Yang Sukar itu Indah II

“Kehidupan kamu akan makin sukar, makin sukar bila kamu berada pada 10 atau 20 tahun lagi. Tentu menjadi makin sukar…”

Lebih kurang macam nie la kata-kata yang ustaz adli sampaikan time kat kelas tadi, saya dengar dengan tekun walaupun kadang-kadang fikiran ade sedikit lari. Betul, time dulu, saya sekolah rendah, pakai papan hijau je, pakai kapur, tu pun budak-budak dok main baling-baling kapur dan conteng muka budak laki yang tengah tidur dalam kelas. [ops, lari topik] tapi sekarang, saya rasa sekolah rendah dah semakin maju, pakai white board, dah tak pakai kapur, tapi pakai marker [senang cikgu nak baling time budak-budak tidur atau bising, hihi] pastu, sekarang, makmal computer makin banyak kat sekolah rendah, sampaikan, adik saya buat exam akhir tahun guna computer tu. [maju kan?] time kite-kite dulu, pakai kertas je, then guna pensil 2B, bila tak tahu jawab, lukis gambar pokokla, cendawanla, sungaila dan macam-macam lagi. Yoha! [cari ilham]

Bila taraf kehidupan makin sukar, makin pesat dengan teknologi dan sains, kemahiran-kemahiran baru sangat diperlukan. Begitu juga bila subjek sains and math diajar dalam bahasa inggeris, saya tengok menggaru-garu kepala jugak, bukan garu kepala sebab ape, cume agak sedih bila tengok murid-murid dok tidur time teacher ngajar kat depan! Huhu Ok stop kat sini.

Bertambah sukar lagi lah bila kehidupan kita di Malaysia macam bukan kat Negara sendiri dah, bila artis-artis luar dengan senang-senang hati keluar masuk berjalan atas kapet merah menuju ke pentas, sambil mendedahkan sana sini, dengan membawa rentak dan pakaian budaya barat, dan remaja-remaja yang sedang membilang hari untuk ke konsert, dan ibu bapa yang sedang menggeleng kepala memikirkan perihal perangai anak-anak, sampai tak cukup jari membilang duit yang semakin laju keluar semata-mata memenuhi fashion semasa dan untuk pergi ke konsert! Hmm sedih

Ditambah pula dengan pergolakan politik Negara, dan ada yang sanggup membeli agama demi politik yang diagunginya. Oh! Sedih…

Sukar kan kehidupan sekarang?

Apa yang paling utama pada kehidupan kita sekarang dan untuk masa hadapan adalah pembinaan jati diri dan sahsiah.

Jati diri dan sahsiah, bukan boleh dibina sehari dua, bukan juga seminggu dua, malah perlukan masa bertahun! Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit. Sedikit-sedikit lentur hati biar kuat pegang prinsip, lama-lama jadi kuat.

Macam ada kisah diantara 20rang anak murid dan seorang ustaz. Anak murid A dan B ni nak menghafal al-Quran, lalu datang berguru dengan seorang ustaz ni. Lalu ustaz pun menyuruh mereka menghafal 2muka surat sehari. Inshaallah dalam masa 10 bulan hingga ke setahun mereka akan Berjaya hafal satu Al-Quran. Anak murid A mengikuti apa tunjuk ajar ustaz dia. Tapi anak murid B cakap, kenapa tak hafal 5muka surat sehari, nanti cepat sikit habis hafal semua. Lalu anak murid B pun menghafal mengikut cara dia, iaitu 5 hingga 10 muka surat sehari. Mula-mula, hafal punya hafal, berjalan lancar la, selang beberapa minggu, selang beberapa bulan, murid A telah Berjaya hafal dan pergi kepada gurunya. Dan murid B masih tidak Berjaya hafal Al-Quran walaupun dia cuba menghafal 5muka surat sehari.

Kesimpulannya kat kisah ni, kebaikan itu perlukan istiqamah, macam juga isi dengan kuku, sentiasa bersama, macam juga aiskrim dengan kon, kalau aiskrim cair, kon akan tadah, macam juga sungai dan tebing, mengalir ikut arus [betul ke perumpamaan ni? Hehe ] macam tu juga amalan kebaikan dengan istiqamah, bila buat tanpa istiqamah, yang banyak pon takkan berkekalan, tapi bila amalan yang sedikit, dilakukan dengan rasa yang hadir, ditambah dengan semangat istiqamah, inshaallah akan berkekalan.

Begitu juga dengan jati diri dan prinsip dalam menghadapi kehidupan yang akan sukar pada masa hadapan ni. Jati diri mememerlukan hati dan akal yang kenal pada diri sendiri. Bila dah kenal pada diri sendiri, barulah boleh pupuk jati diri. Macam juga, prinsip tak nak tidur lepas subuh, usaha punya usaha, kita masih juga tidur lepas subuh, jalannya kita kenal kelemahan diri, mengapalah aku ni ngantuk sangat lepas subuh. Mungkin sebab tidur lambat, mungkin juga cara tidur salah, mungkin juga aku perlukan cara lain untuk halang aku tidur lepas subuh. Kerana itulah juga kita perlu bermuhasabah sebelum tidur, rewind balik apa yang kita buat sehari.

Dan kehidupan yang akan menjadi lebih sukar ini memerlukan satu ikatan yang kuat, ikatan antara kita dan ALLAH. Kerana itu jugalah, ramai yang mencari ALLAH pabila susah, dan pabila senang adakalanya allah dilupakan. [nauzubillah]

Dan DOA, doa adalah kekuatan pada ibadah. Doa juga adalah senjata orang mu’min. sebab itu rasululullah pernah bersabda:

“Takutlah kamu pada firasat dan doa orang mu’min”

Jadi berdoalah selalu, berdoa dan terus berdoa kepada allah. Macam yang ustaz cakap, kalau kita ketuk pintu, dan ketuk pintu, pasti orang akan bukak pintu tu jugak akhirnya. Macam tu juga doa, ketuklah pintu rahmat allah dengan doa yang ikhlas dan rasa yang hadir.

p/s : mari berdoa untuk keselamatan dan pemeliharan Masjidil Aqsa. amin

p/s/s/s : Selamat Hari Lahir yang ke 21 ASMA BINTI JAMALI. semoga makin teguh dalam iman, makin kukuh dalam pegangan, dan makin bersinar dalam cahaya iman…🙂

3 thoughts on “Yang Sukar itu Indah II

  1. sedikit-sedikit biar buah hasil, kerana yang sukar itu bukan persinggahan, tapi teman kehidupan…🙂
    luv ur writing.
    keep it up ok?

    salam…😉

  2. SALAM

    allah memandang yang sedikit tetapi berterusan lebih dari yang banyak tetapi tidak tetap dan goyah.

    terime kasih🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s