Marjan, percikan sinaran dakwah…


“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”

Bagaikan terngiang-ngiang suara faridah, teman yang dikenalinya semenjak minggu  taa’ruf lagi yang merangkap teman sebiliknya. Marjan melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada faridah  walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Marjan! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Marjan tersentak. Suara lantang faridah membuatkan Marjan berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”

faridah girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Marjan, hampir-hampir sahaja kening halus milik Marjan bercantum.

“faridah …” Marjan cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah, Usrah itulah, usrah inilah.. Lagipun…”


“Er, faridah, kenapa awak tak pakai tudung?”
Segera Marjan mematikan celoteh faridah. faridah terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah, bukan selalu pun..”

Marjan beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Marjan jatuh ke bumi, namun Marjan masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u  kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Farhana; naqibah  halaqahnya. Marjan merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… faridah telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Marjan kembali tenang…

“Marjan, awak marah saya ke?”

Marjan tersentak. Wajah faridah dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, lagi cantik..”

faridah diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Marjan.

“Marjan, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Marjan menghela nafas.

“faridah, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

faridah diam, merenung jauh…

* * *

Usai solat subuh, Marjan duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Marjan”

Terdengar suara Faridah memanggil, Marjan merenung muka faridah, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Marjan bertanya.

“Dah.. er, Marjan, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Marjan tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie.

“Boleh..” Cepat sahaja Marjan melipat telekung, bersedia untuk membantu faridah yang akan ke kelas sebentar lagi.

Marjan mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga Marjan memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Marjan..”

Marjan tersenyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“faridah … labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Marjan terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”

* * *

Hari minggu itu faridah pulang ke kampung meninggalkan Marjan keseorangan… Marjan redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan faridah sudah cukup menghiburkan hati..

1 new message ..

[Marjan, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak]

Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Marjan berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…

* * *

“Assalamualaikum…”

Suara faridah di muka pintu membuatkan langkah Marjan laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…

“faridah …” Air mata Marjan tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke pipi.. Deras ia mengalir lantaran terharu melihat faridah yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Marjan… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Marjan, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, faridah memeluk Marjan erat… Dalam hati kecilnya, marjan bersyukur dan  berdoa..

Semoga kau istiqamah sahabatku!

9 thoughts on “Marjan, percikan sinaran dakwah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s