TuJuh Ayat itu~

“dan Sesungguhnya telah kami datangkan kepada engkau (wahai Muhammad) tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang Agung.” -Al-Hijr : 87

Subhanallah!

dan Baginda S.A.W telah menafsirkan ayat ini dengan sabdanya :

“Alhamdulillahi Rabbil A’lamin adalah Tujuh Ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung itu diturunkan kepada ku.” -Riwayat Bukhari.

Titipan Surah Al-Fatihah buat kita sekalian Umat Islam adalah tanda kasih sayang ALLAH dan kedekatan Kita kepada ALLAH. Surah yang hanya sependek tujuh ayat ini telah menjadi Pembuka kitab suci dan dibaca oleh setiap Muslim sekurang-kurangnya 17kali sehari semalam dan berganda lagi apabila ia menunaikan solat sunat dan sebanyak-banyaknya tanpa had apabila ingin menghadap ALLAH SWT dengan solat-solat nawafil. tetapi berapa ramai orang yang menghayati makna tawajjuhnya kepada ALLAH.

Daripada Ibn A’bbas RA katanya : “ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, disisinya ada Jibril AS, tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka jibril mengangkat wajahnya ke langit dan berkata : “Itu sebuah pintu langit dibuka. Ia tidak pernah dibuka sebelum ini.” Maka turun darinya malaikat, ia mendatangi Rasulullah lalu berkata : ” bergembiralah engkau dengan dua cahaya yang didatangkan kepadamu. tidak pernah diberikan seperti keduanya kepada seorang nabi pun sebelummu. Iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah Al-Baqarah. engkau tidak akan membaca satu huruf pun daripadanya melainkan diberikan ganjarannya buatmu.”

-Riwayat Muslim

Mari Mentadabbur Al-Fatihah

“sesiapa yang menunaikan solat tetapi tidak membaca Ummul Quran di dalam nya maka solat itu tidak sempurna (baginda mengulang sebanyak tiga kali)” seseorang bertanya Abu Hurairah ; “sekiranya kami solat dibelakang imam?.” beliau berkata : ” Bacalah ia didalam dirimu kerana saya mendengar rasulullah SAW bersabda maksudnya : “ALLAH Azza Wajalla berfirman : Aku membahagikan Al-Solah (Al-Fatihah) diantaraku dan hambaku separuh separuh. dan untuk hamba-ku apa yang dipintanya.

-Riwayat Muslim

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Maksudnya: memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih haiwan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhluk-Nya, tapi makhluk yang memerlukan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan Nikmat-Nya kepada makhluk-Nya, dan ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahawa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.

memulakan sesuatu dengan nama ALLAH mengandungi maksud mentauhidkan (men ‘satu’ kan) ALLAH dan beradab sopan dengan-NYA. mengenali ALLAH yang memiliki sifat Rahman dan Rahim merupakan dasar kedua yang menggariskan Hakikat hubungan yang wujud antara ALLAH dan Makhluk-NYA.

Apabila hamba berkata;

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ

Segala puji[1] bagi Allah, Tuhan semesta alam[2].

dan ALLAH berkata :

Hamba-Ku telah Memuji-Ku!

[1] Alhamdu (segala puji). sebenarnya, memuji itu adalah sikap yang terpuji, yang dituntut dalam islam. Memuji orang adalah kerana perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemahuannya sendiri. Maka memuji Allah bererti: menyanjung-Nya kerana perbuatanNya yang baik.

[2] Rabb (Tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Lafaz rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah).
‘Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk, seperti: alam manusia, haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. ALLAH adalah Pencipta sekalian  ALAM

apabila hamba berkata;

الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah berkata ;

Hamba-Ku bersyukur kepada-KU

dan mensyukuri pula bererti : mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah kerana Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.

asas hubungan antara ALLAH SWT dengan makhluk-NYA ialah Kasih sayang dan belas kasihan yang merangsangkan kesyukuran dan sanjungan. Hubungan yang ditegakkan adalah atas rasa ketenteraman dan ketenangan.

Apabila hamba berkata;

مَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ

Yang menguasai[1] di Hari Pembalasan[2].

Allah Berkata;

Hamba-Ku memuliakan-Ku!

[1] Maalik (Yang Menguasai) dengan memanjangkan mim, bermaksud: pemilik. Dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.

[2] Yaumiddin (Hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik mahupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa’ dan sebagainya.

kehidupan manusia di muka bumi ini tidak akan dapat bergerak lurus di atas jalan ALLAH yang luhur selagi mana kepercayaan kepada Hari Pembalasan tidak wujud dalam pemikiran Manusia. selagi mana hati kita tidak yakin bahawa ganjaran dan balasan di alam dunia ini bukanlah ganjaran yang terakhir, dan selagi mana kita yang mempunyai usia yang terbatas ini tidak percaya bahawa di sana ada ALAM akhirat yang sebenar nya patut kita berjuang dan berusaha untuknya, patut berkorban untuk membantu kebenaran dan mendukung kebaikan dengan keyakinan yang tinggi terhadap kekuasaan ALLAH.

Apabila Hamba Berkata;

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah[1], dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan[2].

dan ALLAH berkata;

Inilah antara AKU dengan hamba-Ku dan Untuk hamba-KU apa yang dipintanya.

[1] Na’budu diambil dari perkataan ‘ibaadat:  kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, dan berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.

[2] Nasta’iin (minta pertolongan), diambil dari perkataan isti’aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.

subhanallah. kita perlu membetulkan matlamat hidup yang sebenar-benarnya iaitu mengabdikan diri kepada ALLAH semata-mata. bukan pada manusia, bukan pada dunia. hakikatnya dunia sekarang, melepaskan gas-gas beracun kepada manusia khususnya kepada umat islam untuk mensyirikkan ALLAH bukan secara zahir, tetapi secara batin dan pemikiran. nauzubillah. maka mintalah pertolongan dan perlindungan kepada-NYA, kerana hanya ALLAH sahaja yang berkuasa memberikan perlindungan dan pertolongan dalam segala urusan.

Apabila Hamba berkata;

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ

Tunjukilah[1] kami jalan yang lurus,

dan ALLAH Berkata :

Inilah untuk Hamba-KU dan Untuk Hamba-KU yang dipintanya

[1] Ihdina (tunjukilah kami), dari perkataan hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Yang dimaksudkan dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah sahaja, tetapi juga memberi taufik.

mendapat hidayah ke jalan yang lurus itulah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيْنَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[1]

[1] Yang dimaksudkan dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

tujuh ayat. mempunyai keistimewaannya bagi setiap Mu’min. Langit diciptakan tujuh Lapis, Bumi dijadikan tujuh lapis, jumlah hari dalam seminggu tujuh hari, bilangan tawaf di ka’abah sebanyak tujuh pusingan, Sa’ie di antara Safa dan Marwah tujuh pusingan, batu yang dilontar pada Jamrah tujuh bili dan sujud dalam solat mestilah di atas tujuh anggota.

Pengulangan nombor tujuh ini bukanlah darang secara kebetulan, tetapi ia adalah tanda keistimewaan nombor ini sehingga ALLAH SWT telah menjadikan pintu Neraka Jahannam sebanyak tujuh pintu dan Perkataan ‘Jahannam’ berulang sebanyak 77 kali didalam Al-Quran.

Menakjubkan kan?

subhanallah. Maha suci ALLAH yang telah menurunkan Kitab Suci Al-Quran dan Memeliharanya. membacanya adalah ibadah dan Aliif laam dan Mim itu setiap satunya adalah satu huruf.

semoga solah (sembahyang) kita akan lebih khusyuk setelah kita memahami Fatihatul Kitab. inshaallah.

p/s : marilah mempelajari Bahasa Arab. sepatah kita memahami bahasa Quran, selangkah kita mengenali kekuasaan ALLAH. menakjubkan kan?🙂

p/s : sebarang ketidakfahaman boleh rujuk pada ustaz-ustaz yang A’lim. kerana saya hanya memberikan ringkasannya sahaja. yang penting, semua yang baik datang daripada ALLAH.

Rujukan diambil dari Mukhtassat tafsir ibnu Kathir dan Al-fatihah dan keunikannya; Maznah daud dan Abd Al-Rahman Al-Hakim.

One thought on “TuJuh Ayat itu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s