Sebiru hari ini…

Sebiru hari ini, permandangan di bumi Uia memang indah, sangat indah, seindah langit yang membiru, ditambah pula dengan sapaan awan yang memutih, membiru ketenangan, memutih kedamaian. haahh melepaskan keluhan bukan bermakna aku rapuh dalam perjuangan, bukan bermaksud aku lelah dalam pertarungan, cuma melepaskan nada lega kerana telah mengharungi satu lagi hari dalam titik kehidupanku ini. hari ni banyak sungguh perkara yang berlaku dalam diari hidupku ini, waah, boleh dikatakan aku damai, tenang dan tenteram seumpama langit yang membiru itu. huhu🙂 tenang bukan kenapa apa, cuma tenang menatap wajah sahabat-sahabat yang tak kering dengan senyuman.

Setenang langit biru hari ini, tenang juga aku melihat dia, aku kagum dengan dia, dia tabah, dia sabar, punya ketabahan yang aku rasa aku juga tidak setabah dia. satu demi satu ujian yang datang, namun dia tetapteguh berdiri mempertahankan keimanan dan keyakinan terhadap janji tuhan-Nya, kesusahan pasti diiringi dengan kemudahan. aku rasa itu pegangannya. lidah kelu walau lama tak bertemu, entah kenapa, walaupun sebelum ketemu begitu banyak persoalan yang aku gumamkan dalam benak, tapi, entah mengapa, bila bersua, membisu, bibir sahaja yang mengukir senyum. aku fikir, kali ini benar-benar terjadi, “loves can talk without words”. benarkan sahabat?

wajahnya sedikit cengkung, dan dari riak wajahnya aku yakin dia banyak memendam rasa, sesuatu yang tak terluah dek kata-kata, tapi aku yakin, bahasa tubuhmu telah menceritakan segala. aku faham sahabat. berkali-kali aku ulang dalam setiap kata dan doa, bahawa kau tetap akan lebih tabah, dan semestinya aku mengharapkan kau akan lama dan terus berada disini. di bumi Gombak.😉

S.E.R.O.N.O.K

hari nie sangat seronok, alhamdulillah, syukur aku panjatkan kepada Allah diatas rasa seronok yang diberikan dalam belajar. aku terus belajar untuk menikmati Ilmu dan sedikit sebanyak ilmu itu bukan sekadar menemani, tetapi turut menerangi kehidupan kerana ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya itu akan tetap menerangi walau dalam kegelapan. hari demi hari, aku belajar untuk membersihkan hati, mengikhlaskan diri untuk menerima ilmu. Membersihkan diri itu amat penting sebelum dan ketika menuntut ilmu, kerana cahaya ilmu itu tidak akan datang kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah. Nau’dzubillah.

hari ini seperti hari isnin, kelas yang sama, subjek yang sama, ustaz yang sama tetapi, pelajaran dan ilmu yang tidak sama. bertambah dan makin bertambah. alhamdulillah. seawal pagi aku memulakan kelas, kelas Intro to General Linguistic, seperti biasa, Ustaz akan ingatkan mengenai masa dan kali ini, ustaz menjadi lebih tegas akan amarannya, “Manillazi yataakkhor, la yusmah lidukhul fasl”, menilai percakapan dan nasihat yang tegas, aku semakin yakin bahawa aku bukan hanya diberikan ilmu, tetapi turut ditarbiyyah. ustaz berpesan, “sesiapa yang datang lambat, tidak akan dibenarkan masuk ke kelas.” aku faham rentak pesanan ustaz, beliau bukan marah, dan juga bukan geram, tetapi beliau amat sayang akan pelajarnya daripada sia-sia melambatkan waktu belajar. ini kerana beliau melihat, ada pelajar yang masih lambat walaupun sering diingatkan. bukan marah, tapi sayang.🙂

menarik pelajaran hari ini, ustaz membincangkan tentang asal usul Lughah (Bahasa), banyak pendapat mengenai asal usul bahasa. ada pendapat yang mengatakan lughah ini berasal dari wahyu ataupun dalam erti kata lain ilham dari Allah, dan ada juga berpendapat bahawa bahasa ini terbentuk daripada keadaan Mujtama’ (masyarakat) dan pengistilahan sesuatu. sesetengah pendapat dari para ilmuan terbaru mengatakan bahasa ini hadir selepas menamakan bunyi. contohnya, istilah perkataan kucing dalam bahasa Cina adalah ‘Mo’ yang diambil dari bunyi kucing ‘Meow‘. makanya, pengistilahan berlaku setelah menamakan sesuatu bunyi (Aswaat). faham tak? huhu🙂

tapi, menarik kan?

selama nie, saya tak terfikir pun untuk mempersoalkan tentang asal usul bahasa yang kita tuturkan sekarang nie. sekarang barulah terbuka sikit minda nie. hehe🙂

apa lagi ye? herm haa, kelas terakhir hari ni adalah kelas Jahili and Islamic Poetry Text. kali nie, ustaz menerangkan dengan lebih mendalam tentang keadaan dizaman Jahiliah. orang-orang di zaman Jahiliah sering bersyair, dan berqasidah di khalayak ramai terutamanya, di pasar-pasar dan yang masyhurnye adalah pasar ‘U’kkaz’. mereka akan bersyair, berqasidah mengenai pelbagai perkara macam pujian, gambaran, ghazal dan macam-macam lagi. yang menariknya, mereka pasti akan menunjukkan kebanggaan mereka terhadap diri dan keturunan mereka. seperti biasa, orang Arab, pasti akan ingat nama-nama salasilah keturunan mereka daripada datuk sampailah moyang datuk mereka. sebab tue la mereka boleh tahu mereka berasal dari keturunan siapa secara benar dan sahih. herm, tapi kita, saya rasa tak ramai yang tahu dan ingat nama moyang kita kan?

mereka biasanye akan berdiri memberitahu khalayak ramai tentang diri dan keturunan mereka, contohnye macam nie ye. contoh tau! hehe ;)  “aku adalah umar bin abdullah bin amru bin malik, bin abdullah … keturunan ku bersambung dengan keturunan panglima perang si polan bin si polan … dan aku tidak gentar pada ancaman dan aku amat bangga dengan keturunan dan kabilah aku!” haa begini lah lebih kurang cara mereka berbangga dengan ‘ansab’ (keturunan) dan ‘ahsab’ (diri sendiri). herm, saya pun terfikir, orang di akhir zaman juga menunjukkan kebanggaan mereka dalam pelbagai aspek, lebih-lebih lagi dalam aspek materialistik dan kemewahan. herm, jadi benarlah, sejarah itu mungkin berulang. yang kita pasti akan diselimuti ‘aura’ Jahiliah dalam situasi moden.

baiklah, kita sama-samalah perbaiki diri, keluarga dan masyarakat supaya tidak bersikap kebendaan dan takut mati, selebihnya sering besederhana dan mengingati mati. saya selalu ingat kata-kata seorang Ustaz yang berbunyi macam  nie, herm bahawa kita ini, jika merasa susah, lihatlah pada mereka yang lebih susah dan kurang daripada kita, pasti kita akan merasa lebih beruntung dan bersyukur, tetapi dalam bab ibadah, kita mestilah lihat pada mereka yang lebih banyak beribadah dari kita, supaya timbul rasa cemburu dan berusaha untuk memperbanyakkan ibadah. begitulah pesanannya. u got it? huhu😉

haa, sebelum terlupa, tadi, masa sebelum masuk ke kelas Jahili petang tadi, kami terserempak dengan seorang ustaz. mungkin kawan-kawan pun pernah tengok ustaz nie di kaca tV saluran Astro oasis. ala, ustaz yang bercakap macam nie masa iklan kat astro oasis “assolah  silatul a’bdi birabbi.” maksudnya, solat itu adalah penghubung diantara hamba dan Tuhannya. pernah dengar tak ayat nie kat Tv? mesti pernah kan? tak sangka sangat, beliau mengajar dalam kuliyyah saya. masa saya betul-betul tengok ustaz nie real dari tingkap, mukanya bersih, lembut dan sangat nampak sopan. tenang je bile memandangnya, setenang biru langit hari ini.🙂 bila tanye kawan-kawan, mereka cakap, ustaz nie memang salasilah keturunan beliau dari Rasulullah SAW. Subhanallah. dah dua orang Ustaz saya jumpa berketurunan Rasulullah dan Ahli Bayt. subhanallah. sangat-sangat nak ambil berkat dan ilmu dari mereka! dan kalau tak silap saya, nama ustaz nie Prof. ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN AL-SA’ADI, dan beliau ajar subjek TARIKH AL-NAHW AL-‘ARABI. tak sabarla nak ambil subjek nie! hehe🙂

sebiru langit hari ini, saya luangkan dengan perasaan penuh syukur, penuh syahdu saya akhiri hari ini dengan hati yang lapang. hasrat saya, saya mahu orang disekeliling saya merasa sentiasa gembira, biar apabila saya tiada nanti, mereka akan ingat perkara-perkara yang gembira sahaja mengenai saya.  seronok kan?

moga hari esok masih ada untuk saya terus berkongsi dan kamu terus memahami..

erm, syahdu plak .. hee😉

baiklah, sampai sini sahaje ye diari, esok-esok jumpe lagi🙂

assalamualaikum…

p/s : “assolah silatul a’bdi birabbi.” hayya a’lal solah, hayya a’lal falah ^___^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s