secebis kata untuk dirasa

nak menulis sikitlaa..

assalamualaikum diari🙂

herm, hari ni rasa penat sangat, ditambah dengan kepala pusing, dah dua kali telan panadol. herm, ingat lagi cikgu sains cakap, kalau kite telan panadol, toksik2 atau kesan-kesan dari panadol tue akan ambil masa untuk lenyap dari badan selama setahun setengah, herm, kalau dah telan 2 biji panadol sehari, maknanya 2tahun lebih la baru hilang. herm apa nak buat…

hari ni macam biasa, kelas start pukul 8.30 pagi, kelas Intro to General Lingusitic, sangat menarik kelas nie, walaupun satu jam setengah, tapi langsung tak rasa lame. herm mungkin sebab daya tarikan ustaz a’sim yang membuatkan kami tak pernah terfikir untuk tutup mata sekejap. hehe😉

apa yang menarik dalam kelas nie, ustaz selalu ingatkan pasal Masa. orang Islam itu orang yang Punctual, tepat pada waktunya, bila berjanji, pasti akan tepati, begitu juga bila kelas start pukul 8.30pagi, dia akan datang tepat pukul 8.30pagi atau awal lagi dari waktu sebenar. tak hairanlah kalau ustaz ni pasti akan datang awal 5 minit, lepas tue, beliau pasti akan mula mengajar 8.30pagi. herm menepati masa kan? sangat2!

dan secara tidak langsungnya, kelas bermula awal pagi macam nie, akan melatih dan mendidik diri saya supaya lebih pandai mengurus masa bermula dari kendiri seawal pagi, sampailah kepada muahasabah diri sebelum tidur. herm ustaz memang selalu mengingatkan pelajarnya supaya menjaga waktu, Harithun a’lal waqt sebagaimana perlunya pada peribadi Muslim.

kelas Intro to general Linguistic nie tamat pukul 9.50pagi, dan seperti biasa, ustaz pun akan berhenti on-time, itu yang kawan-kawan paling suke kan? hehe🙂

selepas jam menunjukkan pukul 9.50pagi, saya pun bergegas untuk ke bangunan sebelah, iaitu bangunan HS, kat Uia kami panggil Hs building, stand for Human science building. kelas lepas nie, kelas quranic and prophetic text, dan ustaznya adalah ustaz Ma’had. tak kering gusi dibuatnya, mana taknya, selang beberapa minit, ustaz mengeluarkan selingannya. contohnye macam, ustaz bertanya kat kami semua yang berada didalam kelas, “sebutkan 99 perkataan yang tidak mempunyai huruf vokal ‘a’ didalamnya.” lepas tue, kami pun jenuh (puas) la memikirkannya, ‘burung’ la, ‘kucing’ la, tapi tetap tak dapat cukupkan 99 perkataan. herm poning-poning. lepas tue, ustaz dengan tenang nye menjawab, ‘one, two, three, four, five, six… sampailah ninety nine, kesemua perkataan nie tak ada huruf ‘a’, selepas ninety nine barulah ada huruf ‘a’ pada perkataan ‘thousand’.” huhu semuanya terhambur gelak tawa.🙂 Ustaz-ustaz…

tetapi, yang saya paling suke, dalam gelak tawa dalam kelas, ustaz banyak memberi macam-macam ilmu, dan maklumat tentang a’kidah. contohnya macam dalam surah al-fatihah, “iyyaka na’budu wa iyyaka nastain.” perkataan na’budu dan nastain bermaksud kami sembah dan kami meminta pertolongan. ustaz cakap, kenapa kita tak sebut a’budu (saya sembah) dan a’stain (saya meminta pertolongan)? sebenarnya, apabila kita sebut ‘na’budu’ (kami sembah), ia akan membuatkan kita rasa bahawa kita menyembah dan beribadah kepada Allah dalam Jamaah (ramai-ramai, atau bersama-sama). unik kan? dalam satu perkataan sahaja dah mempunyai pelbagai hikmah.🙂

secara tidak langsung, kita akan lebih memahami kandungan text atau makna yang disampaikan dalam surah al-fatihah. apabila dah faham, akan bertambahlah kekhusyukan kita apabila melakukan ibadah. best kan?

salimul aqidah ~ sahihul i’badah.

kelas Quranic and Prophetic text berakhir pada pukul 11.20pagi, macam biase, ustaz pasti akan tepat pada waktu nya… hehe🙂 dan ustaz pasti akan cakap kamu boleh kembali ke rahmatullah. huhu tue yang paling best, bukan senang ustaz nak doakan kite untuk sentiasa berada dalam rahmat Allah kan?😉

kelas saya untuk sesi pagi hari isnin dan hari rabu, sampai pukul 11.20pagi je. dan lepas tue, kami pun ronda-ronda tengok buku kat booth-booth yang baru dibuka depan masjid.. hehe🙂

Pukul1pm

Solat di masjid Uia memang meriah, tempat muslimaat, ramai, penuh dengan orang yang qailulah, dan tidak kurang juga dengan yang membaca Al-Quran. sangat meriah, tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan, tak sabar untuk mengimarahkan Masjid.

saya suka dengan satu statement rakan di Facebook, yang berbunyi “Masjid CONNECTING people”. ye, memang masjid menghubungkan manusia. terima kasih Allah!

herm, dalam tengah membaca doa selepas baca Al-Quran, seorang sister menegur saya bertanyakan saya ambil course ape. lalu, saya pun menjawab, bahasa Arab. dia pun dengan perasaan kagum (mungkin) campur kaget (mungkin), membalas, “tak susah ke sis bahasa Arab?. saya baru kelas pertama dah pening. hehe”

saya pun turut ikut gelak memerhatikan gelagatnya yang bersahaja. sangat mesra orangnya, berasal dari pahang. baru sahaja berkenalan, belum bertanya nama, sudah semesra itu.🙂 saya pun menyambung perbualan bertanyakan namanya dan menjawab persoalannye, “macammana akak suka membaca al-quran macam tu jugakla akak suka belajar bahasa Arab.” saya menyengih. memang saya ikhlas menyatakan itu, dan malah tidak malu sedikit pun.

dia pun menyengih juge, hehe🙂 “Baguslah akak nie, saya takde basic arab, jadi dah lama tinggal belajar bahasa arab. herm macammane ye kak?” satu-satu saya mahu menyusun ayat, moga ditambhakan tarikan padanya supaya minat untuk belajar bahasa arab.

“fiza, Nabi pernah bersabda, ustaz akak cakap dalam kelas, mafhumnya berbunyi begini, ‘aku cintakan bahasa arab, kerana aku adalah dari keturunan arab, dan bahasa Al-Quran adalah bahasa arab, dan bahasa Syurga adalah bahasa Arab…’ kalau Nabi cinta dan suke akan bahasa Arab, kite pun sepatutnya mempunyai perasaan macam tu, sebab kite tiap-tiap hari membaca Al-Quran,  kite mesti boleh suke belajar bahasa arab juge. boleh kan? “🙂

“Pasti boleh! hehe “ dia tersenyum, senyumannya manis, tak payah tambah gule yang dah naik harge tue…hehe😉

perbualan kami terhenti apabila azan berkumandang. dan kami pun bertukar-tukar no. telefon.🙂 really, Masjid CONNECTING people!🙂

usai solat, saya bergegas untuk ke kelas yang seterusnya, kali ini sesi petang, kelas bermula dengan kelas survey of Islamic history and Civilization. kelas nie amat menarik, dan ustaznya adalah ustaz Abdul Ghani yaakub. sepanjang sesi pembelajaran, pelajar takkan sempat mengantuk punye, sebab kami diminta menyalin nota dari apa yang disebutkan ustaz. jadi, kalau tersengguk atau terngantuk, terlepaslah ape yang ustaz cakap kan?🙂

subjek nie, saya fikir subjek yang saya gemar sekali, sebab, saya memang suka sejarah Islam walaupun saya takdelah banyak membaca sangat. hehe😉 herm, hari nie, banyak yang saya dapat pelajari, memang ciri peribadi Muslim itu telah wujud dalam diri para Sahabat R.A sejak dahulu lagi. contohnya ‘Nafiu’n lighairih’ maksudnya, bermanfaat untuk orang lain. cuba bayangkan betapa besarnye pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh Sahabat-sahabat Nabi S.A.W dalam membukukan Al-Quran dan Hadith untuk disampaikan kepada kita hari ni. pengumpulan Al-Quran sudah bermula sejak zaman Khalifah Abu Bakar, dan seterusnya diteruskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab, dan telah disempurnakan oleh Khalifah Uthman bin  A’ffan. dan sempurnalah sebagai ‘Mushaf Uthmani’. begitu juga dengan Hadith.

hebat-hebat!🙂

sebab tue lah, islamic scholar cakap, kalau kita kaji sejarah, kita boleh jadi hebat, kerana kita boleh mencontohi orang-orang yang hebat pada zaman dahulu.

hebat-hebat!🙂

Masha ALLAH

herm, kelas diteruskan dengan kelas Jahili and Islamic Poetry text pada pukul 3.30 sampai pukul 4.50petang. kelas nie, dikendalikan oleh ustaz U’mran. sangat baik ustaz nie, lembut dan sopan je. ustaz nie berasal dari Libya dan beliau berketurunan dari saidina Ali bin Abi Talib, jadi beliau berketurunan ahlil bayt, Subhanallah. dalam kelas yang pertama nie, ustaz memperkenalkan kepada kami keadaan dan sifat orang Jahiliah di zaman Jahiliah dahulu. contohnya macam, walaupun mereka adalah orang Jahiliah, tapi,mereka tetap mempunyai sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti, memuliakan, menjaga keperluan dan kebajikan orang lain, membantu orang yang lemah, berani dan sebagainya. kerana itulah juga Nabi bersabda “Innama Bui’stu liutammima makarimal akhlak” yang maksudnya, “sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia”. Nabi Muhammad S.A.W diutuskan untuk sekalian manusia untuk menyempurnakan akhlak mulia yang sedia wujud dan menghapuskan akhlak buruk seperti meminum arak, berjudi dan sebagainya.

sebenarnye, banyak lagi yang nak dikongsikan, tapi tunggulah entry akan datang ye🙂

dalam sehari, saya dah dapat pelbagai ilmu, dan mengingatkan saya akan peribadi Muslim yang perlu kita semua ada. kamu pun boleh begitu, asalkan, kita ikhlas, jujur, dan amanah dalam menuntut ilmu, pasti tidak sia-sia kita berpenat lelah. percaya lah! ^___^

baiklah, sampai sini sahajelah diari ye. nanti kite sembang lagi😉

tata ^__^

p/s : selamat kembali ke Rahmatullah!🙂

4 thoughts on “secebis kata untuk dirasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s