Hati berkarat, apa ubatnya?

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

“sesungguhnya hati boleh menjadi  berkarat dan untuk menyucikannya adalah dengan membaca al-quran, mengingati kematian, dan menghadiri majlis-majlis zikir”

– H.R. Bukhari

Hati berkarat, bintik-bintik hitam timbul dan tak lekas hilang. Berpaut pada si al-wahn [cintakan dunia dan takutkan mati], berikrar pada musuh islam, tegar kah kamu membelakangi TUHANmu?.

Hati semakin lama semakin berubah menjadi hitam, menjadi hitam kerana jauhnya dari cahaya-NYA, menjadi hitam kerana kecintaannya kepada dunia, berkarat, dan berselaput kerana padanya tiada sifat wara’. Dan menbawa kepada hilangnya perasaan malu pada ALLAH azza wajalla, TUHAN yang sentiasa MENGAWASI nya.

Berkarat! Hitam! Dan berselaput!

Ada sakit, ada ubat, ada pesakit, ada doktor, bukankah doktor itu sudah memberikanmu ubat. Bukankah jua sakit yang kamu hidapi itu ada penawarnya. Cuma kamu sahaja yang tidak mahu memanfaatkannya. Bilamana kamu bangun dari tidur, terlalu angkuh untuk menyebut nama TUHAN mu yang telah menghidupkan kamu kembali daripada kematian sementara. Bilamana kamu sujud menghadapnya, kamu bergegas bangun tanpa sepotong wirid kepadanya. Dan bilamana kamu sakit, kamu telah lupa bahawa ada Penawar yang telah kamu palingkan wajahmu kepada-NYA.

Lalu berkaratlah hatimu, sehingga kamu tidak sedar apa ubatnya.

Wahai insan yang telah dijadikan ALLAH, janganlah kamu terlalu angkuh untuk menuturkan kalam ALLAH yang bisa menjadi penyelamat kamu kelak. Dan janganlah kamu terlalu sombong untuk mengingati tempat yang akan menjemputmu pulang selamanya. Dan janganlah kamu takbur daripada menghadiri majlis-majlis ilmu, dan majlis-majlis zikir. Bukankah kamu tahu sesungguhnya majlis-majlis ilmu dan zikir itu adalah Raudhatul-Jannah [taman-taman syurga]?

Rasailah keberadaan ALLAH yang sentiasa memerhatikanmu, didalam tidurmu, didalam jagamu, didalam bersendirian, akan ada yang sentiasa mengawasi. Rasailah, ditengah keramaian itu, ada yang sedang memerhatikanmu, mengawasimu. Rasailah, dan jadikanlah matamu, seolah-olah melihat TUHAN mu, dan apabila kamu tidak mampu menjadikan mata-mu seolah-olah melihat TUHAN, rasailah dan sesungguhnya ALLAH sedang melihat-mu.

Ingatilah ALLAH yang telah memberi pelbagai nikmat yang tidak terhitung kiranya. Ingatilah DIA yang telah menjadikan malam dan siang sebagai pertukaran kehidupanmu. Ingatilah DIA yang sentiasa melapangkan rezeki-NYA buat dirimu. Dan lantas itu, atas nikmat apakah lagi yang kau mahu dustakan?

Wahai hati yang diselaput dosa. DIA sentiasa mengerti bahawa jiwamu, hatimu, sentiasa berperang melawan nafsumu, melawan musuhmu. Lalu, ingatilah ALLAH sentiasa kerana orang yang benar-benar mengingati ALLAH, maka ALLAH akan sentiasa mengingatinya. Tetapi orang yang tidak benar-benar mengingati ALLAH, maka pintu taubat dan rahmat-NYA sentiasa terbuka. Terbuka jika kamu segera mendapatkan-NYA.

LISAN kamu adalah anak kepada hati kamu. jika hati kamu biasa mendengar kebaikan, menerima kebaikan, maka terdoronglah Lisan kamu itu untuk mengikuti hatimu. jika bersih hatimu, maka bersihlah lisanmu. Bukankah itu sifat orang mu’min.? apa yang dizahirkan melalui lisan mereka adalah gambaran isi hati mereka.

Wahai Kaki, terlalu kakukah kamu untuk melangkah ke majlis ilmu, somboh kah kamu sehingga berpaling dari taman-taman syurga?. Mari sucikan hati, sucikan diri, sucikan jiwa. Berkumpul dengan orang-orang yang soleh. Bergandingan dalam menyampaikan ilmu. Sentiasa memberi dan menerima nasihat, kerana pabila hati tidak menerima nasihat, maka ia akan buta. Buta tidak bersuluh!.

Ayuhlah wahai hati, kita bertaubat, bertaubat dengan seikhlasnya. Kemudian diikuti lisan, lisan yang menjadi pedang atau pun penawar jika bijak digunakan. Apabila kita bertaubat, seluruh rakyat juga akan ikut bertaubat, pendengaran, penglihatan, lisan, dan seluruh anggota tubuh akan menjadi bersih. Janganlah engkau menjadi hati yang mati. Sesungguhnya kematian itu lagi mulia daripada kematian hati!😦

Ya ALLAH, berilah kami makan dengan makanan yang mendekatkan kami kepada-MU, berikanlah kami minum dengan minuman kemurahan-MU, dan limpahkanlah kepada kami kebajikan didunia dan diakhirat dan jauhkanlah kami dari azab seksa api neraka. Amin.

Bersihkan hati, sucikan lisan, berilah penawar pada selaput yang membelenggu diri mu wahai hati yang masih lemah dan tidak akan terus lemah.

Posted in Uncategorized

2 thoughts on “Hati berkarat, apa ubatnya?

  1. Insaf dan sayu bila membaca artikel saudari/saudara …insyaAllah sy akan jadi pembaca setia saudara/saudari..semoga Allah bagi kekuatan untuk saudari/saudara sentiasa menulis untuk berdakwah tq…

    • Haza Min Fadhli Rabbina.
      Yang baik semuanya datang dari ALLAH, dan yang buruk itu lahir dari kelemahan diri saya sendiri.

      semoga dapat dimanfaatkan untuk diri, dan ummah.

      terime kasih atas ziarahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s