sesungguhnya kami datang kepada kamu membawa yang hak. Kami datang membawa cahaya kebenaran dan kami menegakkan keadilan. Percayalah tiada siapa yang dianiaya pada hari yang mulia ini.

-Sultan Muhammad Al-Fateh

Selasa, 29 Mei 1453

Pada tanggal ini, ISTANBUL yang dahulu dikenali sebagai Kota Konstantinople yang dikuasai kerajaan Rom Berjaya ditakhluki oleh Tentera Islam Turki di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh di zaman kerajaan Uthmaniah. Setelah 53 hari tentera Islam mengepung dan bertarung nyawa dengan tentera Rom akhirnya mendapat kemenangan yang besar daripada Allah Yang Esa. Laungan takbir ALLAHU AKBAR bergema di Masjid Aya Sophia yang dahulunya merupakan Gereja terbesar Aya Sophia milik kerajaan Rom.

Usaha penakhlukan kerajaan Islam terhadap Kota Konstantinople semenjak zaman pemerintahan Para Sahabat dan Tabiin membuahkan hasil dan kemenangan yang nyata terhadap Umat Islam. Khalifah Harun Ar-Rasyid, sultan Sulaiman Abdul Malik, Muawiyah, Saidina Ali, Sultan Beyazid, dan Sultan Murad, kesemua pemimpin dan khalifah ini, tidak Berjaya menakhluk Kota Konstantinople yang menjadi kebanggaan penganut agama kristian Orthodox itu. Dengan izin ALLAH, Kota Konstantinople Berjaya dibuka sebagai Negara Islam oleh Pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

“sesungguhnya Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan Rakyat yang baik.”

-Nabi Muhammad S.A.W

Selepas lebih 800 tahun Hadith ini diucapkan oleh Rasulullah S.A.W terbukti kebenarannya dengan kemenangan tentera islam menawan konstantinople. Sejarah membuktikan, kekuatan ImanKunci segala kejayaan. Kekuatan iman membuahkan keberanian, keikhlasan, istiqamah ketaqwaan dan kekuatan semangat yang tinggi dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Sirah juga menerangkan keikhlasan dalam perjuangan, keyakinan yang teguh kepada ALLAH, KETEGASAN MENURUTI Jalan SUNNAH membuahkan kejayaan yang besar terhadap umat Islam seluruhnya.

PEMIMPIN YANG BAIK


Sultan Muhammad Al-Fateh adalah lelaki biasa, dan juga berjalan dan hidup sama seperti manusia biasa, apa yang membezakannya adalah ketaqwaan dan kepercayaannya yang tinggi terhadap kekuasaan dan ketentuan ALLAH. Beliau adalah insan yang terpilih dalam tugas membebaskan kota konstantinople daripada kezaliman kerajaan Rom. Pada usianya 19 tahun, beliau sudah menaiki takhta tampuk pemerintahan kerajaan Uthmaniah yang didalamnya sebanyak 40 buah Negara yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Ketika usianya mencecah 21 tahun, beliau telah Berjaya menakhluki Kota Konstantinopel yang menjadi kebanggaan seluruh penganut agama Kristian dan seluruh kerajaan Eropah.

“… kalaulah dunia ini adalah sebuah Negara, maka konstantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya.”

-Napoleon Bonapart

Apakah rahsia kejayaan seorang muslim yang bernama Muhammad Al-Fateh? Bagaimanakah seorang yang masih boleh digelar remaja mampu menakhluk kota konstantinople yang sudah beratus-ratus tahun dipertahankan oleh kerajaan Rom. Tentulah Kekuatan Iman yang menjadi jawapannya.

TENTERA YANG BAIK

Pelbagai usaha dilakukan oleh tentera Islam dalam peristiwa penakhlukan Kota konstantinople. Gema Takbir berkumandang di selang-selikan dengan bedilan meriam ciptaan Urban, seorang lelaki yang berbangsa yunani yang telah memeluk islam. Laungan takbir serentak yang telah menggerunkan setiap hati Paderi-Paderi Kristian dan Pengikutnya, suara-suara zikir yang bergema tidak henti-henti di setiap perkemahan tentera islam sepanjang malam, siangnya dihiasi dengan ibadah puasa walaupun dalam keadaan bertungkus lumus mempersiapkan diri untuk berperang. Semua usaha ini adalah buah-buah hasil dari kekuatan iman yang teguh dalam setiap hati dan jiwa tentera Islam pada masa itu.

Setelah berhari-hari pasukan tentera laut Islam yang berusaha menembusi Tanduk Emas; pangkalan masuk ke konstantinople yang telah dikawal rapi dengan Rantai Besi yang besarnya 3kali rantai besi besar biasa menemui Ilham dan petunjuk dari ALLAH melalui Sultan Muhammad Al-Fateh melalui mimpinya. ALLAH memberi petunjuk supaya melakukan perbuatan yang belum pernah terjadi dalam sejarah dunia pada ketika itu. Petunjuk yang membawa kepada kemenangan yang nyata.


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal-hal yang ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh sudah menukar darat  menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dalam usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

-Ahli Sejarah Byzantine

Sebelum menjelang malam, keseluruhan tentera Islam bermunajat dan beribadah memohon pertolongan daripada ALLAH. Dan ketika usai sembahyang isyak, sebanyak 70 Buah kapal perangpelabuhan Tanduk Emas yang merupakan pintu masuk ke Kota Konstantinople. Pertolongan ALLAH hadir pada waktu malam ketika mereka berusaha memindahkan kapal-kapal perang ke Tanduk Emas. Ribut kencang hadir meluncurkan kapal-kapal perang tentera islam di atas daratan Semenanjung Fera. Menjelang pagi kesemua 70 kapal perang telah Berjaya dipindahkan ke Tanduk Emas. Bukan satu tetapi 70 kapal perang! merentasi puncak gunung dan daratan demi menembusi

Dari penguasaan tentera Islam di Pelabuhan Tanduk Emas bermulalah Penakhlukan keseluruhan Kota Konstantinople pada pagi selasa itu. Maharaja Konstantine telah mati akibat bertarung dengan Sultan Muhammad Al-Fateh diikuti Panglima Perang Rom; Ardogan juga mati di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Kematian seorang demi seorang maharaja dan juga panglima perang tentera Rom telah melemahkan semangat Tentera Rom keseluruhannya dan telah menyebabkan mereka menyerah kalah kepada tentera Islam.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Setelah kemenangan yang besar itu di rai dengan Tahmid dan Takbir, Tentera Islam dan Sultan Muhammad Al-Fateh masuk kedalam kota Konstantinople dan bersujud syukur diatas kemenangan dan pertolongan yang dikurniakan ALLAH. Ternyata, jika berharap pada KEKUASAAN ALLAH kita tidak akan Hampa, tidak akan sesekali Hampa.

RAKYAT YANG BAIK

Persiapan penakhlukan konstantinople bukan sekadar persiapan ketenteraan sahaja. Sultan Muhammad Al-Fateh begitu menitikberatkan Akhlak dan perilaku rakyatnya dalam misi menyempurnakan hadith Rasulullah. Sultan Muhammad Al-Fateh pula mempunyai agenda yang tersendiri dengan keluar menyamar sebagai peminta sedekah yang bisu dan pekak untuk menyelidik keadaan rakyatnya. Ternyata, peminta sedekah yang buta dan pekak itu dimuliakan, dihormati dan diberi pertolongan. Si kaya yang tidak takbur dan sombong, dan si miskin yang tidak kedekut menyumbangkan pertolongan. Ternyata dengan izin ALLAH Sultan Muhammad Al-Fateh Berjaya mendidik Rakyatnya mengikuti sunnah Rasulullah dalam melakukan kebaikan.

Ternyata kekuatan Iman adalah Kunci segala kebaikan. Kekuatan iman yang menjadi imuniti kekebalan terhadap orang islam yang beriman. Kekuatan iman yang tidak rapuh diduga dengan harta benda, tidak lemah diuji dengan sengketa, tidak ragu pabila diberi kesusahan dan ujian.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.”  – al-Hujurat : 15

Baitul Maqdis pernah ditawan ketika pemerintahan Umar AL-khattab yang juga pemimpin yang baik, mempunyai tentera dan Rakyat yang baik. Soalnya, Adakah pemimpin, tentera dan rakyat islam pada zaman dan generasi kini sudah mencapai tahap ‘BAIK’ untuk kembali menakhluki semula BAITUL MAQDIS?

[jujur, tiada niat menimbulkan kontrovesi politik, Cuma membangkitkan muhasabah diri…]

p/s : Entry kali ini seratus peratus di RINGKASKAN menggunakan olahan sendiri dari sumber rujukan NOVEL SEJARAH ISLAM, SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PENAKHLUK KONSTANTINOPLE, KARYA ABDUL LATIF TALIB.

p/s/s : dan novel sejarah islam ini telah pun dihadiahkan daripada teman, sahabat dan saudara saya yang tersayang; Wan Nor Farahin binti Wan Muhammad Ghazali. Terima kasih Farah! Sangat Hargai!🙂

Belajarlah mengenali Sejarah dan Sirah Dunia Islam, kalau sejarah negara Barat seperti Alexander The Great dan sejarah melayu seperti Parameswara dan kesultanan Melaka pun boleh kamu kuasai, mengapa tidak sejarah ISLAM? Tiada Rugi mempelajarinya, malah kamu akan menjadi insan dan Muslim yang betul-betul HEBAT dan BAIK.


12 thoughts on “Pemimpin, Tentera dan Rakyat yang Baik!

    • wkmsalam ana…
      thanks!
      apa yang ada didada, dan dibuku kite kongsi je…😉 ehehe
      takdak apa yang ekselen nye, bese2 je… hehe
      ok, miz u!🙂

  1. salam intan cyg buchuk..
    wahx3..dah makin laju blog nieh jalan..ehe..
    keep it up okay..
    i’ll try to read n follow all.. ahakz.😀
    try2 omputeh lak..
    jg dri cyg..jg iman.. n doakan shbtmu yg kdg2 suke jatuh nieh..hee~

    k, daaa..
    jmpe sok.heh.😀

  2. salam.
    tahniah diatas penulisan yang sangat memberi manfaat dan sangat memberi kesan kepada yang membacanya.
    ana harap, nti akan meneruskan perjalanan penulisan nti dan jangan berhenti,
    semoga terus membuahkan manfaat pada ummah
    dan terus dijalan ALLAH.
    dan semoga nti sentiasa dalam penjagaan ALLAH.
    amin.

  3. salam.

    saya suka baca penulisan saudari berkaitan sirah. sangat ringan untuk difahami dan diingati kerana sebenarnya saya ni bukanlah seorang yang suka membaca sirah. apatah lagi mengingatnya.

    saya harap saudari terus menulis dan mengupas sirah rasulullah adan sirah islam agar orang seperti saya ni akan terus mengingati dan menghargai perjuangan mereka yang terdahulu melalui sirah.

    terime kasih🙂

  4. Subahanallah!
    terkesan dengan kata2 nie
    “Belajarlah mengenali Sejarah dan Sirah Dunia Islam, kalau sejarah negara Barat seperti Alexander The Great dan sejarah melayu seperti Parameswara dan kesultanan Melaka pun boleh kamu kuasai, mengapa tidak sejarah ISLAM? Tiada Rugi mempelajarinya, malah kamu akan menjadi insan dan Muslim yang betul-betul HEBAT dan BAIK.”

    terima kasih ye sahabat!🙂

    p/s : mohon copy ye..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s