Wardah Sufi : kenapa perlunya neraka?

Wardah Sufi [Part5]

***

Di suatu petang yang damai…

“dik, adik tak boleh pakai baju ketat macam ni. seluar pun kena longgar, tudung kena pakai scarf  sebab jarang. rambut kat depan tu nampak, kan aurat” tegur Wardah kepada junior yang baru mahu melangkah keluar dari pagar asrama.

“kalau aku tak nak? kau nak buat ape?” sambil mencekak pinggang, gadis itu mencebikkan bibirnya tanda protes.

“awak boleh di denda kerana tidak mahu mengikut Dress code yang Universiti telah tetapkan.” Wardah berlaku tegas. tiada kompromi!

“samanlah. aku peduli apa!” gadis itu menjeling geram. nasihat wardah tidak dipedulikan.

“baik, kalau begitu, saudari terpaksa di saman. selepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan universiti tapi menutup aurat ni termasuk di dalam perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka dan tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Pelajar perempuan tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak,

“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, dan tak tahan dengar nasihat wardah, dalam keadaan marah kerana didenda sebab tak ikut dress code..

Wardah terkedu sebentar. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis pelajar perempuan itu membebel, wardah pun menarik nafas dan terus menjawab,

“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, akak tak perlula nak tegur-tegur adik macam sekarang ni. apa yang akak dapat kalau tegur adik untuk tutup aurat, baik akak buat kerja lain, takpun akak sendiri yang pakai baju macam adik pakai ni, pergi enjoy kat kelab-kelab malam, pastu lepas mati pun tak perlu risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin kita sama-sama terjumpa kat kelab malam, dan pada masa tu, akak suruh kawan lelaki akak buat benda tak baik kat adik, dan akak terus pergi tinggalkan adik. Takpe kan?, sebab neraka kan tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang kakak yang pakai tudung labuh cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, wardah pun menjelaskan,

” perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga, perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga. tiada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya wardah.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut pelajar perempuan tersebut.

Wardah tersenyum dan menyoal lagi:   “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Wardah mengakhiri kata-katanya,   “Adik, akak bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. akak rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Wardah terus meninggalkan gadis yang sedang terpinga-pinga itu. lalu gadis itu menghulurkan not 50 ringgit kepada post guard untuk membayar saman.

saman kena dosa pun dapat. best kah?

***

sampai-sampaikanlah pesan dengan kesabaran dan ketaqwaan…

memberi dan diberi.

bersambung…

3 thoughts on “Wardah Sufi : kenapa perlunya neraka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s