Keadilan seorang Khalifah [1]

Pada suatu malam, seorang jiran Khalifah Umar Abdul Aziz datang bertandang dan pada ketika itu Umar sedang melakukan tugas-tugas khalifah dengan menggunakan pelita kerajaan. lalu, Umar pun memadamkan pelita itu dan menggunakan pelita yang lain…

lalu berkatalah Jiran Umar Abdul Aziz,

Jiran: “wahai khalifah,mengapa tuan padamkan pelita yang tadi dan menyalakan pelita yang lagi satu”

Khalifah Umar: “Pelita yang tadi kepunyaan kerajaan dan saya hanya gunakan apabila menjalankan urusan rasmi. pelita yang baru dipasangkan ini kepunyaan peribadi dan keluargaku.saya tidak boleh gunakan pelita kerajaan bagi urusan peribadi,kerana itu amanah seorang khalifah.”

lalu, Jiran Khalifah bertanya,

Jiran : “Wahai Khalifah, tuan seorang khalifah yang memegang amanah. bagaimana tuan dapat menjaga amanah itu?”

Umar : “Tuhan melihat apa yang saya lakukan, Malaikat sentiasa mencatat semua amalan saya. takutkan neraka jahannam itu membuatkan saya sangat takut hendak melakukan penyelewangan….”

MashaAllah…

pemimpin yang hebat, melahirkan rakyat yang hebat..
pemimpin yang bertaqwa, membuahkan rakyat yang bertaqwa…
subhanallah.
Umar Abdul Aziz, mengenyangkan perut rakyatnya melebihi perutnya sendiri!


Advertisements

kalau bukan kerana rotan

“aduh atuk! sakit sakit!” aku mengerang kesakitan. berbirat juga tapak tanganku dek penangan rotan buluh atuk.

“lain kali, sebelum datang mengaji, baca dulu di rumah, jangan nak asyik main basikal je. baca Al-Quran ni penting. ada tertibnya.” separuh lembut separuh keras nada suara atuk. lantas rotan buluh diletakkan di tepi.

“baik tuk.” aku menggangguk tunduk. lantas tangan berkedutnya aku kucup sambil menahan sendu.

“esok datang, jangan tak datang.” tegas atuk.

‘tengoklah’. sambil mengerling pada atuk aku berlalu pergi. lambat dah nak tengok citer…

atuk bukanlah atuk kandungku, lelaki berjasa itu jiran tetanggaku dahulu. sejak dari tadika, setiap petang aku pasti ke rumahnya. mahu ‘berguru’ dengannya walaupun aku ni agak ‘rajin’ lah dahulu. jiwa kanak-kanak sering memberontak, kenapalah pentingnya ‘berguru’ untuk belajar Al-Quran, perlukah aku penat-penat pergi rumah atuk walaupun aku dah tahu membaca Al-Quran. kenapa ya?

suatu hari dalam sejarah.

aku tanya pada atuk.

“atuk, intan dah taknak belajar mengaji dah, intan nak baca sendiri, nak khatam cepat. dengan atuk lambat, satu hari satu muka surat je, macam mana nak habis cepat tuk?.”

waah, masa tu, semua rakan-rakan mengaji tergamam, ada juga yang menaikkan ibu jarinya menghala kepadaku, simbol ‘bagus’ aku kira. ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa keringatku berderu-deru turun, musim dingin, kemarau semua berlalu, tangan sejuk macam beku. argh! aku dah sedia nak menadah tangan menerima penangan ‘rotan buluh’ atuk.

atuk senyap.

aku rasa bersalah.

Papp!

aku terkejut, kus semangat.

rotan buluh bukan mengena pada tanganku, tapi pada tikar mengkuang milik opah.

sekali lagi.

Papp!

aku gementar, nampaknya aku akan terima nasib yang sama macam tikar mengkuang tu. apaaaalah nasib badan

tiba-tiba…

“intan, tahu tak kenapa rotan ni tak pernah rosak walaupun atuk dah dua kali libas tikar ni, tapi rotan ni tak patah pun.” lembut suara atuk. rasa bersalah makin menebal dalam hati. ‘buat apalah aku pergi tanya soalan tu. adus!’

“err.. tak tahulah tuk…” jawapku agak gagap.

“sebab rotan ni kukuh! tahan lasak! sebab pembuatannya pun agak rumit, bagi yang tak sabar, memang takkan dapat hasilkan rotan yang berkualiti.” jawab atuk ringkas.

aku masih terpinga-pinga.

apa kaitannya antara rotan dan aku yang nak berhenti belajar mengaji nih?.

kepala digarukan walaupun tidak gatal. tanda hilang idea. ‘tulah tadi banyak sangat cakap, kan dah kena hadiahnya.’

“rotan ni, dibuat dari belahan buluh yang kemudiannya diraut nipis untuk lebih licin dan mudah dilentur. kemudian setelah diraut, dijemur seketika.” telus atuk berkata. tapi aku masih gusar, gumam, serba tak kena.

“tapi tuk, apa kene mengena mengaji dengan rotan tuk?”

“begitulah juga mengaji cu, mengaji ni kalau nak pandai perlu ada yang mengasah, perlu ada yang meraut, sedikit-sedikit, melalui proses yang lama, baru kukuh ilmunya, tak mudah lupa dan boleh sentiasa digunakan yakni diamalkan.” syarah atuk pendek.

Papp!

terkena batang hidung sendiri.

belahan rautan buluh itu bagai memiat hatiku mengiyakan setiap kata-kata atuk.

ye! aku perlu jadi seperti rotan, perlu sabar untuk kuat, biar aku berguna untuk masyarakat nanti. inshaallah.

“tapi kan atuk, kalau mengaji hari ni habis awal boleh tak? nak tengok citer kat Tv… ngeh ngeh” menyengeh menampakkan gigi kapak dua butir.

***

p/s : ada usaha untuk jadi lebih ‘baik‘, banyak juga usaha yang menjadikan kita kurang ‘baik’. naudzubillah.




kerana cinta itu buta

C.I.N.T.A  K.I.T.A

Sampai bila

Manakah satu arah kita

Yang sebenar-benarnya…


Arahnya hanya satu. Kembali kepada Allah. Itu sahaja. Kerana cinta yang sementara itu, manusia jadi buta, tak mengenal mana satu permata mana satu manikam. Kerana cinta yang sekejap Cuma asyiknya itu, manusia jadi alpa, tak mengerti mana satu yang lebih berharga. Percintaan yang hanya setahun dua nafasnya, nyawa jadi taruhan, seolah-seolah nyawa itu tiada harganya, tiada nilainya.


C.I.N.T.A B.U.T.A


Buta hati, buta jiwa, buta fikiran. Segalanya bukan kabur, tapi BUTA. Langkah hidup yang kiranya masih panjang, tetapi kerana buta, yang panjang sengaja dipendekkan. Kemana perginya akal? Kemana perginya hati? Bukankah letaknya cinta itu dalam hati? Namun, hati dan jiwa juga menjadi mangsa kerana cinta yang bertunjangkan hawa nafsu dan bukan kerana Allah.

C.I.N.T.A G.I.L.A

Kalau bukan kerana cinta, tidak akan gila. Gila untuk memiliki. Gila untuk menguasai. Sehingga sanggup diri dikuasai amarah Syaitan yang tidak lagi asing hingga kini. 18 tahun hidup didunia tidak berguna dek kecewanya dengan kegagalan 2 tahun bercinta. Si wanita mengirim nota, minta biar dilepaskan kerana hati tidak lagi rasa menyinta. Oh, adakah cinta itu hanya bernilai sehelai nota?

Si lelaki tidak mengerti mana salahnya. Tidak memahami mana silapnya. Seharian diri dikurungi jua, tanpa sebarang cahaya, tanpa sebarang perutnya diisi. Kiranya, kekecewaan yang ditanggungi melebihi harga hidup yang dilaluinya selama 18tahun.

lalu, mengambil jalan singkat melarikan diri dari masalah. melarikan diri selamanya.

Ibu yang tidak percaya, menangis hiba saat terpana melihat anaknya yang sudah terjelur lidahnya, tersangkut di palang atap, dililit lehernya dengan kain langsir buatan ibunya. Ibunya tidak menyangka, yang terjerut itu adalah anaknya. Ibunya tidak berdaya, kerana nyawa anaknya sudah tiada. lantas tersimpuh mengenangkan nasib anak yang dahulu 9 bulan dalam kandungannya.

si ayah tergamam hiba, lalu mencari punca, pesanan ringkas di telefon bimbit anaknya dibaca, tahulah dia anaknya begitu kerana kecewa.

dan takdir telah menentukan segala, anaknya pergi buat selamanya.

kerana C.I.N.T.A diturutkan segala

kerana C.I.N.T.A badan binasa…

nota : Al-Fatihah buat Allah Yarham si polan [anak buah jiran saya].

p/s : Kalau Allah sudah menyinta, bukan penduduk langit sahaja yang ikut menyinta, malah seluruh penduduk langit dan bumi turut menyinta. kerana cinta Allah mendahului segala. noktah.

kembali ke asal

6Mei, aku kembali ke kampung halaman semula, mahu mencari semangat yang hilang mungkin? 2 kali berturut hujung minggu aku luangkan buat keluarga, bukan kerana apa, tetapi kerana hati yang mahukan kedamaian, lalu aku kembali ke tempat asalku.

aku mula belajar berdikari, belajar pulang sendiri. masuk kali ini, kali yang kedua aku pulang seorang diri setelah setahun mengembara di bumi Gombak ini. akhirnya aku belajar berani mengatur langkah sendiri. bukan apa, bukan tiada motif, ada, cumanya, biar aku sahajalah yang menyimpannya rapi.

alhamdulillah, perjalanan kali ini berjalan lancar, bermulanya tapak kaki melangkah di perhentian bas berhadapan CELPAD UIA, selang lima minit, bas yang dinanti berkunjung tiba, lafaz syukur tidak berhenti hiba. tiba di terminal putra, kaki bergerak melangkah laju, tiket LRT dibeli tanpa ragu, rupanya, taman-taman indah mula berputik di dalam kalbu. oh! aku ingin pulang!. orang-orangnya tidak ramai seperti selalu, mungkin belum waktu rehat bekerja lagi, terus aku duduk tenang memerhati jendela LRT yang memaparkan seribu warna Alam. subhanallah, semuanya berasal dari Allah. siapakah kita untuk menidakkannya?.

KL central, perhentian kedua sebelum mengorak langkah ke destinasi yang dituju. aku dikejutkan dengan seorang warga yang tidak berapa emas, dalam 40 an mungkin, wanita itu lantas menyapa bahuku. terkejut! ingatkan siapa!. “anak, beg tangan makcik hilang, makcik takde duit nak balik ni nak. boleh beri makcik dalam sepuluh ringgit?” memang fitrah manusia, ada sikap belas, namun tidak aku nafikan, aku ragu saat itu. “makcik boleh lapor kat guard kat situ, cakap beg tangan mak cik hilang. mungkin dia boleh tolong.” aku berlaku jujur melontarkan pandangan. namun, “anak ni, macam taknak tolong makcik je, makcik betul-betul terdesak ni, makcik mintak 10 ringgit saje, takkan takde??.” nadanya sedikit keras. tapi aku tetap berlagak tenang. ” Maaf makcik, saya nak cepat ni, takut terlepas bas, saya pergi dulu. assalamualaikum.” lalu aku segera berlalu pergi.

alhamdulillah! Bas U70 masih berhenti ditepi jalan berdekatan dengan stesen monorail. not dua ringgit 50sen aku keluarkan, lantas mencari tempat duduk. hanya ada dua tempat kosong, tetapi aku memilih untuk berdiri, kerana yang satu itu bersebelahan dengan lelaki asing, dan yang lagi satu bersebelahan dengan lelaki cina. ‘tak apalah, mungkin ada yang akan turun nanti.’ bas mula bergerak, aku bersandar pada cermin tingkap sambil memaut pada besi pemegang. pandanganku terlontar pada jalan-jalan disebelah kiriku. ada sebak juga tatkala terkenang wanita 40 an di KL central tadi, ‘sungguh, aku memang tidak punya not sepuluh ringgit tatkala itu, aku hanya punya wang yang secukupnya untuk tambang bas. maafkan aku makcik!’.

jauh mengelamun memerhatikan alam dan makhluk Allah, belbagai-bagai ragam dan jenisnya. seringkali menerpa di kotak minda, taraf hidup kita sekarang sememangnya kelas pertama. makan, pakai semuanya cukup, tidak miskin dan tidak kaya, sederhana sahaja seperti aku. namun, mentaliti dan sensitiviti masyarakat kita sekarang kurang, dan mungkin di kelas ketiga. tengok kiri sampah, tengok kanan sampah, dalam bas pun punya sampah, itu tandanya masyarakat kita sekarang punya minda kelas ketiga iaitu kurangnya sensitiviti terhadap kebersihan alam. tetapi, saya tak katakan semua, mungkin segelintir sahaja.

melihat pula pada mentaliti kanak-kanak atau remaja sekarang, kurang punya visi dan misi atau matlamat kenapa perlunya pendidikan di sekolah. huuh

“Aisyyiii, ponteng ka?” tegur seorang rakan sekolahnya..

“mana adalah. aku..” jawabnya suram

“alah, takpe, aku faham. kau tak suka cikgu matematik kan?. takpe, aku tak kasi pecah tembelang kau. ok aku chaw dulu!”

lalu rakannya turun di perhentian berhadapan sekolahnya. dan dia menyalin pakaian sekolahnya kepada pakaian biasa.

hmm dimana silapnya pendidikan kita sekarang? dimana kurangnya penekanan terhadap pentingnya pendidikan awal?.

minda kelas pertama Vs Minda kelas ketiga. dimana minda kita terletak?

***

14 Mei, aku pulang lagi. ke tempat asalku.

🙂

Wahana Al-Irsyad

Assalamualaikum 🙂

pada semester lepas, saya bersama team al-irsyad iaitu, [umairah, shuhadah, nuri dan asma’] telah menyiapkan sebuah risalah khusus buat tatapan semua pencinta Bahasa Arab dan umumnya kepada semua sahabat-sahabat yang sudi ziarah. 😉

kami telah memaparkan beberapa slot yang menggunakan bahasa Arab seperti slot belajar hadith, belajar perkataan dan perbualan dalam Bahasa Arab, kata-kata dan syair-syair, dan juga Komik didalam Bahasa Arab!.

tanpa segan silunya, kami mempersembahkan …

Al-Irsyad

muka surat pertama

klik pada gambar untuk tumbesaran 🙂


muka surat kedua

klik pada gambar untuk tumbesaran 🙂

ini adalah komik asal yang telah di Copy & Paste dari sumber yang saya dah lupa alamatnya. maaf ye 😉




Dan ini adalah terjemahan daripada komik asal dan telah di semak ‘nahu dan sorof’ nya oleh ustaz-ustaz dan ustazah.


diharap kepada semua sahabat-sahabat mendapat manfaat daripada Risalah yang telah kami paparkan. Inshaallah, setelah Al-Irsyad yang terbaru telah siap, saya akan paparkan dan kongsikan disini.

selamat belajar! 🙂

kerana Nila yang bertitik-titik

  • klang central
  • 1.45PM
  • 2 Mei 2009

“Hai miss. Boleh saya duduk sini?” seorang wanita cina 40-an menyapaku.

Aku terpanalah, tak pernah-pernah ada orang non-muslim mohon izin duduk sebelah aku, walhal, masih banyak tempat duduk di perkarangan tempat menunggu bas. Ibu, ayah ke surau sebentar. Tinggal aku seorang diri menjaga barang.

“boleh, silakan.” Aku melunaskan senyuman semanis mungkin. Kataku bermonolog ‘kita adalah duta Islam. kalau hilang senyuman, hilanglah manis duta Islam itu!’

“aiyya miss, aunty mau tanya boleh kah? Aunty dah lama pening pikir perkara ni. Aunty ingat nak tanya orang Melayu, tapi tak jumpa-jumpa yang sesuai. Aunty risau kalau orang melayu pikir aunty nak sibuk pasal agama mereka. Tapi aunty tetap mau tanya juga..”

Ramah. Mudah di ajak berbual dan berfikiran terbuka kiraku. Dalam hati bagai ada bom yang tinggal 5 minit sahaja untuk meletup. Tertanya-tanya, Soalan apa yang menjadi tanda tanya penganut berbangsa cina ni. Musykil-musykil. Dup dap dub dap… huuu

“boleh aunty, kalau saya punya jawapan, saya akan cuba jawab.” Masih lagi tak lekang dengan senyuman. Duta lah katakan? Huuu

“kenapa ya? Aunty tengok orang Melayu ada macam-macam jenis. Sebenarnya orang melayu ni orang Islam kan? Tetapi, kenapa ya aunty tengok pakaian orang melayu macam-macam? Ada yang pakai tutup di atas kepala tetapi lengan atau tangan mereka tidak ditutup, tambah pula, baju yang ketat. Ada juga, yang pakai tutup atas kepala, tapi bila jalan, nampak kaki, maksud aunty nampak sampai atas betis. Bila aunty tengok adik pula, adik pakai baju kurung, tutup semua, dengan kaki sekali. Sebenarnya Melayu atau Islam ini macam-mana ya? Boleh pakai suka-suka hati ya macam agama aunty juga?”

Mataku tak berkedip, jantung berdegup kencang, keringat mula membasahi di liang-liang roma dahi, tangan ada sedikit sejuk, Cuma tidak menampakkan urat biru. Aduh, bagaimana ya? Ini bukan orang Islam, jauh lagi faham agama Islam. aku duta, takkan mahu bagi tafsiran salah?.

Malu pun ada. Bagaimana masyarakat Islam yang menjadi Duta sendiri kepada Islam telah menjadi hujah mereka yang bukan muslim untuk menimbulkan kemusykilan agama Islam. Malu sungguh. Betapa, mereka yang bukan Islam prihatin juga dengan ‘masalah dalaman’ penganut Islam. masakan air yang keruh tidak kelihatan? Sekali bah terus berubah. Sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Tetapi aku kira, ini bukan setitik lagi, mau bertitik-titik!

“aunty, aunty pernah tak tengok atau ambil setandan pisang?.” Tanyaku beranalogi mungkin?.

“pernahla amoyy. Soli ar, aunty tersasul. Pernah-pernah, belakang rumah aunty ada jiran tanam pokok pisang. Aunty pernah dapat setandan pisang dari jiran itu.” Jawabnya bersahaja.

“aunty, kalau macam tu aunty, dalam banyak-banyak pisang, ada tak pisang yang busuk? Atau semuanya elok?.” Berbahasa basi pula aku ya?

“mestila ada adik, mana ada semuanya yang elok. Dalam banyak-banyak tu adala dua, tiga empat yang busuk. Kenapa adik tanya pasal pisang ya? Aunty kurang faham.” Ujarnya musykil mungkin?

Checkmate!

“bagitu juga dalam agama Islam aunty. Islam adalah pucuk pisang atau jantungnya, dan buah-buahnya adalah penganutnya. Bukan semua penganut agama Islam menjadi buah yang elok dan baik. Jadi, sebagaimana kita ambil buah pisang yang elok, begitu juga kita sebagai manusia melihat kepada benda-benda yang elok. Maka, lihatlah pada bangsa melayu yang beragama Islam yang elok pakaiannya. Maknanya, aunty akan dapat lihat bagaimana ajaran Islam yang sebenarnya.”

“Maksudnya adik?”

“maksudnya, dalam banyak-banyak penganut Islam, bukan semua mengikuti ajaran Islam secara menyeluruh. Sebenarnya, bukan agama Islam yang tidak lengkap, tetapi penganutnya yang memilih-milih hukum yang sesuai dengan kehendak mereka. Islam ini bukan agama yang menyusahkan, bukan juga agama yang leceh. Islam mendidik penganutnya terutama wanita untuk menjaga maruah dengan menutup aurat. Apabila wanita Islam menutup aurat, maka tidak berlakulah kes pencabulan atau sepertinya, kerana lelaki tidak dapat melihat bahagian tubuh wanita secara terus. Tentu agama aunty pun membenci kes-kes pencabulan kan? Kerana ia mengganggu hak asasi manusia dan keselamatan.”

“oh, baru aunty faham kenapa Islam menyuruh pelempuan menutup semua badan. Untuk melindungi.”

Dia senyap, aku pun masih senyap dan tersenyum!

“jadinya, orang melayu Islam yang tutup kepala tetapi pakai baju jarang dan ketat nampak lengan dan betis itu buah pisang yang busuklah ya?”

Gelak kami terhambur!

“begitulah aunty. Jadi jangan makan pisang yang busuk ya!”

*[jangan melihat pada satu aspek yang negatif sahaja. dan jangan menghukum.]

Senyuman masih terukir. Sambil menguntum senyum, aku meminta izin mahu pergi ke platform bas adik yang sudah tiba basnya.

Jumpa lagi!

Ya Allah, Hidayah itu milik-Mu, sampaikanlah hidayah-Mu padanya. Amin ya rabbal alamin.

***

“Kita duta Islam.”

Mana yang baik ambil, mana yang busuk buang!

carilah kebahagiaan

baru-baru ni, saya ada membaca sebuah buku karangan Dr. Aidh Al-Qarni, dan didalamnya terdapat pendapat Imam As-Shafie tentang kebahagiaan.

Menurut Imam As-Shafie  ada 6 cara untuk meraih kebahagiaan hakiki iaitu :

  • Kecerdasan

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal” (QS. Ali Imran : 190)

“(yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran : 191)

“Aku adalah apa yang hamba-Ku fikirkan” (Hadist Qudsi)

  • Perhatian

Perhatian disini ialah bagaimana orang itu lebih memperhatikan akhiratnya daripada dunianya tapi bukan bererti seseorang itu harus berterusan melakukan Ibadah semata tanpa ada usaha lain untuk bekerja demi tanggungjawabnya pada dunia kerana Rasulullah saw juga bekerja sebagaimana kita dan Baginda juga berkahwin di mana bekerja dan berkahwin adalah hal  duniawi. Jadi selain bekerja dan hal-hal dunia yang lainnya (selain hal maksiat)  kita juga tidak seharusnya melupakan kehidupan akhirat, kerana kita juga seharusnya lebih memberikan perhatian tentang apakah ibadah yang kita lakukan itu sudah sempurna  dan terus berusaha memperbaiki dan menambah ibadah dan amal shalih. Demi akhirat.

  • Kesungguhan

Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan keinginan kita agar dapat menikmati akhirat nanti. Jangan hanya berdoa saja tanpa ibadah, walaupun berdoa 10 kali sehari tapi tidak solat dan berterusan melakukan maksiat kerana yang ada hanya harapan kosong. Jadi bersungguh-sungguhlah, berusahalah untuk terus melakukan ibadah

  • kemampuan

Dalam mempelajari syariat islam kita tentunya memerlukan kemampuan. Lalu bagaimana dengan orang-orang yang tidak mampu ?

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah : 286)

Tapi alangkah baiknya bagi anda yang diberikan kelebihan untuk membantu orang-orang yang tidak mampu yang ingin mempelajari islam, atau membantu untuk meringankan kesusahan orang-orang fakir asal jangan membantu orang yang kesusahan ingin berbuat maksiat.

“Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” (QS. Al-Baqarah : 286)

  • Bimbingan orang yang lebih pintar

Maksud berteman dengan orang-orang yang pintar di sini ialah orang-orang yang pintar dalam hal agama bukan pintar dalam bermaksiat, berteman dengan orang-orang shalih banyak mendatangkan keuntungan buat kita sendiri yaitu mereka dapat menasihati kita pada saat kita melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat islam, membantu kita supaya tetap istiqomah di jalan Allah ini.

Tapi hal ini bukan berarti kita harus menjauhi orang-orang yang hidupnya bergelumangan maksiat, kalau anda merasa bahwa anda adalah jenis orang yang boleh mempengaruhi maka ajaklah pelaku maksiat itu secara perlahan-lahan untuk mengikuti jalan Allah tetapi jika anda jenis orang yang mudah terpengaruh maka anda harus  menjauhi mereka.

  • Waktu yang panjang

Teruslah untuk melakukan amal shalih dan jangan pernah berhenti untuk menebar kebajikan di sekitar anda. panjangkanlah waktu solat anda dan jangan terburu-buru ingin segera mengakhirkan shalat, kerana  pada saat solat itulah kita benar-benar berhadapan dengan Sang Pencipta, tumpukan perhatian anda dan kurangkanlah tumpuan tentang dunia pada saat solat.

Memang bukan perkara yang senang untuk membuat fikiran kita tidak melayang-layang pada saat solat tapi juga bukan perkara yang mustahil selama kita terus menerus mencubanya. Ingat, jangan pernah menyerah untuk terus menerus merapatkan diri dengan Allah. kerana selangkah kita melangkah kepada-Nya, berlari Diamerapati kita. inshaallah.