Sahutlah wahai anak

“angah, tolong mak sekejap”

“err jap mak…”

“kakak, datang sini sekejap”

“erm, nanti boleh tak mak?”

“adik, adik…”

“mak nak ape?”

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. ” (Al-Isra’ : 23 & 24)

***

Suatu ketika, pada zaman Tabii’n.

“Ya Juraij, Ya Juraij. If-tah Al-bab.. (Wahai Juraij, Bukalah pintu ini)” Ibu Juraij memanggil anaknya yang bernama Juraij.

Juraij adalah seorang pemuda dari kalangan Tabii’n. Beliau adalah seorang pemuda yang kuat beribadah, belum mempunyai isteri pada ketika itu, dan seorang yang amat taat kepada kedua Ibu bapanya.

Tiada jawapan.

“Ya Juraij, Ya Juraij. If-tah Al-bab.. (Wahai Juraij, Bukalah pintu ini)” sekali lagi Ibu Juraij memanggil anaknya.

Tiada jawapan.

Juraij yang pada ketika itu sedang melakukan solat sunat dalam keadaan berasa serba salah.

“Ummi au Solaati.. (ibuku atau solatku..)”

Lalu beliau memilih untuk meneruskan solat dengan harapan ibunya akan menunggu dan beliau akan meminta maaf kerana tidak menyahut panggilan ibunya.

Ibunya yang menunggu di luar rumah berasa amat kecewa dengan perlakuan anaknya. Kalaulah ibunya tahu apa yang sedang dilakukan oleh anaknya.

Lantas ibunya menuturkan kata yang mafhumnya berdasarkan ungkapan orang Melayu,

“sampai hati kamu buat ibu begini, kamu tidak menyahut panggilan ibu. Tidak mengapalah, Allah akan membalas perlakuanmu dan memberikan kamu ujian yang hebat kelak!

Si ibu berduka cita dan kecewa, lantas menuturkan ungkapan, dan ungkapan seorang ibu adalah satu doa, dan doa seorang yang bernama ibu akan dimakbulkan Allah.

Masha Allah,

Doa si ibu dimakbulkan, keesokan harinya, satu ujian yang berat telah menimpa Juraij. Juraij adalah seorang pemuda yang sangat kuat berdakwah, di mana terdapat kelakuan yang salah, beliau akan menegurnya. Sehinggakan, terdapat segelintir orang yang menaruh dendam dan membencinya lalu merancang sesuatu rencana untuk memburukkan Juraij, pemuda yang Soleh.

Sebilangan orang telah mengupah seorang wanita untuk menggoda Juraij, dan tugas wanita itu akan selesai jikalah dia telah dihamilkan oleh Juraij.

Lantas, ketikamana pemuda yang soleh itu sedang melakukan ibadah, datang seorang wanita yang terus menerus menggodanya untuk berbuat maksiat. Wanita itu bahkan terus menggodanya tanpa seurat benang sekalipun ditubuhnya. Namun, Iman yang ada pada hati dan jasad Juraij tetap kukuh untuk tidak berpaling melakukan maksiat.

Wanita penggoda itu mula berputus asa, lantas keluar mencari mangsa. Dihujung kampung terdapat seorang pemuda pengembala kambing, lalu digodanya dan berlakulah penzinaan.

Doa si ibu dimakbulkan. Si anak menerima ujian yang berat kerana difitnah melakukan maksiat. Wanita itu telah hamil dan mengakui anak yang berada dalam kandungannya itu adalah anak Juraij.

Juraij telah difitnah!

Beliau dipanggil oleh orang sekelilingnya untuk mengakui perbuatannya. Namun beliau tidak menguyakannya kerana beliau berada dalam kebenaran.

“Saya tidak melakukannya, saya tidak melakukan penzinaan, anak ini bukan anak saya.”

Pengakuannya diragui ramai orang.

Fitnah telah menimpa dirinya.

Lalu, pemuda yang soleh itu meletakkan kedua tangannya ke dada anak kecil itu. Lalu berkata;

“Man Abuka? (siapa bapamu?)

Subhanallah, dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh berkata-kata;

“Abi Rai’yatul Syaah. (Bapaku seorang pengembala kambing.)”

Lalu, terbuktilah bahawa Juraij bukanlah bapa kepada bayi itu, dan beliau tidak melakukan penzinaan.

Ujian Allah telah diharungi oleh Juraij dengan sabar.

Dan ternyata, doa Ibu itu dimakbulkan Allah.

***

Wahai kakak, abang, adik, anak dan saudara,

Suatu ketika dahulu, Baginda SAW pernah menangis semahunya sehingga sahabat bertanya tentang sebab tangisan Baginda.

Lalu Baginda menjawab tentang kesedihannya yang tidak pernah merasai kenikmatan menyahut panggilan ibu bapa.

“sekiranya aku pada ketika itu sedang mendirikan solat, dan ketika itu ibuku sedang memanggilku, aku akan bersegera menyahut panggilannya.”

Baginda menangis.

Kerana Baginda tidak punya peluang sebegitu..

Baginda sudah Yatim Piatu semenjak usia kecilnya. Baginda tidak punya peluang menyahut panggilan ibunya.

Baginda menangis.

Kerana tidak punya peluang.

Tetapi kita, yang masih punya peluang menatap dan menyahut panggilan Ibu dan bapa kita, mengapakah kita mengendahkan mereka?.

Apakah kita sanggup menitiskan air mata ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita?

Apakah kita sanggup mengecawakan si ayah yang berpenat lelah menyara dan menjaga kita?

Selagi kita masih punya peluang.

Sahutlah.

Jawablah.

Dengan perkataan yang mulia.

Jawablah panggilan ibu dan bapamu.

Sahutlah.

Sahutlah wahai anak

***

Ye mak. Kakak datang ni. 🙂

*NOTA

  • Bayi yang boleh bercakap itu adalah salah seorang dari tujuh bayi yang boleh bercakap dalam sejarah.
  • sirah Tabii’n dan Kisah Baginda S.A.W dipetik dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9- Ustaz Badli Syah
Advertisements

bukan lempeng terbakar


  • minum petang
  • bumi Puchong
  • 6pm

ehem ehem, makan lempeng cicah kari, favorite! nampak simple, tapi bila ditambah perasa ‘kebahagiaan dan kemesraan’, yang simple dan ikhlas itulah yang meninggalkan kesan mendalam dalam hati.

Emak selalu berpesan, kalau nak masak ni senang saje, dan bukan hanya memerlukan skill, tapi apa yang penting ikhlas dan sambil memasak berzikir, itulah resepi kelazatan makanan. 🙂

begitu juga dengan kehidupan, apabila kita ikhlas dan sentiasa mengingati Allah, semua urusan menjadi lancar, orang di sekeliling pun percaya dan menyenangi sikap kita. barulah merasa kelazatan kehidupan. 😉

hidup ini sangat indah, jika segala perencah dan perasa yang perlu ada dicampurkan bersama. begitu juga kebahagiaan, walaupun hidup dalam serba-serbi kekurangan, yang kurang itu jadi indah, jika dikongsi bersama kan?

Selamat menjamu selera dengan resepi kelazatan kehidupan! 🙂

p/s : pada yang ingin merasa lempeng cicah kari, silalah berkunjung ke teratak rumah saye ye. 🙂

Dialah harta, dialah perhiasan dunia

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ” (Al-Kahfi : 46)


Dialah harta, dialah perhiasan dunia 🙂

Possing habeh! 😉

Photobucket

Yang Solehah adalah lebih baik di sisi Allah. Inshaallah

Macam Tajuk novel plak … huhu 😛

Photobucket

Jangan tenung lame-lame.. nanti jatuh hati.. huhu 😉

Photobucket

Photobucket

Mode : Suke kakak jadi bibik! 😉 15-days left. manfaatkan sebaiknya!

Sibukkanlah diri

إذا لم تشغل نفسك بالحق، شغلتك بالباطل

“Jika engkau tidak menyibukkan diri dengan kebenaran, maka dirimu akan disibukkan dengan yang Bathil”

Imam As-Shafie

  • Jika kita tidak menyesuaikan diri dengan selalu mengisi waktu dengan perkara yang bermanfaat, memanfaatkan masa dengan aktiviti teratur, maka kita akan terbawa-bawa dengan pemikiran yang negatif, melakukan perbuatan yang sia-sia, kebohongan dan sebagainya.

moga setiap waktu dan usia kita diisi dengan sebaiknya.

~ Islah Nafsaka Wa’du Ghairuka ~

Air mata keinsafan

Air mata pasti akan mengalir apabila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Kesalahan dan kesilapan yang lalu tidak pernah terpadam dalam ingatan. Malah, semakin hari semakin subur untuk diingati, dan selalu terdetik persoalan kenapakah aku melakukan perbuatan itu sedangkan aku tahu itu adalah dosa dan punya balasannya?

Sahabat-sahabat pembaca,

Aku pasti, kebanyakan kita pernah mengharungi atau pernah adakalanya telah membelakangi undang-undang Allah. Kita sedar pada ketika itu kita berlaku curang terhadap perhatian Allah kepada kita. Lalu, kita semua pasti pernah mengalami rasa menyesal terhadap kekeliruan, kebodohan dan betapa jahilnya kita saat terpelosok dalam kemaksiatan. Kita jatuh ke lembah yang paling hina, kita mengiyakan kesalahan yang kita lakukan, kita tolak yang benar, kita teruskan yang ternyata salah. Dan setelah itu, apabila kenikmatan dari dosa yang kita lakukan itu telah lenyap dan pergi, kita mula merasakan betapa kerdilnya dan lemahnya diri kita sehinggakan kita tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa.

Hari demi hari, kita dihantui segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Setiap kali sujud, setiap kali mata terpejam, kita mula terbayang akan dosa-dosa yang dilakukan. Kita menangis, kita meratap, kita merayu pada Allah moga terbuka pintu taubat buat kita. Kita ternyata sedar bahawa ‘kenikmatan’ daripada dosa itu hanyalah sementara, setelah itu kita kembali bangun tersedar dari lamunan dan mimpi ngeri dan mula mencari jalan untuk pulang. Semua ini ternyata adalah realiti bagi seorang yang bergelar manusia. Dan itu juga menjadi salah satu sifat manusia yang penuh dengan kelemahan dan pasti pernah melakukan kesilapan.

Namun sahabat, Allah itu telah terlebih dahulu, dan sedia tahu tentang kelemahan hamba-Nya. Lantas Dia mengirim janji, mengutus kata bahawa hanya Dia yang akan mengampunkan dosa hamba-Nya. Hanya Dia!

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Ali-Imran : 135)

Sahabat pembaca,

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (albaqarah : 168)

Kita ternyata punya musuh, musuh yang datang dari muka, belakang, kiri dan kanan. Musuh yang dinamakan syaitan yang sesat lagi menyesatkan. Hassan Al-Basri mengatakan bahawa syaitan iyu akan datang dari muka adalah dengan hasutan untuk mendustakan keyakinan kita terhadap Janji Allah, Hari kebangkitan, Syurga dan Neraka. Dan yang dikatakan dengan gangguan syaitan dari belakang, Ibnu Abbas telah mengingatkan bahawa syaitan akan membuatkan manusia itu terlalu cinta akan dunia. Abu Shalih juga berpendapat bahawa syaitan akan mula memberi hasutan dari belakang dan akan membuatkan kita ragu-ragu dalam menjalankan amal ibadah dan menjauhkan kita dari melakukan ibadah. Dari sisi kanan pula, menurut Syaqiq, syaitan akan datang melalui godaan seorang wanita. Dan dari sisi kiri, syaitan akan datang dengan pelbagai nafsu syahwat dan keinginan yang melampau.

Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (Al-A’raf : 17)

Sahabat-sahabat pembaca,

Begitu tekun dan tekadnya Syaitan dalam menghasut dan menarik kita melakukan dosa. Begitu berusahanya syaitan dalam menghindarkan kita untuk menjadi hamba yang bersyukur. Dalam kita melewati hari-hari, kita pasti akan terjebak dalam hasutan syaitan dari pelbagai arah. Jika kita berusaha untuk melakukan ketaatan kepada Allah, pasto Syaitan akan ada bersama untuk menghalangi, atau melambatkan sesuatu ketaatan. Tetapi, jika kita melakukan kemaksiatan, pasti Syaitan akan mendorong, membantu dan menolong untuk terus melakukannya. Betapa liciknya Syaitan dalam menabur janji-janji kenikmatan dalam hasutan dan godaannya. Betapa lemahnya pula kita yang mudah terpedaya. Nau’dzubillah.

Dahulu, Syaitan muncul ketika peperangan Badar sedang berlangsung. Syaitan mula menabur janji-janji dan keyakinan serta kepercayaan diri bagi orang-orang kafir untuk melawan dan menentang pasukan Muslimin. Syaitan bukan sahaja memberikan keyakinan bahawa mereka akan menang dan tidak akan kalah, malahan juga meyakinkan orang-orang kafir bahawa dirinya adalah pelindung yang akan memelihara mereka dari pelbagai keburukan.

Tapi lihatlah, bagaimana perancangan Allah, tatkala pasukan kafir itu akhirnya lari ketakutan melihat kehebatan tentera Muslimin, mereka akhirnya kalah hancur dan ketakutan. Dan pada waktu itu, pelindungan yang dijanjikan Syaitan itu ternyata palsu dan mereka benar-benar telah terpedaya.

Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: “Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu.” Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: “Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah.” Dan Allah sangat keras siksa-Nya. (Al-Anfaal : 48)

Sahabatku,

Kita tidak akan mungkin mampu menjadi kuat, mampu menjadi teguh dengan sendirian. Sangat sukar untuk kita menghindari dan menentang hasutan Syaitan itu apabila berseorang diri. Tetapi, kita punya kekuatan apabila kita bersaudara, kita punya keteguhan apabila kita bersahabat, kita sememangnya amat memerlukan teman, saudara, sahabat yang boleh membantu mengingatkan kita apabila melakukan kesalahan, dan teman yang menegur kita apabila kita sudah tersilap langkah.

Teman, sahabat, dan saudara yang soleh, itu adalah harta yang paling berharga di dunia ini, harta yang paling bernilai untuk kita mencapai kebahagiaan di akhirat, harta yang bukan boleh dijual beli. Ingatkanlah aku tika aku terlupa, tegurlah aku tika aku terlalai, dan hukumlah aku tika aku melakukan kesalahan. Sungguh aku amat memerlukan kalian, dan mengharapkan perhatian dan sokongan dari teman, untuk kita sama-sama mengecapi nikmat persaudaraan yang sebenar.

Salam sayang dari sahabat buat sahabat.

Moga kita sentiasa berada dalam Inayah dan Penjagaan Ilahi.

p/s : buat teman-teman dan sahabat yang mengenali, andai aku tersalah dahulu, kini dan akan datang, maafkanlah kesalahanku, andai aku menyulitkan dan menyinggung perasaan kalian, maafkanlah kecuaianku, andai aku pernah tersilap langkah, hukumlah aku, tegurlah aku, kerana aku amat memerlukan teguran kalian.

Sungguh, aku beruntung kerana punya sahabat, teman dan saudara seperti kalian.

Mu’min itu berjaya

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ.فَمَنْ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْعَادُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ. وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ. أُوْلَئِكَ هُمْ الْوَارِثُونَ. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu. Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya”. (Al-Mu’minun:1-11)

Marilah kita merenung sejenak, bagi hamba yang biasa, yang merasa diri hina, ternyata pernah tertanya saat membaca ayat-ayat Al-quran yang mulia ini, dimanakah sebenarnya kedudukan dan martabat kita daripada sifat-sifat Mu’min dan keperibadian yang indah yang telah digambarkan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman.


Tunduk dan khusyu’ dalam solat dan menjaga akhlak dan peribadinya, menjauhkan perkataan yang melalaikan, beraktiviti untuk menghindar daripada apa yang tidak bermanfaat dan tidak berfaedah; baik yang kecil mahupun yang besar, Mu’min itu peka terhadap amalan sehariannya.

Menunaikan zakat; zakat fitrah, zakat maal untuk memberikan jaminan bagi kelompok yang harus dilindungi, membersihkan harta, mencegah fitnah dan berbuat baik kepada para fuqoro dan miskin.

Menjaga kemaluan dan memeliharanya dari perbuatan yang tidak halal, dan menjaga semua anggota tubuh dari hal-hal yang berhubungan dengannya; mata, telinga, mulut, hidung, tandan dan kaki. Menjaga kemaluan untuk kesucian perasaan, ketinggian ruh, kebersihan jiwa dan menjaga kehormatan, menghindari godaan syaitan, mendapatkan redha dari Yang Maha Kasih, menunaikan amanah, memenuhi janji dan melaksanakan untuk kebenaran, mempersiapkan jiwa, memperbanyak ketsiqohan, menegakkan untuk keseimbangan saling mengenal dan saling membantu sesama manusia.

Dimanakah kedudukan kita saat ini dari sifat dan keperibadian yang disebutkan Al-Quran, yang telah mencetak generasi yang beriman dan jujur, dan yang telah melenturkan keimanan Para U’lama’ terdahulu, sehingga mereka menjadi sebaik-baik umat yang diperlukan untuk manusia.

Apakah jiwa-jiwa kita mampu berubah sehingga dapat meraih keperibadian Mu’min yang sebenar, seterusnya, memperbaiki dan membimbing Baitul Muslim, Mujtama’ Muslim dan mencapai Ustaziatul a’lam?

Ya Allah kabulkan permohonan kami dan terimalah ibadah kami… amin


Pesanan Terakhir

Wahai MUJAHID DAKWAH!

Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lama.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti.
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat menjinjing yang
ringan, membawa batubata untuk membangun gedung Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka, telah tak ada lagi.
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentian. Tengah jalan dia pulang, dan engkau ditinggalkannya di daerah kesepian.
Di atas kuburnya telah tumbuh rumput, daunnya subur menghijau.
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu.
Tangan siapa gerangan yang menanamnya, aku tak tahu.
Biarkan dia tumbuh menjadi. Akan tiba juga masanya bunga suci itu mekar-menguntum.
Eva dan Sofia akan memetik dia kelak, akan mempersunting dia penghias sanggulnya.
Sudikah engkau menulis nisan-kenangan di atas kuburnya, sebagai tanda pembalas jasa, kerana dialah penolong engkau di medan bakti?

Wahai MUBALIGH ISLAM!

Tanganmu telah ikut menulis sejarah. Sejarah perjuangan Umat, sejarah menegakkan Cita dan Agama,
Benang yang engkau sumbangkan telah memperindah sulaman tarik dari Umat ini.
Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.
Engkau tidak lagi anak kemarin, tetapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini.
Sebagai seroang Jurubicara Umat Islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai; sampai di mana kita dan hendak ke mana lagi.

Pengalaman yang engkau perolehi dan perjalanan yang jauh, akan berguna dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi meneruskan perjuangan Cita di masa hadapan.
Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selama ini, getir yang engkau derita, segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam di masa hadapan — setelah ini.
Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!
Ambillah kesimpulan dan kekeliruan dan kegagalan masa lampau.

Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan teman seiringmu juga.
Bukankah kerap engkau benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?
Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara? Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui terus terang kekeliruan dan kelemahan diri. Yang demikian itu penting untuk menyusun paduan masa datang, mengendalikan kehidupan Cita dan Agama.
Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.
Kita keliru kerana kita telah berbuat. Ruh-intiqadi yang engkau miliki, janganlah pula engkau pakai untuk melenyapkan segala harga dan nilai, dan angkatan lama yang telah berbuat itu. Mereka adalah anak dan zamannya, dan telah memenuhi tugasnya pula.
Cahaya dan pelita lilin yang lemah serta lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia teiah berjasa memecahkan sudut-sudut yang gelap.

sumber : Usrah dan Dakwah Al-Banna; oleh Imam Hassan Al-Banna