kerana Nila yang bertitik-titik

  • klang central
  • 1.45PM
  • 2 Mei 2009

“Hai miss. Boleh saya duduk sini?” seorang wanita cina 40-an menyapaku.

Aku terpanalah, tak pernah-pernah ada orang non-muslim mohon izin duduk sebelah aku, walhal, masih banyak tempat duduk di perkarangan tempat menunggu bas. Ibu, ayah ke surau sebentar. Tinggal aku seorang diri menjaga barang.

“boleh, silakan.” Aku melunaskan senyuman semanis mungkin. Kataku bermonolog ‘kita adalah duta Islam. kalau hilang senyuman, hilanglah manis duta Islam itu!’

“aiyya miss, aunty mau tanya boleh kah? Aunty dah lama pening pikir perkara ni. Aunty ingat nak tanya orang Melayu, tapi tak jumpa-jumpa yang sesuai. Aunty risau kalau orang melayu pikir aunty nak sibuk pasal agama mereka. Tapi aunty tetap mau tanya juga..”

Ramah. Mudah di ajak berbual dan berfikiran terbuka kiraku. Dalam hati bagai ada bom yang tinggal 5 minit sahaja untuk meletup. Tertanya-tanya, Soalan apa yang menjadi tanda tanya penganut berbangsa cina ni. Musykil-musykil. Dup dap dub dap… huuu

“boleh aunty, kalau saya punya jawapan, saya akan cuba jawab.” Masih lagi tak lekang dengan senyuman. Duta lah katakan? Huuu

“kenapa ya? Aunty tengok orang Melayu ada macam-macam jenis. Sebenarnya orang melayu ni orang Islam kan? Tetapi, kenapa ya aunty tengok pakaian orang melayu macam-macam? Ada yang pakai tutup di atas kepala tetapi lengan atau tangan mereka tidak ditutup, tambah pula, baju yang ketat. Ada juga, yang pakai tutup atas kepala, tapi bila jalan, nampak kaki, maksud aunty nampak sampai atas betis. Bila aunty tengok adik pula, adik pakai baju kurung, tutup semua, dengan kaki sekali. Sebenarnya Melayu atau Islam ini macam-mana ya? Boleh pakai suka-suka hati ya macam agama aunty juga?”

Mataku tak berkedip, jantung berdegup kencang, keringat mula membasahi di liang-liang roma dahi, tangan ada sedikit sejuk, Cuma tidak menampakkan urat biru. Aduh, bagaimana ya? Ini bukan orang Islam, jauh lagi faham agama Islam. aku duta, takkan mahu bagi tafsiran salah?.

Malu pun ada. Bagaimana masyarakat Islam yang menjadi Duta sendiri kepada Islam telah menjadi hujah mereka yang bukan muslim untuk menimbulkan kemusykilan agama Islam. Malu sungguh. Betapa, mereka yang bukan Islam prihatin juga dengan ‘masalah dalaman’ penganut Islam. masakan air yang keruh tidak kelihatan? Sekali bah terus berubah. Sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Tetapi aku kira, ini bukan setitik lagi, mau bertitik-titik!

“aunty, aunty pernah tak tengok atau ambil setandan pisang?.” Tanyaku beranalogi mungkin?.

“pernahla amoyy. Soli ar, aunty tersasul. Pernah-pernah, belakang rumah aunty ada jiran tanam pokok pisang. Aunty pernah dapat setandan pisang dari jiran itu.” Jawabnya bersahaja.

“aunty, kalau macam tu aunty, dalam banyak-banyak pisang, ada tak pisang yang busuk? Atau semuanya elok?.” Berbahasa basi pula aku ya?

“mestila ada adik, mana ada semuanya yang elok. Dalam banyak-banyak tu adala dua, tiga empat yang busuk. Kenapa adik tanya pasal pisang ya? Aunty kurang faham.” Ujarnya musykil mungkin?

Checkmate!

“bagitu juga dalam agama Islam aunty. Islam adalah pucuk pisang atau jantungnya, dan buah-buahnya adalah penganutnya. Bukan semua penganut agama Islam menjadi buah yang elok dan baik. Jadi, sebagaimana kita ambil buah pisang yang elok, begitu juga kita sebagai manusia melihat kepada benda-benda yang elok. Maka, lihatlah pada bangsa melayu yang beragama Islam yang elok pakaiannya. Maknanya, aunty akan dapat lihat bagaimana ajaran Islam yang sebenarnya.”

“Maksudnya adik?”

“maksudnya, dalam banyak-banyak penganut Islam, bukan semua mengikuti ajaran Islam secara menyeluruh. Sebenarnya, bukan agama Islam yang tidak lengkap, tetapi penganutnya yang memilih-milih hukum yang sesuai dengan kehendak mereka. Islam ini bukan agama yang menyusahkan, bukan juga agama yang leceh. Islam mendidik penganutnya terutama wanita untuk menjaga maruah dengan menutup aurat. Apabila wanita Islam menutup aurat, maka tidak berlakulah kes pencabulan atau sepertinya, kerana lelaki tidak dapat melihat bahagian tubuh wanita secara terus. Tentu agama aunty pun membenci kes-kes pencabulan kan? Kerana ia mengganggu hak asasi manusia dan keselamatan.”

“oh, baru aunty faham kenapa Islam menyuruh pelempuan menutup semua badan. Untuk melindungi.”

Dia senyap, aku pun masih senyap dan tersenyum!

“jadinya, orang melayu Islam yang tutup kepala tetapi pakai baju jarang dan ketat nampak lengan dan betis itu buah pisang yang busuklah ya?”

Gelak kami terhambur!

“begitulah aunty. Jadi jangan makan pisang yang busuk ya!”

*[jangan melihat pada satu aspek yang negatif sahaja. dan jangan menghukum.]

Senyuman masih terukir. Sambil menguntum senyum, aku meminta izin mahu pergi ke platform bas adik yang sudah tiba basnya.

Jumpa lagi!

Ya Allah, Hidayah itu milik-Mu, sampaikanlah hidayah-Mu padanya. Amin ya rabbal alamin.

***

“Kita duta Islam.”

Mana yang baik ambil, mana yang busuk buang!

2 thoughts on “kerana Nila yang bertitik-titik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s