subjek kehidupan

Kehidupan sememangnya memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Saya banyak belajar dari selok belok kehidupan, ternyata, kehidupan dan pengalaman itu sememangnya sebenar-benar pengajaran!

Hari ini, saya hadir ke kelas seperti biasa, sudah tiga hari kelas berjalan seperti biasa, banyak yang saya pelajari, bukan sekadar silibus subjek, tetapi silibus kehidupan juga!

Pelajaran pertama

Saya belajar asal usul Bahasa Melayu, yang dahulunya, bahasa Melayu kita sekarang banyak meminjam perkataan-perkataan daripada Bahasa Sanskrit dan juga Bahasa Arab. Contohnya, perkataan sanskrit seperti guru, mata, pujangga, bahasa sastera. Begitu juga perkataan pinjaman daripada Bahasa Arab seperti Abad, akhirat, akibat, amanah dan sebagainya.

Propaganda Barat memang hebat, pengaruh mereka menjadi sehingga dapat melemahkan darjat orang-orang Melayu kita, mungkin bagi kita, Mat Jenin itu, seorang yang kuat berangan-angan tetapi tak melaksanakan, seorang yang kuat bermimpi, tapi tak tercapai impiannya dan sebagainya. Tetapi, hakikatnya, Mat jenin sebelum akhir hayatnya, dia telah berjaya dan menjadi orang yang kaya-raya. Benar! [kredit kepada Puan Mascitah].

Omongan-omongan Barat yang telah menjajah negara, bangsa dan pemikiran Rakyatnya berjaya meresapi pemikiran seluruh penduduk dunia, khususnya bangsa Melayu sendiri. Hakikatnya, darjat Bangsa atau Bahasa Melayu itu sendiri tinggi dan terdapat nilai estetika pada setiap budaya dan adat orang Melayu.

“Bahasa Melambangkan Bangsa”

Pelajaran Kedua

Saya belajar untuk berkongsi.

Saya belajar untuk menjadi manusia Jujur.

Dua bulan saya pendam sendiri, bagi saya, bukan semua masalah boleh diceritakan kepada orang lain. tetapi baru saya sedar, bukan semua perkara saya boleh simpan seorang diri. Perlu ada perkongsian baru rasa kebersamaan. Saya sedang belajar.

Saya sedar, saya manusia air mata. Air mata mudah sahaja gugur, dimana-mana. Dua tiga bulan ini saya selalu menahan sendu tangis. Saya sedar, rupanya, saya ni juga manusia perahsia.

Emosi saya selalu tidak stabil, saya sentiasa memerlukan sesuatu yang boleh merasionalkan kembali emosi saya.

“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” –Al-Mulk : 2

Saya sedar, saya sedang di uji, dan Allah tidak akan pernah membebani hamba-Nya diluar Kemampuan biasa. Allah juga tidak pernah akan meninggalkan Hamba-Nya tetapi sebaliknya Hamba-Nya yang sering melupakan-Nya. Termasuklah saya. Kerana saya manusia biasa, hamba biasa, semuanya biasa. Yang boleh menjadikan saya di “luar” daripada biasa hanyalah keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah. Saya tahu itu. Saya sedang belajar. Allah~

Allah begitu menyayangi saya walaupun saya sering memungkiri cinta-Nya. Buktinya, saya memiliki sahabat-sahabat yang sangat memahami, saya rasa, kalau ada tanda harga pada sahabat-sahabat saya, mungkin saya tidak mampu membeli mereka semua!

Saya mula belajar berkongsi.

Dan sedikit demi sedikit, rasa berat di dada, terasa ringan.

Saya banyak diberi nasihat untuk sentiasa bersabar dan jangan pernah putus harapan kepada Allah.

Mesej diterima

~ Ana

“sabar itu memerlukan satu lagi tingkat kesabaran, dimana kesabaran dalam Redha dan syukur dengan setiap apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Bersabarlah sahabat, ketahuilah, Allah tidak akan pernah mensia-siakan Hamba-Nya yang Bersabar!”

~ Dijah

“sabarlah banyak-banyak ye, mesti ada Hikmahnya, jangan terlalu risau ye. Dijah sahabatmu akan membantu setakat mana yang termampu. Inshaallah.”

~ Nisa’

“takpelah intan, nak dapat kesenangan bukan mudah. Dugaan. Inshaallah. kalau memang rezeki, tetap milik intan. Jangan pernah putus harap ye.”

~ Farah

“Ape-ape pun, Allah Uji intan sebab intan kuat, intan boleh hadapi semua tu, jangan putus asa, jangan lemah, jangan bagi syaitan menang. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua pertolongan daripada Allah. Orang beriman selalu di Uji. Saling mengingatkan ye.”

~ Umi

“Sabar itu perencah Ujian bagi Mu’min. jika tiada kesabaran, nikmat ujian tidak terasa. Percayalah, di penghujung hujan itu ada pelangi, begitu jua, di penghujung dugaan itu pasti ada kesenangan. Inshaallah. jangan putus harap pada rahmat Allah ye!”

Sedikit demi sedikit kaki saya kuat melangkah. Terasa ada suatu yang menarik saya kembali kepada Asal. Iaitu Allah. Ujian benar-benar mematangkan diri dan mengajak diri kembali pulang kepada Fitrah, Fitrah Bertuhan.

Dan saya sedang dalam proses pembelajaran. Dan selamanya saya sedang belajar!.

Terima kasih sahabat-sahabat. Sesungguhnya, saya tidak akan pernah mampu membeli kalian, kerana itulah Allah menghadiahi kalian kepada saya. Terima kasih. Semoga Allah merahmati Kalian.

Pelajaran Utama

Jangan Mudah mengalah

Jangan berputus asa dengan Rahmat Allah

Dan ketahuilah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.

Terima kasih Allah! Kuatkan kami di jalan-Mu… amin.

p/s : saya mahu jadi jujur. Saya mahu jadi manusia yang berkongsi. Kerana itu saya mula belajar berkongsi. ~

8 thoughts on “subjek kehidupan

  1. setuju dgn umy,
    lawa gambar tu..

    Pelangi, pelangi
    alangkah indahmu
    merah, kuning, hijau
    di langit yang biru

    pelukismu agung
    siapa gerangan
    pelangi ciptaan
    Tuhan Allahu Akbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s