sangat Menakjubkan!

Assalamualaikum..

malam-malam di UIA berseri-seri, setiap ceruk mahupun petak atau bulat dipenuhi ramai anak muda. bergiat aktif dalam persatuan mahupun kelab. kedengaran pelbagai bahasa disetiap corong mikrofon, ade kalimah fasih, ade yang tidak. dan aku amati semua itu.aku  menjadi pemerhati.

kedengaran bahasa indah, bahasa yang aku kira sangat lembut, bahasa arab. bahasanya sangat halus, sangat puitis lebih-lebih lagi bila didendangkan dengan syair-syair pujian, bertambah indah lagi bila difahaminya isi Al-Quran. sangat puitis dan sangat lembut. lihat sahaja contohnya pada kisah Umar R.A yang mendapat nur hidayah untuk memeluk ISLAM pabila mendengar lafaz-lafaz indah dari sepotong ayat Al-Quran, ayat yang dibaca saudara kandungnya. mendengar kalimah-kalimah ALLAH, hatinya merasa tenang, mulanya hanya mahu dicanang saudaranya itu kerana menjadi pengikut Muhammad S.A.W. namun, tika Hidayah ALLAH itu menerpa, diminta supaya diberi izin membaca ayat suci itu lalu diminta dibawakan kepada Utusan ALLAH itu. [S.A.W] indahkan kalam ALLAH?

malam ni, langit indah walau tiada bintang yang muncul. aku kira, kelompok-kelompok awan yang pelbagai bentuk. banyak, berkepul-kepul macam kapas, macam-macam bentuk, sehingga aku membayangkan dilangit ade satu kehidupan lain. indah dan damai, ade sekumpulan ikan yang sedang berenang mencari makanan, begitu juga ade sekumpulan burung berterbangan mencari kedamaian. pada masa itu, tiada lafaz yang lebih indah melainkan hamdallah. alhamdulillah. wa subhanallah! Allah itu begitu menakjubkan!

memandang ciptaan-NYA buat hati merasa tenang, aman dengan penciptaan-NYA. tiada satu pun cacat cela yang terzahir. memandang ciptaannya, buat kita mahu pulang kepada fitrah asal, fitrah mengagungi TUHAN semesta alam. pandanglah ape sahaja dihadapan kita, pandang dengan mencari maksud tersirat. maksud penciptaan-nya.

apa yang diciptakan-NYA, semua berpasang-pasangan, saling melengkapi, saling menyempurnai. tika ada panas, turunnya hujan, tika lapar, diberinya rezeki, tika susah, ade jalan penyelesaiannya. semuanya ada pasangannya. apa lagi nikmat yang kita mahu dustakan?. bila waktu susah kita mahu sahaja mencari DIA, tapi waktu senang, kemana kita menghilang?. tanyalah pada sesiapa sahaja, apa yang dia perlukan ketika susah, pastinya perhatian dan sokongan. pastinya pemeliharaan dan penjagaan. biar Atheis mahupun secularist, semuanya akan pulang mencari fitrah asal, biarpun hanya ketika waktu susah. tanyalah apa ungkapan mereka ketika mengalami kesusahan, tanya sahaja apa yang dirasai mereka bila terlalu memerlukan sokongan. biarpun tidak terlafaz ‘Oh My GOD’, tapi dalam ceruk hati mereka, pastinya menginginkan fitrah yang satu, Fitrah BERTUHAN.

dipandang pula, pada mereka yang jauh tersasar tertib solatnya,  ade masa, baru bangun menyempurnakan solat, ade mood, baru segera mengambil wudu’, tapi ade satu keadaan yang bila merasa terdesak, mahupun susah, mereka pastinya tidak menunggu masa atau pun mood itu datang untuk menyempurnakan solat. pastinya mereka kerap solat dan membaca Al-Quran walaupun hanya pada musim Exam! hakikatnya, manusia memang akan mencari Tuhan, itu FITRAH nya…

ciptaan ALLAH itu amat indah jika amati, mahupun pada hati yang kosong, pandang sahaja pada langit yang biru, dihiasi dengan awan yang pelbagai bentuk, pasti kan meresap kedamaian. pandang sahaja pada sungai yang mengalir, biarpun hanya pada kaca televisyen atau video, pasti kita tersenyum mengagungkan PENCIPTA nya. biarpun pandangan kita tersinggah seketika pada anak kecil yang berlari-lari sambil membetulkan rambut yang menutupi matanya, berlari mengejar pelukan ibunya, pasti kita akan tersenyum sendiri. tersenyum melihat percaturan ALLAH. ALLAH itu menakjubkan kan?

suka bertanya pada si anak kecil, mereka jujur aku kira, sangat jujur. siapa yang mencipta pensil? lalu dijawabnya. Kilang pensil. siapa yang mencipta basikal? lalu disahutnya, kilang basikal. lalu aku bertanya, siapakah yang mencipta kita? adakah manusia juga? ataupun kilang juga? tergaru-garu mencari jawapan, tapi aku pasti mereka sungguh pintar. lalu menjawabnya seorang anak kecil, mestilah pencipta kita lebih agung dan lebih indah dari manusia kan? siapa? ALLAH! serentak mereka menjawab.

anak kecil bersih fikirannya. begitulah putaran roda kehidupan yang dibawah percaturan ALLAH. pada usia muda, minda bersih, aktif dan cerdas. masuk diawal 20 tahun, tubuh menjadi kuat, tenaga digunakan tahap maksimum, masuk era 40 tahun, makin kurang tenaga nya, makin terhad perbuatannya, seterusnya di usia matang 60-80 tahun, kembali semula seperti anak kecil yang memerlukan perhatian dan sokongan. Unik kan ciptaan ALLAH?

lalu apa lagi yang perlu kita dustakan? hanya ucap ALHAMDULILLAH dan SUBHANALLAH.

ALLAH itu sangat MenakjubkaN!

Subhanallah.

11.02.10.

01.23am.

Jumaat.28safar1431H.

p/s : Selamat Hari Lahir Nur Kamila Khazali…🙂

6 thoughts on “sangat Menakjubkan!

  1. subhanaLlah.alhamduliLlah..
    kalimah toyyibah yg payah manusia nk sebut kan?
    jom puji lg maha hebat Allah!
    intan, mcm dh lame je xjumpe..kan?

    • subhanallah…
      eh. macam semalam baru jumpe..
      dalam mimpi… hehe😉
      haah. dah lame tak jumpe
      and i miss u lots..🙂

      inshaallah nanti mesti allah pertemukan kite kan?
      [^_____________^]

      • orang kata, kalau mimpi tu sbb kita selalu sebut2, teringt kat org tu..hihi..
        terima kaseh intan!
        oh, xprasan yg besday kak kamila tu..tq show kt sini..

  2. salam…
    kring kring…
    blog walking in the night day …🙂

    wahh intan… comey nye blog… hehe
    bile tukar nie?

    p/s : sowie lame tak jalan2 tgk blog. manyak saimen…. hehe
    btw… miz u lots!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s