Sahutlah wahai anak

“angah, tolong mak sekejap”

“err jap mak…”

“kakak, datang sini sekejap”

“erm, nanti boleh tak mak?”

“adik, adik…”

“mak nak ape?”

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. ” (Al-Isra’ : 23 & 24)

***

Suatu ketika, pada zaman Tabii’n.

“Ya Juraij, Ya Juraij. If-tah Al-bab.. (Wahai Juraij, Bukalah pintu ini)” Ibu Juraij memanggil anaknya yang bernama Juraij.

Juraij adalah seorang pemuda dari kalangan Tabii’n. Beliau adalah seorang pemuda yang kuat beribadah, belum mempunyai isteri pada ketika itu, dan seorang yang amat taat kepada kedua Ibu bapanya.

Tiada jawapan.

“Ya Juraij, Ya Juraij. If-tah Al-bab.. (Wahai Juraij, Bukalah pintu ini)” sekali lagi Ibu Juraij memanggil anaknya.

Tiada jawapan.

Juraij yang pada ketika itu sedang melakukan solat sunat dalam keadaan berasa serba salah.

“Ummi au Solaati.. (ibuku atau solatku..)”

Lalu beliau memilih untuk meneruskan solat dengan harapan ibunya akan menunggu dan beliau akan meminta maaf kerana tidak menyahut panggilan ibunya.

Ibunya yang menunggu di luar rumah berasa amat kecewa dengan perlakuan anaknya. Kalaulah ibunya tahu apa yang sedang dilakukan oleh anaknya.

Lantas ibunya menuturkan kata yang mafhumnya berdasarkan ungkapan orang Melayu,

“sampai hati kamu buat ibu begini, kamu tidak menyahut panggilan ibu. Tidak mengapalah, Allah akan membalas perlakuanmu dan memberikan kamu ujian yang hebat kelak!

Si ibu berduka cita dan kecewa, lantas menuturkan ungkapan, dan ungkapan seorang ibu adalah satu doa, dan doa seorang yang bernama ibu akan dimakbulkan Allah.

Masha Allah,

Doa si ibu dimakbulkan, keesokan harinya, satu ujian yang berat telah menimpa Juraij. Juraij adalah seorang pemuda yang sangat kuat berdakwah, di mana terdapat kelakuan yang salah, beliau akan menegurnya. Sehinggakan, terdapat segelintir orang yang menaruh dendam dan membencinya lalu merancang sesuatu rencana untuk memburukkan Juraij, pemuda yang Soleh.

Sebilangan orang telah mengupah seorang wanita untuk menggoda Juraij, dan tugas wanita itu akan selesai jikalah dia telah dihamilkan oleh Juraij.

Lantas, ketikamana pemuda yang soleh itu sedang melakukan ibadah, datang seorang wanita yang terus menerus menggodanya untuk berbuat maksiat. Wanita itu bahkan terus menggodanya tanpa seurat benang sekalipun ditubuhnya. Namun, Iman yang ada pada hati dan jasad Juraij tetap kukuh untuk tidak berpaling melakukan maksiat.

Wanita penggoda itu mula berputus asa, lantas keluar mencari mangsa. Dihujung kampung terdapat seorang pemuda pengembala kambing, lalu digodanya dan berlakulah penzinaan.

Doa si ibu dimakbulkan. Si anak menerima ujian yang berat kerana difitnah melakukan maksiat. Wanita itu telah hamil dan mengakui anak yang berada dalam kandungannya itu adalah anak Juraij.

Juraij telah difitnah!

Beliau dipanggil oleh orang sekelilingnya untuk mengakui perbuatannya. Namun beliau tidak menguyakannya kerana beliau berada dalam kebenaran.

“Saya tidak melakukannya, saya tidak melakukan penzinaan, anak ini bukan anak saya.”

Pengakuannya diragui ramai orang.

Fitnah telah menimpa dirinya.

Lalu, pemuda yang soleh itu meletakkan kedua tangannya ke dada anak kecil itu. Lalu berkata;

“Man Abuka? (siapa bapamu?)

Subhanallah, dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh berkata-kata;

“Abi Rai’yatul Syaah. (Bapaku seorang pengembala kambing.)”

Lalu, terbuktilah bahawa Juraij bukanlah bapa kepada bayi itu, dan beliau tidak melakukan penzinaan.

Ujian Allah telah diharungi oleh Juraij dengan sabar.

Dan ternyata, doa Ibu itu dimakbulkan Allah.

***

Wahai kakak, abang, adik, anak dan saudara,

Suatu ketika dahulu, Baginda SAW pernah menangis semahunya sehingga sahabat bertanya tentang sebab tangisan Baginda.

Lalu Baginda menjawab tentang kesedihannya yang tidak pernah merasai kenikmatan menyahut panggilan ibu bapa.

“sekiranya aku pada ketika itu sedang mendirikan solat, dan ketika itu ibuku sedang memanggilku, aku akan bersegera menyahut panggilannya.”

Baginda menangis.

Kerana Baginda tidak punya peluang sebegitu..

Baginda sudah Yatim Piatu semenjak usia kecilnya. Baginda tidak punya peluang menyahut panggilan ibunya.

Baginda menangis.

Kerana tidak punya peluang.

Tetapi kita, yang masih punya peluang menatap dan menyahut panggilan Ibu dan bapa kita, mengapakah kita mengendahkan mereka?.

Apakah kita sanggup menitiskan air mata ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita?

Apakah kita sanggup mengecawakan si ayah yang berpenat lelah menyara dan menjaga kita?

Selagi kita masih punya peluang.

Sahutlah.

Jawablah.

Dengan perkataan yang mulia.

Jawablah panggilan ibu dan bapamu.

Sahutlah.

Sahutlah wahai anak

***

Ye mak. Kakak datang ni.🙂

*NOTA

  • Bayi yang boleh bercakap itu adalah salah seorang dari tujuh bayi yang boleh bercakap dalam sejarah.
  • sirah Tabii’n dan Kisah Baginda S.A.W dipetik dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9- Ustaz Badli Syah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s