subjek kehidupan

Kehidupan sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Saya banyak belajar dari selok belok kehidupan, ternyata, kehidupan dan pengalaman itu sememangnya sebenar-benar pengajaran!

Hari ini, saya hadir ke kelas seperti biasa, sudah tiga hari kelas berjalan seperti biasa, banyak yang saya pelajari, bukan sekadar silibus subjek, tetapi silibus kehidupan juga!

Pelajaran pertama

Saya belajar asal usul Bahasa Melayu, yang dahulunya, bahasa Melayu kita sekarang banyak meminjam perkataan-perkataan daripada Bahasa Sanskrit dan juga Bahasa Arab. Contohnya, perkataan sanskrit seperti guru, mata, pujangga, bahasa sastera. Begitu juga perkataan pinjaman daripada Bahasa Arab seperti Abad, akhirat, akibat, amanah dan sebagainya.

Propaganda Barat memang hebat, pengaruh mereka menjadi sehingga dapat melemahkan darjat orang-orang Melayu kita, mungkin bagi kita, Mat Jenin itu, seorang yang kuat berangan-angan tetapi tak melaksanakan, seorang yang kuat bermimpi, tapi tak tercapai impiannya dan sebagainya. Tetapi, hakikatnya, Mat jenin sebelum akhir hayatnya, dia telah berjaya dan menjadi orang yang kaya-raya. Benar! [kredit kepada Puan Mascitah].

Omongan-omongan Barat yang telah menjajah negara, bangsa dan pemikiran Rakyatnya berjaya meresapi pemikiran seluruh penduduk dunia, khususnya bangsa Melayu sendiri. Hakikatnya, darjat Bangsa atau Bahasa Melayu itu sendiri tinggi dan terdapat nilai estetika pada setiap budaya dan adat orang Melayu.

“Bahasa Melambangkan Bangsa”

Pelajaran Kedua

Saya belajar untuk berkongsi.

Saya belajar untuk menjadi manusia Jujur.

Dua bulan saya pendam sendiri, bagi saya, bukan semua masalah boleh diceritakan kepada orang lain. tetapi baru saya sedar, bukan semua perkara saya boleh simpan seorang diri. Perlu ada perkongsian baru rasa kebersamaan. Saya sedang belajar.

Saya sedar, saya manusia air mata. Air mata mudah sahaja gugur, dimana-mana. Dua tiga bulan ini saya selalu menahan sendu tangis. Saya sedar, rupanya, saya ni juga manusia perahsia.

Emosi saya selalu tidak stabil, saya sentiasa memerlukan sesuatu yang boleh merasionalkan kembali emosi saya.

“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” –Al-Mulk : 2

Saya sedar, saya sedang di uji, dan Allah tidak akan pernah membebani hamba-Nya diluar Kemampuan biasa. Allah juga tidak pernah akan meninggalkan Hamba-Nya tetapi sebaliknya Hamba-Nya yang sering melupakan-Nya. Termasuklah saya. Kerana saya manusia biasa, hamba biasa, semuanya biasa. Yang boleh menjadikan saya di “luar” daripada biasa hanyalah keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah. Saya tahu itu. Saya sedang belajar. Allah~

Allah begitu menyayangi saya walaupun saya sering memungkiri cinta-Nya. Buktinya, saya memiliki sahabat-sahabat yang sangat memahami, saya rasa, kalau ada tanda harga pada sahabat-sahabat saya, mungkin saya tidak mampu membeli mereka semua!

Saya mula belajar berkongsi.

Dan sedikit demi sedikit, rasa berat di dada, terasa ringan.

Saya banyak diberi nasihat untuk sentiasa bersabar dan jangan pernah putus harapan kepada Allah.

Mesej diterima

~ Ana

“sabar itu memerlukan satu lagi tingkat kesabaran, dimana kesabaran dalam Redha dan syukur dengan setiap apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Bersabarlah sahabat, ketahuilah, Allah tidak akan pernah mensia-siakan Hamba-Nya yang Bersabar!”

~ Dijah

“sabarlah banyak-banyak ye, mesti ada Hikmahnya, jangan terlalu risau ye. Dijah sahabatmu akan membantu setakat mana yang termampu. Inshaallah.”

~ Nisa’

“takpelah intan, nak dapat kesenangan bukan mudah. Dugaan. Inshaallah. kalau memang rezeki, tetap milik intan. Jangan pernah putus harap ye.”

~ Farah

“Ape-ape pun, Allah Uji intan sebab intan kuat, intan boleh hadapi semua tu, jangan putus asa, jangan lemah, jangan bagi syaitan menang. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua pertolongan daripada Allah. Orang beriman selalu di Uji. Saling mengingatkan ye.”

~ Umi

“Sabar itu perencah Ujian bagi Mu’min. jika tiada kesabaran, nikmat ujian tidak terasa. Percayalah, di penghujung hujan itu ada pelangi, begitu jua, di penghujung dugaan itu pasti ada kesenangan. Inshaallah. jangan putus harap pada rahmat Allah ye!”

Sedikit demi sedikit kaki saya kuat melangkah. Terasa ada suatu yang menarik saya kembali kepada Asal. Iaitu Allah. Ujian benar-benar mematangkan diri dan mengajak diri kembali pulang kepada Fitrah, Fitrah Bertuhan.

Dan saya sedang dalam proses pembelajaran. Dan selamanya saya sedang belajar!.

Terima kasih sahabat-sahabat. Sesungguhnya, saya tidak akan pernah mampu membeli kalian, kerana itulah Allah menghadiahi kalian kepada saya. Terima kasih. Semoga Allah merahmati Kalian.

Pelajaran Utama

Jangan Mudah mengalah

Jangan berputus asa dengan Rahmat Allah

Dan ketahuilah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.

Terima kasih Allah! Kuatkan kami di jalan-Mu… amin.

p/s : saya mahu jadi jujur. Saya mahu jadi manusia yang berkongsi. Kerana itu saya mula belajar berkongsi. ~

katakan sahaja tidak tahu

  • pagi yang damai
  • Gombak

Kata Ustaz Zahazan

  • Kalau tak tahu, cakap tak tahu, jangan jawab sesuatu soalan berdasarkan logik akal, lagi-lagi yang berkaitan dengan hukum hakam… dusta namanya tu kalau kita jawab apa yang kita tidak tahu.
  • sebagaimana Imam Malik bin Anas, ketika ditanyakan 40 soalan, beliau hanya menjawab 6 soalan sahaja. yang selebihnya beliau menjawab “La Adri” [saya tidak tahu]
  • Imam Malik berkata : Ilmu ini hanya ada tiga, 1. Al-Quran 2. As-Sunnah 3. “La Adri” [saya tidak tahu]. ini bermakna, jika tidak tahu, katakan sahaja tidak tahu. atau “saya tidak tahu, inshaallah apabila saya ketemukan dengan jawapannya saya akan beritahu kamu.”
  • Kata Ustaz lagi, “jangan kita hasad atau persoalkan ilmu dengan orang lain walaupun kita ber‘status’ ustaz, mahasiswa, ataupun ustazah sekalipun, kerana Ilmu Allah ini luas, mungkin apa yang sampai kepada orang lain, belum atau tidak sampai kepada kita.”

kesimpulannya, jangan malu untuk berkata TIDAK TAHU kerana yang TIDAK TAHU itu yang mencetus MAHU TAHU..

[Sumber di dengar dan dicatat melalui siaran Radio IKIM pada 6.40am]

Wallahu A’lam…

p/s : oh, ilmuku sekelumit cuma, tahuku secebis sahaja, janganlah KAU campakkan perasaan Hasad dan Takabbur dalam diri kami, sebaliknya bantulah kami untuk sentiasa mendampingi ilmu dan Rasa Tahu dalam kehidupan didunia ini… amin.

Hari ini…

Hari ini, kita bersyukur

Hari esok, Tambahkan kesyukuran

dengan Nikmat Pemberian Allah

Itu sifat seorang Hamba…

Redha + Syukur

Takut + Harap

Moga-moga diberikan kekuatan, kesabaran dan kemudahan dalam satu lagi titik perjuangan… amin

  • currently stay at Ameenah H 2.1a
  • with new roommates
  • with new conditions

Rahsia melalui Tulisan

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

p/s : tulisan saya bulat-bulat, kreatif kah saya? tetapi bila time exam, tiba-tiba jadi leper [sebab nak laju tulis] otak logical kah saya? hmm kamu?

Refleksi Hati

“doa itu senjata mu’min”. maka, berdoalah…

hati manusia ibarat magnet, jika bersih hatinya akan tertariklah kepada perkara kebaikan, jika kotor didalamnya, akan tertariklah kepada perkara keburukan. nau’dzubillah.

kata Us Ibrahim, Allah tidak beri apa yang kita minta, tidak beri apa yang kita mahu, tetapi Allah berikan apa yang kita TUMPU.

Kata Dr. Fadzilah Kamsah : “Orang yang tidak mendoakan Ibu bapanya tertutup pintu rezekinya.” apabila tertutup pintu rezekinya, adakah doanya akan dimakbulkan?.

Didalam kehidupan, semestinya punya peraturan iaitu ( Nidzhomul Hayah)

  1. Wajib : seperti solat, puasa, dan amalan-amalan yang wajib kita lakukan. dan jika ditinggalkan mendapat Adzab dan dosa dari Allah.
  2. Sunat : amalan-amalan seperti solat sunat rawatib, nawafil, puasa sunat, dan amalan-amalan sunat yang lain. dan jika dilakukan mendapat Ganjaran daripada Allah. dan Amalan-amalan sunat ini PERLU diperbanyakkan.
  3. Harus : Yang Harus PERLU diKURANGkan, seperti kurangkan TIDUR, kurangkan MAKAN, kurangkan MINUM dan perkara-perkara harus yang lain.
  4. Makruh : perkara yang PERLU diTINGGALkan. seperti Tinggalkan bercakap-cakap perkara yang sia-sia di dalam Masjid, tinggalkan Minum berdiri, dan sebagainya
  5. Haram : perkara-perkara yang WAJIB diTinggalkan.

[dipetik dan ditulis berdasarkan program Liga Ilmu – astro oasis – 11pm 21 APr 10]

Bismillahir Rahmanir Rahim

Ya Allah, bukakanlah bagi kami Pintu-pintu kebaikan, Pintu-pintu keselamatan, Pintu-pintu kesihatan, Pintu-pintu Nikmat, Pintu-pintu keberkatan, Pintu-pintu kekuatan, Pintu cinta sejati, Pintu-pintu kasih sayang, Pintu-pintu rezeki, Pintu-pintu Ilmu, Pintu-pintu keampunan dan Pintu-pintu Syurga.

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Uzlah dalam Tafakkur

Sudahkah kita sejenak berfikir dan merenung, bahawa begitu besar rasa kebergantungan kita terhadap apa yang sudah tersedia di alam ini? Ketika kita hendak bernafas, yang kita perlukan adalah oksigen yang cukup untuk memenuhi paru-paru. Ketika kita hendak melihat dengan jelas, yang kita perlukan adalah cahaya yang cukup untuk dapat menerangi objek yang ingin kita lihat. Ketika kita hendak berjalan, kita perlukan tapak untuk berpijak dan melangkah, dimana bumi bersedia membentangkan dadanya untuk kita pijak dan kita pun bukanlah berjalan di awang-awangan. Sungguh, semua yang kita perlukan itu bukanlah muncul dengan sendirinya, melainkan Allah SWT- lah yang telah menciptakannya dan memberikan nikmat-nya untuk kita, para makhluk-Nya.

begitu juga Allah sudah menetapkan malam adalah waktu untuk kita beristirehat dan siang adalah waktu kita untuk bertungkus lumus mencari rezeki yang telah ditetapkan-Nya. sebagaimana Allah membentangkan lautan, sehingga kapal-kapal besi yang besar dapat belayar tanpa karam, dan lautan itu dihiasi kedalamannya dengan segala keindahan yang luar biasa yang membuatkan kita kagum dengan penciptaan-Nya sehinggakan mata-mata dan bibir-bibir tidak akan mampu berbohong selain mengucapkan  pujian keatas Allah Yang Maha Besar atas segala keindahan nikmat-Nya.

Sekiranya kita menyedari semua itu, segala nikmat kebesaran Allah itu, sudah tentu kita akan merasa kerdil, kecil, hina dan sangat malu. sekiranya kita senantiasa meyakini dan menyedarinya setiap waktu, bahawa diri kita adalah hamba dan Allah SWT adalah Zat yang wajib kita sembah, maka pastinya kita akan mencuba sedaya upaya untuk menghindar larangan-Nya dan berusaha untuk tidak berpaling dari-Nya. sekiranya diri kita hanya mahu dan berharap rahmat dan Keredhaan-Nya, maka tidak akan banyak hati yang terluka saat dihina atau dikeji serta lari dari menuju selain kepada-Nya.

sekiranya kita menyedari bahawa sesungguhnya Allah senantiasa melihat kita, mendengar perkataan dan bisikan hati kita, maka sudah tentu kita akan merasa gentar dan juga takut sekiranya setiap perbuatan buruk kita segera diperlihatkan dihadapan makhluk-makhluk-Nya. begitu kasihnya Allah SWT, sebesar apapun kehinaan dan kejelekan diri kita, namun Dia masih bersedia menutupinya hingga kini.

Wahai sahabat dan saudaraku,

tidakkah kita rindu untuk meraih redha Allah semata dalam setiap amalan dan pekerjaan yang kita lakukan, dalam setiap percakapan yang diungkapkan, dalam setiap denyutan dan dalam setiap hembusan nafas kita? tidakkah kita menginginkan untuk senantiasa meneladani dan mengkuti Sunnah Rasul-Nya, sebagai bukti dari pengakuan rasa cinta kita, diamana ucapan Baginda SAW jauh dari Ghibah, jauh dari kata-kata dusra, nista dan menghina, juga perkataan yang merendahkan orang lain. tidakkah kita rindu untuk sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya, disetiao jejak langkah hidup kita? sehingga semua terarah dan terurus dengan baik dan penuh dengan makna dan manfaat bagi diri sendiri dan orang-orang yang disekeliling kita di dunia dan akhirat.

marilah kita sama-sama sentiasa bertafakkur, merenung segala kejadian dan penciptaan yang Allah telah sediakan buat hamba-Nya yang sering leka, dan  itu kita meluruskan niat dan memperbaiki usaha dan ikhtiar untuk kita sentiasa meningkatkan mutu iman kita agar tidak hanya di takuk lama, dan tidak pula terbiar leka. moga kita sentiasa memohon dan berserahdiri kepada Allah agar semua perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana-Nya dan untuk mencari keredhaan-Nya. Inshaallah.

p/s : beserta itu, saya tatapkan bingkisan gambar-gambar dari kediaman dua saya di Uia, Gombak.



dari jendela Ameenah H4.5. rindukah aku?

kediaman dua. Ameenah, UIA Gombak.

saya kurang pasti sahabat-sahabat yang melihat gambar ini dapat melihat satu lakaran bentuk Ikan di dada langit mungkin kerana gambar kurang jelas. tetapi, pada waktu ini, saya dapat melihat satu lakaran bentuk ikan di langit Ilahi.

terima kasih. assalamualaikum. 🙂

Wardah Sufi : kenapa perlunya neraka?

Wardah Sufi [Part5]

***

Di suatu petang yang damai…

“dik, adik tak boleh pakai baju ketat macam ni. seluar pun kena longgar, tudung kena pakai scarf  sebab jarang. rambut kat depan tu nampak, kan aurat” tegur Wardah kepada junior yang baru mahu melangkah keluar dari pagar asrama.

“kalau aku tak nak? kau nak buat ape?” sambil mencekak pinggang, gadis itu mencebikkan bibirnya tanda protes.

“awak boleh di denda kerana tidak mahu mengikut Dress code yang Universiti telah tetapkan.” Wardah berlaku tegas. tiada kompromi!

“samanlah. aku peduli apa!” gadis itu menjeling geram. nasihat wardah tidak dipedulikan.

“baik, kalau begitu, saudari terpaksa di saman. selepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan universiti tapi menutup aurat ni termasuk di dalam perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dan tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Pelajar perempuan tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak,

“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, dan tak tahan dengar nasihat wardah, dalam keadaan marah kerana didenda sebab tak ikut dress code..

Wardah terkedu sebentar. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis pelajar perempuan itu membebel, wardah pun menarik nafas dan terus menjawab,

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, akak tak perlula nak tegur-tegur adik macam sekarang ni. apa yang akak dapat kalau tegur adik untuk tutup aurat, baik akak buat kerja lain, takpun akak sendiri yang pakai baju macam adik pakai ni, pergi enjoy kat kelab-kelab malam, pastu lepas mati pun tak perlu risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin kita sama-sama terjumpa kat kelab malam, dan pada masa tu, akak suruh kawan lelaki akak buat benda tak baik kat adik, dan akak terus pergi tinggalkan adik. Takpe kan?, sebab neraka kan tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang kakak yang pakai tudung labuh cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, wardah pun menjelaskan,

” perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga, perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. tiada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya wardah.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut pelajar perempuan tersebut.

Wardah tersenyum dan menyoal lagi:   “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Wardah mengakhiri kata-katanya,   “Adik, akak bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. akak rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Wardah terus meninggalkan gadis yang sedang terpinga-pinga itu. lalu gadis itu menghulurkan not 50 ringgit kepada post guard untuk membayar saman.

saman kena dosa pun dapat. best kah?

***

sampai-sampaikanlah pesan dengan kesabaran dan ketaqwaan…

memberi dan diberi.

bersambung…