Simple But Meaningful

Usai Solat Maghrib, rentak bertukar laju, berburu menuju ke main auditorium untuk memenuhi satu aktiviti atau motivational talk didalam study circle silibus. pada mulanya, pesimis, tiada langsung rentak positif atau hanya sekadar samar-samar. jiwa terasa dipenuhi magnet-magnet hasutan menghilangkan keikhlasan hati. bukan mudah pada jalan mujahadah. bukan senang pada titik perjuangan. lantas istighfar terpaut pada ruang-ruang hitam yang makin bercambah dalam gumpalan daging merah. mohon diberi kekuatan dan keikhlasan.

“dont judge a book by its cover”, erm, benar. belum dengar  belum tahu apa yang nak disampaikan. saya tidak mahu menjadi Kisra, Raja Parsi yang begitu sombong dan angkuh, mengoyakkan warkah utusan daripada rasulullah yang mengajak kepada kebenaran dan kedamaian sebelum membacanya dan sebelum mendengarnya dari utusan rasulullah. lalu allah telah mengoyakkan kerajaannya melalui pemberontakan anaknya sendiri. saya juga tidak mahu menjadi seperti abdullah bin ubai, yang dalam baiknya pada luaran, rupanya munafiq isinya. nauzubillah. ikhlaskan hati dalam menerima ilmu inshaallah allah akan bukakan jalan untuk menerima ilmu.

Simple But meaningful tema yang dipamerkan. saya kira talk yang agak menarik, penuh dengan gelak tawa siswi-siswi yang daripada pelbagai latar belakang. sangat menarik. kekadang, perkara yang simple (mudah) itu yang kita lupakan. bila masuk tandas, main redah je dengan kaki kanan, dan tanpa sebarang doa memohon perlindungan. dan tanpa sedar syaitan turut sama ikut menemani kita dalam tandas yang sememangnya rumah ‘dia’. kita juga sering alpa, masuk bilik atau rumah tanpa menuturkan bismillahir rahmanir rahim, dan tanpa mengungkapkan salam. ustaz selalu berpesan, dunia ini bukan hanya ada manusia, bukan hanya ada kita, tetapi Jin-Jin dan syaitan-syaitan berkali-kali ganda dengan bilangan manusia. yang lagi menggerunkan, mereka semua boleh melihat kita, tapi kita sedikit pon tidak boleh melihat mereka. bagaimana kita hendak meloloskan diri daripada termakan hasutan mereka jika kita tiada pelindung?. begitu banyak perkara yang mudah, yang kita tak endahkan untuk melakukan. apabila sebelum tidur, main tidur je, tanpa mengambil wudu’. sunnah rasulullah itu terlalu indah untuk diamalkan. ambil wudu’ sebelum tidur, baca surah-surah lazim seperti tiga Qul.,tidur diatas rusuk kanan, berpangkukan tangan dipipi. indahnya sunnah nabi S.A.W.🙂

hati kita ada tiga jenis atau lebih mudah dikelaskan kepada tiga peringkat. peringkat pertama adalah pure heart (hati yang bersih) pure heart seperti segelas cawan yang berisi air jernih. jika terisi gula, masih nampak gulanya, jika dimasukkan straw, masih jelas bayangnya. begitu juga dengan hati yang bersih, jika terlanjur berbuat dosa, masih sedar dan jelas dan segera menutur istighfar dan memohon ampun. yang kedua adalah Sick heart (hati yang sakit). hati yang sakit adalah seperti gelas yang berisi air ‘teh krisantimum’ yang warnanya agak kuning, dan tidak jernih. tetapi masih boleh menampakkan isi gula dan bayangan straw walaupon agak samar. bermakna, hati yang sakit ini mampu lagi menyedari dosa yang dilakukan  dan merasa bersalah walaupon sering mengulanginya. hati yang sakit juga masih sedar keperluan untuk bertaubat walaupon sering tersasar. dan yang ketiga adalah dying heart (hati yang mati). hati yang mati adalah seperti gelas yang berisi air cincau yang apabila dimasukkan gula ataupun straw, langsung tidak menampakkan bayang straw dan gula. bermakna, hati yang mati ini sudah terbiasa melakukan dosa, sehinggakan pabila melakukan dosa, tidak merasa bersalah, malah berasa bangga bila melakukannya. nauzubillah.

disentuh mengenai Mindset. ye, manusia selalu mudah bersangka-sangka, sama ada yang buruk atau yang baik. mesti ada sangkaan. mengapa itu, mengapa ini. ada sahaja yang terkeluar dari mulut, mahupun sekadar mulut hati. begitu juga pemikiran kita. mudah sahaja berfikiran negatif dan positifnya amat sedikit. dan minda kita sebenarnya terbahagi kepada dua, concious mind (minda yang sedar) and sub-concious mind (minda yang separuh sedar). minda yang sedar atau concious mind adalah kapten atau general kepada soldier (askar) iaitu sub-concious mind. concious mind hanya menguasai 5% daripada keseluruhan minda, dan selebihnya dikawal oleh sub-concious mind iaitu 95%. faham tak? erm

begini, minda yang sedar akan memberikan arahan, dan sub-concious mind akan mengikuti arahan, tetapi kebanyakan arahan, sub-concious mind hanya akan ikut arahan yang negatif jika arahannye dalam bentuk negatif. faham tak?

ok. contohnya.

concious mind : saya tak nak bangun lewat esok

maka sub-concious mind akan mengikuti arahan dengan …

sub-concious mind : saya tak nak bangun lewat esok.

jadi, saya bangun lewat esok.

dan lagi satu contoh.

concious mind : saya akan bangun awal esok.

subconcious mind : saya akan bangun awal esok.

jadi, kerana tiada perkataan negatif, jadi sub-concious mind akan membantu anggota lain untuk bangun awal… dengan izin ALLAH. bestkan?

jadi kesimpulannya. “say only positive words”🙂

dan ada beberapa video yang ditayangkan, dan yang paling menarik perhatian saya adalah video dimana azan dikumandangkan di masjidil haram. dari mula azan, dengan lafaz allahu akbar, allahu akbar, cahaya lampu di masjidil haram seperti biasa, tetapi sampai sahaja pada lafaz asyhadu anna muhammadarrasulullah, cahaya di masjidil haram bagai naik melambung keatas. subhanallah. tak pandai saya nak gambarkan, tapi amat menakjubkan. saya akan cuba cari sumber video, tetapi sementara tunggu saya jumpa video tu, tolonglah tanyakan kat pakcik google ye.🙂

sebenarnya, banyak lagi yang dikongsikan. rasanya, 2jam itu cukup padat dengan pengisian yang simple tapi penuh makna. terima kasih kepada Kak Mastura dan Kak zulaikha sebagai instructor dan facilitator.

pesan saya : dan berkenaan agenda aluminati, saya tidak cukup ilmu lagi untuk di kongsikan. inshaallah, bila pembacaan dah banyak dan ilmu pun dah kukuh, inshaallah saya akan kongsi ya. agenda iluminati, memang menggerunkan, tetapi itu memang benar dan bukan rekaan. sungguh saya cakap.

status : alhamdulillah, allah telah memberi perlindungan daripada anjing yang sebenarnya sedang melihat kami semalam. nasihat saya, atau nasihat kami [farah, saya, aishah, hazirah dan asma] bila terlihat anjing, atau anjing lihat kamu, jangan lari. tapi kalau dia memang macam nak kejar, apalagi, cabut..!🙂

4 thoughts on “Simple But Meaningful

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s