kembali ke asal

6Mei, aku kembali ke kampung halaman semula, mahu mencari semangat yang hilang mungkin? 2 kali berturut hujung minggu aku luangkan buat keluarga, bukan kerana apa, tetapi kerana hati yang mahukan kedamaian, lalu aku kembali ke tempat asalku.

aku mula belajar berdikari, belajar pulang sendiri. masuk kali ini, kali yang kedua aku pulang seorang diri setelah setahun mengembara di bumi Gombak ini. akhirnya aku belajar berani mengatur langkah sendiri. bukan apa, bukan tiada motif, ada, cumanya, biar aku sahajalah yang menyimpannya rapi.

alhamdulillah, perjalanan kali ini berjalan lancar, bermulanya tapak kaki melangkah di perhentian bas berhadapan CELPAD UIA, selang lima minit, bas yang dinanti berkunjung tiba, lafaz syukur tidak berhenti hiba. tiba di terminal putra, kaki bergerak melangkah laju, tiket LRT dibeli tanpa ragu, rupanya, taman-taman indah mula berputik di dalam kalbu. oh! aku ingin pulang!. orang-orangnya tidak ramai seperti selalu, mungkin belum waktu rehat bekerja lagi, terus aku duduk tenang memerhati jendela LRT yang memaparkan seribu warna Alam. subhanallah, semuanya berasal dari Allah. siapakah kita untuk menidakkannya?.

KL central, perhentian kedua sebelum mengorak langkah ke destinasi yang dituju. aku dikejutkan dengan seorang warga yang tidak berapa emas, dalam 40 an mungkin, wanita itu lantas menyapa bahuku. terkejut! ingatkan siapa!. “anak, beg tangan makcik hilang, makcik takde duit nak balik ni nak. boleh beri makcik dalam sepuluh ringgit?” memang fitrah manusia, ada sikap belas, namun tidak aku nafikan, aku ragu saat itu. “makcik boleh lapor kat guard kat situ, cakap beg tangan mak cik hilang. mungkin dia boleh tolong.” aku berlaku jujur melontarkan pandangan. namun, “anak ni, macam taknak tolong makcik je, makcik betul-betul terdesak ni, makcik mintak 10 ringgit saje, takkan takde??.” nadanya sedikit keras. tapi aku tetap berlagak tenang. ” Maaf makcik, saya nak cepat ni, takut terlepas bas, saya pergi dulu. assalamualaikum.” lalu aku segera berlalu pergi.

alhamdulillah! Bas U70 masih berhenti ditepi jalan berdekatan dengan stesen monorail. not dua ringgit 50sen aku keluarkan, lantas mencari tempat duduk. hanya ada dua tempat kosong, tetapi aku memilih untuk berdiri, kerana yang satu itu bersebelahan dengan lelaki asing, dan yang lagi satu bersebelahan dengan lelaki cina. ‘tak apalah, mungkin ada yang akan turun nanti.’ bas mula bergerak, aku bersandar pada cermin tingkap sambil memaut pada besi pemegang. pandanganku terlontar pada jalan-jalan disebelah kiriku. ada sebak juga tatkala terkenang wanita 40 an di KL central tadi, ‘sungguh, aku memang tidak punya not sepuluh ringgit tatkala itu, aku hanya punya wang yang secukupnya untuk tambang bas. maafkan aku makcik!’.

jauh mengelamun memerhatikan alam dan makhluk Allah, belbagai-bagai ragam dan jenisnya. seringkali menerpa di kotak minda, taraf hidup kita sekarang sememangnya kelas pertama. makan, pakai semuanya cukup, tidak miskin dan tidak kaya, sederhana sahaja seperti aku. namun, mentaliti dan sensitiviti masyarakat kita sekarang kurang, dan mungkin di kelas ketiga. tengok kiri sampah, tengok kanan sampah, dalam bas pun punya sampah, itu tandanya masyarakat kita sekarang punya minda kelas ketiga iaitu kurangnya sensitiviti terhadap kebersihan alam. tetapi, saya tak katakan semua, mungkin segelintir sahaja.

melihat pula pada mentaliti kanak-kanak atau remaja sekarang, kurang punya visi dan misi atau matlamat kenapa perlunya pendidikan di sekolah. huuh

“Aisyyiii, ponteng ka?” tegur seorang rakan sekolahnya..

“mana adalah. aku..” jawabnya suram

“alah, takpe, aku faham. kau tak suka cikgu matematik kan?. takpe, aku tak kasi pecah tembelang kau. ok aku chaw dulu!”

lalu rakannya turun di perhentian berhadapan sekolahnya. dan dia menyalin pakaian sekolahnya kepada pakaian biasa.

hmm dimana silapnya pendidikan kita sekarang? dimana kurangnya penekanan terhadap pentingnya pendidikan awal?.

minda kelas pertama Vs Minda kelas ketiga. dimana minda kita terletak?

***

14 Mei, aku pulang lagi. ke tempat asalku.

🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s