bukan ‘orang minyak’

gambar hiasan dan bukan orang minyak ;)

sekadar hiasan

Petang-petang, kadang-kadang sambil makan lempeng, saya tengok jugak cerita dendam orang minyak tv3 tu. herm, bila tengok punya tengok, tiba-tiba terfikir pulak. “orang minyak ni betul-betul ada ke?”.

dulu,

time sekolah, ada juga tragedi satu musim orang kata, ‘orang minyak’ berlegar-legar nak cari mangsa. lalu kami pun dinasihatkan supaya pagar bilik dengan ayat Al-Quran, lepas tu, pakai baju terbalik, then sampaikan kami tidur berselang-seli sama-sama atas lantai. punya takutnya pada waktu tu. lalu, saya pun terfikir lagi; “betul ke ada orang minyak yang kerjanya adalah merogol, kemudian membunuh mangsa?, ada ke?”.

orang minyak, nama pun orang minyak, satu badan bersalut minyak, lepas tu buat kerja jahat, ni kan terang-terang kerja syaitan. tapi wujud kah?

then, suatu hari, terlalu sangat tertanya-tanya, saya pun tanyalah emak saya dengan persoalan; “Mak, orang minyak ni betul-betul wujud ke ye mak? dia cabul perempuan lepas tu bunuh. betul ade ke ye?”

lalu, dengan pantasnya emak saya menjawab; [macam pengulas bola pulak  ye?]

“herm kak, tak payahlah tanye pasal orang minyak, takde orang minyak pun zaman sekarang ni dah banyak kes cabul lepas tu bunuh. tu kan terang-terang kerja ‘orang minyak’, MANUSIA tak buat kerja macam tue…”

‘orang minyak’ zaman moden.

saya diam.

betul jugak tu.

huhu🙂

saya pun memadamkan soalan tu dari ingatan.

tapi betul kah ada orang minyak? huhu


p/s : abaikanlah entry kali nie ye.🙂


2 thoughts on “bukan ‘orang minyak’

  1. eh. nape kene abaikan?
    mane bleh. penting nieh.🙂
    btul ckp mak intan.
    skarang, orang dah tak lumur bdn dgn minyak.
    kat mana2 je bleh jd , skalipun tanpa minyak.
    herm.

    nafsu dah jadi “menu” hidup. inilah akibatnya bila kita fikir & brtindak bpndukan nfsu dan bkn iman. Allah..moga Allah pelihara iman2 kita.

    tarbiyah diri.
    usah dikutuk kegelapan, trbiyah dri dan jdlah penerang.
    moga kitalah kelak lampu2 itu.

    salam juang, slmt mujahadah shbtku..😀

    amin3 ya Rabb.
    thanks intan..untuk entri nie.😀

    • oh ye, tak boleh abaikan kan?
      hmm
      betul tu, tak payah lumur minyak pun orang dah tak punya rasa malu.
      herm, moga Allah lindungi kita semua dari nafsu dan syaitan.

      inshaallah. moga kita lah lampu-lampu untuk menerangkan ‘orang-orang minyak’ yang ada sekarang nie.

      salam juang juga umy, bantulah diri ini agar tak berada dalam kegelapan.🙂

      p/s : eh, thanks kat citer ‘dendam orang minyak’ tue la… hehe😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s