kalau bukan kerana rotan

“aduh atuk! sakit sakit!” aku mengerang kesakitan. berbirat juga tapak tanganku dek penangan rotan buluh atuk.

“lain kali, sebelum datang mengaji, baca dulu di rumah, jangan nak asyik main basikal je. baca Al-Quran ni penting. ada tertibnya.” separuh lembut separuh keras nada suara atuk. lantas rotan buluh diletakkan di tepi.

“baik tuk.” aku menggangguk tunduk. lantas tangan berkedutnya aku kucup sambil menahan sendu.

“esok datang, jangan tak datang.” tegas atuk.

‘tengoklah’. sambil mengerling pada atuk aku berlalu pergi. lambat dah nak tengok citer…

atuk bukanlah atuk kandungku, lelaki berjasa itu jiran tetanggaku dahulu. sejak dari tadika, setiap petang aku pasti ke rumahnya. mahu ‘berguru’ dengannya walaupun aku ni agak ‘rajin’ lah dahulu. jiwa kanak-kanak sering memberontak, kenapalah pentingnya ‘berguru’ untuk belajar Al-Quran, perlukah aku penat-penat pergi rumah atuk walaupun aku dah tahu membaca Al-Quran. kenapa ya?

suatu hari dalam sejarah.

aku tanya pada atuk.

“atuk, intan dah taknak belajar mengaji dah, intan nak baca sendiri, nak khatam cepat. dengan atuk lambat, satu hari satu muka surat je, macam mana nak habis cepat tuk?.”

waah, masa tu, semua rakan-rakan mengaji tergamam, ada juga yang menaikkan ibu jarinya menghala kepadaku, simbol ‘bagus’ aku kira. ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa keringatku berderu-deru turun, musim dingin, kemarau semua berlalu, tangan sejuk macam beku. argh! aku dah sedia nak menadah tangan menerima penangan ‘rotan buluh’ atuk.

atuk senyap.

aku rasa bersalah.

Papp!

aku terkejut, kus semangat.

rotan buluh bukan mengena pada tanganku, tapi pada tikar mengkuang milik opah.

sekali lagi.

Papp!

aku gementar, nampaknya aku akan terima nasib yang sama macam tikar mengkuang tu. apaaaalah nasib badan

tiba-tiba…

“intan, tahu tak kenapa rotan ni tak pernah rosak walaupun atuk dah dua kali libas tikar ni, tapi rotan ni tak patah pun.” lembut suara atuk. rasa bersalah makin menebal dalam hati. ‘buat apalah aku pergi tanya soalan tu. adus!’

“err.. tak tahulah tuk…” jawapku agak gagap.

“sebab rotan ni kukuh! tahan lasak! sebab pembuatannya pun agak rumit, bagi yang tak sabar, memang takkan dapat hasilkan rotan yang berkualiti.” jawab atuk ringkas.

aku masih terpinga-pinga.

apa kaitannya antara rotan dan aku yang nak berhenti belajar mengaji nih?.

kepala digarukan walaupun tidak gatal. tanda hilang idea. ‘tulah tadi banyak sangat cakap, kan dah kena hadiahnya.’

“rotan ni, dibuat dari belahan buluh yang kemudiannya diraut nipis untuk lebih licin dan mudah dilentur. kemudian setelah diraut, dijemur seketika.” telus atuk berkata. tapi aku masih gusar, gumam, serba tak kena.

“tapi tuk, apa kene mengena mengaji dengan rotan tuk?”

“begitulah juga mengaji cu, mengaji ni kalau nak pandai perlu ada yang mengasah, perlu ada yang meraut, sedikit-sedikit, melalui proses yang lama, baru kukuh ilmunya, tak mudah lupa dan boleh sentiasa digunakan yakni diamalkan.” syarah atuk pendek.

Papp!

terkena batang hidung sendiri.

belahan rautan buluh itu bagai memiat hatiku mengiyakan setiap kata-kata atuk.

ye! aku perlu jadi seperti rotan, perlu sabar untuk kuat, biar aku berguna untuk masyarakat nanti. inshaallah.

“tapi kan atuk, kalau mengaji hari ni habis awal boleh tak? nak tengok citer kat Tv… ngeh ngeh” menyengeh menampakkan gigi kapak dua butir.

***

p/s : ada usaha untuk jadi lebih ‘baik‘, banyak juga usaha yang menjadikan kita kurang ‘baik’. naudzubillah.




One thought on “kalau bukan kerana rotan

  1. “ada usaha untuk jadi lebih ‘baik‘, banyak juga usaha yang menjadikan kita kurang ‘baik’. naudzubillah.”

    saya setuju dengan kata-kata ni, dunia sememangnya menuntut kita bekorban, menuntut kita berjuang, bukan sekadar memerhati. banyak perkara kurang baik yang boleh menghalang dan mempengaruhi kita daripada melakukan perkara yang baik. naudzubillah.

    moga Allah memberikan hidayah dan petunjuk. amin

    p/s: saya suka setiap cerita yang kamu sampaikan, berhikmah dan padat dengan mesej.
    jazakillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s