aku impikan cahaya MU’MIN

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. – al-Mu’minun : 1-11

Mu’min. [orang yang beriman] seorang mu’min mencari bekal, mengumpulkan bekal, manakala yang kafir bersenang-lenang menikmatinya. Seorang mu’min mengumpulkan bekal kerana dia sedar bahawa dia sedang menempuh perjalanan. Dia merasa puas membawa sedikit sahaja harta duniawinya dan mempersembahkan sebahagian besarnya untuk akhirat. Dia hanya meninggalkan untuk dirinya dan keluarganya sekadar bekal yang hanya dibawa oleh seorang musafir. Bukan untuk selamanya. Kerana dia sedang menempuh perjalanan dan dia percaya, seluruh kekayaannya ada di Akhirat.

Mu’min. segenap hati dan fikirannya hanya tertuju ke sana, pada akhirat. Dan hatinya terputus dengan dunia. Dan dia, mengirimkan seluruh ketaatannya untuk akhirat, bukan untuk dunia atau penghuninya. Tapi untuk Penciptanya. Jika dia memiliki makanan yang enak, dia menyerahkannya pada yang fakir. Kerana dia mengerti bahawa dia bisa makan makanan yang lebih baik dari itu di Akhirat. Tempatnya yang abadi.

Mu’min. dia seorang yang A’rif, dan A’lim. Bukan hanya pada dunia. Tapi seluruhnya hanya kerana mencari dan mengimpi pintu kedekatannya dengan Al-HAAQ, serta agar hatinya terhubung dengan-NYA di dunia, sebelum di Akhirat. Hidupnya yang sentiasa bersama ALLAH adalah destinasi langkah hati dan perjalanan nurani yang penuh rahsia keindahan.

***

Dan kulihat, jasadmu berdiri, duduk, rukuk, dan sujud menghidupkan malam, dan berlelah-lelah namun hatimu tidak berganjak dari tempatnya, tidak keluar dari rutin harianmu, dan tidak pula berubah dari kebiasaanmu. Namun, masih imanmu terumbang ambing saat ingatanmu lupa pada YANG ESA. Bersungguh sungguhlah dalam mencari ILAHI, kerana itu yang engkau mahukan bukan?.

Ketulusan hatimu akan melengkapi keletihanmu yang engkau tanggungi itu. Runtuhkanlah dinding-dinding perhatianmu pada manusia, serta perkaitanmu terhadap mereka dengan rantaian keikhlasan dan tauhidmu. Pecahkanlah keinginanmu pada dunia dan isinya dengan tangan zuhudmu, dan terbanglah dengan hatimu hingga kau sampai ke persisiran pantai pertemuanmu dengan RABB mu. Biar sampai I’nayah itu datang kepadamu, lalu membawa kamu menyeberangi lautan menuju Tuhanmu.

“Hai anakku, dunia ini adalah lautan, iman adalah kapal, pelaut adalah ketaatan, dan pantai adalah akhirat.” –Luqman Al-Hakim

Wahai diri yang bergelumang dosa. Hari-harimu cuba kau elakkan dari dosa. Cuba kau jauhkan dari maksiat, cuba kau endahkan resah dunia. Serahkanlah dirimu pada-NYA dan hempaskanlah ia di hadapan Qadha dan Qadar-NYA, perintah dan larangan-NYA, serta naqliyat (ketentuan-ketentuan). Hempaskanlah hatimu di pelukan rahmat Tuhanmu, tanpa lisan, tanpa tangan, kaki, dan mata, juga tanpa pertanyaan, tanpa pembantahan dan penentangan, melainkan hanya persetujuan dan penerimaan semata.

Ya allah,aku tidak mahu apa-apa melainkan perhatian-MU, kasih sayang-MU, I’nayah-MU. Janganlah kau tinggalkan diri ini walau sedetik, walaupun aku seringkali lalai melupakan-MU. Jangan juga kau campakkan cinta dunia dalam hati ini, kerana hanya ku harap cinta-MU yang bernakhhoda dalam perahu lusuh hatiku ini… amin.

=(

One thought on “aku impikan cahaya MU’MIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s