Satu Kasih buat ayah ..

Kala ini, jari jemari, bergerak pantas, menyentuh kekunci-kekunci yang kadangkala menjadi tempat tumpahnya perasaan. Bukan aku tak sayang, bukan juga aku tak cinta. Tapi, mungkin aku dibaluti satu perasaan yang menjarakkan hubungan darah dua insan yang akrab taliannya. Satu demi satu huruf, aku eja supaya menjadi satu perkataan, supaya menjadi satu ayat yang bisa aku hadiahi buat dia yang aku sayang. Rupanya dalam diam aku mencintainya, aku mengaguminya walau tanpa patah kata.

Betapa lemahnya aku dalam mempamer erti sayang, betapa kerdilnya aku dalam mengungkap makna cinta, buat insan yang selayaknya menerima imbalan kasih sayang yang telah dicurahkannya. Dahinya yang bersih itu, tidak pernah aku kucup mesra, tidak juga pernah aku pautkan sayang. Lantas walau sepatah perkataan sayang pun tidak pernah aku luahkan, walau sekadar SAYANG! Jahilkah aku?

Kalau aku yang melahirkan mu, aku pasti mengucapkan perasaan bangga. Kerana kau telah menjalankan sepenuh tanggungjawabmu terhadap keluargamu, terhadap mereka yang menjadi tanggunganmu.

Mungkin juga, aku yang tidak berperasaan? Mungkin juga aku yang Ego, atau Malu?. Kala ini, papan kekunci ini yang menjadi saksi, betapa diri ini menangisi keegoan yang aku ciptakan sendiri.

Sungguh, aku tak bisa mengeluarkan perkaaan SAYANG itu dihadapanmu, walau aku tahu, cinta dan sayang ku, tertumpah kepadamu semenjak kelahiranku. Mungkin juga kerana aku hanyalah seorang perempuan yang tidak bisa mengeluarkan diri dari perasaan malu, atau hanya aku yang EGO semata?

Jejak mu sentiasa aku turuti, walau bukan dalam sedar mu yang aku bayangi. mungkin juga aku yang lemah dalam mempamer sendi kasih, atau belum sampai waktunya mencari bukti?.

Kalau aku bisa bertatih semula, aku pasti berlari memelukmu erat, mengucupmu mesra, memanggilmu manja, kerana, kala itu, tiada perasaan malu menyelubungi diri, juga tiada ego yang menguasai diri. Mungkin aku yang tidak mempelajari subjek mempamerkan sayang itu dalam kehidupan ku, atau aku yang mengendahkan.

Duhai AYAH, ketahuilah bahawa diri ini amat mengasihimu, amat mencintaimu, amat menyayangimu, walau tanpa patah kata. dan hanya perlakuan semata aku cuba buktikan kasihku untukmu. Mungkin sahaja ayah yang pergi dahulu, mungkin juga esok, aku yang kembali dahulu. Sungguh, aku tidak mahu terlambat menutur kasih mesra, aku tidak mahu terlewat mempamer cinta abadi.

Lantas, ku gerakkan jari jemari di papan kekunci. Lalu, tertaiplah beberapa ungkapan, yang aku rasakan sebenar-benar ikhlas dari aku yang sudah bergelar 20 tahun bernafas didunia ini.

“assalamualaikum ayah. Dikesempatan ini, kakak memohon ribuan kemaafan diatas semua kesalahan yang kakak dah lakukan dalam sedar ataupun tidak. Kakak dan adik-adik sentiasa sayangkan ayah, sentiasa mendoakan kebaikan untuk ayah didunia dan diakhirat. Semoga ayah sentiasa dalam rahmat allah selalu. Dan sentiasa diberkati-NYA. Sungguh, kakak sangat menyayangi ayah, walau tidak sama kasih yang ayah telah curahkan kepada kami adik beradik. Dan sungguh, kakak sangat bangga dan bahagia, mempunyai ayah, seperti ayah. Selamat hari Lahir ayah, semoga setiap langkah ayah berada didalam keredhaan ALLAH, dan semoga setiap jasa dan kasih yang  telah ayah berikan, mendapat ganjaran yang setimpal disisi ALLAH… kakak sangat sayang ayah!…”

MESSAGE SENT!


MESSAGE DELIVERED!

Lantas air mata laju membasahi pipi, sebagaimana lajunya jari jemari menari-nari di papan kekunci. Mungkin aku yang Nampak kaku dan lemah dalam memberi, atau mungkin aku yang tidak mahu memecahkan apa yang disembunyi.

Sungguh, aku amat menyayangimu AYAH!

SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR

OTHMAN BIN ABDUL RAHIM

Wahai ayahku…

dari anakmu,

NURUL INTAN SYAHIDAH BINTI OTHMAN

MAHALLAH AMEENAH, UIAM

6.45 AM / 19 JANUARI 2010/ 4 SAFAR 1431H

4 thoughts on “Satu Kasih buat ayah ..

    • farah.. tq2… hehe [tolong jawabkan untuk ayah..]
      [anak pakcik kate] : wish je ke, takde hadiah? huhu ;P

      thanks farah!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s