Demi suatu hari Yang telah Dijanji!

Tubuh kecil itu tidak bersalah

sehingga dirinya dibuang bagaikan sampah

apakah ertinya ceritera cinta dan kisah

jika nafsu manusia bertukar menjadi serakah



Tubuh kecil itu tidak berdosa

seringkali jua menanggung hiba

di buang ibu di campak bapa

sehingga terbiar di lorong derita


Tubuh kecil itu tidak mengerti

apakah dia layak diperlaku sebegitu erti

bukankah dia hasil cinta dan pekerti

dari Ibu bapa kandungnya dan bukannya TIRI!


Tubuh kecil itu meminta belas

cinta dan kasih yang dahulunya berbalas

bukannya dia mengharap culas

tetapi hanya memohon sayang yang sudah dirampas!

Zaman Jahiliyah telah berabad ditinggalkan lama

bayi perempuan di tanam hidup didalam pusara

demi menghindarkan noda dan juga cela

bayi yang tidak bersalah menjadi mangsa

namun kini,

Jahiliyyah itu tidak mengenal masa

bayi lelaki atau perempuan tiada beza

di campak dibuang secara percuma

bukankah itu bersama perbuatan jahiliyyah mempunyai beza?

Wahai Ibu Wahai Bapa

didiklah anak-anakmu mengenal pencipta

mengerti antara kepalsuan cinta dan noda

supaya tidak dilahirkan lagi bayi yang tidak berdosa!

Wahai bakal Ibu dan juga Bapa

persiapkanlah dirimu dengan bekal Iman dan Ilmu di dada

agar anak-anakmu kelak tidak terbiar dan akan terjaga

demi mempertahankan nasib generasi pembela Agama

Wahai Insan yang menghampiri dosa

dalam tidak sedar mahupun jaga

hindarilah noda jauhilah zina

ketahuilah

masa kita didunia hanya tinggal sedetik cuma…


Naluri kecilku merintih sedih, setiap hari bilangan bayi dibuang, ditinggalkan, dicampak, semakin bertambah. adakah kita hanya mampu melihat dan sekadar mengira bilangan bayi sahaja? mari kita sama-sama sematkan Agama dari golongan kecil mahupun dewasa, baik mahasiswa mahupun insan biasa, ilmu agama yang ada jangan sesekali hanya ditinggalkan dan dikunci didalam kotak minda, keluarkan ia, bentuklah ilmu itu agar berguna buat ummah. kita pewaris generasi Agama. kita pencorak generasi masa hadapan. aku merayu, kita sama-sama berusaha mengislahkan masyarakat dengan Minda Islam, mencorak minda masyarakat mengenal pencipta, mengenal perjuangan Anbiya’, memahami dan menghayati cara Hidup Islam yang sebenar. biar sedikit-sedikit, namun yang sedikit tetapi berterusan itu yang Allah Redha, biar sekadar mengenalkan mereka pada Alif, baa, taa, biar sekadar hanya mengajar Iqra’, biar sekadar memakai tudung dan menutupkan aurat kanak-kanak. kalau setiap seorang melakukan yang sedikit, jika seribu orang, bagaimanakah hasilnya?

kita sekarang di arena zaman yang menentang Musuh ALLAH yang bukan bermain dengan senjata, bukan juga dengan cemuhan dan kata, tetapi dengan pemikiran dan Minda. pemikiran dijajah sedikit demi sedikit dengan gaya hidup Yahudi, mereka menjajah pemikiran masyarakat kita dari pelbagai bentuk serangan. bayangkanlah, seluruh satelit di cakerawala dikuasai oleh golongan Musuh Allah,  multimedia, elektronik, hiburan, semuanya dibawah pengawasan mereka, dibawah kawalan mereka. jangan kita mudah Alpa, jangan mudah leka, kita sedang berada di akhir zaman, di akhir zaman yang menghampiri Hari yang dijanjikan. kalau dahulu, Baginda S.A.W sudah memberi isyarat bahawa umatnya sedang di akhir zaman, ini lagikan kita yang sudah berabad lama jauh dari zaman Rasulullah. masa kita semakin suntuk, bangunlah rakan, bangunlah teman, bangunlah insan, jangan tertipu dengan mainan dunia, jangan terpedaya dengan godaan dunia. jangan. jangan. jangan. dan aku juga. aku juga sedang berusaha.


p/s : setiap hari, bayi dibuang dan tidak terbela. satu petanda bahawa manusia dan binatang sudah tiada beza.  mungkinkah masih ada hari Esok? Wallahu A’lam. persiapkan diri, demi suatu Hari yang telah di janji.





5 thoughts on “Demi suatu hari Yang telah Dijanji!

  1. salam
    sedih melihat bayi-bayi tidak berdosa menjadi mangsa…
    hmm apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang adalah
    kekurangan ilmu dan ceteknya akal…

    allah, moga beri kamu kekuatan untuk memahamkan mereka dan difahamkan… amin…

    p/s : thanks for gud writing. keep it up!🙂

  2. Allah..sedih sgt..
    zalimnya manusia zmn skrg…
    tergamak buat maksiat dan tergamak pula buang bayi yg dikandung sendiri..
    smg Allah sedarkan kembali mrka..
    naudzubillah min zalik..

  3. astaghfirullahal’azim..
    beristighfar panjang sepanjang membaca entri ini.
    ya Allah, lindungilah kami daripada perbuatan itu.
    lindungilah zuriat dan keluarga kami daripada perbuatan itu.
    berikanlah kesedaran kepada mereka yg telah dan akan melakukannya,
    berikanlah kekuatan kepada kami utk membimbing mereka, mengingatkan mereka.

    • Allah~
      semoga kita bakal melahirkan generasi-generasi yang bukan sahaja cerdik pandai. tetapi memenuhi karakter modal insan yang diperlukan.
      1. Agama
      2. Akhlak
      3. Akademik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s