Hamba yang sebenar

وَعَنَتِ الوُجُوْهُ لِلْحَيِّ القَيُّوْمِ

“dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada ALLAH Yang Tetap Hidup, lagi Yang Tetap Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya.”

Rumput masih basah, ada lopak-lopak air pada jalan itu, angin lembut menampar-nampar pipi, pokok-pokok beriringan menari-nari didalam tasbih memuji-NYA, matahati mula berundur memberi jalan kepada sinaran bulan, bumi tetap berputar didalam orbitnya demi menjalankan kecintaannya terhadap Sang Pencipta, awan-awan mengukir senyum, kekal dengan posisinya yang tidak jatuh ke bumi, burung-burung terbang sekawan, mencari makan dibumi ALLAH.

Semua makhluk menuturkan kecintaan mereka terhadap Sang Pencipta dengan pelbagai bentuk perbuatan. Tiada satu pun yang songsang dari perintah-NYA. Kecintaan kepada Al-Haqq ‘Azza Wa jalla itu punya syarat. Dan diantara syaratnya adalah keredhaan-Nya pada dirimu. Engkau meredhakan DIA sebagai tuhanmu, dan DIA akan meredhakan mu sebagai hamba-NYA.

Kecintaan itu memerlukan keikhlasan, keikhlasan yang kosong daripada virus, virus Riya’ yang boleh mendorong kepada syirik jika tidak dibendung. Kecintaan sebegitu akan lahir daripada keredhaan, dan akan melahirkan kesungguhan, kesungguhan dalam menerima tanggungjawab, dalam memperjuangkan dakwah dan kalimah Lailaha Illallah, meredhakan ALLAH sebagai tuhan, Islam sebagai agama, dan Rasulullah S.A.W sebagai Nabi sekalian Ummah.

Indahnya kecintaan itu pabila sepenuh kebergantungan diletakkan kepada ALLAH. Pabila sukar menghampiri, dituturkan lafaz syukur. Pabila senang yang bertandang, bibir tidak kering dengan lafaz hamdallah. Alhamdulillah.

Kecintaan itu akan tercemar pabila menjadi aasiman atau kafura.

Aku tidak mahu menjadi orang yang bergelumang dosa, yang kufur dengan nikmat-NYA pabila dunia diletakkan kedua-dua belah tangan. Aku juga tidak mahu menjadi munafiq, yang mengaku kedua-dua matanya melihat apa yang tidak dilihatnya, yang berkata apa yang tidak dilakukannya, dan yang berjanji apa yang tidak ditepatinya. Sungguh aku tidak mahu!

Sesungguhnya aku amat takut pada neraka-MU, neraka yang dinyalakan 1000tahun berwarna merah, 1000tahun berwarna putih dan 1000tahun berwarna hitam [1]. Sungguh aku takutkan pada seringan-ringan siksaan neraka. Sesungguhnya seringan-ringan siksaan dalam neraka itu ialah memakai terompah dari api mendidih benak di kepala kerana panasnya [2].

“Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh dari panasnya api neraka di akhirat. Kalau sebahagian kecil jatuh ke dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” –HR Muslim

Mu’min impian semua Muslim. Yang Meletakkan ALLAH di hati, dan akhirat dikedua-dua belah tangannya, yang menggunakan sebaik-baik senjata iaitu bersabar dan doa. Sesungguhnya ALLAH mengasihi hambanya yang mu’min dan yang berusaha. Berusaha dengan bermujahadah!

“Sesungguhnya sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya iaitu ketika ia sujud, oleh itu perbanyakkanlah doa.” –HR Muslim

Ya Allah Ya Tuhan, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih, dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau mengasihi aku, maka Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang  mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMU. Amin.

Sungguh, aku tidak mahu apa-apa, kerana aku hanya mahu kedekatan bersama cinta-MU ya ALLAH…

aku mahu menjadi Hamba yang sebenar…

=(

“Allah tidak Melihat kepada tubuh kalian, dan tidak pula melihat kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian.” –HR Muslim.

[1] HR Muslim

[2] HR. Muslim

6 thoughts on “Hamba yang sebenar

  1. salam
    maaf. saya nak bertanya.
    bagaimana riya’ boleh mendorong kepada syirik jika tidak dibendung?.
    maaf. saya agak jahil bab2 agama.
    terime kasih

    • wkmsalam.

      yang pertama, saya bukanlah a’rif atau a’lim dalam memberikan ilmu.
      dan saya hanya cuba berkongsi ilmu yang ada.
      dan selebihnya hanya dari ALLAH.

      untuk soalan tu, mengikut kefahaman saya, riya’ adalah meletakkan selain dari ALLAH sebagai motif dan tujuan kita melakukan sesuatu perbuatan. jadi, bukankah meletakkan sesuatu selain allah sebagai tujuan sesuatu perbuatan adalah termasuh dalam syirik khofiy (kecil dan tersembunyi) ?

      dan segala perbuatan dan amalan yang dilakukan, memerlukan niat yang ikhlas kerana allah. kerana itu yang membezakan antara adat dan ibadah.

      segala yang baik, datang dari allah, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

      saya amat berharap, saudari/saudara boleh merujuk kepada mana-mana ustaz yang lebih luas ilmunya.

      terime kasih atas kefahaman, pertanyaan dan ziarahnya.
      semoga allah merahmati saudara/i. amin

    • saat ALLAH mengurniakan aku Bahu, aku hanya mahu bahuku, menjadi tempat untuk kamu menyandarkan masalah.
      disaat ALLAH mengurniakan aku telinga, aku hanya mampu untuk mendengar dugaan yang kamu hadapi, supaya aku dapat meringankan beban yang kamu pikul.

      tapi, aku tak gusar, mahupun hampa, kerana aku yakin, kamu tahu tempat dan arah mana yang perlu kamu sandarkan.

      kerana kita ada ALLAH yang sentiasa berada bersama kita.

      ingatlah bahawa allah itu sebaik-baik pelindung..

      maafkan aku jua sahabat😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s