bukan begitu, tapi begini ..

Ibadah itu Syumul, Mudah dan Padat

Ibadah adalah kata nama yang meliputi semua perkara yang disukai dan diredhai ALLAH sama ada perkataan mahupun perbuatan, zahir mahupun batin. Oleh itu, sembahyang, zakat, puasa, haji, bercakap benar, melaksanakan amanah, berbakti kepada ibu bapa, mengeratkan silaturrahim, menunaikan janji, menyuruh kepada kebaikan, melarang daripada kejahatan, berjihad menentang golongan Kuffar dan munafiq, berbuat baik kepada jiran, anak yatim, orang miskin, orang yang bermusafir, hamba dan binatang, berdoa, berzikir, mebaca Al-Quran, dan lain-lain adalah ibadah. Begitu juga dengan cintakan ALLAH dan rasul-NYA, takutkan ALLAH, menyerah kepada-NYA, ikhlas dan tunduk kepada-NYA, bersabar terhadap hukum-NYA, syukur dengan pelbagai nikmat-NYA, redha dengan ketentuan-NYA, bertawakal kepada-NYA, mengharapkan rahmat-NYA, gerun dengan azab-NYA dan seumpamanya adalah ibadah kepada ALLAH.”

-Ibnu Taimiyah

Penat? ..

membaca bahan ilmu juga adalah IBADAH!🙂

**

Sedang Mua’zzin mengalunkan azan, ada mereka yang bertungkus lumus menghabiskan cerita dunia, bercerita tanpa noktah, kerana takut tidak sempat sambung cerita pabila tiba di kelas, dan bila dah sampai kelas, masih menghabiskan cerita-cerita yang tersisa, kerana takut tertonggak cerita hari ini bila ditambah cerita untuk esok hari!

Hayya alas solah…

Lepas ni kite pegi makan kat café nak?

hayya alal falaah…

hmm tak jadilah, kite ke babush jela…

Allahu Akbar Allahu Akbar

Lailaha illallah

eh, dah abes azan? Cepatnye?

Maka mua’zzin pun selesai mengalunkan azan, dan mereka hanya sempat bangun untuk solat jemaah tanpa menjawab azan dan membaca doa selepas azan!

Sedih tak?

Sedih! sebab cerita-cerita tadi masih belum habis! Noktah.

**

Dan mereka yang yang amat rugi pabila meneruskan bacaan Al-Quran apabila datang seorang makcik yang meminta untuk ditunjukkan jalan ke tandas, lalu berlalu pergilah makcik tadi dengan hampa, kerana anak muda yang sedang khusyuk membaca Al-Quran sedar akan kehadiran dia, tapi mengendahkannya.

Lalu apakah erti ibadah membaca Al-Quran tadi pabila ditambah dengan tidak memberi pertolongan kepada yang memerlukan plus menghampakan perasaan seorang hamba ALLAH?

**

“Ibadah yang paling baik [afdhal] ialah beramal berdasarkan keredhaan ALLAH pada setiap waktu mengikut keperluan masa tersebut dan tugasnya. Oleh itu, ibadah yang afdhal pada waktu jihad adalah berjihad. Sekalipun ia mengakibatkan amalan sunat yang tetap seperti sembahyang malam dan berpuasa ditinggalkan. Bahkan, sekalipun sembahyang fardhu yang sempurna sebagaimana sembahyang ketika keadaan aman turut ditinggalkan.”

-Ibnu al-Qayyim; ‘madarij as-salikin’

Meletakkan kepentingan ibadah yang afdhal di atas ibadah yang lain. Apa ertinya?

Apabila mua’zzin memulakan alunan azan, lalu, Al-Quran ditutup rapi, segala wirid dihentikan seketika, segala cerita dilupakan sementara, segala makanan dan minuman di letakkan semula, lalu, ibadah yang afdhal pada ketika itu adalah menjawab Azan dengan jawapan yang sepatutnya…

Dan apabila diminta pertolongan, amalan yang lebih afdhal adalah dengan memberi pertolongan. Selepas itu, jika mahu meneruskan bacaan Al-Quran, teruskanlah… Begitu juga amalan yang paling afdhal ketika membaca Al-Quran ialah menumpukan hati dan keazaman untuk mentadabbur dan memahami Al-Quran, hingga kita benar-benar memahami dan bercakap dengan Al-Quran.

**

Ramai yang beranggapan ibadah itu hanya tunduk bangunnya solat, lapar dan dahaga berpuasa, towaf dan saie menunaikan haji, hulurkan tangan memberi zakat walaupun hanya setahun sekali! Buat Cukup syarat!

Ramai juga beranggapan, [ALLAH tidak membebani hambanya kecuali mengikut kemampuan masing-masing, jadi, kita buat apa yang wajib je, dan tak payah susah-susah buat yang sunat, kan payah!]

bukan begitu..

**

Seorang muslim dan mu’min mampu menjadikan kehidupan dan seluruh waktunya ibadah kepada ALLAH, iaitu selagi dia mencari keredhaan ALLAH. Lelaki yang keletihan bekerja dengan usaha tangannya adalah beribadat kepada ALLAH. Pelajar yang penat mengulangkaji pelajarannya dan penat menaip assignment jika diniatkan kerana ALLAH juga adalah Ibadah, penyelidik yang sibuk dengan uji kaji dan peralatannya adalah ibadah kepada ALLAH, seseorang yang membalas senyuman saudaranya diikuti dengan ucapan salam juga adalah ibadah, wanita yang terpaksa berjaga malam demi keselesaan anak suaminya adalah ibadah kepada ALLAH.

Semuanya adalah ibadah jika ikhlas kerana ALLAH Taala.

Lalu apakah yang lebih indah dari Ibadah kerana ALLAH?

Jadi.

Jom beribadah… Senyum… ^________________^

P/s : menulis Ilmu juga adalah ibadah jika dibandingkan daripada berjam-jam mengadap Laptop menonton filem Korea, mahupun Jepun, mahupun dan mahupun…😉

Salam beribadah…

Dari Intan syahidah…

Islam itu SYUMUL, MUDAH dan PADAT.

Itulah ISLAM!

3 thoughts on “bukan begitu, tapi begini ..

  1. salam
    bukan senang menjadi manusia
    menjadi hamba
    menjadi khalifah
    diberi gunung dan ganang tugas menjadi khalifah
    tetapi, gunung dan ganang tidak mampu memikulnya
    begitu juga sungai, laut, daratan dan makhluk lain…
    tetapi kita, manusia ada akal
    diberi untuk memimpin dan dipimpin
    dan apa yang membezakan kita adalah taqwa
    dan iman mrang mu’min
    beruntunglah jika kita menjadi mu’min yang sebenar….
    syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s