Sentuhlah hatimu


“sesungguhnya Aku sangat dekat denganmu…”

terngiang-ngiang dicuping telinga. sambil ditemani hembusan angin malam, dia bersandar dijendela. bukannya apa, mungkin habitnya, dia lebih gemar menangis di tepi jendela, daripada berhadapan dengan orang. bukan ego, bukan bukan, cumanya, dia lebih gemar menyembunyikan butiran tangisannya dari dipamer kepada orang.

dua tiga hari ni, emosinya kurang stabil, mungkin kerana jauh dengan-Nya dan dia juga mungkin kurang memberikan sepenuh perhatian terhadap Tuhannya. lalu, ujian demi ujian yang datang, dia menganggapnya sebagai satu langkah dan proses untuk dia merapati dan terus berada lebih dekat dengan-Nya, Tuhannya.

dulu dia kurang faham tentang konsep berserah dan tawakal. tapi kini, sedikit demi sedikit, proses pentarbiyahan mengajar dia untuk lebih menghargai dugaan. nikmatnya saat menggenggam kalimah keramat “hasbi rabbi jallallah, mafi qolbi ghairullah” itu, hanya Allah sahaja yang tahu. saat kita merasa benar-benar terpampan dengan rona kehidupan yang penuh dengan dugaan, saat kita merasa tidak pantas untuk menjadi yang lebih baik, saat kita merasa tidak cukup dengan apa yang ada, saat kita memerlukan sesuatu yang belum berhak menjadi milik kita, saat kita merasa kurang, saat kita merasa tidak dipedulikan, lafazlah, sentuhlah hati kita yang gersang itu dengan kalimah ini, cukuplah aku ada tuhanku, tiada apa yang ada dihatiku melainkanmu Ya Allah. Allah, nikmatnya merasakan perhatian-Mu…

ketika air mata tidak berhenti-henti jatuh berderaian, mata mula berona kemerahan, hidung mula terus menerus kebasahan, urutlah dadamu, pegang hatimu, bahawa kasih tuhanmu sentiasa dekat dihatimu, sangat dekat. perit yang ditanggung akan beransur hilang, beban yang dipikul, akan beransur ringan, yang akan tinggal hanyalah perasaan lega, dan akhirnya engkau akan tersenyum dan mula berkata; aku ada tuhanku, apa yang perlu aku risaukan?.

ya benar! kehidupan itu sendiri yang mematangkan kita untuk terus menerus berjuang demi satu tujuan sebelum berhadapan dengan kematian. apa lagi perasaanmu yang ada kalau tidak dari tuhanmu. apa lagi kekuatan yang ada kalau bukan milik tuhanmu. apa lagi yang kau miliki kalau bukan dari kurniaan tuhanmu.

jangan dirunsingkan dengan kekurangan hidup di dunia, kerana kekurangan itu yang akan menjadi tiket untuk kamu merapati tuhanmu. biar masa susah dan senangmu hanya ada satu tempat bergantung, satu tempat mengadu, satu tempat berserah. satu! hanya Dia.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-baqarah: 186)

sentuhlah dadamu, genggam jari jemarimu, lafazkanlah, sesungguhnya Allah sentiasa ada bersamaku!

s.e.b.i.r.u.h.a.r.i.i.n.i


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

sebiru hari ini – edCoustic

really love this song! 🙂

Sebiru hari ini…

Sebiru hari ini, permandangan di bumi Uia memang indah, sangat indah, seindah langit yang membiru, ditambah pula dengan sapaan awan yang memutih, membiru ketenangan, memutih kedamaian. haahh melepaskan keluhan bukan bermakna aku rapuh dalam perjuangan, bukan bermaksud aku lelah dalam pertarungan, cuma melepaskan nada lega kerana telah mengharungi satu lagi hari dalam titik kehidupanku ini. hari ni banyak sungguh perkara yang berlaku dalam diari hidupku ini, waah, boleh dikatakan aku damai, tenang dan tenteram seumpama langit yang membiru itu. huhu 🙂 tenang bukan kenapa apa, cuma tenang menatap wajah sahabat-sahabat yang tak kering dengan senyuman.

Setenang langit biru hari ini, tenang juga aku melihat dia, aku kagum dengan dia, dia tabah, dia sabar, punya ketabahan yang aku rasa aku juga tidak setabah dia. satu demi satu ujian yang datang, namun dia tetapteguh berdiri mempertahankan keimanan dan keyakinan terhadap janji tuhan-Nya, kesusahan pasti diiringi dengan kemudahan. aku rasa itu pegangannya. lidah kelu walau lama tak bertemu, entah kenapa, walaupun sebelum ketemu begitu banyak persoalan yang aku gumamkan dalam benak, tapi, entah mengapa, bila bersua, membisu, bibir sahaja yang mengukir senyum. aku fikir, kali ini benar-benar terjadi, “loves can talk without words”. benarkan sahabat?

wajahnya sedikit cengkung, dan dari riak wajahnya aku yakin dia banyak memendam rasa, sesuatu yang tak terluah dek kata-kata, tapi aku yakin, bahasa tubuhmu telah menceritakan segala. aku faham sahabat. berkali-kali aku ulang dalam setiap kata dan doa, bahawa kau tetap akan lebih tabah, dan semestinya aku mengharapkan kau akan lama dan terus berada disini. di bumi Gombak. 😉

S.E.R.O.N.O.K

hari nie sangat seronok, alhamdulillah, syukur aku panjatkan kepada Allah diatas rasa seronok yang diberikan dalam belajar. aku terus belajar untuk menikmati Ilmu dan sedikit sebanyak ilmu itu bukan sekadar menemani, tetapi turut menerangi kehidupan kerana ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya itu akan tetap menerangi walau dalam kegelapan. hari demi hari, aku belajar untuk membersihkan hati, mengikhlaskan diri untuk menerima ilmu. Membersihkan diri itu amat penting sebelum dan ketika menuntut ilmu, kerana cahaya ilmu itu tidak akan datang kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah. Nau’dzubillah.

hari ini seperti hari isnin, kelas yang sama, subjek yang sama, ustaz yang sama tetapi, pelajaran dan ilmu yang tidak sama. bertambah dan makin bertambah. alhamdulillah. seawal pagi aku memulakan kelas, kelas Intro to General Linguistic, seperti biasa, Ustaz akan ingatkan mengenai masa dan kali ini, ustaz menjadi lebih tegas akan amarannya, “Manillazi yataakkhor, la yusmah lidukhul fasl”, menilai percakapan dan nasihat yang tegas, aku semakin yakin bahawa aku bukan hanya diberikan ilmu, tetapi turut ditarbiyyah. ustaz berpesan, “sesiapa yang datang lambat, tidak akan dibenarkan masuk ke kelas.” aku faham rentak pesanan ustaz, beliau bukan marah, dan juga bukan geram, tetapi beliau amat sayang akan pelajarnya daripada sia-sia melambatkan waktu belajar. ini kerana beliau melihat, ada pelajar yang masih lambat walaupun sering diingatkan. bukan marah, tapi sayang. 🙂

menarik pelajaran hari ini, ustaz membincangkan tentang asal usul Lughah (Bahasa), banyak pendapat mengenai asal usul bahasa. ada pendapat yang mengatakan lughah ini berasal dari wahyu ataupun dalam erti kata lain ilham dari Allah, dan ada juga berpendapat bahawa bahasa ini terbentuk daripada keadaan Mujtama’ (masyarakat) dan pengistilahan sesuatu. sesetengah pendapat dari para ilmuan terbaru mengatakan bahasa ini hadir selepas menamakan bunyi. contohnya, istilah perkataan kucing dalam bahasa Cina adalah ‘Mo’ yang diambil dari bunyi kucing ‘Meow‘. makanya, pengistilahan berlaku setelah menamakan sesuatu bunyi (Aswaat). faham tak? huhu 🙂

tapi, menarik kan?

selama nie, saya tak terfikir pun untuk mempersoalkan tentang asal usul bahasa yang kita tuturkan sekarang nie. sekarang barulah terbuka sikit minda nie. hehe 🙂

apa lagi ye? herm haa, kelas terakhir hari ni adalah kelas Jahili and Islamic Poetry Text. kali nie, ustaz menerangkan dengan lebih mendalam tentang keadaan dizaman Jahiliah. orang-orang di zaman Jahiliah sering bersyair, dan berqasidah di khalayak ramai terutamanya, di pasar-pasar dan yang masyhurnye adalah pasar ‘U’kkaz’. mereka akan bersyair, berqasidah mengenai pelbagai perkara macam pujian, gambaran, ghazal dan macam-macam lagi. yang menariknya, mereka pasti akan menunjukkan kebanggaan mereka terhadap diri dan keturunan mereka. seperti biasa, orang Arab, pasti akan ingat nama-nama salasilah keturunan mereka daripada datuk sampailah moyang datuk mereka. sebab tue la mereka boleh tahu mereka berasal dari keturunan siapa secara benar dan sahih. herm, tapi kita, saya rasa tak ramai yang tahu dan ingat nama moyang kita kan?

mereka biasanye akan berdiri memberitahu khalayak ramai tentang diri dan keturunan mereka, contohnye macam nie ye. contoh tau! hehe 😉  “aku adalah umar bin abdullah bin amru bin malik, bin abdullah … keturunan ku bersambung dengan keturunan panglima perang si polan bin si polan … dan aku tidak gentar pada ancaman dan aku amat bangga dengan keturunan dan kabilah aku!” haa begini lah lebih kurang cara mereka berbangga dengan ‘ansab’ (keturunan) dan ‘ahsab’ (diri sendiri). herm, saya pun terfikir, orang di akhir zaman juga menunjukkan kebanggaan mereka dalam pelbagai aspek, lebih-lebih lagi dalam aspek materialistik dan kemewahan. herm, jadi benarlah, sejarah itu mungkin berulang. yang kita pasti akan diselimuti ‘aura’ Jahiliah dalam situasi moden.

baiklah, kita sama-samalah perbaiki diri, keluarga dan masyarakat supaya tidak bersikap kebendaan dan takut mati, selebihnya sering besederhana dan mengingati mati. saya selalu ingat kata-kata seorang Ustaz yang berbunyi macam  nie, herm bahawa kita ini, jika merasa susah, lihatlah pada mereka yang lebih susah dan kurang daripada kita, pasti kita akan merasa lebih beruntung dan bersyukur, tetapi dalam bab ibadah, kita mestilah lihat pada mereka yang lebih banyak beribadah dari kita, supaya timbul rasa cemburu dan berusaha untuk memperbanyakkan ibadah. begitulah pesanannya. u got it? huhu 😉

haa, sebelum terlupa, tadi, masa sebelum masuk ke kelas Jahili petang tadi, kami terserempak dengan seorang ustaz. mungkin kawan-kawan pun pernah tengok ustaz nie di kaca tV saluran Astro oasis. ala, ustaz yang bercakap macam nie masa iklan kat astro oasis “assolah  silatul a’bdi birabbi.” maksudnya, solat itu adalah penghubung diantara hamba dan Tuhannya. pernah dengar tak ayat nie kat Tv? mesti pernah kan? tak sangka sangat, beliau mengajar dalam kuliyyah saya. masa saya betul-betul tengok ustaz nie real dari tingkap, mukanya bersih, lembut dan sangat nampak sopan. tenang je bile memandangnya, setenang biru langit hari ini. 🙂 bila tanye kawan-kawan, mereka cakap, ustaz nie memang salasilah keturunan beliau dari Rasulullah SAW. Subhanallah. dah dua orang Ustaz saya jumpa berketurunan Rasulullah dan Ahli Bayt. subhanallah. sangat-sangat nak ambil berkat dan ilmu dari mereka! dan kalau tak silap saya, nama ustaz nie Prof. ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN AL-SA’ADI, dan beliau ajar subjek TARIKH AL-NAHW AL-‘ARABI. tak sabarla nak ambil subjek nie! hehe 🙂

sebiru langit hari ini, saya luangkan dengan perasaan penuh syukur, penuh syahdu saya akhiri hari ini dengan hati yang lapang. hasrat saya, saya mahu orang disekeliling saya merasa sentiasa gembira, biar apabila saya tiada nanti, mereka akan ingat perkara-perkara yang gembira sahaja mengenai saya.  seronok kan?

moga hari esok masih ada untuk saya terus berkongsi dan kamu terus memahami..

erm, syahdu plak .. hee 😉

baiklah, sampai sini sahaje ye diari, esok-esok jumpe lagi 🙂

assalamualaikum…

p/s : “assolah silatul a’bdi birabbi.” hayya a’lal solah, hayya a’lal falah ^___^

kontrak hidup

bumi Gombak basah seawal pagi yang hening, menemani kilaun embun di celah-celah dedaunan rimbun. subhanallah, indahnya aturan tuhan. sungguh, aku mahu saat-saat begini perginya akan bertandang kembali… herm

Pagi-pagi begini sudah berbahasa, syahdunya pagi itu membuatkan aku rasa mahu meneguk secawan Radix. 🙂 bertemankan buku linguistic, aku mencoret-coret dicelah kertas kekuningan, ‘aku mahu jadi yang lebih baik hari ini, buat Tuhanku, buat ibu bapaku, buat sahabatku dan buat mereka yang menyayangiku. pasti!’. seperti biasa, semangat pagi berkobar-kobar mahu memulakan hari dan kehidupan yang penuh teka-teki ini. Ustaz kata, “al-hayah ta’tamidu a’lat takhmin”, kehidupan itu penuh dengan teka-teki, kerana kita merancang, dan Allah jua merancang. sebaiknya adalah perancangan daripada Allah dan itulah jua yang menjadi penanda teka-teki buat kita manusia yang mempunyai ilmu yang terbatas.

semalam, usai kelas, dalam perjalanan balik bersama sahabat, kami bersembang mengenai perjalanan hidup dan destinasi tujuan yang kami mahukan. aku kagum dengan dia, dia mempunyai semangat dan kesungguhan yang aku pun tidak sebegitu ‘ahli’ sepertinya. dia aktif dalam berpersatuan, aktif dalam menyumbangkan bakti untuk memperkembangkan bahasa Arab, aktif untuk merapatkan ukhwah dan sungguh ‘mesra a’lam’. aku sungguh kagum dengan tahap keyakinannya yang begitu tinggi, sehingga tidak ada apa lagi yang akan menjadi halangan sekiranya dia benar-benar mahu melakukannya.

cemburu? mungkin itu perkataan yang paling tepat untuk aku luahkan tentang kesungguhan dan semangatnya. cemburu itu aku tahu perlu bertempat, dan cemburu yang aku alami ini aku tahu punya tempatnya. dia menuturkan, mungkin kerana dek melihat aku terlalu merendahkan diri, “kita masing-masing punya kelebihan dan kekurangan, kurang kat sini, lebih kat sini, apa yang kita mampu lakukan adalah sedaya upayanya memperbaiki kekurangan diri dan lebih menghargai kelebihan diri”. mungkin beginilah ungkapan yang mahu disampaikannya. herm, aku telan satu persatu perkataan yang keluar dari bibirnya yang sentiasa tidak kering dengan senyuman. benar! kalau kita yang tidak mengubah, siapa lagi yang akan mengubahkannya untuk kita?! terima kasih sahabat! 🙂

hari ini, aku masih deberikan kesempatan untuk meneruskan kontrak hidup, berpeluang untuk bernafas, menghirup udara segar di bumi ciptaan Allah, mendengar bunyi bunyian alam yang bertemasya berpesta zikir pada Tuhan-Nya, menghidu aroma dedaunan rumput yang dibasahi butiran hujan, merasai tamparan halus anginan yang bertiup dari arah timur, sungguh, aku amat bersyukur ya Allah. berikanlah aku kesempatan ini lagi.

bertanyakan tentang kontrak hidup, aku masih belum mahu ia ditamatkan, kerana aku masih belum pasti apakah timbangan kebaikan dan amalku akan melebihi dosa-dosa dan kejahilanku. aku masih sedang berusaha untuk menjadi Muslim yang terbaik di mata Tuhanku. bantulah aku Ya Allah.

kalau kekasih merayu pada pasangannya untuk tidak pergi meninggalkannya, aku merayu kepada-Mu Tuhan untuk tidak meninggalkan ku walau pun sekejap mata berkelip. sungguh aku tak mampu untuk berdiri sendiri tanpa berpegang dengan tali Tali rahmat-Mu.

bantulah aku

untuk aku lebih mencintai-MU

hari ini,

esok lusa,

dan selamanya.

h.a.m.b.a k.e.r.d.i.l

g.o.m.b.a.k

0724am

21072010

secebis kata untuk dirasa

nak menulis sikitlaa..

assalamualaikum diari 🙂

herm, hari ni rasa penat sangat, ditambah dengan kepala pusing, dah dua kali telan panadol. herm, ingat lagi cikgu sains cakap, kalau kite telan panadol, toksik2 atau kesan-kesan dari panadol tue akan ambil masa untuk lenyap dari badan selama setahun setengah, herm, kalau dah telan 2 biji panadol sehari, maknanya 2tahun lebih la baru hilang. herm apa nak buat…

hari ni macam biasa, kelas start pukul 8.30 pagi, kelas Intro to General Lingusitic, sangat menarik kelas nie, walaupun satu jam setengah, tapi langsung tak rasa lame. herm mungkin sebab daya tarikan ustaz a’sim yang membuatkan kami tak pernah terfikir untuk tutup mata sekejap. hehe 😉

apa yang menarik dalam kelas nie, ustaz selalu ingatkan pasal Masa. orang Islam itu orang yang Punctual, tepat pada waktunya, bila berjanji, pasti akan tepati, begitu juga bila kelas start pukul 8.30pagi, dia akan datang tepat pukul 8.30pagi atau awal lagi dari waktu sebenar. tak hairanlah kalau ustaz ni pasti akan datang awal 5 minit, lepas tue, beliau pasti akan mula mengajar 8.30pagi. herm menepati masa kan? sangat2!

dan secara tidak langsungnya, kelas bermula awal pagi macam nie, akan melatih dan mendidik diri saya supaya lebih pandai mengurus masa bermula dari kendiri seawal pagi, sampailah kepada muahasabah diri sebelum tidur. herm ustaz memang selalu mengingatkan pelajarnya supaya menjaga waktu, Harithun a’lal waqt sebagaimana perlunya pada peribadi Muslim.

kelas Intro to general Linguistic nie tamat pukul 9.50pagi, dan seperti biasa, ustaz pun akan berhenti on-time, itu yang kawan-kawan paling suke kan? hehe 🙂

selepas jam menunjukkan pukul 9.50pagi, saya pun bergegas untuk ke bangunan sebelah, iaitu bangunan HS, kat Uia kami panggil Hs building, stand for Human science building. kelas lepas nie, kelas quranic and prophetic text, dan ustaznya adalah ustaz Ma’had. tak kering gusi dibuatnya, mana taknya, selang beberapa minit, ustaz mengeluarkan selingannya. contohnye macam, ustaz bertanya kat kami semua yang berada didalam kelas, “sebutkan 99 perkataan yang tidak mempunyai huruf vokal ‘a’ didalamnya.” lepas tue, kami pun jenuh (puas) la memikirkannya, ‘burung’ la, ‘kucing’ la, tapi tetap tak dapat cukupkan 99 perkataan. herm poning-poning. lepas tue, ustaz dengan tenang nye menjawab, ‘one, two, three, four, five, six… sampailah ninety nine, kesemua perkataan nie tak ada huruf ‘a’, selepas ninety nine barulah ada huruf ‘a’ pada perkataan ‘thousand’.” huhu semuanya terhambur gelak tawa. 🙂 Ustaz-ustaz…

tetapi, yang saya paling suke, dalam gelak tawa dalam kelas, ustaz banyak memberi macam-macam ilmu, dan maklumat tentang a’kidah. contohnya macam dalam surah al-fatihah, “iyyaka na’budu wa iyyaka nastain.” perkataan na’budu dan nastain bermaksud kami sembah dan kami meminta pertolongan. ustaz cakap, kenapa kita tak sebut a’budu (saya sembah) dan a’stain (saya meminta pertolongan)? sebenarnya, apabila kita sebut ‘na’budu’ (kami sembah), ia akan membuatkan kita rasa bahawa kita menyembah dan beribadah kepada Allah dalam Jamaah (ramai-ramai, atau bersama-sama). unik kan? dalam satu perkataan sahaja dah mempunyai pelbagai hikmah. 🙂

secara tidak langsung, kita akan lebih memahami kandungan text atau makna yang disampaikan dalam surah al-fatihah. apabila dah faham, akan bertambahlah kekhusyukan kita apabila melakukan ibadah. best kan?

salimul aqidah ~ sahihul i’badah.

kelas Quranic and Prophetic text berakhir pada pukul 11.20pagi, macam biase, ustaz pasti akan tepat pada waktu nya… hehe 🙂 dan ustaz pasti akan cakap kamu boleh kembali ke rahmatullah. huhu tue yang paling best, bukan senang ustaz nak doakan kite untuk sentiasa berada dalam rahmat Allah kan? 😉

kelas saya untuk sesi pagi hari isnin dan hari rabu, sampai pukul 11.20pagi je. dan lepas tue, kami pun ronda-ronda tengok buku kat booth-booth yang baru dibuka depan masjid.. hehe 🙂

Pukul1pm

Solat di masjid Uia memang meriah, tempat muslimaat, ramai, penuh dengan orang yang qailulah, dan tidak kurang juga dengan yang membaca Al-Quran. sangat meriah, tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan, tak sabar untuk mengimarahkan Masjid.

saya suka dengan satu statement rakan di Facebook, yang berbunyi “Masjid CONNECTING people”. ye, memang masjid menghubungkan manusia. terima kasih Allah!

herm, dalam tengah membaca doa selepas baca Al-Quran, seorang sister menegur saya bertanyakan saya ambil course ape. lalu, saya pun menjawab, bahasa Arab. dia pun dengan perasaan kagum (mungkin) campur kaget (mungkin), membalas, “tak susah ke sis bahasa Arab?. saya baru kelas pertama dah pening. hehe”

saya pun turut ikut gelak memerhatikan gelagatnya yang bersahaja. sangat mesra orangnya, berasal dari pahang. baru sahaja berkenalan, belum bertanya nama, sudah semesra itu. 🙂 saya pun menyambung perbualan bertanyakan namanya dan menjawab persoalannye, “macammana akak suka membaca al-quran macam tu jugakla akak suka belajar bahasa Arab.” saya menyengih. memang saya ikhlas menyatakan itu, dan malah tidak malu sedikit pun.

dia pun menyengih juge, hehe 🙂 “Baguslah akak nie, saya takde basic arab, jadi dah lama tinggal belajar bahasa arab. herm macammane ye kak?” satu-satu saya mahu menyusun ayat, moga ditambhakan tarikan padanya supaya minat untuk belajar bahasa arab.

“fiza, Nabi pernah bersabda, ustaz akak cakap dalam kelas, mafhumnya berbunyi begini, ‘aku cintakan bahasa arab, kerana aku adalah dari keturunan arab, dan bahasa Al-Quran adalah bahasa arab, dan bahasa Syurga adalah bahasa Arab…’ kalau Nabi cinta dan suke akan bahasa Arab, kite pun sepatutnya mempunyai perasaan macam tu, sebab kite tiap-tiap hari membaca Al-Quran,  kite mesti boleh suke belajar bahasa arab juge. boleh kan? “ 🙂

“Pasti boleh! hehe “ dia tersenyum, senyumannya manis, tak payah tambah gule yang dah naik harge tue…hehe 😉

perbualan kami terhenti apabila azan berkumandang. dan kami pun bertukar-tukar no. telefon. 🙂 really, Masjid CONNECTING people! 🙂

usai solat, saya bergegas untuk ke kelas yang seterusnya, kali ini sesi petang, kelas bermula dengan kelas survey of Islamic history and Civilization. kelas nie amat menarik, dan ustaznya adalah ustaz Abdul Ghani yaakub. sepanjang sesi pembelajaran, pelajar takkan sempat mengantuk punye, sebab kami diminta menyalin nota dari apa yang disebutkan ustaz. jadi, kalau tersengguk atau terngantuk, terlepaslah ape yang ustaz cakap kan? 🙂

subjek nie, saya fikir subjek yang saya gemar sekali, sebab, saya memang suka sejarah Islam walaupun saya takdelah banyak membaca sangat. hehe 😉 herm, hari nie, banyak yang saya dapat pelajari, memang ciri peribadi Muslim itu telah wujud dalam diri para Sahabat R.A sejak dahulu lagi. contohnya ‘Nafiu’n lighairih’ maksudnya, bermanfaat untuk orang lain. cuba bayangkan betapa besarnye pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh Sahabat-sahabat Nabi S.A.W dalam membukukan Al-Quran dan Hadith untuk disampaikan kepada kita hari ni. pengumpulan Al-Quran sudah bermula sejak zaman Khalifah Abu Bakar, dan seterusnya diteruskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab, dan telah disempurnakan oleh Khalifah Uthman bin  A’ffan. dan sempurnalah sebagai ‘Mushaf Uthmani’. begitu juga dengan Hadith.

hebat-hebat! 🙂

sebab tue lah, islamic scholar cakap, kalau kita kaji sejarah, kita boleh jadi hebat, kerana kita boleh mencontohi orang-orang yang hebat pada zaman dahulu.

hebat-hebat! 🙂

Masha ALLAH

herm, kelas diteruskan dengan kelas Jahili and Islamic Poetry text pada pukul 3.30 sampai pukul 4.50petang. kelas nie, dikendalikan oleh ustaz U’mran. sangat baik ustaz nie, lembut dan sopan je. ustaz nie berasal dari Libya dan beliau berketurunan dari saidina Ali bin Abi Talib, jadi beliau berketurunan ahlil bayt, Subhanallah. dalam kelas yang pertama nie, ustaz memperkenalkan kepada kami keadaan dan sifat orang Jahiliah di zaman Jahiliah dahulu. contohnya macam, walaupun mereka adalah orang Jahiliah, tapi,mereka tetap mempunyai sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti, memuliakan, menjaga keperluan dan kebajikan orang lain, membantu orang yang lemah, berani dan sebagainya. kerana itulah juga Nabi bersabda “Innama Bui’stu liutammima makarimal akhlak” yang maksudnya, “sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia”. Nabi Muhammad S.A.W diutuskan untuk sekalian manusia untuk menyempurnakan akhlak mulia yang sedia wujud dan menghapuskan akhlak buruk seperti meminum arak, berjudi dan sebagainya.

sebenarnye, banyak lagi yang nak dikongsikan, tapi tunggulah entry akan datang ye 🙂

dalam sehari, saya dah dapat pelbagai ilmu, dan mengingatkan saya akan peribadi Muslim yang perlu kita semua ada. kamu pun boleh begitu, asalkan, kita ikhlas, jujur, dan amanah dalam menuntut ilmu, pasti tidak sia-sia kita berpenat lelah. percaya lah! ^___^

baiklah, sampai sini sahajelah diari ye. nanti kite sembang lagi 😉

tata ^__^

p/s : selamat kembali ke Rahmatullah! 🙂

Rencah kehidupan

“Ei! Botak botak! Acik botak, acik botak!”

Pasangan kanak-kanak berteriakan sambil lalu lalang di hadapan rumah jirannya.

Sayu hati saya bila mendengar kanak-kanak yang belum mencecah tujuh tahun itu mengejek-ejek jiran saya yang baru sahaja pulang daripada hospital. Pulang je dari hospital, tekanan yang masih ada, ditambah pula dengan ejekan. setelah berkali-kali melakukan kimoterapi, barah itu masih ada. Lantas, langkah terakhir perlu dilakukan. Buang.

Jiran saya menghidapi ‘breast cancer’ atau lebih sinonim dikatakan barah payudara. Cukup perit saya rasakan bagi seorang wanita yang menghidapi barah ini. Tambah perit lagi apabila orang disekeliling menganggap mereka ini golongan yang ‘pelik’. Sangat sedih.

Emak selalu pesan, ‘kita nie, biar buruk rupa, tapi jangan buruk kata.’ Cakap tak tentu hala, tak hiraukan perasaan orang lain, tak tahu menjaga hati orang lain, itu semua mereka yang mempunyai hati yang buruk.

Saya setuju sangat, bila mak kata anak-anak tu ibu bapa yang mencorakkan, buruk baik itu tanggungjawab ibu bapa, apabila anak-anak buat salah, ibu bapa yang perlu bertanggungjawab, perlu ambil tindakan, sebab tu lah, orang dahulu kata “sayang anak tangan-tangankan.” Bukannya bermaksud, anak-anak yang buat salah perlu dihukum terus, tapi maksudnya anak-anak perlu dipantau, dihakimi setiap perbuatannya.

Sangat setuju!

Apabila, ibu bapa memainkan peranan, mendidik, dan memberi tauladan yang baik, ibu bapa akan menjadi ibu bapa yang dihormati, bukan sekadar menjadi ibu bapa yang ditakuti.

Saya ingat lagi, dulu saya ni dalam ketegori kanak-kanak yang lasak dan agresif. Suatu hari, emak pernah cili mulut saya disebabkan saya cakap satu perkataan iaitu ‘bodoh’. Herm masa tue, Allah sahaja yang tahu betapa saya amat menyesal dan mulai hari tue, saya tak pernah lagi bercakap perkataan yang kesat.

Emak kata, kanak-kanak agresif dan lasak dalam tindakan itu bagus, bagus untuk tumbesaran dan minda, tapi kanak-kanak yang terlalu “agresif dan lasak” dalam percakapan itu tidak bagus, memberi kesan sehingga ke zaman dewasa jika tidak dikawal.

Jadi,

“sayangkan anak tangan-tangankan.”

Semoga cik yan akan tabah menghadapi ujian dari Allah dan segera sembuh. Amin3.