Jauh atau Dekat

kadang2 kita tak nampak apa yang terbaik untuk kita…
kadang2 kita tak hirau apa yang ada disekeliling kita…
apa yg zahir didepan mata nampak kosong, hambar, tak bermakna…
selalunya, kita yang selalu mengucapkan kasih kepada Yang MAHA ESA…
tapi nak bukak mulut pun berat…
mungkinkah kerana jauh dari rahmatnya…??

cinta itu, kita tak rasa, sbb kita tak rasa DIAWASI!!
buat sambil lewa saja setiap amalan… janji buat!!
cinta itu kita yang kene rasakan…
macam kita cintakan duit untuk keluarkan dari poket, macam tu jugalah cinta tu kita kena lebihkan kepada DIA yang wujudkan cinta tu…

ada orang nampak bahagia bila bersama mereka yang disayangi,
ada orang senyap sahaja walaupun orang sekeliling dia seronok bergelak ketawa…
hakikatnya, kita hanya akan bahagia bila kita rasa ‘bahagia’ bila jumpa DIA
setiap kali lima waktu…
dan setiap kali kita sakit, kita tahu DIA yang akan sentiasa teman kita,
DIA yang akan bagi PENAWAR…
sebab DIA sayangkan kita…

Rindu pada rembulan??
itu tak cukup rindu lagi,
rindu pada pasangan??
itu lagi sikit rindunya…
sedangkan tak terbanding RINDU DIA pada kita…
sebab kita dah lama tak menadah tangan,
dah jarang duduk berteleku bermunajat,
dah lupa macam mana nak mengalirkan air mata taubat,
sebab kita tak pernah rasa rindu kat DIA…
sikit pun tak pernah…

selalu sangat kita alirkan air mata…
bila tengok cerekarama,
bila tumbuk cili,
bila tergigit lidah,
bila tengok hindustan…
tapi nak alirkan air mata
pada waktu semua orang tidur pun susah,
nak titiskan air mata taubat sekali sebulan??
sekali setahun??

kita sedar DIA sentiasa bersama kita…
kita yakin DIA menyayangi kita…
kita juga sayangkan DIA…
tapi pernah tak kita tunjuk yang kita sayangkan DIA sepenuh hati??
sentiasa bermunajat kepada DIA…
sentiasa bergantung harap kepada dia…
ALLAHU RAHMAN…

hakikatnya, cinta yang sudah tersemai dalam hati kita sejak didalam perut ibu ini, kita perlu pupuk. macam siram pokok bunga setiap hari, macam tu juga kita baja hati kita untuk sentiasa mengingatiNYA, mencintaiNYA, dan bergantung harap sepenuhnya terhadapNYA…
itu makna CINTA SEBENAR…
bila kita dah berusaha, pasti kita akan rasa PESONA CINTA HAKIKI yang DIA sentiasa curahkan…
sama2 menyemai ‘RASA’ itu…
Wallahu a’lam…
hakikatnya DIA terlalu sayang kan kita…

Posted in Uncategorized

2 thoughts on “Jauh atau Dekat

  1. hakikat hidup, dlm melewati kegembiraan..pasti akan terselit satu masa yg kita rasa sangat sedih tanpa sebab.rasa kosong tanpa arah..gmbira bersama keluarga & kwn2 pun, perasaan tu tetp hadir..tanpa kita sedari, rupenye kesedihan itu dberi utk kita kembali pada fitrah tmpat kita berharap, tmpat kita mengadu.sebab tu dlm AlQuran “la tahzan, innaLlah ma’ak..” bukan innalusrah @ innalasdiqo’ =)

    meluahkan sbb pernah terasa mcm tu& pernah dgr kwn2 yg turut rasa mcm tu.

    Allah itu dekat dan tidak jauh. khilaf seorg manusia sbb mrka saja yg nk menjauhkan diri..

    • terima kasih dhiah.
      nangis kite bace komen dhiah.
      memang keadaan dan perasaan tak stabil skrg.
      mungkin sbb lemahnya diri dan status diri skrg.
      hhmm
      saling menguatkan ye?
      thanks sangat dhiah.
      kadang2 bile dihimpit macam2
      otak pun tak waras untuk memikirkan solusi.
      time tu baru sedar
      diri yang disangka kuat, rupenya lemah, kosong.
      hmm
      doakan kita sama2 kuat ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s