awasi bisikan hatimu..

Sungguh! Apa yang engkau ketahui pada bisikan hatimu? Mungkin dari syaitan, mungkin juga keluar dari nafsumu. Mungkin juga terzahir melalui keinginanmu. Bilakah datangnya bisikan dari ALLAH? Dari TUHAN mu yang menyerumu kepada kebaikan dan mahabbah. Mungkinkah ia datang dengan hati yang sunyi dari segala sesuatu selain allah?

Bila kau selalu berzikir kepada ALLAH, maka hatimu akan dipenuhi segala rasa cinta yang membuatkan kau dekat dengan RABB mu. Maka, segala bisikan yang tadi kau dengar dari syaitan mahupun nafsumu itu akan mula menjauh dari mu. Biar dunia mengecammu dengan segala macam bisikan yang bisa menghanyutkan perahu hatimu, tapi jangan kau biar bisikan itu bernakhoda dalam layar pelayaranmu. Bila kau mula belajar berpaling dari bisikan nafsu, bisikan syaitan yang hanya menjahanamkan hidupmu, kau akan sedar betapa tenangnya berada dalam bisikan rahmat allah. Berpalinglah dari bisikan kejahatan. saat kau mula-mula benar menolaknya, sungguh, bisikan itu akan mula diam, dan terus diam, sampai masa kau yang bertanya, lintasan apakah engkau?. Lalu kau akan mekar dalam lintasan hati yang tenang dan dipenuhi dengan warna-warna percikan cahaya zikrullah.

Aku mencintaimu, dan kau juga mencintaiku, aku ingin mengajakmu kepada perkara kebaikan dan membantumu menolak bisikan syaitan.

Musa A.S dalam munajatnya kepada kekasihnya S.W.T meminta agar diberikan wasiat.

Lantas ALLAH berfirman “ku wasiatkan kepadamu untuk mencari-KU”

Lalu jalan apa yang mesti diri engkau lalui wahai hati yang sedang mencari ILAHI? Jalan yang dipenuhi oleh onak duri, dan sempit,  adalah lebih selesa berbanding jalan yang luas tapi tandus dan kosong. carilah ILAHI di segenap amalanmu, taatilah ALLAH, tinggalkan larangan-NYA, beradalah sentiasa di kedekatan naungan ILAHI, dan beramallah kerana-NYA.

Tapi kau pasti tahu, jalan yang sempit itu penuh onak yang panjang langkahnya perlu dituruti. Saat kau ragu, jangan kau mula melangkah pada jalan yang luas lagi singkat itu. Bukan mudah yang kau cari, tetapi pasti puas yang kau cari bukan? Puas berperang melawan bisikan iblis! Yang senantiasa mahu menerajui hatimu yang kadang-kala bersarang dosa.

Kau pegang rukun itu. Satu persatu kau huraikan. Kau juga pasti prinsip mu, tersemat kukuh saat kau mula rebah. Jangan kau biarkan iman dan islam mu berada samar-samar dari bayangan, kerna kau tahu saat kau mula memperbanyakkan puasa, solat, dan rasa takut dan tangismu yang hanya disandarkan pada ALLAH kau pasti akan kuat! Tabah, dan setabahnya sumayyah saat mahu dihumban ke neraka dunia. Kau pasti perlu tahu, syurga akhirat yang menanti mu jika kau tetap berada di jalan menujunya, dan jangan kau sekali berpaling pada syurga dunia yang melalaikanmu.

Manisnya hidup dalam ujian, dalam dugaan, seperti manisnya kehidupan Ibrahim A.S sewaktu dijilat api.  Mu’min yang membiasakan diri dengan ujian tidak pernah akan merasa gusar dan hampa seperti kebingungan yang kamu sering zahirkan. Kau juga tahu, ujian yang bertimpa-timpa itu berbeza-beza mengikut taraf imanmu, taraf kemampuanmu. Ada juga ujian hati, ujian pada diri, ujian sesama makhluk, dan juga ujian mempertahankan prinsip mu.

Jangan sesekali engkau menjadi tawanan syaitan yang akan memperhambakan dirimu menjadi kayu bakar api neraka. Jangan juga engkau menjadi sahabat kepada munafiq yang tiada benar perkataannya walau satu huruf sekalipun. Beradalah di barisan yang pertama, kerana ia adalah barisan orang yang berani. Persiapkanlah diri dengan peralatan perang saat kau mula membukakan mata di dinginnya hari. Yang akhir tetap akhir, dan yang awal, tetap awal.

Ya ALLAH, selamatkanlah kami dari menjadi hamba syaitan dan tawanan nafsu jahat.. amin.

p/s : pada yang faham, teruskan pemahamanmu. Pada yang tidak, mungkin aku yang gagal dalam menyampaikan.

7 thoughts on “awasi bisikan hatimu..

  1. saya faham. dan terima kasih kerana banyak menyedarkan.
    mungkin awak rasa penulisan awak biasa, tapi cukup terkesan pada hati saya
    yang hanya baru bermula untuk berubah.
    terime kasih.

  2. assalamu’alaikum.
    tahniah intan..🙂
    tulisan intan btul2 banyak menyedarkan orang lain.
    teruskan dgn lg gigih..update laa 2-3 kali sehari. ehee~😛
    smkn ramai umy tgk ramai yg terkesan dgn pnulisan intan.
    mkn ramai yg brkunjung dan tinggalkan jejak. subhanallah..
    rasa kagum menyelubungi diri ini. hehe. alllahhuakbar.
    teruskan intan..teruskan taw!
    ape kata, intan cuba tulis sdkt demi sdkt. nnt bleh trbitkan bku. hehe.

    salam tsabat shbtku.

    • waa’laikumussalam.
      haza min fadhli rabbina
      dan dia adalah pemilik hati-hati kita.
      kite cume sampaikan penulisan yang sangat biasa
      dan kita banyak belajar dari umy tentang erti hijrah😀
      dan sangat kagum pada umy, ikhlasnya kita lebih suka baca blog umy dari blog sendiri😉

      terime kasih umy, banyak yang kite dah belajar dari umy.
      semoga allah tetapkan hati kita dalam kebaikan dan kesabaran.
      salam mujahadah shbatku…😀

  3. fitrah manusia, iman berkurang dan bertambah.
    nafsu menjadi selimut diri, hati diselubungi noda-noda hitam.
    karat dek kerana bisikan syaitan…

    semoga allah melindungi kita semua dari bisikan nafsu syaitan
    semoga Allah merahmati kamu dan kita semua… amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s