kontrak hidup

bumi Gombak basah seawal pagi yang hening, menemani kilaun embun di celah-celah dedaunan rimbun. subhanallah, indahnya aturan tuhan. sungguh, aku mahu saat-saat begini perginya akan bertandang kembali… herm

Pagi-pagi begini sudah berbahasa, syahdunya pagi itu membuatkan aku rasa mahu meneguk secawan Radix.🙂 bertemankan buku linguistic, aku mencoret-coret dicelah kertas kekuningan, ‘aku mahu jadi yang lebih baik hari ini, buat Tuhanku, buat ibu bapaku, buat sahabatku dan buat mereka yang menyayangiku. pasti!’. seperti biasa, semangat pagi berkobar-kobar mahu memulakan hari dan kehidupan yang penuh teka-teki ini. Ustaz kata, “al-hayah ta’tamidu a’lat takhmin”, kehidupan itu penuh dengan teka-teki, kerana kita merancang, dan Allah jua merancang. sebaiknya adalah perancangan daripada Allah dan itulah jua yang menjadi penanda teka-teki buat kita manusia yang mempunyai ilmu yang terbatas.

semalam, usai kelas, dalam perjalanan balik bersama sahabat, kami bersembang mengenai perjalanan hidup dan destinasi tujuan yang kami mahukan. aku kagum dengan dia, dia mempunyai semangat dan kesungguhan yang aku pun tidak sebegitu ‘ahli’ sepertinya. dia aktif dalam berpersatuan, aktif dalam menyumbangkan bakti untuk memperkembangkan bahasa Arab, aktif untuk merapatkan ukhwah dan sungguh ‘mesra a’lam’. aku sungguh kagum dengan tahap keyakinannya yang begitu tinggi, sehingga tidak ada apa lagi yang akan menjadi halangan sekiranya dia benar-benar mahu melakukannya.

cemburu? mungkin itu perkataan yang paling tepat untuk aku luahkan tentang kesungguhan dan semangatnya. cemburu itu aku tahu perlu bertempat, dan cemburu yang aku alami ini aku tahu punya tempatnya. dia menuturkan, mungkin kerana dek melihat aku terlalu merendahkan diri, “kita masing-masing punya kelebihan dan kekurangan, kurang kat sini, lebih kat sini, apa yang kita mampu lakukan adalah sedaya upayanya memperbaiki kekurangan diri dan lebih menghargai kelebihan diri”. mungkin beginilah ungkapan yang mahu disampaikannya. herm, aku telan satu persatu perkataan yang keluar dari bibirnya yang sentiasa tidak kering dengan senyuman. benar! kalau kita yang tidak mengubah, siapa lagi yang akan mengubahkannya untuk kita?! terima kasih sahabat!🙂

hari ini, aku masih deberikan kesempatan untuk meneruskan kontrak hidup, berpeluang untuk bernafas, menghirup udara segar di bumi ciptaan Allah, mendengar bunyi bunyian alam yang bertemasya berpesta zikir pada Tuhan-Nya, menghidu aroma dedaunan rumput yang dibasahi butiran hujan, merasai tamparan halus anginan yang bertiup dari arah timur, sungguh, aku amat bersyukur ya Allah. berikanlah aku kesempatan ini lagi.

bertanyakan tentang kontrak hidup, aku masih belum mahu ia ditamatkan, kerana aku masih belum pasti apakah timbangan kebaikan dan amalku akan melebihi dosa-dosa dan kejahilanku. aku masih sedang berusaha untuk menjadi Muslim yang terbaik di mata Tuhanku. bantulah aku Ya Allah.

kalau kekasih merayu pada pasangannya untuk tidak pergi meninggalkannya, aku merayu kepada-Mu Tuhan untuk tidak meninggalkan ku walau pun sekejap mata berkelip. sungguh aku tak mampu untuk berdiri sendiri tanpa berpegang dengan tali Tali rahmat-Mu.

bantulah aku

untuk aku lebih mencintai-MU

hari ini,

esok lusa,

dan selamanya.

h.a.m.b.a k.e.r.d.i.l

g.o.m.b.a.k

0724am

21072010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s